Showing posts with label TONY ROMAS. Show all posts

Tuesday, June 12, 2018

POST BUFDAY CELEBRATION VERSION BERDUA LEBIH BAIK @TONY ROMAS , IOI CITY MALL PUTRAJAYA...

No comments :

Assalamualaikum.

Ahad baru ni, lepas 2 malam tidur umah mak..
dalam pukul 11am balik rumah sendiri(Kajang).
Itupun lepas abis berbincang dgn mak ayah and adik beradik lain pasal menu raya.
Nak masak apa, nak beli apa tuk lauk bila balik dari Melaka nnt.
Dah selesai bincang, bagi duit kat ayah siap2...
share2 la among 5 beradik yg dah kerja and yg beraya kat Ampang..
ayah seawal arini dia dah start beli barang sikit2.
Dia beli kerisik ke.. kacang tanah ke..kupang kering ke.
Nnti dia p order daging segar, ayam siap2.
Rabu dah amek. Siang2 siap2.
Pagi Khamis mak dah start nak masak.
Sekarang barang basah mahal...
kurang rm600-700 juga tuk makan kami 1-2 hari raya...
plus kot ada tetamu sesat2 ke...kena standby juga..
 tu pun i igt kena tambah RM sket biar ayah selesa pegang duit.
Kang dia nak beli apa2 senang. takde terkira2.
kita ni kalau balik beraya... kalau tak mampu nak hulur byk..
hulur sikit2 tu wajib lah kan..takkan nak balik bawa perot je.
nak2 ada ramai anak yg tgh bersemangat nak makan...
fikiaq la mak pak kita nak dapat duit mana ..
nak tanggung makan kita smggu kat kampung nun kann?? 
skrang dah start bertebaran whatsapp2 pesanan2 adab2 ziarah.
Adab2 balik kampung beraya etc.
Elok jg bg tips2 mcmtu. kadang kita ni tau nak seronok je. excited lain maciam!
Kang balik KL...melungkup mak pak kita terkial2 nak kemas..
mengabih kan boreh orang kata!
eh eh terbebel plak I..
tapi cemana nak kata ha? I mmg fantang sket bab2 orang tak reti bahasa ni taw!
ala2 muka tembok pun ye..takde hati perut ke? 
xda common sense ke terputus wayer sensitif ke cemana tah kan?
haishhhh tak tau nak habaq lahh!
So pls.. kita beringat2 sesama kita....
kesian kat mak pak kita kan?? 

Ok sambung cerita ari ahad kelmarin.
Sampai kajang, Anis junior samten i datang hantar cookies raya.

:: dah 3 tahun i setia dgn kukis ni.. SEKUT EMJAY'S. Mmg tersangat sedapp . kualiti acengginiii 👍 baqhang!!! tahun ni harga naik sket..tapi sedap pnya pasal..takpe i cagar kan banglow i kat scotland buat beli kukis raya.. kahh! ::

:: Petang tu..suami ajak makan2 konon nak celebrate bufday i berdua...Post-celebration gittew. asalnya ajak buffet kat me'nate or jahhet. last2 i kata jom Tony Romas je la... masuk mall best sket sambil tggu waktu berbuka leh cuci2 mata.. ni TR kat IoI CityMall Putrajaya.. call for reservation first ye. being us, for iftar mmg TAKKAN walk-in2! mmg suka plan elok2... tanak terhangak2. Ni pun masa kami sampai, dah fully booked for iftar. sebbaik book! pheww!::

:: sampai2 pilih menu and paid siap2. Jam time tu baru pukul 6.15pm mcmtu. kita pusing2 mall dulu.. dapat la i rembat litik Loreal 50%... huhu. Beli bun tuk sahur pagi smlm sekali ::

:: dah pukul 7.10pm mcmtu baru mai balik TR..dah sampai air dgn appetizer ::

:: nampak lukuih (kecut) dah suami I puasa2 ni..tapi tang peyut je taknak kuncup2..hahhaha ::

:: i mcmbiasa la ..mai TR...tak pernah tak order mendalah ni.. Strawberry romarita.. minum tayah pakai straw..hirup kat tepi gelas,so that dapat jilat gula tepi2 tu skali. yes, camtu la cara minum dia ols.. sedap!::

:: Appetizer; Onion Loaf. Sedap. tapi mengundang muak jg ..  sbb oily sikit::

