Showing posts with label HOLIDAY INN PENANG. Show all posts

Tuesday, September 17, 2019

PENANG 2019 | CHAPTER 2 ; ROTI CANAI TRANSFER ROAD, BUKIT BENDERA, MEE UDANG ELLA

2 comments :

Assalamualaikum. 

Penang Day 2.
Lupa nak habaq.. Holiday Inn Resort ni ada 2 type stay.
1 stay kat beach wing.
1 kat tower wing.
I choose tower wing, sbb ni je yg tinggal.
Cuti 3 hari and Batu Ferringhi kot kan??
Memang org tuju belah2 sini je la...
But according to staff depa ..bilik kat tower lagi besar and baru.
And kat 1st floor ada bridge connection to beach wing, 
where cafe and swimming pool kat sana.
so takde masalah sangat pun.. 

:: awal pagi ni.. dalam kol 7.00am mcmtu.. kami mmg jenis 'morning person'.. tak reti sambung tdo lepas solat subuh. nanti terkulat2 mata tak reti nak buat apa. so better bgn, siap2.. kita keluar awal.. masa jadi lebih panjanggg and mcm2 boleh buat... ::

:: day 2, kami tak ambil hotel bfast sbb mmg plan nak p makan luar... transfer road lah kitaaaa.. roti telur goyang fav suami. I tak pandaiii kuning cair2 ni kembang tekak ::

:: ha ni makan diaa.. fav sangat2!! roti telur kari ayam banjir, ayam 3/4 perkhh sedapp angat.. pedas2. makan sambil tgn kiri pegang tisu, standby lap selema(flu).. hehhehe. sedappp baqhang ::

:: mcmni la bz nya roti canai transfer road ni haa::

:: kebanyakan tourist lah kot mai makan sini. Local people mesti dah tak koserr nak ngadap semua ni!! baik depa p time weekdays ke apa kan.. leh makan dgn aman dami harmoni. ehhehe ::

:: memang menten karakter pelancong btoi! hahah ::

:: dah kenyang makan, terus shoot nak naik cable car to bukit bendera. Last time mai dgn family, tak sempat naik sebab mai lewat, que beli tiket pun dah kemain melengkau2.. kali ni mai awai pagi, still OK lagi. but tetap que pjg. betabah la!! ampa kalau mai sini ramai2.. soang je blh que. Dia x bg que ramai2. Nnt siap2 pass ic kat wakil tu k?? takdak ic silalah byr foreigner fee, RM35!!! local RM12 jaaa.. ::

:: 15minutes je pun dalam gondola. terus sampai peak dia... kabus2 + jerebu.. i dari kecik mai penang, mmg tak jarang skip naik bukit bendera. so ni pun dah kali ke berapa tah naik. cuma nya, byk improvement la.. byk attraction place etc ::

:: tak nampak apa aihh... jurubu. ::

:: i tlg ada soang girl tu snap pic. sian dia terteleng2 nak selpie.. lepastu dia offer plak to snap ours.. eh boleh2.. ::



:: cable car pertama bawa public naik bukit bendera.. ::

:: kalau dari awal2 bkt bendera open, hangkut pegawai2 british kena tandu.. takjadi kerja mengada ko kan?? ::


:: keypad2 style mcmni kat mana2 pun dah ada kan? i awal2 nampak kat N SEOUL TOWER year 2013. time tu rasa ter-WAHHH-WAHH jg laa..huhu ::




:: dah penat jalan, sewa buggie.. rm30 je..nanti dia bawa pusing atas ni.. ni bukan kami drive, eksyen je. hehe ::

:: kemain kalabun malami asap kus2 kt blkg.  habuk pun tak nampakkkkk jurubu!! ::



:: ni peti pos asli, ada 2 ketul je dalam malaysia. 1 lagi ada kat melaka... ::

:: baca sejarah dia ye. ::

:: dari bukit bendera suami bawa pusing2 1 pulau. sampai ke teluk bahang, balik pulau , teluk kumbar. ni area2 ramai org melayu.. kalau kat town2 tu byk cha ya nun alif. tu yg terjumpa cuk badak and pulut panggang udang terpaling sedapppp di abad ini!! huaaaa.. ampa kalau mai teluk bahang, cari kedai seafood END WORLD dekat roundabout teluk bahang tu, gerai kuih ni betui2 depan restoren tu... nnt nmpk org ramai2 kerumun2, situ la..tgk la cukk badak dia, dia tak letak badak pun??? hahaha.. tapi dia ganti udang.. huhu ::

