Showing posts with label RAYA 2019. Show all posts

Tuesday, July 02, 2019

RAYA RUMAH #BFFTJ INN , ALONG RAMLAH & SHIDAH | OPEN HOUSE RUMAH MAKTEH @SHAH ALAM

1 comment :

Assalamualaikum.

Jumaat lepas such a longgg day for me.
Sbb dari pagi membawa ke malam, kerja nya RAYA sesaja.

:: Jamuan raya Farmasi Logistik. Wajib pakai baju raya, tapi mostly baju raya sis smua lining2. ngerlit2 a bit.. tak susuai btoi nak bawa merewang kat opis ni. Ada tak ada kita pakai la baju yg belum penah pakai. hehehehe. ::

:: baju prada lace beli kat Bandung. paling teringat kat arwah kak shida. Sbb berebut 2-2 nak kain ni. Kain jenis ni jarang2 kaler emerald dikawan kan dgn peach2 belacan mcmni kan?? Alfatihah buat kau kak... smoga baik2 aja kau kat sana. Btw, pose tangan silang kat dada, kalau tangan elok runcing mulus xpe juga. Ni dah macam seketul balak melintang dada??? apa hal lohhh??? huaaa ::

:: Ni je la yg dapat disiapkan dalam masa less than 2 hours. Pakai apa yg ada. ::

:: barisan boss2 and orang2 yg dirai ::

:: Mr.Aw..our lengloi boss..jadi emcee beliau aritu. Majlis jamuan raya ni bersekali dgn majlis persaraan CC Alaw dgn farewell Nik(our team).. ::

:: papai kak alaw.. good bye tension, welcome pansion!! ::

:: Huwaaa poknik pun nak transfer sudaaaaaa. All d best ye nik! ::

:: start je makan, ek eh deni plak muncul juara.. Faez ; my staff.. hehehe ::

:: kemain agam kak siti tanjung perak engkorang, duduk tengah2 jadi tugu! pffttt ::

:: peratikan CC Nurul at my left side.. sempat duduk antara dua sujud dlm gambar!!! ha ha ha ko kenapa kak?? adoiyaii..Mcm2 pe'el..::

Gambar makanan pun takde.  pose pun sikit.
Jamuan kali ni takde la meriah sangat, lebih pada 'janji ada' pun ye..
Petang balik keje terus shoot p Meru Klang.. rumah my very2 bfftj; INN..

:: sampai2 terus tuju dapur beliau. Awal2 dah request nak makan lauk sekian2. Makanya sampai2 tayah la intro apa2, menonong je ke dapur.. salam2 sambil lahar2 suruh dia masak cepat. sis lapaaaq ok... tghari tadi jamuan makan juz2 nau.. ::

:: mempersembahkann... JENAHAK SAMBAL kecintaan saya!! kalau dia masak sambal mcmni, menangissss kesurupan ok!!!! ya allah.. ni tgh menaip pun jenuh la urut dada kasi sabarrrrr.. ko buh apa dlm ni yang?? air mandi jenazah ke?? huaaa ::

:: masih berkisar pada jenahak.. kari kepala jenahak plak. adoiiiiiiii dah jadi tak keruan sis nak makan. sambal pun nak. kari pun ssh nak tolak. tak fokus lah mcmni!! ni mmg mengakibatkan penambahan nasi yg berulang2.... ko yg salah yang! ko!!!! huaaaa ::

:: sebab adik beradik jenahak dah bermaharajalela, sayur campur, i tak usik pun. hahhaa. dlm kari dah ada terung dgn bendi... i sental kasi leencheenn! sambal belacan sampai 2 dia buat! 2-2 sedap nak mamposss.. dah la deni pnya sambal lacan jenis lepas makan tersyium2 jari 4minggu belum tentu ilang bau! hahaha. sedapppnya yang smua kau masak!! i mmg tanak rendang, bihun2 ni semua ye. Apa barang datang meru makan bihun kan?? dgn dia kita request je nak makan apa.. mmg tak pernah dia kata TAK. Nak2 dgn dia2 skali balun! tu yg rare! hahahha. ::

:: apa2hal senduk nasi kat suami dlu.. amboiiii, mistali sangatt neh! hahaha ::

