Tuesday, February 23, 2021

COVID-19 PUNYER HAL ...

3 comments :

 Bismillah.

Assalamualaikum.

Hye korang.. tak tau la dpt abis ke tak entry ni. 
hahhahahhaah
kaput yakmpun mood nk update.
tapi kerja dah kurang sket ni. 
rasa sangap ngantuk2 plak nk tggu new order form.
Ajomm la kita bebel sat..
Laa ni kami tgh bz received Covid19 vaccine.
baru sampai pagi semalam kat HKL.
Polis punya ramai, mcm hapa je.
Kami plak jadi takut nak masuk opis.
our pharmacist tgh kalut la tu. 
esk kan dah start nak buat agihan and injection.
sadly, Staff jabatan farmasi tak dapat vaksin for this trip.
Dulukan yg betul2 frontline.
Awal2 dlu mmg seram sejuk jg nak amek vaccine.
tapi bila dah di convince by doc, pharmacist semua rasa teruja plak nak ambil.
dah teruja2, tak dapat pulak. hangin mak!
masa kerja, masa org lain dok WFH, kami tak leh cuti langsung!
kami kena support frontline..katanya
tapi bila bab allowance, bab vaccine, eh kami tak dapat.
tah rasa tak fair plak.
lantokkan lah situ. Kita mai qeja, lillahi taala..
gaji berkat, bagi family makan... 
selamattttt.. 

I nak share something....

last december, i and my WHOLE family positive COVID19!
iye, whole family members..
i dapat dari kawan office yg buat neb kat office.
dia tak tau dia +ve..dia buat neb, dah kami pun ramai yg +ve!
dia dapat dari adik dia yg keje kilang kt cyberjaya.
I plak weekend mmg blk Ampang.
Kebetulan buat bufday aliff and 44th anniversary wedding my dad n mom.
Allahuakbar.

Kronologi :