:: suami makan rib eyes steak.. boleh choose 2 side dish. konon tamak nak mashed potato byk2..minta 2-2 tu mashed potati..sekali debab2 potato nya..hahaha. steak kat TR tak sama mcm jahhet and me'nate..sbb kat sini dia ada marinate with a few ingredients.. kalau me'nate and jahhet dia grill bolen2 mcmtu je. sbb tu yg ni takde gravy.. sbb daging dia dah siap berperisa gittchew::

:: i mcmbiasa la.mai TR mmg layan scampi shrimp pasta ni haa la... portion besar gabak! sebaik i tak order steak flatbread.. makan separuh jalan pun i dah surrender ..tak abis! gemok boleh tahan..tapi makan slalu tak abis. osah gomok air den ni! pfftt::

:: pasta dia mmg pesen selak shrimp baru jmpe pasta! hahaha. shrimp dia fresh sbb crunchy! skrang dah naik harga rasanya..dulu2 i makan rasa dalam RM39++ je. skrang dah nak jadi RM50.. ::

:: aiks? service bertukar tangan dah? hahaha. i dah menolak pinggan dah time tu. tu pass kat dia.....  time ni terbayang nasi panas dgn sambal ikan jenahak plak dah! emang kampungan loh sih!! hahahhaha. ::

:: balik terkocoh2 nak kejar solat kat rumah... kat Ioi ni surau dia jauhh ataihhh nun. dah la selalu fenuhhh. Otw balik sempat rembat popcorn sedap Cornery .. beli pack besar terus. emang dasar ketamakan! campur 2 flavours; butterscotch & caramel. besar mcmni RM22 je ols... kalau Garret lagi mahaii.tapi garret lagi menang laaa! rindu plak kat mamat Garret tu... huhu ::

Esk dah rabu..
I dah balik kampung esok!
oho hoo balik kampung(ampang) hahaha.
Hope i rajin nak tepek barang 1-2 entry lagi before raya...
k? 

.: NO HATE JUST LOVE  💋:.



Wednesday, August 23, 2017

LEPAS TENGOK 'KONTENA ANA' TERUS GELABAH PI CARI PIZZA @TONY ROMAS.

6 comments :

Assalamualaikum

Koang...
tengok tak telefilem KONTENA ANA?
Direct by Bernard Chauly?
Lakonan Lisa Surihani ALONE?
See word ALONE tu??? sbb..mmg Lisa Surihani  je satu2nya pelakon drama ni dowh!!
Jap2 ada 2-3 pelakon tambahan..yg enterprem dalam < 1 minit.
which is : 1) 2 orang lorry driver
2) orang tarik kereta.
THAT'S IT!
mmg tadek pelakon lain seyy! hahhahah. sycho haku tgk!


Asalnya i tertengok drama ni sbb nampak Lisa Surihani promo kat 1 rancangan astro.
So i beriya lah recorded!
eh lupa nak bgtau..i duluu mmg fan lisa surihani ye ols!
Sebab ? dia smart, energetic...and educated.
comel pun comel. cuma lepas dia kawen ni kemain nak sexy over2, kakak terus mcm bluerrrhhh 💆

Drama ni kan.... again, Lisa sorang je pelakon dia.
Dia mcm shoot kat 1 bungalow lama..
dia remarks as MIRI,SARAWAK.
Padahal dalam UM je location dia.
So konon2 lisa otw to holland nak stay sana for a good, follow her husband.
suddenly dia dapat sms from husband dia : TAK PAYAH DATANG. I CERAI U TALAK 3.
dgn 1 sms tersebut... settled 1 drama. duration 2hrs. hahhaha.
Mean 2jam tu lisa main dgn emosi.
Yelah cuba byg kita kat tpt dia? happy2 nak pegi kat seben, tiba2 kena talak nok??
TIGA teros plak tu! 
Alasan kena cerai, sbb lisa dah tak hot!
mmg saja la tu exploitasi badan lisa yg dah chubby tu.
Ala2 suami dia kata dia dah tak sexy..kat ranjang pun dah suam2 kuku!
lisa plak menembun sbb dia buat treatmnt nak pregnant! gitchew!! 
Then dia ala2 jadi sycho la skjp nak calmdown her self..
nak call mak dia to inform pun malu..
nak bgtau kawan2 pun dia emo lagi.
rumah yg dia dah katup tu, dia buka balik....
kosong lengang umah tu..dia tolak kereta lama dia bawa masuk hall.
Dia tidur dalam kete. siap pasang kaset FEMININ lagi.. hahhaa
drama ni konon2 dalam tahun 1991 mcmtu... 
Kontena tu dapat nama, sebab masa awal2.dia ada dialogue dgn orang bawa kontena.
Kontena tu akan hantar barang2 dia to holland. Starting from that la bermulanya drama.
Sbb tu agaknya dia buh nama Kontena Ana. 
Masa scene dia tidur dalam kereta tu la ada adegan ular la..
then dia order pizza la...
haa part dia order pizza tu la...lepas je abis drama sengal ni...
terus i ajak suami makan pizza..tapi tanak pizza hut ke dominos.
eh memilih plak tu.. nak yg crunchy2 ..
teringat flatbread kat Tony romas.. jom bang??

