Showing posts with label QUEEN VICTORIA MARKET. Show all posts

Wednesday, May 31, 2017

MELBOURNE DAY 7 ; PART II - QUEEN VICTORIA MARKET FOR THE LAST, YARRA RIVER & DFO SOUTHWARF

1 comment :

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry Day 7.
 Day 7; Part II : Melbourne trips.
Balik dari Shrine of Rememberence, terus amek tram to QVM(Queen Victoria Market).
Saja nak cuci2 mata for the last. Esk nya kan nak balik Malaysia dah..
Tgk jadual, hari Jumaat sepatutnya katup pukul 5pm.
Time kami sampai dalam pukul 3 lebih pun org dah siap2 bungkus barang.
Apekeheyy nya yeob???
So melepas lah nak topup2 tshirt ke apa...
Sendu dihati, siapalah yg tahu.
No more QVM shopping la nampaknyaaa..


:: tuk kenangan..kita selpiaq kat belah2 luar merket ni..::

 
:: Bye2 QVM.. ni QVM dari arah depan..::

:: Menyelusur tepi2 QVM ada bykk kedai bunga.. lawo2 woo ::
 


Dah takde hasil tangkapan kat QVM, kami pusing2 lagi.
Amek tram to Flinder street station.
Kendian, seberang ke Yarra River...

:: lepak tepi2 sungaii.. ::

:: Melbourne city.. ::

:: Duta Malaysia ke Melbourne..huhu ::
 


:: Jalan pnya jalan.. "ek eh... DFO SOUTHWARF lah!"  rupanya dah nak sampai DFO(direct factory outlet).. byk baca review diorang suggest suh shoping kasut etc kat sini. Tapi corelle tadek kat sini. Sebaik kami dah siap2 beli corelle kat DFO Essendon marin.. baca SINI.. ::

:: otw to DFO southwharf jmpe pokok2 pink lawo2..view kat sini pun santek2 ya amat..semua lah kalau boleh nak snap pic! ::

  




Tapi pic 1 haremm pun takde masa kat Dfo Southwharf.
Sebab sampai2 ngam dah gelap gelita.
Sekejap je malam sini.
Masuk dalam tu pun tadek beli apa.
Sbb harga lebih kurang mall kat malaysia.
So belenggang kangkung keluar mall.
Malam sudah.
terus p cari makan.
Makan kat tpt dinner semalamnya.. READ HERE...
Uyghur restaurant..

:: Malam ni lapaq nasi. So dah tau portion dia besar2 gabaq...order 2 dishes je. Yang ni Beef bla bla (tak igt tajuk)..ala2 black pepper..sedap gilerr! :: 

:: And this vege. pommm sedappppp ::
 
:: kenyam perot sukalahhh hati... ::

Lepas dinner malam tu..
kami jalan2 around city.
Dah last nite ni.
Sedihh piula..sbb best sangat Melbourne town ni.
Very user friendly, baik transport.. people and other facilities.
Mmg sangat2 best!
Tgk orang baskin skjp.
Then naik tram , free zone pnya dari ujung ke ujung.
Dah lewat malam baru balik bilik.
Packing for the last...
esk pagi2 lepas subuh hamzah fetch to airport..

Wowww mcm tak caya entry Melbourne dah nak abis!!!
Good2...
Selesai hutang piutang entry. hehehe.
Esk ada entry last.
Then mebi kalau rajin kita check2 apa kita beli kat sana.
And kot nak tambah2 tips ke apa.
Smua pun bergantung pada tahap lampu otomen kat dada i ni. hahhaha.


.: NO HATE JUST LOVE 💋:. 




Thursday, May 25, 2017

MELBOURNE DAY 6 ; QUEEN VICTORIA MARKET & FEDERATION SQUARE

No comments :

Assalamualaikum.

Melbourne Day 6 kami, mmg sangat santai.
Takde proper plan / itinerary.
Celik2 je mata, terus nak p tuju Queen Victoria Market(QVM).
Walking distance je dari hotel.
So tadek apa nak risau sangat.
Makan senang sana.. cari souvenir pun murah2.