-Sabtu majlis bufday aliff and doa selamat anniversary mak ayah.
jemput anak2 jiran je..tu pun ada bapa kerat je..
- sabtu petang tu jg, ada rumah terbakar a few meters je dari rumah mak. dah ramai2 berkumpul berlari2 tgk pesta rumah terbakar.. time ni hujan rebas2. 
- Ahad i balik kajang, tengahari dah start demam2. suami beli nasi ayam pun ..jadi gaduh dgn i..sbb i dah pesan nak thigh..dia beli dada. i jadi moody cemana tah. gagah dia p beli ayam lain. selalu i boleh je tolak ansur, tapi aritu rasa syahdu cemana ka. rupanyaaaa....nak dpt sakit!
- Ahad malam.. masa finale GV7.. kwn ofice i address her as Z k? Z tu call i bgtau mak dia +ve covid! dia and family akan di swab esknya(isnin).
- I call boss and boss asked sapa2 yg ada gejala dlm unit kami, pergi OSH (premium clinic for HKL staff) and buat check-up.
- Pagi isnin i bertiga dgn kwn office yg ada simptom  pergi OSH. sbb kami bertiga dah start demam. doc xnak swab sbb nak make sure Z pnya swab result dlu. so kami dpt mc 2 ari n i terus balik sbb nak tidur je rasa
- otw dah sampai cheras dpt call from OSH, dia suruh dtg balik for swab. ek eh kau? patah balik and swab. sakit oii idung haku! lps swab, terus ilang deria rasa and bau. Suami i dah syak...
- selasa tengahari (15/12/2020) boss i whatsapp bgtau kami TIGA2 +ve! doctor OSH ramai2 turun kt section logistik.. diorang semua panic. lemah sendi lembik lutut. i dok teringat family kt rumah je tu... dulu ms diagnose cancer pun rasa x down mcmni. sbb ni sabit kat org lain sama. allahuakbar... 
- kol 3pm dr azian from HKL call.. and bgtau nnt ambulance dtg fetch i to HKL. meanwhile, i kena kuarantin HKL. at the same time, PKD hulu langat dah start call i tnya contact rapat. i dah  call hafiz nanges2.. call ayah nanges2.. smua pun down. adik i Emi IK kat JAWI call, mnta SEMUA fmly i pergi swab ikut hospital terdekat. ampang to hospt ampang. suami i hosp kajang. kakak i hosp temerloh. mcm2 kes ada. ada yg tak layan semua. sampai adik i yg IK tu kena masuk campur. alhamdulillah semua dpt swab kecuali hafiz, aliff and auni. sbb quota dah cukup. dorang akan swab esknya kat KK bt 14 Hulu Langat. ciktam , pokde dah start demam2. 
- Maghrib selasa tu i dah pakai telekung, baru ambulans sampai depan rumah. betul2 org tgh azan. i ask for solat first...dalam solat nanges, doa semua2. lemah sgt bdn. demam n emosi. suami anta naik ambulans. dalam tu dah ada a few patient. i worse sgt masa tu. rasa nak muntah, rasa nak pitam. Ambulans pergi hosp sg buloh dlu hantar patient lain. then last sekali baru anta i kt HKL. time dah almost 11pm ye! sbb kat HSB tu lambat turun kan soang2 ikut pit stop berbeza. 
- i warded bilik tuk 6 orang tapi ada 3 orang je. 3-3 kawan ofice I.
- cerita family kt rumah.... berkecamuk. swab and result plak... soang2 +ve, termasuk suami i, mak ayah n anak2 buah i!  last2 tinggal Hafiz soang je -ve (at first je dia -ve, later dia +ve jg). sedih-sesedihnya! mak ayah i..kena angkut naik ambulans, doang muntah teruk sbb ambulans yg bawa doang x on ekon.. and bawa laju. diorg kena berkumpul and tggu bas kat dewan komuniti kajang dari kol 10pm smpi 3am!!!!! i takleh imagine mcmmana mak ayah i tggu dalam gelap. sebaik adik2 bujang i smua pun +ve and ada sekali time tu, diorg dah standby makanan smua. stiap kali igt benda ni, i akan nanges. even sekarang pun! i takleh maafkan diri i sampai mak ayah i kena tempuh semua tu! Allahuakbar.
- Mak, ayah, ciktam, pokde, acik, pokcu, abg ipar, mia semua dikumpul di HSB. tapi tempat yg berbeza. ada kat pusat kusta, ada kt kolej bersekutu kesihatan.. mak ayah kena masuk wad (HSB). sbb on oksigen.
- Mama azizah and anak2 kat pusat kusta, sian mama jaga 3 anak. sian anak2buah I... i doa tak putus2 diorang kuat. Alhamdulillah, mmg anak2buah i kuat2. Umar pun demam sikit je. 
- Berbalik kisah i di HKL.. Daripada wad dgn kwn2 ofice, Rabu malam i kena transfer to wad lain. Wad yg lebih ramai nurse and doctor jaga. I bilik seorang. Sabtu tengahari suami i plak admitted and dr azian tempatkan kami sebilik (bilik berdua). 
-Bermula episod batuk teruk i.. sampai kena bantuan oksigen. Sebaik ada suami, dia la dok jaga, pimpin i p bilik air, sapu minyak semuaa2.
-Isnin 21/12/2020, finally i kena hantar ke HSB.. sbb HSB mmg hospital khusus covid. Bacaan kuman covid i tinggi and i on oksigen. So naik ambulance lagi skali to HSB. Suami i tggl soang kat HKL.
- 7 hari i kat HSB. 26/12/2020 i dapat discaj. i paksa diri makan ubat. i exercise dalam wad. i nak sihat. i nak balik. masa kat HSB i kena inject dexa and a few ubat lain. adik2 i ada yg x dpt rawatan apa2pun. just ubat batuk n demam if demam. 
- Kisah ayah i pulak.. dia makin worse. ya allah gugur jantung kami. kidney dia menjadi2 problem nya. dia kena buat temporary dialisis. dia dah meraung2 nak balik. kami adik beradik down se-down nya. Mak ok sikit. mak kuat semangat. ayah meracau2 dlm whatsapp. tiap2 jam mnta tlg kami keluarkan dia. mak pun buntu. bagus mak I.. mak sangat +ve. dia enjoy food. dia exercise. 
-Ciktam and acik 1st discharge. Since semuorg pun dalam wad, dia berdua amek cab from HSB to Ampang. Hafiz masih kuarantin kat rumah(pakai gelang pink, xleh keluar umah). Next day nya baru result 2nd swab hafiz keluar, +ve juga! Allahuakbar. Hafiz pun kena admit kt kolej kesihatan sg buloh. 
- Soang2 discaj. Bila kami adik beradik dah discaj, tggal mak ayah berdua kat hospital. sedihh je blk umah mak, tapi tuan rumah takde.. kami gilir2 p hantar makanan elok2 kat mak ayah. Kalau x larat, kami foodpanda or grabfood kat mak ayah. HSB allowed food delivery, mebi sbb dia faham, covid +ve ni deria smua hilang. so biaqpi lah kami nak order outside food pun kot kan? sbb suami i kat HKL NOT ALLOWED makanan basah. dried food je boleh. sian suami i... nyesal plak letak dia kat situ. 
- ada pre-sakit. during sakit. and post sakit.
post sakit, badan and batuk2 masih ada. i mc panjang 2weeks.
sampai mak ayah discaj, baru i semangat nak masuk kerja.
Ayah i dari HSB kena trsfr hosp selayang tuk observe kidney dia.
dia discharge dari selayang, kami tggu kat rumah.
nanges2 i peluk dia. kurusss sangat dia. tinggal tulang je.
in between masa lps mak discaj, i sempat bawa mak p avani.
sbb voucher nak expired. kami pergi 4 orang, melepek je dlm bilik hotel.
takde berjalan ke hapa. 

So, i nak share.
kalau demam... beli betadine spray. spray kat tekak sekerapnya.
kalau takde betadine, kumur kerap2 dgn listerine or air garam ...
Ambil vitamin! mesti ambil vitamin!
ambil air lemon wthout sugar (jgn ambil time perut kosong).
Jangan panik, and kuat semangat. mohon dijauhkan dari orang tua.
sbb diorang yg dah tersedia ada penyakit... mmg sgt bahaya and sangat high risk.
kwn ayah i sebaya dgn dia.. passed away sbb covid.
dia admitted ngam2 lepas ayah I discaj, then  meninggal.
Allahuakbar. 

Ada sket la pic yg ada dlm phone i yg i boleh share... 

:: Detik2 i nak kena bawa p HSB... time ni worse sangat.. rasa nak minta ubat tidur, sbb batuk sgt teruk. nak tarik napas pun payah ::

:: Ambulance yg bawa mak ayah and adik2 to Dewan Komuniti kajang before transit naik bas plak to HSB .. ::

:: Ayah masa tak sakit teruk. asal nya ayah kena duk pusat kuarantin dgn acik. dah hari ke 4 mcmtu, dia kena masuk hospital sbb batuk n on oksigen. ::

:: Emak tukar 3 tempat, dari kolej bersekutu, ke pusat kusta, last2 masuk hospital.. :: 

:: Suami sampai. dapat sebilik dgn I in HKL. Bilik ni dia pnya aircond, ya allahhhh.. mcm nak membunuh!!! gilerrr sejukkk, rasa tersiyat2 kulit..time ni la dpt batukkk terukkkk ::

:: Masa dapat pic ni, i nanges teruk. i xleh bayang anak2buah kena angkut semua mcmni. sian mama kena handle anak2 soang2.... papa diorang -ve time ni. ni acik snap. blok diorang berhadapan. ::

:: Masa atuk sihat lagi kat pusat kusta, petang2 je diorang main lambai2 dr laman masing2... sihat lagi atuk. boleh gelak2... lepas je atuk kena pindah masuk wad betul, baru dia down teruk ::

:: mak pun main lambai2 dgn atuk and the cucusss. Bila virus covid tu dh start buat qeja, tu yg mak ayah jadi semput teruk and on oksigen, kena pindah ke wad betul ::

:: Steady deni.. makan lalu. lauk hospital pun dia sebat, kang mak dia food panda kan lagi .. kfc lah. mekdi lah. nasi beriani lah... go kakak go!! ::

:: Adik pun baik je kat hospital. Sian dia, muda2 lagi covid dh dapat, influenza A dh dapat.. Allah... sedih ciknyah ::

:: abam and adik. smua pun buah hati, jantung, nyawa cinyah.. :: 

:: Happy dia.. tapi sesekali tanya papa.. tanya atuk . tanya nenek.. almost 10days jg depa duk kuarantin kat HSB nun.. ::