:: Tony romas @IoI Putrajaya. ada promo tropical sensation.. i pnya  Pina Colada (pineapple +cocounut) seben pnya pineapple + orange. sedapp kowt??? !! ::

:: Ni menu dia..promo ni sampai bila i tak sure! go n try! ::

:: ni la flatbread steak by TR.. RM38.90. nipiss and sgt crunchy. eh tapi tak la sedap sangat taw. jujur ni. hahhaha just teringin sbb nampak lisa surihani makan pizza. tu je..hahha. lepas makan ni, terus terbayang nasi panas dgn sambal mak. hahhaha. i masih bff dgn masakan  melayu.. setakat ini ::

:: complimentary bun dia tetap menjadi pojaan hatiku! makan dgn garlic spread.. walllahhh! ::
:: Lamb cevapi... lamb sausage. i tak menatttt! suami i perabih kan. huaa tlg laa mana la roh makan western i?? i takleh go la skrang! suami i la ni..dia dh bawa i pi makan sana sini sampai terbelahak! now i dah tak bernafsu dah waima nak fikir pasal western food! i rasa kembang2 tekak je skrang. pity me! :: 

:: si tembun la perangaiiii..kalau nampak je org makan mcm sedap. bila start masuk mulut je..terus beratib lapaq nasi! hahahhahah . original people 100% kou ni! :: 

Lepas makan TR kan...
masuk HOME PRO...i nak cari penutup toilet baru.
Konon nak cari yg ala2 ada kerang la..siput la bawah..

:: ha penutup mcmni ala2 mcmni la..bkn flush tu taw..penutup bowl toilet tu je.. :: 

Alang2 sebab penutup tandas lama tu dah longgar2..
lepas guna, flush..i selalu akan tolak cover pungkok tu naik atas, biar kering tempat duduk tu.
I is kenot kalau toilet basah2 ni... titteww deliiwwww! 
So p la home pro..sekaliiiii kemain nak memahal kat situ.. RM100 mcmtu.
sbnrya I ok je..tapi suami i tak bagi.sob2..
dia kata nak cari kat kedai hardware mcm johnson&johnson etc..
onglaki mmg mcmtu kot kan?? dia sanggup KIV dulu..
then p survey 2-3 kedai... baru puas hati.
i fenfuan tulen u! kalau nak..jam2 tu jg nak! hahahhah


.: NO HATE JUST LOVE  💋:. 






Thursday, June 29, 2017

SELAMAT HARI RAYA IDULFITRI 1438H.. WISH PADA RAYA KELIMA!

2 comments :


Assalamaualaikum.

SELAMAT HARI RAYA MANJE2 SEMUA!!
Maaf atas keterlanjuran kata dan kalam.
Salam k0s0ng-kos0ng.. 

Dah raya kelima baru dann wish kat sini.
I plan nak wish masa Jumaat lepas.
I mmg tak plan pun nak cuti.
Sekali  khamis malam tu i muntah2 teruk... 
Before tu i iftar kat Tony Romas, i0i City Mall..
Konon last day berbuka puasa berdua...