:: tgk la anak dara tu haa..melompat dari satu kusi ke kusi yg lain. omak eh sibuk nak snap pic merpati dua secoli ni hahaha ::

:: eh nak pose lagi ke? org dah tazabarrrrr nak mamamm ::

:: Koang perati la.. pinggan dia pun tak ngalah.. sapa tuan rumah ni?? ::

:: baikkk punyerrrr ::

:: Mcmni lah baru rayaaa.. makan ceduk2 cekau2... lintas depan muka orang.. hahah ::

:: Halfway, Emi (Mak) joint..::

::  Lagi la mengatun2 jadi nyaaa.hhaaha ::

:: Mak ni ala2 talian hayat kami time belajau dulu. Assignment tak siap, mmg cari dia. dah la tak kedekut ilmu, pemurah plak tu, kadang tlg potostat kan etc.. dia tak tlg, ada yg kami tak grad agaknya.. kahhh! ::

:: tuan khemah dgn Mak.. mmg tak reti pose diam2 eh yang?? hahha::

:: anak bungsu Inn.. zahra Iman.. manje nau2 ::

:: dia tgh menceceh pengalaman naik roller coaster kat Jakarta..ahahhaha.. terbarai2 perut dengau dia cete.. kata dia... masa atas tu,dia debau2, sepet(adik dia) senyap je. keras ke, dah mampos ke?? padahal2 dua2 pun sado. naik roller coaster kecut telur sekor2.. hahhahaa ::

:: my big boss dah kekenyangan. tesandau puas hati nampak ,bang??::

:: ahseng(suami Inn) balik lewat. Ni baru dapat joint bergambau..::

:: Mak belum kawen. Available lagi.. anyone?? ::

:: dlm grup ni patut ada 4 orang.. mek senoh(Husna) tak dapat joint.. tggal 3 ekor budak itam.. ::



:: landing terus atas bahu Mak.. ::

Selesai semua dekat kol 11pm!
Bayangkan dari pagi kol 6am keluar rumah...
Kol 12am baru sampai rumah..
Belenjap celah2 bedahh smua....
Balik mandi2 , membongkan terus..
Esoknya, sambung raya...
Memula attend kenduri kawen Pharmacist satu office kat Kelana Jaya..

:: Kami mai awai.. makanya tesempak dgn Ninot je.. Sedap2 lauk dia. Dapat la merasa kambeng golek (aqiqah). Tahniah Pn Hazwani!! Smoga kekal till jannah k?? ::

:: Dari kelana jaya shoot terus p Telok Panglima Garang, rumah Along Ramlah.. Along ni kawan Assunta... Baru move in rumah baru.. lawa lapangg bersihh rumah dia.. Along ni pun single lagiiii..  ::

:: mcm2 kisah rumah ni nak siap. Alhamdulillah akhirnyaaaaa selesai jg.. ::

:: lama kami melepak rumah along.. sampai ke Asar.. Duduk,tidur mandi siap lahhh.. sbb nak tggu nak pi rumah makteh kol 6pm.. Along jamu mee sedappp.. buah nenas, kuih2... ::

:: Kol 6.30pm sampai umah Makteh, seksyen 19 Shah Alam. Sambung raya.. kemain meriah open house rumah makteh.. makan bermacam2.. bbq, sup tulang, nasi tomato, kambing bakar.. ::

:: Ni ahad pnya cerita, dari ampang pi PJ rumah Shida..pun kawan Assunta. Ma dia mai KL..masak nasik budu. sedappp ya ampunn oiii! ::

:: sekelompok ni semua kawan2 cikgu Assunta. TQ shid.tq cikyah, masak asyik nak sedap2 je!!!! haishh ::

