Showing posts with label DANCING FISH. Show all posts

Tuesday, December 24, 2019

UBAT KERINDUAN DENGAN CERITA MAKAN-MAKAN DAN MAKAN LAGI DAN LAGI...

No comments :

Assalamualaikum.

Makin meruyup ye sis nak ngedet.
Muqoddimah update, afdhol rasanya kakak imarahkan dgn cerita gembira.. makan!!!.
ha ha ha ha. Lite2 update sudaaah...
Sbb rasa mcm 'eh mcm2 sangat nak setori mori neh. Where to start oii??'.
Tapi mood bercuti dah bergentayangan sana sini.
So kita layan pic makan, since nnt nak sambung cuti2 cari makan kat Selatan.
Mengkome tak coti kaaa??

DANCING FISH @BANGSAR SHOPPING MALL 

:: Friday night suatu ketika dulu(hahaha pnya tak hengat dah), i cuti solat..semangat sket ajak suami jalan sbb takyah solat asar & maghrib. Lajak sampai ke BSC... tuju2 terus cari nasi... it's Dancing Fish restaurant. 2nd time dah mai sini. Ni lah signature dish dia.. Dancing Fish! Sedapp! ::

:: Tauhu telur. ponnn sangat sedapppp!! ::

:: Pucuk paku lemak cili api, tersangat sedappp! So makan berdua, takat 2-3 lauk boleh laaa.... sbb portion besar! ni pun mencangut nak mengabeh.. ::

:: kopok melinjo... complimentary. Suami i suka nau2. makan celet2 dgn sambal gesek dia. sedappp! ::

:: drinks and complimentary keropok ::

:: Selpiaq sementara suami p solat ::

:: Saja la posing lentok2... hahahha ::

:: tq suami bawa makan sedap. Ni antara malay-indo cuisine fav kami somi isteri.. ::

MADAM KWAN @KLCC & DAL KOMM KLCC

:: Suami fetch i kat office, bawa p lunch. I ajak masuk KLCC since lama sangat dah tak mai sini.. Suami yg decided nak makan kat Madam Kwan. I order beef ginger kueytiaw. Berani kata tak sedap food kat sini kot? ::

:: Suami tiru table sebelah dia pnya menu.. heheh. ala2 bihun apa tah. pon sedap ::

:: bunga mawar seketui atas meja.. lama btoiii tak mai. Remaja2 dlu mmg sini tempat lepak la. Sbb rumah mak ke klcc, 1 bas jaa.. kata org Ampang yaw! huhu ::


:: dah lunch. coffee2 plak kat dal.komm.. suka jg coffee sini. Mocha frappe dia tersangat sedapp! ::


:: 1st time try sarung DHAJA... Terpengaruh dgn IG retis2. 1st time pakai tudung ada lapik dagu.  nampak mcm stupid2 mcmni pun..rega rm200++.. mahal dari bokitta oiiiii. *tikamdada*. Buat rasa sehelai dua jadi laaa.. sangat mudah! tapi i mcm suite dgn bokitta lagi rasanyaaaa.. sbb i rockers! hahahha ::

:: Selit 1 pic masa i p beli tudung D'Haja ni... Kat rumah stokis,bangi... I beli 2 kaler je dlu. Dia bg diskaun 2 helai RM370. Kalau publish rate dalam rm480. Pitam mak, nak!!! ni dok bgtau harga... sbb nak kabor, kalau pandai menjahit, tlg la jahit tudung kemas2 mcmni...pastu tayah la letak rege mahai2 gini.. meninggal nak membayarnya..bagi golongan marhaen mcm i lah.. Wife aliff syukri tu borong, sampai bibik2 dia pun pakai D'HAJA.. ko gase?? ::

IKAN SINGGANG @NILAI 

:: Tak ingat nama restaurant tapi dekat2 Nilai 3... Masa bz2 buat preparation anak kawin.. Time ni balik keje, dannn lagi singgah Nilai (30mins je pun dari rumah kami). Balik keje mmg lapaq nasi jaa wei. nampak kedai singgang ni. laju2 order.. sedapp nyaaa singgang dia. masak panas2. tapiiii.. ikan kembung dia ,depa p potong kecik2! so tulang mencacak2. Patut nya kalau ikan tu besaq, potong 2 dah la kan?? sebaik sedap, nak marah pun serba salah. hahaha ::

:: ni la killer dia! budu + mangga + limau. sedappppnyaa ::

SUKIYA

:: 2 kali repeat makan sini. Sekali dgn kawan2 opis. sekali dgn husband. Dua2 kali mai, order set yg sama. set nasi daging mcmni(hareeyy sis nak igt nama) + mackarel. Sedappp gilerr! set ni dalam RM24 mcmtu.. ::