:: romarita strawberry as usual for his queen ni..huhu ::


:: Lamb shoulder goes to my husband.. ::

:: Never failed to order this.. Scampi shrimp pasta!!! Selak udang baru jumpe pasta. ::


Last2 dapat muntah2 pakej dgn diarrhea skali!
Melembik giler badan!!! tapi pagi jumaat tu i gagah bangun, bersiap.
I tekad juga nak p keje, sbb dah jumaat kan..
Kawan2 opis tak selesai salam raya lagi.
Angpau anak2 diorang pun i tak dann bagi pown lagi... 
Lepastu, last2 day mcmtu, selalu boss bagi halfday.
Sokkay la i try la siap. gi keje kejap!
But i can't stand anymore!
Masa otw p opis, i dah kembang2 tekak nak muntah lagi.
terus suami bawa p klinik Idzham kat Taman Kosas sana.
terus dapat injection tahan muntah, sbb puasa kan...
Dah dapat MC terus dia send me to rumah mak.
Sampai umah mak,terus i tidor sampai pukul 12pm!
Bapak lah mengantuk ubat muntah tu!
So, last day i keje..khamis tu je laaa...yg last i update tu... 
Tu yg x dapat wish..
Sorry fan, mesti u ols tadek mood raya sbb tak dapat wish raya dari kakak kan?
in your dream esah!  KAHHH!!!

btw...
Koang pahabaq??
Kat kampong lagi ketteewww???
I dah masuk office arini!
Alhamdulillah berbaloi jg datang keje arini.
Sbb ada je order for LPO.
So tadek la membusuk membosan!
Lagipon tadi Ain J mai fetch bawa p lunch... 
Kebetulan kami 2-2 orang dah start keje.
Manja soang lagi tu, ziana kita tu tgh syokk raya kat ganung.
 Nanti kita date bertiga plak ye JEE... 

:: Fried chicken from FOB(Friends Of Burger). Not bad, lain dari lain the taste.! but much2 better than ChickenKing sana! :: 

:: Manje i yg semakin cun melecun meletop2 ; Ain J ::

Roh update cerita raya tak mari lagggi..
I dok tenung2 pic raya, yg boleh tahan menggila byk ni..
tapi tak bernapsu nak menyembang cerita raya.
Ada pun, lebi xcited nak tepek pic rumah yg dah siap kemas..
And ready to welcome our guest yet!
tak tau la tahun ni ada  orang mai raya ke tak.
Sejak duk umah baru ni(2x raya)..2-2tahun kami buat open house.
tahun lepas sampai 3 kali buat!
so tahun ni rasanya tak buat dah.
Bkn sebab bajet ke apa... tapi sbb, rasanya tahun ni kita nak tgk la pulak.
kawan/kenalan/saudara mara mana yg mmg betul2 nak ziarah mai umah TANPA dijemput2.
hehehhee. Ni asyik kami je menjemput, siap bitau menu siap2.
Tak tau la depa terpaksa datang ke, ke sebab menu yg kami tawarkan ke...
So tahun ni kita stop dulu..
tapi itu BUKAN bermaksud kami tak jemput datang rumah.
Opkos i suami isteri sangat2 mengalu2kan..
kedatangan tetamu2 sahabat taulan datang ke teratak comel cenonet kami.
Tuk berhari raya, mengeratkan sillaturrahim.
Kita tgk sapa yg sudi datang, tanpa tunggu i mention bout open house.. 

:: tadek apa penambahbaikan. Tetap dull... duit tak ramai sangat nak buat windscotting. Suami i kata, sket lagi ok. leh laminate lantai teruih. tapi tak tau la tawun bila. 😅. Mudah2an murah rezeki ::

:: ada tak ada pun i tukar sarung kusyen kecik ni je.. jadi laaaaa. Masih dgn tema yg sama : MR RIGHT & MRS ALWAYS RIGHT.. tu cuba membuktikan sesuatu ke cemana tu?? huhu ::

:: Semalam lepas bawa mak ayah beraya ke shah alam, balik rumah terus lap2 balang kuih.. isi kuih. kot ada jiran tetangga tersesat mai umah..tak kalut. Bunga pun bunga tahun lepas...raya tahun ni very the out of mood nak deco ke hape! :: 

:: Alhamdulillah syukur la walau tak semewah dan secantik rumah orang lain.. tempat kami berteduh anak beranak.. "bangg windscotting bang.." -sambung beratib... hahhaha:: 

Sambung nanti ye kawan2.
Malam ni anak2 nak mai umah.
Masak mee simple2 lah kot kan? malam dah...
ni pun tak tau nasib i sampai umah kol bapa kang...


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




Monday, October 10, 2016

MEET UP AIN J @SUNWAY PUTRA & FRIDAY DATE'S WITH HUSBAND @IOI CITY MALL PUTRAJAYA....

2 comments :


Assalamualaikum..

Last friday..tak plan pun nak lunch date dgn Ain J...
kebetulan dia off.. dia talakan i suh mai sunway putra..
Me,alone... tahan cab p sana...
just coffe2...sbb both of us,still full... tapi mcmbiasalah...
ni cara dah FULL..kalau lapar??? penuh meja,sampai tatang food atas peha ke cemana kau rasa??
hahahhahhaha...

:: dah kol 12lbh time ni, i still pilih bfast meal.. dulik!!! eh tp tadek plak pic makanan i.. alaa egg benedict kegerama I selalu... ::

:: kesayangan I membawa berita gembira hari inii!!!! orang tu dah ada 'kaki' baru!!! so awas lah lepas ni..... kita datingg je lah keje nya sambil i jadi mem besauu kat sebelah. ok deal?? ziana,sila duk belakang ok! :) . sbb kenderaan berat ikut kiri..kamu melampong sgt..duk belakang k..hehehe::

::  i pun tumpang happy ok!!!! tak sabarrrr nak rasmi biru2 si air lauttttt :p.. haa tu ada pic egg benedict i... ::

:: friday nite, balik keje... cambiasa...dating time! suami ajak p IoI city mall putrajaya.. terus dinner kat TR... this appetizer by them,ssangat lah menjadi pojaan kami..butter spread dia sedapp ok. tapi kami slalu kena makan sikit je bun ni, sbb takut kenyang.. kangg abis jahanamm makanan lain tak abis... dah penah kena..so pls stop before ur bruuuupppp. ok? ::

:: bak kata Ain J...tutup la kot mana pun kalau kepala nampakkk ... stilll lahhh!!! hahaha...hamponnnn!! ::

: my fav drink ever in TR..... strawberry romarita.. drink this without straw! heaven! sbb terjilat2 gula tepi2 glass tu haa..baruu umpphh!! RM16.90::

:: happy face lahh dpt mencekik.. letak habib sebelah steak pun i rasa i pilih steak dlu. dah kenyam baru pilih habib. hahhahahhah... ::

:: hodoh ::

:: our food ::

:: scampi shrimp pasta..tak pernah tak sedap. so cemana nk tolak?? kdg2 dh plan nak tukar menu lain..masa buka buku menu pun, i skip laju2 part dia ni, tapi tetaplah tangan return back to the page.. "scampi pasta 1, please" -muka pussy cat in a boot. menyammm..!! tapi mmg sedap la hoiii..sapa tak pernah rasa, kalau dtg TR..sila lah rasa..sedap bagitau ahkak..tak sedap bagitau  la chef dia balik..sbb diorang yg masak kan? bkn I... :p RM41.90 je... ::

:: dia pnya shrimp ada 80jota belas ok!! dah settle pasta, shrimp melambak lagi. apa nak buat dgn binatang2 ni semua?? gilerrrrr sorrgaa kann??selak udang baru jmpe pasta!!! dah la shrimp dia gumuk2... crunchy2 tak benyeh.... :: 

:: husbdn punya..i tak igt tajuk..nmpk kecik..sbnrnya besarrrr ye!!! ni combination beef and lamb..sedapnyaaa hoiiiii... side dish leh pilih 2..i guna kuasa veto order 2 loaded mash potato dia yg ohsemm sedapp melekat! tayah gravy2 k...makan centu pun dah sedap tahap termeninggal!!!.. set ni RM80++ ...::

:: pastu this smokies sauce dilupa jgn..rasa nak masuk beg bawa balik sebotol.sbb sedap. sedap,faham?? i beli kat market HEINZ ke,kimball ke, apa2 brand bbq sauce or smokey sauce tadek plak sedap mcmni.mcmbiasa lah..i mula syak diorang letak ketum.hmm ::

:: everytime makan sedap sikit, i perasan suami i akan terjeling2 kat i..tersenyum2..i syak dia happyy bila tgk i makan sambil pejam2 mata,menikmati!!! dia mmg sukaaa sgt tgk isteri dia enjoy the food. dia bkn heran sangat..tiap kali meeting, mmg diorang dah biasa makan fine2 dining mcmni.hotel2....top2 restaurant..so dia melayan I je laaa.. Alhamdulillah, mujur ada pagoma.. hahhaa ::