:: Adik beradik semua dpt discaj on time. Mak ayah je sangkut lama sikit. So, beberapa malam kami buat solat hajat, baca yaasin tuk mudahkan urusan mak ayah masa diorang dlm wad.. smoga Allah bantu beri kekuatan tuk mak ayah tempuh dugaan. smoga allah mudahkan. Sedih sangat balik umah mak ayah, tapi diorang takde. ::

Lupa nak khabar, ciktam n acik discharge paling awal.
Hire orang dtg rumah mak sanitize satu rumah.
Since rumah mak besar luas.. almost RM500 jg kena.
Ciktam basuh semua cadar, sejadah, telekung, rendam dgn dettol.
Mmg a few weeks rumah mak and rumah I bau dettol je.
Tapi kami tak kisah sgt, sbb kami xda deria bau pun! hehehhe.
hilang terus.
Lps sebulan, baru i boleh bau and rasa balik.

:: ada 1 pic muka sakit kakak.. ::

:: Muka dah sihat. 1st day masuk kerja. lepas mc panjang.. ::

:: mak lemah lagi masa i bawa dia p avani. mana dia pernah pi jalan tanpa ayah. time ni ayah kat hospital lagi.. ::

:: ada jg nafsu dia suh i snap pic, nak anta kat cucu,katanya.. huhu ::

:: Family Villa.. rasa peaceful, keluar wad badan lemau...ok la refreshing! ::

:: Finally ayah discaj!!! Alhamdulillahhhhhh. Hafiz and acik p jemput. Umar ikut. Tazabar dia nak jmpe atuk . sket2 atuk..atuk atuk.. ::

:: Kat sini lah segalanyaaa bermula. i spread to my beloved ones.. berkali2 i said sorry. diorang very supportive. sbb i dpt pun kat tempat kerja. bkn i merambu p mana2 pun. ::

:: Anniversary mak ayah yg ke 44 ::

:: Abam 10th bufday... manchester city die hard fan deniii..::

:: dia pow ciknyah hadiah, blh beli 2 botol perfume! sebaik setawon sekali.. kalau tetiap bulan? tggl sependerrrr lah mangkaliii.. ::


:: Ni kwn2 abam n auni. semua kena swab. Alhamdulillah semua -ve! ::

Byk lagi i nak bebel.
Mcm2 story ada during kami admitted.
Mcm2 kes jadi.
tapi i larat takat ni ja nak menaip. 
gagah jg la nak letak as kenangan.
Gambar byk kat adik2.
Diorang siap buat video.
Malas plak nak upload. lembab line kat sini.
And i nak bagi semangat kt kawan2 incase ditaqdirkan diduga +ve covid. 
Don't panic.
buat satu2 step. terutama bab ctct rapat.
Ada kategori2 yg mana sbnrnya ctct rapat.
Boleh cari kat website MKN and KKM k?
kalau kena admit hospital, or pusat kuarantin,
paling penting.. bawa ubat2 yg sedia kita consume.
kalau diabetic, jgn lupa bawa ubat rutin.
jantung ke, darah tinggi ke.
mmg kena control benda2 tu je dlu.
Sbb covid bkn ada ubat. 
I dapat injection dexa tu pun ala2 steroid (tahan sakit) je.
sbb bacaan virus dlm darah i tinggi.. 
simptom pun depends on orang.
lain org, lain simptoms.
kena more alert k?
Covid ni ada 5 kategori.
I and ayah kategori 4.
mak and cikyom kategori 3B..
adik2 ramai yg kategori 2 and 1. 
Kalau ada yg baca ni, nak tanya apa2 kat I...
mari lah PM or email.. 
cikqueen@hotmail.com
kita sharing2 k?

I doakan covid ni cepat berlalu.
Ni vaccine pun dah sampai...
Smoga Allah ampunkan dosa kita.
Bawa pergi virus ni. 
Kita boleh hidup bebas mcmbiasa.
Ameen.

Nanti i nak up cerita pasal reno rumah sikit2.
Pun sbb nak simpan sini jadi kenangan.
Nak up cerita berjalan, dah tak kemana2..
mereput kat rumah. 
Till then ok.
Harap i rajin adik rajin lahhh nak hapdet lagi..
hahhaha


Assalamualaikum.
Stay safe. Stay health k...