MONJO @CYBERJAYA

:: 2 hari before jadi mak perantin, i dah start cuti. Pagi tu ajak suami cari english bfast, sbb time tu tekak tgh reject2 oily2 food. Lajak sampai ke cyberjaya. Pon tak la jauh mana dari umah kami. 35mins mcmtu.. Jmpe MONJO. sedapp gilerr ok! I layan set ni ::

:: While suami layan egg ben. Egg ben dia letak spinach, sedappp nya hoiiii. rasa nak minta xtra spinach sepinggan! ::

:: mine, hot mocha in medium size. Suami hazelnut latte as usual. medium size pun dah rupa ini, sebaik tak order venti size. kuss semangat ::

:: suami layan je bini dia, sbb lps ni mmg kami nak all out psl kenduri anak sabtu nya ::

:: Beli jiwa ongkata.. huhu ::

:: bapak perantin. hehhe. skrang kan, mostly ada je sign EWALLET, mmg kami akan pay guna ewallet teruih. sbb biasanya mmg dapat discount. Mcm kat Monjo ni, byr dgn e-wallet... our bfast set less 50% ok!! bkn kaleng2 kan???  So rajin2 tanya apa promo yg ada, affiliate credit card ke apa ke k?? now kan era cashless transaction ::

JAHHET FINE MEAT 

:: Ahad lepas kenduri anak, suami treat us steak. Bawa mak mertua dgn SIL and niece suami skali. Jahhet cawangan Nirwana ni depan rumah my MIL jaa.. ramai2 makan, senang letak dalam one big plate mcm ni. sharing is caring hehehe ::

:: left :  aglio olio. Middle : salmon steak. right : mix lamb n beef steak ::

:: Son and Nor my SIL ::

Eh ingatkan byk food pic. hahaha.
Eh ni je?? i skrang tak rajinn sangatt nak snap pic.
Datang mood M, sket pun tak keluar kan hphone.
Bermusim mood nak melaram, nak selfie, nak posing2 kan?? adoi...
nanti mai mood helok, i update lagi lah ye.....
Thank you la i tgk ada je lagi mai jengah blog sendu, teratai layu di tasik madu i ni.
Jazakallahu khairan...
Btw i teruja jg nak update cerita resepsi anak kami.
tapi i tggu photographer bagi softcopy.
Kot ada pic lain leh share.
Harap in my collection, bapa ketui sangat laaa..
Dah i mak perantin tercongok kat entrance.
Celah mana nya nak bergambar beriya ..ye dak???

Happy holiday ye peeps..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 



Tuesday, May 10, 2016

DANCING FISH, BANGSAR SHOPPING CENTER SEMPENA HARI IBU

No comments :

Jumaat mggu lepas, suami i balik lambat sbb ada meeting.
Selalu kan rutin jumaat dia balik awal dari biasa.
So i boleh direct fetch him kat KL nunnn.
Sebut KL mcmkan i skrang kat gua musang.
Padahal KL juga.hehehe. Saiko laa..
dok pikir..KL tu yg tgh2 town nunn..kat lebuh ampang..dataran merdeka sana.
Ha yg tu panggil KL..sifir dia mmg mcmtu.
Suami i pnya office kan ke dkt Masjid Jamek,dekat2 dataran sana.
Senang nak adress as KL.
KL..mesti yg dekat2 dataran. tgh2 town.
Titik. 

Ko tgk intro je cemana???
Padahal  bz kekemain(kononnn), keje setiba2 nak jadi byk..apa hall??
kononn igt nak tepek picture je. ko tgk apa jadii??
Org over peramah mcm I mmg takleh nak help. hahahha.

Ok. So suami dah balik lewat, i lepak Sogo jap bunoh2 masa.
Sempat la sedeqah duit kat cashier nun..i rembat kasut.
Tak abis2 femfuan ni. kalau tak kasut. handbag.
tak pun tudung. selang sebulan..perfume2.. perangaii mmg!!!
Then cukup time, p jemput suami.
Jalan jem kekemain hazabulillaziiii!!!!
I stuck kat jalan TAR kete tak gerak2
Suami i plak dari Masjid Jamek jalan kaki patah ke area Jln TAR.
Tiba2 i nmpk dia kat tengah2 jalan. makkk atoottt laki i kat celah2 bas...
Pastu dia hilang dr pndangan I. Ahh sudah.
Tiba2..tuk tuk tuk..dia ketuk tgkap..dia dah kat sebelah I!
hahahha. kete pnya tak gerak.
I selamber turun p kat seat sebelah.
Selalu i langkah je dari dalam.
Aritu dgn pakai jubah segala rasa ni tak lepas i nak kangkang. Huhu.
Suami take-over drive...  Jenuh kulu kilir cari jalan alternatif.
Tetaplah jem nyaa!! Ujung2 suami halaaa kan ke Bangsar.
Kita lek2 luhh.chill2. Jalan clear sikit nanti baru gerak...

Sampai2 solat dulu...
I kan..kalau datang sini, mmg sukaaa sgt solat kat surau dia.
Surau dia best.. Comel and sejukk je...

