Showing posts with label THE GRAND SEASON HOTEL. Show all posts

Monday, August 06, 2018

PERJUMPAAN TEAM ISTERI2 DAMBAAN SYURGA @THE GRAND SEASON KL

No comments :

Assalamualaikum.

Menjadilah juga AGM team isteri2 dambaan syurga yg dinanti2...
jadi ternanti2 sbb presiden kami, kak jee tu kekemain bz setarap DS Wan Azizah! 
Dulu paras2 YB Nurul Izzah je..eh sejak 2 menjak ni menjadi2 plak bz dia..
hahhahhaa. jee, hampoonn sesambil je ngata kamu terang2.. 😛
Ikutkan dah kena dissolve dah persatuan kami ni, sbb AGM tak konsisten!
kadang berselang sampai makan tahun! 
bubar! bubar! gitoo kedengaran sorakan pembangkang. ek eh. haha
Asal usul nya nak buat AGM kat Sunway Putra Mall je.
Ujung2 kita p Grand Season je la..
leh terus tuju tempat makan... makan + sembang.
kang kalau mall, tak berapa tenteram nak duk lama2..
mata syik melior je nak p sana p sini.. 
so duduk lah mencekik dendiam kat situ...aman tenteram nak menyembang...
lagipun kat sini, HKL staff entitle for 20% discount...
tak sure less tu for F&B only or include accommodation too. 


:: Presiden and timbalan.. I Ahli konglemerat biasa je. hahaha ::

:: paksa adik waitress snap pic.. pastu demand suh amek dari depan je.. jgn sesekali amek dari tepi. melungkup hasil dia nanti! tapi i tetap la nampak agam kat situ.. well, baka new zealand mmg mcmni! hahah. perati si jee tu.. peknen 6mths, tapi helllokk je perihal badan dia. sket tak menggelembung ke hapa... yg hat tengah tu mmg selalu 'safeplay' ... nampak tipis je dia kannn.. hahaha. ::

:: Kat sini, mmg lunch dia byk malay cuisine. lauk2 dia mmg tak dapat disangkal lagiii tahap kelazatan... 1st round i amek hokkien mee , paru and roasted chicken. chicken paling penting tight part. part breast and isi2 paling i tak soookaa! ::

:: Ain plate's.. eh nampak udang baru i pasan i tak sentuh udang pun. i mmg kurenggg sket nak berkawan dgn udang. kalau dgn sotong tu YE.. kemain cemolot2 ::

:: tadaaa ..jarang2 terjadiii neh makan nasi time buffet. tapi i nampak je ikan kari...... tak kalih lain dahh! mmg sedap elookkk pangai kari dia. lawan kan dgn ikan masin talang masak gulai. amek sikit2 je buat rasa semua... ::

:: kueytiaw sup dia pakai shredded honey chicken! tak ke gilerrr?? sehedapp! ::

:: acapkali mai sini, rojak buah buat sendiri dilupa jangan...amek kopok udang tu lebih2 sket.. krapp krup2... ::

:: jee's plate.. rasanya dia makan tara2 gini je kot... haiii mcm laki den jg jee ni.. tak baloi bawa p buffet. hahhaa ::

Alhamdulillah makan sedap. 
Sembang2 about 2hrs jg.
pastu terpaksa la gerak balik sambung kojo.
Grand Season ni seberang jalan HKL je.
So i menapak la dgn Ain J.. pelan2 seret kaki...
Jee mai naik grab... usia2 peknen mcmni, smua pun dah tak koserrr nak drive, parking etc.

:: nak balik, kat lobby terkeseng2 plak minta tlg bellboy tlg snap. bkn sekali. berkali2 plak dia snap.. baguih2!! lain tahun naik gaji naaaa ::

:: 2 ketul makhluk Allah paling seksi tu, kemain berselindung di sebalik si nipis.. ::

:: janjiiiiii perut kami tak over shadow perut jee! hahahhaha. mission accomplished! kalau berdiri sebelah jee, mmg harus la kami jadi persis jack & the giant slayer! ::

Masa teman Jee tunggu grab dia sampai... 
tiba2 rasa sayu plak.
Sekejap je plak rasanya dapat menyembang bertiga.
Dulu kami bertiga 1 office.
Then jee transfer asbab naik pangkat.
Later Ain plak menyusul.
Now Ain back to HKL . 
Hopefully soonest i plak dapat transfer dekat dgn umah.
Tak sanggup dah 5 years berulang Kajang(Semenyih actually) to KL...
I tak worry pun kena keje mana...
sbb i yakin friendship kami still boleh maintain mcmbiasa.
Ni nak p vacation mcm dulu2.. dah susah la kot.
Jee nak bersalin in Nov... kang ada baby susah dah nak gerak..
Tak sangka kami bertiga leh remain friendship ni sampai skrg.
Salah faham sikit2 here n there tu mmg biasa (eh pernah ke? mcm x penah gaduh pun kan??)
terasa hati sikit2 tu, telan2 je mana yg boleh.
sebab....  mana2 hubungan mmg TAK AKAN PERNAH yg sempurna.
Tinggal kita yg dh tua2 ni matang2 la sikit dalam menangani ..
sesekali ada gangguan perasaan, bawa2 la astarafar... 

So koang... lebiu ols very strong..
hope bila anak jee dh 2 tahun kita boleh p Maldives k? 
tak agak2 kalau cita2 tu pon! hahahha
Maldives tu population dia 90% muslim.
Nak bawa Ain J p oversea kena negara2 yg mcmni.
If not.. mereput lah dia duk kat negara orang, tak makan2! 
faham2 je la cemana punya cerewet mak incik soang tu bab makan. 
hahahhaa. apapun koang..
saiyyyanngg tatap saiyyang k! 
💙💚💛💜


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 


Tuesday, September 12, 2017

FAREWELL LUNCH FOR HJ ZUL & PN KHUTRUN at HOTEL GRAND SEASON,KL...

2 comments :

Assalamualaikum.

Semalam ada small farewell lunch tuk Hj Zul and Pn Khutrun.. 
Hj zul dah nak retire (bersara wajib) Pn Khutrun plak kena transfer to Bahagian farmasi,PJ.
9 Sept aritu dah ada official celebration for them buat kat FRIM,Kepong..
tapi i tak joint...
Sbb seharian suntuk duk dalam hutan, which is not good for me..
My seben mmg tak dapat nak bagi permission.
Makanya, bila depa anjurkan makan2 mcmni...
i kena la attend. takkan nak jd mcm frog seat under the tempurung je kannn?? hahaha
Makan2 ni buat The Grand Season KL..sekangkang gajah je dari HKL.
Depa p jalan kaki je. I mmg tahan cab ye.
Mana nya i nak jalan jawoh2.. mau bentan kaki ..
ujung2 kang laki i yg stress kena picit kaki.
hehehehe. so naik cab pergi n balik dgn a few colleagues yg sama2 tak KUASA nak jalan..

:: sebab naik cab, tersampai awal lah kami... ::

:: Ni lah 4 ketul jemaah yg tak kuasa menyeret kaki..mihmih ::

:: With abam toyyib, En ishak..hehhehe. dia suka acah2 suh org snap photo berdua.. smlm i kejar dia betul2, nak snap together... ketaq dak? hahha ::

:: with amber chia stor..hahhahha. Sue yg tggi melampai lagi nipisss hehehe. parah jg rasa duk sebelah org tipis2 ni... rasa termenonjol sangat ke cemana tah..hahahha ::

:: geng2 makcik meraban kawasan tokai kanan..hahhaha ::

:: kebetulan grand season lunch spread dia bykkkk malay food. eh mcm faham2 je taste kakak skrang, yg kekampungan sangat neh!!! sampai2 je nmpk jantung pisang masak lemak putih! tak gigil kau?? sotong masak petai.. ikan jenahak masak kari.. tu dulu i rembat.. udang butter pun amek sikit. selalu i  p buffet mmg sangat jarangggg serbu nasi.. tapi sejak bersahabat baik dgn nasi... terus jadi lennn! ::

:: then makan rojak buah yg tak hengattt sedapp ni ha..siap ada keropok ..betik muda.. kuah dia sedap nak mammm!! i repeat 2x.. siap amek tender jadi 'penggaul rojak' sekejap. sebab i yg heboh rekemen kat semuorang kata rojak S E D  A P! hahhaa. smua terpengaruh dan bersetuju dgn I. YES! hahaha. ::

Then i makan sikit mashed potato and mushroom potato .
pastu amek ais hancur(for ABC) tu, i buh fruit cocktail..
dah jadi mcm ice jelly sedappnya.
ha tu je i makan. tadek nak cari sushi ke , makan mussell ke mee kari ke apa.
NO! perut dh ketat..
mai sini pun bkn pasai nak makan sangat..
makan..bila2 pun leh makan...ni kenang nak rai sahabat2..
Nak2 haji zul tu... setiap jumaat dok ngaji dgn dia.
Dia pimpin talaqi quran, tak minta 10sen pun. FOC....
ni semalam dia pulak bagi geng2 talaqi hadiah.
terbalik sudah?? insyaallah ada small token for him.
Yg dah mcm bapak2 dah kami anggap.
Sok ni dia dah bersara, sapa la plak nak pimpin talaqi??
kambus abis dah ke kelas ngaji?? hmmmm.

:: ni geng2 kepoh. Makan tak seberapa, tapi huru hara boleh tahan.. dah macam terlebih gula pun ada!  hyperaktif! miaiahahahha::

:: Participant semalam. yg belah2 depan nuu BOSS2... kita rakyat2 jelata ni dok belah ujung2,sipi2 udoh ler....huhu ::

Balik tu sampai opis, rasa ZZZzzzzzz tak menahan2!
Sambil semak LPO, sambil tersengguk2.. 
Selesai je i abis kan LPO, i take nap dlm 10min.
I takleh nak tahan sangat2 dah!
Mebi sbb i makan panadol(badan tak sedap).
lagipon i hv to la..if not..nnt nak drive back bahaya.
i dah la nak drive ,jauh..

:: The babah a.k.a Hj Zul.. ::

So goodluck to Pn Khutrun kat tempat baru.
And selamat bersara buat haji Zul...
Smoga bertemu lagi...
dan didoakan sntiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.
Ameen.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




Thursday, February 04, 2016

THE GRAND SEASON HOTEL & NASI KANDAR LINE CLEAR CAW. KG BHARU,KL

No comments :

Korang nak tau tak...
Malam tadi i tidur mana??
cerr teka..cerr teka. Haahah.
Malam tadi kan..tak semena2 i n husbnd p kena checkin hotel in KL ok!
KL kot?? umah mak ada kat ampang.
umah sendiri, kat kajang.
ek eh, lagi mau checkin.
Apa kejadddd semua ni??
Ni semua kawan i lah pnya fasal!
Memula dia nak checkin sini, sbb ada hal.
Suami i kan The Legend World Wide member's.
Leh dpt FOC stay, 7 night per-year.
So selalu pun bkn abis 7 days tu.
Membuang gitu je. 
Alang2 tlg bagi kat dia.
Cuma renyah sket la..kena call sana/sini. Email etc. 
Ujung2, cancel. Tapi sebab/alasan dia cancel tu benda yg baik.
I lgsg tak marah taww! I sapot u ok!
Something good for her,kan???
tapi rugi sikit laa..sbb once dh dpt confirmation, takleh nk cancel.
Setiba2 suami i suggest, kami stay situ for 2 nite.
Dah la hotel ni sepelaung je dari office I!
Eh mmg nampak laaa bangunan HKL tu seketul2 dpn mata.
Memula i kemalasan jg, sbb baju tak pack bagai.
Kena berangkutan segala.
Tapi fikir membazir, so i gagah la ptg smlm balik kjg.
I pack2 baju n datang KL balik.
Ko ghase???

:: Superior room je. but ok sgt dah kot. tgh2 town gitu kan??::

:: Comfort ::


Tak penah2 chckin hotel kat KL nih!
So menggedik2 pikir nak buat tu nak buat ni.
Mentelah hotel tu pun ngadap KLCC, KL Tower.canteqqqqq.
Tapi malam tadi, I ajak suami try Nasi Kandaq Line Clear.
Eh u all tau ke idok?? Line Clear dah maiii KL.
Depa buka cawangan baru kat Kg Bharu olss!!
Opening on 29 januari aritu.
I dengar kemahen pjgggg que masa opening.
Dia bagi free makan for 1500pax.
Disebabkan I sayangkan peyut i yg sedikit muncit ni(sedikittt kau kataa??haha).
I turutkan juaaa. Gagah la mencari!!
padahal kat kg bharu je??tapi still lahhhh terpusing2.
Dgn izin Allah taala, jmpe lah jua!! YESSSS laaa..
org pun tak ramaii plak time tu! canteqq!

:: Pic from google ni. Canteq kannn? dia dah berubah perangai, x selekeh haupp mcm yg caw.penang. leh jd kembang tekak! eyyewww::


:: Que tetap que... sambil que tu nnti macha tu tanya lah order. giler debar2 nak fikir nak makan apa! Semua nakkk!! sat nak ayam goreng, sat ayam madu. eh cancel2..nak ikan lah. Arrghh tambah sotong ke telur ikan ni?? demmit lah!!. ujung2, ni yg terkeluar dari mulut mungil I.. Nasi putih + ikan tenggiri kari + sutung sekor + telur rebus kari + kuah muah. Settled. RM9. Mughoh kannn?? ::

:: Pastu i orderkan suami i (mmg dasar queen control! kah2), suh amek ayam plak. senang nak share2. Pstu up dgn telur ikan pun RM9. Ya ampun sedapp masyaallahh!! ::

:: Selesai baca doa, leh kira dlm kiraan 10minit. Gone!! hahhaha. Alhamdulillah ::

:: masa tgh duk makan, menderu2 plak org que. Di ucapkan, bertabah lah ye.. *jilat2jari* ::


:: lawa je konsep gini. tandas and sinki pun bersih. baru lagi la kot. harap performance beliau berkekalan...  ::

:: Deco indoor and outdoor::

I dengan suami I kalut dok kira untung diorang. Hahaha.
Giler hontong kot??? sehari mau poloh2 riban dia earn.
Kagum2. Tapi nak beli/sewa tanah kat Kg Bharu ni pun...
kuss semangat jugek ken??
i syak sekejap je doang leh cecah margin.  

Ok i nak bagi landmark.
Sbb i tanak u ols jadi mcm we ols.
Huru hara, gegak gempita mencarik! 
Padahal Kg bharu tu boleh kata ari2 datang.
Nyampahhhh!

Koang cari je Public Bank Kg Bharu.
Eh dah nampak tu, betul2 sblh dia.
Tayah nak tertoleh2, ter-waze2 lagi.
Public Bank pun tak tau? Ha yg tu kena alat bantuan hayat lahhh.
Pastu kan, parking free for their customer ada kat blkng restaurant.
mean kalau koang dtg dari arah kg bharu. pass by dlu restoren.
Ke depan sket, 1st lorong masuk kanan.
Or bila nampak Restoren Laman An-Nur ..ha terus masuk kanan. 
then nampak tanah lapang. Insyaallah luass padang dia k?
If koang datang dari arah Jln semarak/Celcom tu, 
akan jmpe restaurant Laman An-Nur belah kiri, terus masuk simpang kiri tu.
Parking dia belah kanan. K?

Amacam??? Bila plan nak pekena?
Pi la try sekali.
Tak ' Genuine Anak Mami' lahh kalau tak try!!
dak2 opis i dah tergedik2 nak pi.
Syukur i jadi org pertama dlm opis tu p pekena.
Bab makan?? mau kau tak cempiyen esah oii???


Line Clear Nasi Kandar (LC Restaurant)

No 113, Jalan Raja Abdullah
Kampung Baru, 50300 KL
Business hours: 24 hours daily
Tel: 010-388 3326 / 019-422 3753 / 017-409 6129