:: and mmg plan nak bfast kat QVM.. pekena danish je lah pun.. Tp mmg sedapp tahap tiada maaf bagimu lah bun2 dia.. lemak merdu.. ni i makan cherry danish! sedappp angat2! tak cukup 1.. ::

:: kat sini kami byk layan latte je..sbb latte dia takkan guna air betul2 panas tahap lecur2 lidah tu. dia dah brew and buh cream bla bla..so boleh terus hirup..tadek la panas menggelepar2 sgt.. ::

:: QVM ni... bahagian sayur dia kat luar..dgn cuaca yg sejuk..windy..nampak sayur2 pun segar nau2..tapi pic seketul haram i tak snap..ralit tgk sayur dia segar bugar...buah2 dia debab2.. ni masuk area meat & fish..poultry bagai..  bahagian ni dia buh dalam aircond. bersihh gila pasar dia! x dapek la mcm pasar borong kita.. kemas, bersihhhhh...tandas dia pun bersihh ok! bygkan kalau koang tiba2 rasa nak memerut kat pasar chow kit sana?? tak kembang tekak??? sanggup i start enjin, p cari petronas ke apa.. kat sini tidak ye.. dah la bersih, bau lemon je tandas nya piula! kat dalam ni ::

:: 🐖🐷🐽 niii mmg melambak ye.. i buat2 tutup idung je bila lalu kat area beliau2 ni semua..  iyucck  ::

:: tang seafood2 ni mmg i suka sgt tgk..ralitt! ::
 
:: stiap kali nampak, i benti..tgk squid depa..nampak fresh2. lobster.. mr crab. ::
 
:: lagi satu part cheese mcmni.. rasa nak picit2!! ::

:: pic google. I kan sukaa sgt2 kat teapot diorang. Santek2 unique2.. selain dari diorang jual teapot set..diorg ada jual jg english bfast tea ..earl grey tea bla bla.. tapi i terlupa sangat nak repeat datang n beli.. i verangan nak belikan kedua2 mak I tu set teapot ni...tapiii..dia pnya mug kecik pun seketul sampai AUD45(RM153)! Belum teko dia.. ::

:: homel2 tawww.. dapat kat MIL i...mau selang 1/2jam dia bancuh teh kot. huhu::

Sebahagian besar souvenir i dah beli masa 1st time datang sini baca sini ...   
So kali ni datang topup apa2 yg kurang...
to be frank, tuk souvenir2 kat sini,gone about AUD450(RM1530) lah juga..
Beli FM2, toys kecik2.. keychain. sweater, bag kecik2.. 
Belum masuk beli perfume tuk adik2,kakak2,mak2..bla bla...
tapi takpe...rezki kita kongsi sama2.
Kita sampai dulu kat sini, so kita bagi la tanda hati kat depa.
Puas hati tgk orang happy kenn..

:: Singgah makan fish n chips kat dalam QVM ::

:: Dap2.. tapi kecik mcmni pun sampai AUD17(RM57.80).. ::

:: tak pueh hati, ajak suami makan nasi..hahahhaha..mana cukup nya fish n chip besar tapak tangan si auni tu je.. lapaq nasi weii!! p cari nasi padang kat restaurant halal indon.. Sedapppp olssss ayam kari dia! sayur sawi+kobis..rindu mesia dah time ni.. :: 

:: macam biasa.1 plate share for two.. yela kami makan bkn byk mana..sat g amek 2 pinggan..tak abis..rugii wooo.. mcmni kena dalam caj dalam AUD 11.. kalau kat mesia, ampon lagi lah kalau tak abis.. kennn ::
 
:: jalan2 jmpe HSBC Melbourne.. Husband I pnya kawan kat HSBC Sydney.. dia just masuk and look2 around.. ::
 
:: ni tak tau building apa..tapi kat sini2 building semedang je nak lawa..abisss la kodak camera I.. huhu ::
 



:: Menyelusuri bandar Melbourne..memerhati gelagat2 orang sini.. seronok ya amat! penat kang duduk. kerusi byk along the way. cuaca pun sejuk elok..tadek hala takat nak tadah muka tetengahari mcmni. free tram pun ada je, agak2 kaki dah lenguh,naik je tram.. tgk orang baskin sana sini.. R I N D U pula suasana sana.. ::

:: jalan2 sampai area federation square sana..  Ni dekat2 area flinder street station yg i pi semalam. Pusing2 tang ni juga je pon::

Federation Square.
What it is??
Home to major cultural attractions, world-class events, 
tourism experiences and an exceptional array of restaurants, 
bars and specialty stores, this modern piazza has become the heart and soul of Melbourne. 