:: Kat luar pintu masuk..dia sediakan wakaf or can call it as gazebo ke dok?? tuk tempat rehat.. ::

:: Byk seat. dunwori, jgn rebut2.. sambil tggu suami solat,yg tak solat tu leh lek2...kat sini ..::

:: Ruang solat lelaki. Belah muslimah pun lebih kurang mcmni. Carpet dia tebal... telekung dia pun bersih2... ::

:: Tempat wudhu' dia pun bersih..chill ::

I kalau nak dtg2 mana2 mall, antara faktor utama i nilai, is surau dia lah.
1.bersih. 2. telekung bersih 3. Tempat wuduk mmg kat dalam.
and.... ni faktor terkini i kena betul2 consider .. mesti ada kerusi!
l kan solat duduk.So kalau tadek, i terpaksa la jg solat berdiri.
Tapi................... mmg sgt payah, dan lepas tu..........
mendapatlah sakit kaki menangkap sampai ke pinggang. 
So bagi i surau kat bangsar ni tak la besar mana.
I syak sbb mall dia pun tak besar. So capacity ni muat lah kot.
User friendly. Tempat wudhu' and ruang solat di asingkan. tak becak.
but still kat dalam. so tayah risau psl aurat. 
And sangattt2 selesa surau dia. Kadang2 saja2 datang sbb nak solat sini.
Kampong betul pangaiii! hahaha.
Bila dah solat lega sikit nak gerak buat apa2.
Buat apa tu apa?? apalagi lah nak buat kalau tidak lain dan tidak bukan....
MAKANNN..hahahhaha


:: Suami ajak makan Dancing Fish. Restoren Indo-Malay Cuisen. Masa zaman detim2 dlu selalu nampak..bila nak singgah je, i seret kaki p chilli's..sik2 chilli's... dulu2 masa i bujang...i mmg kenot layan masakan2 melayu ni kat luar. since tggl ngn mak kot? so buat pe makan luar lagi malay2 food ni kennn? mak masak lagi sedapp hoii.. so malam tu, kami layan sini... ::


: Dan lagi snapp deco dlm kedai.. i peratii bkn org melayu yg ramai dlm ni..ramai bangsa asing..chinese, mat salleh.. ongmelayu ada lah seketul dua. Bangsa asing yg sekadar2 nak try2 malay cuisen ni mmg akan try this kind restaurant kot kan.. Safe play! Kalau dia main terebann je try gerai tepi jalan kan.. tak mewakili sangat rasa Melayu dia..agaknya lahh kot..Time ni ada org celebrate bufday, and ada yg buat reunion. besar jg la restaurant dia.. cozy... ::


:: Malinjauu as complimentary.kemain pahitt.i mmg tak gemor. somi i berkrapp krupp dia makan cicah sambal dlm lesung kecik ni haa.. ::


:: Coke Zero? nampakkk tak?? suami i dah kemain bff till jannah dgn coke zero?? lagi best kat sini dia bagi hirisan limau nipis dlm glass tu..wallahh!! i layan longan lemon.. :: 

:: Ni signature dish sini.. Dancing Fish! Opkos laa kan..i forgot lah dia pakai ikan apa nak buat ikan lentik2 gini.. tapi gilerrrr crunchy!!!! tulang2 dia pun leh kunyah2... ai pilih ikan ni masak dgn kerabu mangga..slurrppp.  RM54.90 je... makan 2 orang sap2soi.. ::

:: Shrimp omelette... floss tu mcm butter prawn pnya floss..pun sedapp hoi. RM22.90 ::

:: Long bean RM12.90.. dia celur kacang ni..and tepek sambal. simple2 cenggini pun sedap dahh kann?:: 

:: Service kat sini bagusss sgt. kejap2 diorang dtg tanya nak tambah nasi tak?? sbb nasi kat sini diorang sendukkan dari dalam bekas mengkuang tu.... kang skjp2 tanya Ok tak.. tu kuah kuning tu kuah pucuk paku. Dia tgk kami order lauk kering2 je..kang tersengkang plak nasi kat tembolok memasing..dia pandai2 bagi kuah..sedap plak tu kauu!! lain kali i dtg sini nak order pucuk paku plak..slurrpp :: 

:: Waiter tu offer snap pic.. pucuk dicita ulam kacang botol mendatamm.. ::

:: Selpiaq...dan seterusnya..hehehe ::




:: Suami kata, makan malam tu dia lanje i sempena HARI IBU. Tacingg tawww..walau kak jah blom ada anak, tetaplah dia appreciate i as a mom ....TQ sayang... sayam ia angat2..nnt kat akhirat..kat syurga pun..I nak U jadi suami i k! Ameen.. ::


DANCING FISH
Lot T120, 121 & 122 285, 3rd Floor, 
Bangsar Shopping Centre, Jalan Maarof, 
Bukit Bandaraya, 59000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur