Showing posts with label COZY CORNER. Show all posts

Wednesday, March 20, 2019

JAMA' KAN TERUS STORY IN 1 ENTRY , MOSTLY CERITA BAB MAKAN JE PUN..

No comments :

Assalamualaikum.

Kedaung nauu rasa mood nak update skrang.
Cuaca memanas2 ni i senang dpt migrain.
Bila dah start migrain , mata jadi berair..
nak ngadap pc pun ada sikit malesyyyy...
But sokkay, meh la i update sikit.
I taruk pic makanan je aci dak??
At least we still keep in touch an an an??

1) Dinner @Jahhet Fine Meat, Bangi

:: Malam sebelum pi Taiping merisik for anak teruna suami. Mood bapak perantin teruja semacam, dia ajak makan steak.. Ajommmm lahhhhh... ::

:: I mengamben malam tu. tapi perut tak sedappp.. sekeping kamben je i abis. satu lagi, silalah kanda abiskan ye.. time ni najmi kawan I(boss jahhet)takdak. baru balik dari Umrah.::

:: Suami makan steak... grass fed je. Since dia bagi kepercayaan penuh kat I tuk pilih raw meat for him, amekaw i pilih tepi2 lemak tebal je. hahahhaha. sedapppnyaaa soo damnly juicy! Kat Jahhet ni leh pilih side dish 2 from 4 choices ::

:: pastu Jahhet pilihan air dia variety. tak mcm kedai steak lagi satu tu. Sini paling win lemon hand squeeze dia lah jah. piauuu pnya lemon! good tuk potong rasa muak daging lemak sesemua tu laa. ::

:: now kat tepi2 jahhet dah ada ride game mcm ni haa...TAPIIII byk kali ok i nak kena sondol dgn kete bdk2 tak berlesen ni. hahahah. bapa kali laa haku termelatah2.. budak2 tu bkn ada pasaan..dah langgar kita bantai gelak yeppi2. Kita terurut2 dada tanjat! Makcik sejenis cepat tegezut ye nak. bkn apa, takut tiba2 makcik naik antu, makcik julang kete kauorang tu sangkut kat tiang lampu.. haa diluar kuasa makcik nak kontrol dah tu.. huhu ::

2) PAPPARICH, KAJANG PRIMA

:: Masa kami mai makan sini, duduk sebelah menteri MOA(Ministry Of Agriculture); Salahuddin Ayub. Saja la bagitau. Tak menat pun beliau dan sekutu2 beliau. hik2... Ni makan beef kueytiaw. Mula2 makan ok lulus. Bila dah start sejuk, failed sket sbb bau telur yg kuat.. gravy dia kan byk pecah telur.. ::

:: Suami makan nasi goreng seafood ::

:: Ni fav drink i kat papparich.. Soya with taufufa ku beri nama. eh kesah pulak sis nama IC dia apa kan? ahahhaa. tapi itulah ingredients dia... ::


3) UNICORNETTO ICE CREAM 

:: Ampa tgk tak viral video adik debab yg pegang 3 unicornetto sampai 3..pastu dia happpy sgt.sampai tercium2 sekerim ni?? at the same time ada org curik2 snap video and upload siap caption "bataknyaaa.. ice cream je pun!"... sis sedihh gila tgk video tu sbb teringat terus kat Auni.. budak2 debab mcm sis and auni ni kan ceria2 happy go lucky je kan.. takat cium2 ice cream tu apa lah sgt.. bkn cium laki kau pun kan?? eh tetiba hemo terok plak. hahahha. hitam eh hati kau??? ::

:: Bagi meraikan adik montel comel tu, sis joint dia beli 2 jg. Sbb beli 3 sis rasa cemuih plak nak ngabihkan... makcik dah tua deq! hahaha::

:: jejes2 makcik makan sekerim.... tak sedap mana pun.. cuma budak2 kan suka dgn little pony, unicorn colourful2 ni semua kan... sis dapat budak yg rakam video tu, sis titik2 dia.. biasaaaa diaa tu..::

4) RUMAH MAKAN TERLAJAK LARIS (ROTL ALIFF SYUKRI)

:: kalau kumpul point byk dah point i makan kat sini.. hahhahaha. pakal je sis takde direct contact dgn abg bobo..if not, sis minta nak jadi duta rumah makan dia cawangan bangi.. huh! ni ala2 mee kungfu. sedap nak mamfush ye. ::

:: mcmmana sis setia dgn pasangan sis, mcmtu jg sis prtahankan kesetiaan sis terhadap fav food sis.. cia cia cia. mee deni tetap lah sis repeat order.. sedappp ya ampunn oii. Berat hati kalau nak try menu lain. rasa bersalah terok! ::

:: Another signature dessert kat sini. Silalah order. choclate dia bkn choc murahan ye. hellokkk lemak sedapp merdu. tapi manisss boleh tahan.. waffle dia hellok gebu + crunchy.. order ni k?? ::

5) COZY CORNER, AMPANG POINT

:: 2nd time layan cozy corner Ampang Point branch. Ni last 2 weeks, time suami i tertinggal wallet kat umah mak. dah sampai kajang baru pasan wallet tertinggal. Hangenn je makincik. Petang2 kena patah balik Ampang. Nyaris nak tukar kaler hijau dah.. Sebaik pandai pujuk bawa makan sedap.. tutup case terus! :: 

:: sardin je muka tak bersalah dia.. sis dah la petang2 Ahad detik2 kritikal nak menghitung hari masuk Isnin , nak tempuh keje 5hari.. gggrrr.. ::

:: Sis tembak dgn senapang gajah nanti baru dia tauu ::

:: kalau sejenis mee gini2, lendir2 hahahha suami sis je yg sooookaaa. kah! ::

:: kalau mee hailam, kita serah piala kat Cozy Corner la. sedap ya Allah, kuah dia letak perasa rahsia apa ni oiii? ::


6) BUBUR BERLAUK @MIRA SEKSYEN 7

:: Kalau takde idea sangat nak cekik apa.. p kedai thai biasa kat seksyen 7 bangi.. Bubur dia hoooliauu oii. Kedai ni dekat2 dgn JPJ Bangi sksyen 7. sebelah klinik hewan.. ::

7) HAYAKI NASI KUKUS AND ABNOMAL PLATINUM WALK, DANAU KOTA

:: ada 1 hari tu i sengal yakmat.. nak pe'ot ke cemana ka.. suami i kebetulan ada kat area KL... i request ajak dia p lunch mana2.. i ada baca blog SURAYA SULATIN pasal coffee sedap kat abnomal cafe. Being pempuan agam yg senang terpengaruh dgn hal2 duniawi (hahaha), i pun ajak suami p try. Sampai2 cafe dia tak buka lagi.. cess!::

:: dah dapat parking akt area situ, terus je la masuk HAYAKI nasi kukus.. nasi kukus famous pure dr Kelantan.. Suami minum teh madu terlambak2.. ::

:: si  makan nasi kukus dia terus. sedappp sangattt! kuah gulai dia hellok. sambal and ayam dia pun dapppp.. tapi tulah, nasi byk2 tu nak simpan kat manaaaa??? hahaha ::

:: dah kenyam makan nasi, lalu kat abnomal cafe..dah open.. so jom la kita singgah ngopi.. ::

:: ni coffee yang sue suggest.. Honey Americano. ::

:: Sedap?? bolehh laaa.. hahhahhaha. taste masing2 bkn sama ye dak?? pada sis, sederhana2 je rasa nya. tapi rare la..kopi campur madu.. ::

:: nak makan, kenyang lagi baru lepas makan nasi.tapi kami ada order nachos... punya sellllowww service dia.. berjanggut nak tggu. terus minta tapau. sis nak masuk keje balik kot?? balik umah, nachos tu pun dah lemau sbb dah bercampur dgn tomato gravy dia... since makan tu je...tak dapat la nak komen beria... igt nak try rib. tapi dah makan nasi. next time?? insyaallah kalau rajin nak memecah jem setapak/danau kota tu..::

8) STARBUCKS METRO POINT, KAJANG

:: The same day dgn tragedy shooting in Al Noor Mosque, NZ... petang nya singgah minum2 kat Starbucks Metro Point Kajang. Try new frapp flavour ; Cascara Macchiato.. dapp! Just kopi2 sbb jiran sebelah rumah;Eliz dah whatsapp awal2 bgtau petang tu dia nak lanje nasi tomato. Tu yg just drop for minum2 je.... kejiranan i tu mmg best amat2.. Dah la whatsapp grup UMMIES2 tu petik je nak tanya apa.. laju ja depa respond.. mostly depa smua career mom.. keje haibat2.. kalau dengar depa bergebang, pasal architecture, psl oil&gas, ramai cikgu, doktor, engineer.. kita ni kuli2 gomen..segan je nak nyampuk. Nak makan cake, nak makan masakan kg, laksa johor bla bla. ada je menu doang offer. Tu yg housewife ummies la. Malam2 lapaq, roger je Jai Burger..gerai depan HillPark1.. zassss burger sampai depan rumah. Bkn burger2 biasa je dia ada.. burger ala2 spicy mcdeluxe mcD pun ada olssss.. eh pjg plak muqoddimah nye ye. nak habaq p minam kopi je pun tadi. hu hu ::

:: salted caramel cake. Sedap. ::

:: puas dapat meluah perasaan pasal kesah saudara2 kita yg gugur dia Masjid Al Noor, NZ. Sedih, sebak, geram marah. Al-fatihah buat mereka smua, smoga di tempatkan pada kalangan solehin. ameen. 

Wow panjang berjela sangat dah nim.
Ada baik i stop dlu.
Before ada yg naik antu stress...
nak katup window blog I, terasa sayang.. sbb selambak cete makan.
nak teruskan, loya2 tekak nak membaca.
serba salah kan kan kan??? hahahaha.
Seminggu 1 entry pon bolehhhhh ....
Ni pun tak tau nasib cemana..
Sbb next week, dah school holiday..
I nak jejalan pantai timur dgn family.. yipppiii!! 
see u yeah..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


Tuesday, January 15, 2019

MANGO BINGSOO YG MENYAMANKAN JIWA DAN EMOSI JUMAAT | LUNCH AT COZY CORNER WITH SON

2 comments :

Assalamualaikum.

Last friday bila sis rasa down pasal kerja.
Sampai bersengkang mata buat keje dalam gelap..
Bkn sbb bulb rosak ye anis.. hehhee..
tapi during lunch hour, kawan2 mmg akan switch-off lampu.
If not kang ada je visitor2 yg mai... 
So ptg tu masuk je kete..i kata kat suami mcm nak p beach la..
nak dgr bunyi ombak, bunyi sang camar. gitooo angan2 kou mmg tiptop mak esah!
Sah2 blk keje pun dekat nak kol 5pm, nak cari pantai paling dekat,koman2 pun PD.
Ptg2 jemahat mmg soheh jem kurang2 dekat kol 8pm la kot baru sampai PD.
Burung camar ko pun dah balik tidoq! hahahha.
Ujung2 suami kata..let's makan something yg menyejukkan hati adinda..
halahh halah halahh..hahaha.
Dia tukang bg idea je, yg berusaha keras nak fikir nak makan mana..
mmg ujung2 terserah pada I jg! #tddmka.
So cembiasa, tala ke IoI CityMall Putrajaya sudehhh.
Tgk Kfry hellok xda que.. laju2 masuk.. 
Sbb i dah aim deni.....

:: tadaaaaa.. MANGO BINGSOO.. Sejenis snow ice dessert or ice flakes pun ye.. besar ye selebar besen! adik amek order tu awal2 dh bitau.. portion besar, tapi tak abis boleh bawa balik, tak berapa cair..tapi kalau cair pun still sedap, sbb dia susu. Gitooo penerangan beliau.. I kalau dah nak, nak jg.. walau dia kata rasa dia mcm siput sedut masak lemak ke, or laksa belut ke... hakak dah tak fedulik! ::

:: Jahanam btoi duduk membelakangi matari... satu hapa pic i tak menjadik. Gasak nak taruk jg kikisan2 glazier ni haa..haahha sedappp oiiii bingsoo ni!!! atas seketui besaq ice cream vanilla, bawah dia ada whipped cream dikelilingi mango chunk yg gemok2.. bawah tu yg ice flakes. bkn air batu kosong kisar, tapi ice + susu baru dia kisar halusss.. mmg sedapppp! selebar rumah mcmni RM26.90 ja....! ::

:: eh ada seketuii pic mak hajjahh.. ari jemahat aitu kemain pakai jubah segebah-segebih kou! ada la senyum sket dah dapat makan sedap, if not rasa nak telan orang pun ada aitu! ggrrrr ::

:: asalnya nak makan chicken bambo... ala ciken yg gulung2 dgn cheese tu... dulu penah try dah BACA SINI, tapi aritu rasa mcm tak larat nak habis byk nau2.. pastu dh makan set2 susu(mango bingsoo) ada yg terbelahak kembang2 tekak kan??  ciken bambo tu elok makan 3-4pax..makan rebut2 baruuu caraaa... so layan je la ciken wings.ni honey chicken wings.. set dalam 7pcs RM18.90 je..rasa mcm murah sket dari Kyeochon.. kesedapan? sedap jg,tapi kyeochon better! ::

:: Spicy yangnyeom Wings RM18.90 jg. tapi hat ni sedappppp giler! sedap dari red pepper kyeochon. pedass dia pun kemain2 jahanam pangai dia! menetes2 ailio tahan podeh! hahaah.. kat sini, ice water FOC ye.. sebijik konsep mcm kat korea..mana2 p kedai makan kat sana, duduk je depa terus hulur 1 tumbler cold water dgn glass. dia mmg tak tanya kau nak minum apa?? togak je kau air sejuk. patut badan depa takde yg gemok. abis gemok tahap suzie je. hahahha.  ::

:: makan itu sahaja.. tapi tetap lah tak abis! kau gasa??? tekak si kertu2 ni dia mmg cari nasi ulam jg lah kot kan?? tak caya, tak abis?? ::

:: see? membawa ke bfast sabtu pagi tuu haaa.. ada balance 6pcs daripada 14pcs... habis makan 8 ketui jaaa.. Padahal chicken wings je pun...tatapppp laaaa!!!! ni bfast pagi tu pun hareeeyy nak berusik ayam tu.. cuit2 sket..............pastu wassalamu. So next time kalau nak makan bendalah2 kpop mepop ni semua, beli 2-3 ketul je sudahh! fammm? haish! ::

:: Mee hainan kat Cozy Corner, Ampang Point.. Pagi sabtu bfast juz2, kol 11am terus kluar menghala ke Ampang..kang dah makan senang nak balik umah mak. Plan nak singgah Ampang point, cari makan hellok sket.. otw tu anak call ajak jmpe.. terus suruh dia tggu kat sana.. Lama dah tak lepak sini, kemain meriah mcm2 kedai makan mcm cendawan tumbuh org kata.. Siap ada cozy corner! Cozy Corner ni asal usul dia kat Ampang Park sana. Pastu merata hala dia buka branch. So since Ampang Park pun dah kambus, to rakyat Ampang leh layan cozy food kat Ampang Point wokeh? Kat mezzanine floor .. btw mee hainan ni tersangat sedap! byk sangat haiwan2 peliharaan dalam tu! ::

:: Nasi goreng bali , anak pnya. pun sedap ::

:: Si cantik esah pnya.. bihun goreng singapore. dlm kepala wotak i..dok byg hat putih + lada hitam.. sampai2 gini rupa paras dia. sebaik sedaaappp! ::

:: Lobster bisque, anak pnya juga.. pon nak sedappp je kejenya! ::

:: cozy corner ni standard ala2 madam kwan, little penang gitu2 la. price range pun lbh kurang.. mcm makan ceni2 pun cecah rm100 jg. tp since makan sedap, byr pun senang hati je kan? ::

:: tempat pun selesa... nama pun cozy..mmg cozy amat! ::

:: turun ground floor nampak Guardian buat Clearance Sale! Ya ampon, bath gel depa mughah2 amat! brand Ginvera, Tracia.. 1000ml RM7 mcmtu.. expired year 2021. ok angat kot kan? I bendalah2 ni tingat nak letak umah mak je la.. umah mak tu penduduk dia ramai. kena beli hat gadang2 mcmni baru baloi. Kalau rumah i?? mmg i takkan beli hat besaq2 sbb nnt lambat abis.. i dah la cepat jemu.. kadang dah beli yg baru, yg lama i buat basuh bilik air belen2 sket2 tu. hahaha. tazabar! Btw make-up pun byk mur2.. brand juz2 la.. in2it, silky girl, maybelline.. litik bawah rm10, lipliner... facial foam pun ada.. yg penting expired lama lagi. i tak sure sale sampai bila, tapi mmg best! i beli berbotol2 barang, berbondong2..tak sampai RM100 pomm! huntommmm lah I.. hahhaa ::

Ok done, update awal2 before start kerja.
Now kerja dah start menggila.
Insyaallah akan jalankan tugas sebaik2 mungkin.
So that takkan di hisab later.
Ameen.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.