 :: masa sampai, i beli 4 ketul cuk badak, pulut panggang 3..konon taknak kenyang sgt, misi nak hunting mee udang... baru nak gerak jalan,tiba2 suami i terserempak kawan office dia.. kwn dia pun kalut nak beli puluit panggang ni jg... depa dok kalut menyembang.. i sental cuk badak dulu, sekaliiiii sedappp nak mamfushhhh hoiiii!! tak leh jadi ni. i turun balik, tambah lagi 4 ketul. bahahahhaha. bkn cuk badak je..siap UP kuih beka udang.. ::

:: ni lah rupa beka udang.. tepung dalam dia ada inti kelapa udang.sedappppp la haii. hangit2, panas2! recommended sangat!!! nnt koang WAJIB p cari k?? beli 3-3 terus. cuk badak, beka and pulut panggang smuaaaa syedapppppppp !!! ::

:: syokkk sangat suami bawa jalan kampung, jalan dalam2.. mmg nak cari mee udang sedap. tapi xnak yg viral2. nak cari yg low profile, tapi sedappp tahap hantuk pala kat dinding!! and we found 1!! ::

:: kedai ni kat Teluk Kumbar, dekat sangat dgn LEXIS penang. dlu mai duk lexis, tak jmpe plak. haish! kedai kampung betul2 tepi pantai. kami saja masuk ceruk2 kg, jmpe je kedai makan kg yg ramai org. gelabah2 terus turun::

:: tak jadi makan mee udang, minta bihun udang sotong. udang gemuk gilerr size abam bocey!! sedappppp sgt bihun dia. org kg masak ,kan?? ::

:: dia masakkan sambal dlu udang tu for nasi goreng udang. suami i suka sangatttt.. pekerja dia baik2.. ramah2.. siap tanya OK ke? kalau tak sedap bgtau, depa nak improve... selain udang, ada jual mcm2.. nasi goreng sotong, ketam, daging, ayam. bihun, mee, kueytiaw. laksa pun ada. nama kedai dia ELLA MEE UDANG. i tak tau ada dalam waze ke tak.. tapi kalu koang nak pi, cuba waze ILLYANA SEAFOOD, teluk kumbar. pastu dah nampak illyana belah kiri, koang kedepan sket, then masuk kanan.. terus sikit, nampak kedai ni belah kanan. tapi tpt makan dia ada 2-2 side.. kiri kanan.. kiri beach side la.. pegi laa tlg org melayu kita naaa.. ::

:: abis melunyai seharian berjalan. balik hotel, mandi solat... perut dah menyantak kekenyangan. jalan2 pasar malam batu feringghi.. tak beli apa aih..pasar jenis2 mcmni, melambak ada kat kl. segala mala downtowon, uptown..sama je pesen depa. apa nak beli pun kan? saja pakat jalan2 saja la... last2 masuk Park Royal Hotel, betul2 sebelah Holiday Inn. tumpang dengar live band depa.. holiday inn live band dia off hari ahad.. hari lain depa ada jg live band.::

:: park royal pnya laman lagi besttt laaahh ::

:: Pool depa pun best giler... ada tpt slide belah kanan. mean ada 2 siminpul!! ::

:: next penang trip, kami consider nak stay sini(PARK ROYAL HOTEL) or HARD ROCK.. thn depan plak ye. cemuih plak penang syik nmpk muka kami.. bahahahhah ::

:: total 8281 steps for that day..:

Gitulah day 2 kami in Penang.
stay for 2 nyte kat feringhhi rasa mcm tak berapa cukup..
next time kita up 3 nights plak.. huhu.
esoknya dah nak checkout....
 Good nyte penang! :


.: NO HATE JUST LOVE  💋:.



Friday, September 13, 2019

PENANG 2019 | CHAPTER 1

No comments :

Assalamualaiakum.

Amaigat.. bz nyaaa kehidupan sisturrr skrang.
Nama nak selak kelebet blog ni mmg tidak lgsg punyai waktu.
Ni pun makan hari dok type sikit2.
Gagah jg la konon nak update sbb nak taruk cerita jalan2 naik penang last weekend.
If not terkubur syahid begitu sahaja kisahnya...
Why penang? wlau dah pergi berkali2, tetap nak naik p sana.
Sbb FOOD ok??im a crazy FOOODIE kenn.. yakmpun...
Suami saja nak bawa i release tension, keje tah kehapa2..
suasana kerja skrang pun mcm hmmpp hmmpp hmmpp.
(borang tukar mana?? borang??)
Kita update laju2. Baca caption bawah pic je na.
Takde tips ke panduan ke apa tawww..
Eh penang je pun. bkn sis pi Iceland tgk arora ponggg!

:: bila pic hellok sket, harus la gigil nak taruk sini kannn.. hahaha. ngam2 lepas subuh, terus shoot masuk highway. sempat singgah McD beli burger soang satu, sbb dh terlampau lapaq, malam b4 kami tak mencekik.. ::

:: kakak pakai baju soyat (askar), sejuk pagi2 terus sarung bomber jacket. eh bomber jacket tu bkn BOMBA pnya jaket ye.. p chck why they called as bomber jacket. B4 ni depa also call it as pilot jacket. ::

:: tazabarrr nk tggu matahari naik..sbb nak melaram dgn sunshade barrruu hahahha. peghak! ::

:: selebar besen muka pun takde hal. leh bawa bincangg.. meh meh meh ::

:: naik 1st bridge... ::

:: Masa ni ari sabtu, sampai2 terus p Mee Sotong Hameed Pata kat padang kota. hameed pata katup on sunday. so chck2 siap2 operation hours tpt2 makan yg ampa nak pi k?? sat g melukut ditepi gantang menangisiiiii . Sedapp giler mcmbiasa laa bader.. ::

:: suami try pasemboq dia..sbb suami sejenis tak tahan pedas tuk layan mee sotong dia. eh mee dia pedas tahap melecur punggung k?? rasa nak terberak ke taknak.ha mcmtu. Dia tgh2. nak ke taknak. hahhahha. pasemboq dia juz-juz. sedap lagi kat persiaran gurney.. ::

:: coconut shake and sarbat kelapa..both sedap.. ::

:: happy nya isteri si zakk.. ::

:: dah makan mee pata, nak membunuh masa, zasssss p rumah kelahiran P.Ramlee.. perkhh pelancong betul perangai! hahhaha. masuk free ye.. ::

:: ada katil, dapur smua..ni ibu rumah..belah kanan ada mcm galleri ada aircond. leh masuk tuk baca2 sejarah p.ramlee semua.. plus leh tumpang aircond!! penang panas lit2 baqhang...::

:: mr zakk ::



:: dari rumah kelahiran p.ramlee, terus p Batu Feringghi, hotel booked belah2 sana. B4 kol 3pm(for hotel check-in), lepak kat tepi2 pantai batu feringhhi. pekena laksa sedapp nak mampuih. gua bedal nasi ayam. lapaq balik dah. tadi makan mee je kot?? hahaah mmg dasar!! ampa kalau mai batu feringghi p la try laksa kat kedai depan spices garden tu.. sedapppp oii. i jarang2 miss mai singah sini makan laksa ::

:: kol 2.30pm dah leh checkin.. Holiday Inn, Batu Feringghi. 1st time stay kt area BF.. selalu duk kat town or tanjung bungah... hellok lawa emsem bilik dia..  katil super king. ai loike.. leh guling2 industan.. ::






:: ada bath tub. tapi tiadalah berguna bath tub2 ni kat kami.. mmg jarang2 skali nak guna pun! ::



:: complimentary for kids. i minta 2 sbb jap lagi i nak ajak anak2buah JAWI datang sini, mandi siminpul.. leh pass to them ::

:: tada lps asaq, depa sampai.. terus bawa depa terjun tiruk.. ::

:: Cuti straight 3 hari, mengemut2 mknosia ::

:: lepas maghrib ajak depa p dinner. masuk Gurney Plaza.. ::

:: siang depa dh makan nasi, bawa makan western.. ::

:: jamu makan, order je apa nak... panyah & ciknyah lanje.. ::


:: lepak2 kat luar chili's. mcm ada boulevard and kawasan lapang budak2 lari2.. ::

:: tgk la kak rose..tercium2 ciknyah.. bodek nak beli inai hello kitty. kau rasa? ada inai dlm mall org kaya2 ni?? hahahhah adoi la anak ::

:: malam sket depa balik JAWI, tak dapat nak overnight sbb Ahad esknya, mama depa ada operasi... Lepas depa balik, naik bilik kincin2, turun balik jalan2 sekitar pasar malam batu feringghi.. and singgah makan nasi  goreng sotong yg sedappp. masa kat chili's i tak makan sgt. being me yg tak friend2 sgt dgn western2 ni kann..fefaham je la..ongkampung hakiki gitcchew laa.. ::

So selesai la day1 i kat Batu Feringghi...
First time la stay sini, dapat la merasa mingle around dgn mat salleh, 
org2 arab yg ramaiii kat sini. Syokk dapat jalan2 cuci2 mata tgk ada org jual2.
Makan pun melambak street shop....
price?? ok la.tak la mahal sgt. Sbb kita dok igt tempat tourist biasa mencekik kan??

Day 2 i sambung nnt k..
debar2 jg nak janji, sbb tah bila2 i free pulak?? hahahhaha. adoiii.
paseghah je la nak.
Selamat Hari Malaysia.
Last cuti deret 3 hari.
Lepas ni mendapatlah takde cuti sampai Deepavali on oct.
Haishhh, need more cutiii plssssss (abah kou!) hahaha



.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.