:: kebetulan dah sampai parkson, topup skincare..aritu baru kata kat Ain J.. nak downgrade..igt nak pakai bodyshop or faceshop ke... or i mcm ada cita2 nak pakai hadalabo..i rasa mcm takde la keperluan sgt pun pakai skincare mcmni semua..since muka kita alhamdulillah tadek la berkerak sgt.. tinggal gemok je.. kalau kurus ..bak kata Ain J.... habiss melungkup onglain makan hati.... hahaha.. cete nak UP je kau kan? hahah.. tapi tu laaaa husbnd mmg tak bagi tukar2... yelah sat g kalau kulit peel..memekak! menyusahkan dia juga! barang kecik2 tu f.o.c ok! clinique ada promotion.. bestt gila kot dpt mini skincare...senang i nak bawa travel... ::

:: and its' back!! dah lama i avoid serum ni... sbb beliau ni mahal nak mamm!!! . 30ml RM290 mcmtu.. 30ml igt tahan bapa lama?? sebulan je kot??? so rasanya serum kita cari brand yg murr murrr sikit... ongmesken, tak mampu nak menten nok.. ::


Ok cukup kot i update cete friday je dlu.
I tgh celaru ni fikir nak cuti cemana..since cuti i tggl sikit.
sedangkan suami i kena habiskan cuti dia yg berbelas2 hari tu haaa....
sbb dia takleh carry forward cuti ..
i seteresss tawww!! ujung2 tahun faham2 la unit kewangan mcm kami ni...
nak cuti lama2... thn depan, awal2 tahun i akan pastikan dia amek half from his leave.
MASALAHNYA..... dia bukan boleh cuti, kalau i tak cuti...!!! huaaaaaa





 

Monday, March 07, 2016

DATING ON FRIDAY AT TONY ROMA'S

No comments :

Assalamualaikum.

Dah lama I x keluar detim ngn husband friday evening kan?
dengan kesah tak sihat nya, warded nya, ada hal nya.
So dengan rezki Allah beri kesihatan yang ok.
Jom lah bang. Lama x masuk mall(lama ke??hahah). 
So, dating kat IoI City Mall. Settled. 

Before it...
I ada beli Groupon Tony Roma's meal set with 50% disc.
RM44.90 only for 1 set! Its contain Beef Ribs and BBQ Quarter Chicken + 2 side dish + 1 juice drink.
Harga Asal RM89.80.
I saja amek 1 set sbb, nak order menu lain or else,
kadang2 portion dia besar.

:: Nampak kecik plak kau dlm gambar kan sekor2?? . Tapi mmg sangat cukup for both of us. Sebaik suami i berjaya redakan napsu jilake i yg kalau ikut semua nak order! suami kata "kita tgk dlu portion dia. kalau tak cukup,kita order lain". haaa kauu amekkk... Sebaik tak gatal order shrimp scampi pasta peberet I! I mmg rekemen taw kalau koang makan kat TR, order la pasta ni. Sedap nak kojol ok! udang bersepah2 di kaki2 lima pinggan! Side dish,kami mmg pencinta Mashed Potato tony roma's. terus tamak pilih 2-2 side dish dia, mashed potato! :: 

:: Complimentary bread dgn butter yg enak lazat. Roti free ni pun berebut laki bini! :: 

:: I mmg sokmo la failed nk igt nama air ni. Ni msti faktor byk mkn ubat ni. hahahah. tapi this my fav drink kalau makan kat sini. Mojitas ke hapa tah. Dunwori,alcohol free.  ada 4 flavours. I suka yg strawberry. Tu gula2 kat tepi2 cawan tu, heaven kalau minum hirup wthout straw! slurrpp! RM16.90 :: 

:: At the end we just paid RM16.90 for my drink je. Sbb dah terbuntat makan, tanak topup any other menu. And main dish dah siap2 included dalam groupon kupon. Penjimatan berganda! :: 

Selebihnya pic selpiaq sehenjut dua...
Redho kan je lah ye.
:p






I tot thats all for now.
LPO byk plak.
Tengahari jap lagi i ada appoinmnt doctor.
As usual at Gleneagles.
Suami I ada court case pagi ni.
Dia bawa kereta, so i kna tggu dia pi settle kan keje dia dlu.
Baru dia dtg fetch I bawa p hospital.
Sbnrnya badan dedar2.
Weekend i hectic sangat.
Next week pun bz.
The other week pun full.
Hope balik ni, dpt nap and recharge.

Happy Monday Blues ols!
jgn translate2 monday to BM k..
I tak rela nama bapak i diperkotak-katikkan...
hahahahah.