Makanya weekend lepas gitu lah kisah raya I...
Ada 2-3 rumah i pergi, bkn sbb atas undangan.
I sndiri yg nak datang ziarah diorang.
Kalau mampu, i nak ziarah semua kawan2 baik I.
I mmg ramaiii sgt kawan. Mcm2 lapisan jenis kawan.
Dari kawan sekolah rendah, sek menengah, kawan U, ada 2 jenis U plak tu..
kawan kerja Celcom, TnG, Astro, Assunta, HKL... semua keep contact.
Belum jiran, sedara mara, kazen2..
and kawan atas kawan lagi....kawan on9..
Mana mampu i pegi, i pegi .
Kadang kena paksa diri jg.... smua pun sbb ukhuwwah.
Kata sbb makanan ka apa, mmg tak lahh! 
kadang i mai, depa jamu bihun pun besar rahmat dah!
Suami i plak jenis sangat supportive bab cari2 kawan ni.
Dia kadang terlebih excited.
Sbb i lagi ramai kawan dari dia.. Dia umur muda dah jadi boss.
Bila jadi boss ni, nak nilai kawan sebenar pun.. hmmpp mcm struggle lah jg..
Tak tau tu kawan mmg baik dgn dia, or baik sbb dia boss. gitu...
so i faham je situasi dia. 
Sbb tu dia sonok kawen dgn pempuan cantik agam yg ramai kawan mcm I!
I kawan merata hala. Mai negeri mana ada ja laa kwn leh pi jmpe.
Alhamdulillah Allah hadirkan kawan yg baik2 dlm hidup I...

Eh panjangggnyaaa entry kita kali ni.
Mahap la ye wak.. 
Datang angin merogan sis, kemainn rajin menaip.
Ok let's kill this love sambung kojo!!!


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




Monday, July 01, 2019

RUMAH TERBUKA MAK KAT AMPANG | MIL BUFDAY CELEBRATION | 3 HARI KURSUS @INTAN KL | START PUASA 6, WALAU KELEWATAN

1 comment :

Assalamualaikum.

Arini dah 27 Syawal.
2 hari lagi settle lah raya kita.
Pagi ni godeh2 hphone nampak plak pic2 raya aritu.
Ajomm lah kita nyembang.

:: 22/6 (Sabtu) lepas, turn rumah mak plak buat makan-makan. Bincang2 dgn adik2 kita cater je la. Mmg selama ni walau mak masak, kami jg yg blender2 bahan, kemas2 brg. Mak selalu menumis je. Tapi kali ni kami betui2 taknak susahkan mak. So let's la order je..TAPIIII... ujung2 tetap laaaa mak nak masuk campur tangan jugaaa.. adoiii .:: 

:: sewa khemah. Selesa sket orang nak makan. Tema kemain nak kaler ijau + putih je. hikhik. ::

:: main dish nasi tomato mmg catering. Kari daging, sambal tumis, kuah kacang nasi himpit, bihun sup, bubur durian, roti jala etc homemade. ada yg SIL i masak. Ada yg kami gotong royong masak. Mcm kesudahannya, masak juga la! hahaha. Mak dok worry adik2 dia anak2buah dia dtg mencari sambal tumis cik melah. Kuah kacang cik melah. Tapi tadek hal pun, sbb bahan2 rencah2 semua adik2 bujang I buat. Mak tinggal tomis jaaa.  dapp nya kari daging kentang makan dgn nasi tomato cikna.. nyum2 ::

:: apa2hal org pangkal makan dlu.. huhu ::

:: chill2 sementara tunggu tetamu pertama sampai.. ::

:: umau kesayangan semuaaa.. kemain kat semuaorang dia nak.. sket tak takut org. Bahaya jg kenn ::

:: adik mak; cik meer ::

:: Tetamu mmg melimpah ruah ye... Dalam khemah, dalam rumah.. semua ONZ. ada yg lepak bilik menetek anak pun, sila2. I ON kan semua aircond. Bilik I dgn bilik bujang leh la depa keluar masuk. Memang kami bersedia tuk orang tumpang solat, tumpang tidur kan anak. Takde masalah. terpulang masing2 la ada yg tak suka org masuk bilik, siap pesan suh solat siap2 kat masjid before dtg rumah. eh terpulang k? i tanak ulas. Tapi family i..termasuk la rumah i sndiri, mmg sentiasa bersedia tuk tetamu yg nak menyusu anak. solat. Mmg ada tempat selesa + aircond semua. Mmg sukaaa nak entertain org bukan takat makan ja. Biar org selesa datang lagi rumah kita. Gitulah harapan kami pun.. Tapi bilik mak, bilik ciktam semua takde la depa masuk. kamu buat letak barang2 berharga dalam tu.. Sonoknyaaaa sedara mara mai. kwn2 adik I.. kawan2 SIL. Kawan2 I , i jemput sarina je. Tq for coming ninot. Tu pun sbb teringat dia ada kat Aquaria,sekali lalu..meh la singgah makan.. gito. Kawan2 lain leh datang rumah i sendiri kat Kajang nunnn. Gambar mmg harommm takde. Hphone tggal dalam bilik. Ni semua sedut pic hphone adik2. Kaki i pnya rasa nak tertanggal, siap kena ikat dgn tali rapia jgn kasi jatuh! kahhh! ::