:: kat sini ala2 tempat ART2..3D...ada ACMI (Australian Centre fro Movin Image)..all about graphic, art smua ada dalam ni la.. ::
 





Since kita main area town je arini, kang sekejap2 balik hotel for solat.
For take a nap.
Then wash-up2 keluar balik.
Baju , sweater, blazzer mmg sarung tang tu  je la..
tayah keji dalam hati piula ye.
baju tang dalam je la tukar..mana larat weii nak bawa sweater/jacket byk2.
Tebal and berat kowt!
I mmg ada beli 2 xtra jacket, tak dapat nak bawa..sbb berat!
Ingat ko che ta p holiday angkut 1 wardrobe??? kennn
I bawa dalam 3-4  helai je... gilir2 lah pakai.
Tak busuk lgsg ye.wangii lagi ada..sbb sini x dannn nak berpeluh ponnn.

Malam nya kami p dinner kat Uyghur restaurant.
Uyghur ni eastern turki ethnic.
They stay at central of asia.
Sorry la i pun tak sure, asal usul sebenar diorang.
I try to read and understand..tapi renyah.Sat kang kata asal dari turki.
Sat kang kata a part of china.
Tapi diorang mostly Muslim.
And i nampak diorang ni mcm ala2 mongolian pun ada..wallhua'lam.
So malam tu kami dinner kat 1 of their famous restaurant.
Amboii terbelit2 lidah nak bercerita asal usul depa.
Padahal nak habaq p makan kedai depa je pon! huhu

Nak menyampai ke restaurant diaorang ni pun agak mengundang juga!!
Suami i on google maps for pedestrian.
tah mana2 hala dibawa. ujung2 tembung kat tempat biasa kami lalu lalang.
what the heckkk?? huhu
Finally jumpe juga.. makna kata, kedai ni tak jauh mana pon dari town!!! ggrrr

:: mee diorang. asal nya order 2 dish. 1 mee, 1 nasi goreng. sekali bila food meja sebelah sampai, tgk mee dia semangkuk lebar mcmni. cepat2 cancel nasi goreng! bapakk besaq portion dia weyy!!! ::

:: Khusyu' si debab tu makan.huhu. see besar kannn??? minta plate kecik,share makan berdua ponn tak abis! sebaikk tak oda nasi goreng! ggrrr.. sedappp baqhangg!!! tu yg mai repeat balik last nite(esknya). besar mcmni baru AUD15..kira berbaloi la sedap, byk! ::

to those yg ada kat melbourne, nak try food panas2 ala chinese2..
silalah try sini. It's HALAL ye..
 
Dolan uyghur Food Heaven
166 Little Lonsdale St, 
Melbourne VIC 3000, Australia

Masa jalan2 balik,lalu plak depan Nene Chicken.
Kakak kenot tahan..masuk and layan la lagi skali..hahaha.
kejadah apa nafsu serakah cenggini?? huhu
 
:: as i told before,single set mcmni..dia datang dalam 4 ketul ayam. 2 ayam besar..2 ala2 drummet / wingettes je.. Share berdua, so takde la terbelahak sgt. dia pnya gravy/sauce tu yg menjahanamkan sangat sedap tu! Hat ni, sweet and spicy...S E D A P!!! adoiii..ni dah teringin sangat ni.. i ada baca 1 review pasal korean chicken ala2 nene kat malaysia.. ada a few branch, tapi baca2..HALAL cert baru nak daftar.. adoii makan tahun jg baru nak dapat tu..simpan je la perasaan kat beliau.. rindu2 nnt tulis surat je la..hhaha::

Malam tu tidur kekenyamannn...baru la lenaaaaaa lebih sket.

Alhamdulillah..
Selesai Day 6.
Ada sehari je lagi kita kat Melbourne...
Tak sabaq nak kasi perabihh entry Melbourne.huhu

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.