:: 22 Jun tu plak bufday my MIL; Hjh Zalekha. Dah berpenat2 tu, gagah la lepas maghrib p joint depa celebrate kat Naili's Ampang. Time maghrib tu pun ramai lagi sedara mara datang. sedeeyy je tak dapat joint cousin update gusip2 terkini. Huhuh ::

:: Happy bufday mak.. tq lahirkan suami saya yg segak bergaya dimata dunia berpuluh2 tahun(woww byk puluh tu.haha) yang lepas. Semoga mak sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah. Ameen. Oh my MIL dah 72yo this year. tapiiii still sihat walafiat. kuat semangat, jarang sakit. Kalau ajak lumba lari dgn I, sebelah mata je dia besit tinggalkan i kat belakanggggg ha ha ha. ::

:: ada jg pic wanita agam kepenatan ni haaa.. cilok dari whatsapp grup.. ::

:: team anak buah ::


:: Masuk cerita puasa 6 sket.. Dah selesai semua open2house. baru lah dan kami laki bini terkedek2 puasa 6. Ni pun i sangkut jg tak cukup 6 rasanya. Open house sana sini. Cuti solat lagi. Pastu 3days pi kursus. Memanggg mengundang laaaa nk ponteng puasa 6.. suami i ONZ. Sambal ikan request by husband. Mcmbiasa la..dia makan terjilat2. Sis, sebelah mata pun tak usik. hahahha. Sejenis tak minat makan apa yg sndiri masak.. tsk tsk tsk ::

:: Soo hoon telur ni mmg fav suami nau2. Masak ari2 pun dia redho dan gembira.. hehe::

:: ada 1 day i teringin sangat nak makan sayur 4 season from Mohd Chan Abdullah ni... Moh la pi berbuka kat sana..sedapnyaa sayur dia weiiii. i jarang tolakkk order deni kalau mai sini. ::

:: ni plak pic day 2 i kursus kat INTAN KL. Sampai KL awal nau2. melepak minum kat area Kg Kerinchi/ Bangsar South. Best sgt2 kursus kat sana.. sbb i mmg pilih kursus yg ada kene mengena dgn kerja I...  ::

:: lalu depan flat DBKL Kg Kerinchi ni... rumah arwah nenek and atuk (belah mak)! diorang dpt penempatan semula kat sini, lepas terlibat dlm kebakaran. Berbelas tahun jg nenek stay sini. Rumah nenek tingkat 9, mengadap Vista Angkasa(kondo kaler biru tu). Sapa biasa main area sini...UM, BANGSAR, KERINCHI...mesti tahu flat ni kan??? tiap2 malam mggu, kami mai umah ziarah nenek kat sini. Cuti sekolah mmg melekat la kat umah nenek. teman nenek p chowkit naik bas mini. P pasar, p masjid negara, lake garden, tugu negara. I ols mmg org KEY ELL. tak tiffuuu. mmg membesar kat KL.. Masa nak bina KLCC tu pun i lalulalang naik bas depan construction tu. eh takde la bangga nau ke apa..kdg kena explain sbb ic tengah i 04(Melaka). tapi haraaam nak tau apa2 pasal melaka. Sbb balik Melaka time raya and special occasion jaa..lebih mahir tang KL-Ampang. Now, kajang-bangi-semenyih. Habaq jaa celah mana, cek leh cari. hu hu hu hu ::

Ok i nak sembang tu ja.
Lega dapat hamburkan pic2 ni semua kat sini.
Simpan buat baja. hahahhaa.
Till then na..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.