Friday, June 14, 2019

CERITA SYAWAL 1440H/2019 SAYA , MAAF LA ENTRY NI PANJANG BERKILO2METER. HE HE HE

No comments :

Assaamualaikum.
SALAM 10 SYAWAL.
Amboii bila raya kemain meroket laju nya ke sepoloh syawal sudaaa..
Kalau puasa, boleh tahan sellowww sis syik usyar jam je..Bila la nak kol 7pm. Haha.
Kan haku dah kata, I kalau puasa, ngalah budak tadika!
apa leh buat... sejenis gergasi yg mencintai makanan.. tsk tsk tsk.
Sambil2 tggu staff buat keje, jom la kita sembang2 kesah raya kita.
Pic sendu2 je la pun. Jadiiiii laaaaa.
Sok2 bosan2 leh kelebet2 balik...

RAYA PERTAMA
AMPANG-TAMAN NIRWANA-MELAKA.

:: Mcmbiasa2. Mcm selalu2...pagi2 raya i bgn kol 5am tlg mak masak, re-heat2 lauk and hidang2. Then mandi, solat subuh. Then makan ramai2. For aidilfitri, sunat makan dlu before solat sunat idulfitiri. Lepas makan, aktiviti salam raya + bagi duit raya. Ni pic adik i snap.. I tgh salam ayahanda.. Salam bonda, takde plak pic nyaa... ::

:: Ni sepatutnya jadi pic pertama. Sbb kena que, salam ikut turutan adik beradik. Since i 2nd, bedah sulung. so dia and husband mendahului senarai.. ::

:: lama sket pls...byk dosa rasanya ni. hahhahah::

:: ada sipi2 pic i salam mak.. Ni somi i and ayah. bff depa ni... ::

:: kat rumah mak, dannn snap pic tak bersiap mcmni je la..sbb rushing nak p solat raya plak..tahun ni sultan selangor titah solat sunat raya kol 8.30am. Thn lepas kol 8am, sbb raya jatuh ari jumaat ::

:: lepas solat sunat, lari p umah MIL. Salam raya dgn MIL, dia duk bawah. Kaki dia pun elok lagi. Mak ayah i, kaki masing2 dah tak berapa sihat.. ::

:: anak2buah belah suami ::

:: ZAKK'S FAMILY ::

:: tahun ni 3 orang je out of 5 adik beradik suami raya belah MIL i.. yg tak raya belah MIL tu lah jenih anak ramaiii.. hehhehe. yg tggl ni masing2 anak 2-3 orang ja.. ::

:: our theme colour.. dark blue. Kain baju i beli kat Bandung. Baju melayu suami, from Primavalet. RM200 incld sampin. Tapi bkn sampin ni. Sampin simpan tuk kawen anak, sbb kaler purple. heheh. ni sampin tenun ganu  ::

:: buat video call pada yg takde balik raya kat malaysia.. ::

:: MIL i jenis makan raya mcmni la..supan2... ::

:: Compare rumah mak I.. sempoii gilaa.. serve pakai Tupperware je.. Ni dah kena kecah, cekuk. hehheheh. janji makan semua cukup, sedap2 plak tu. huhu. Ikut masing2 la kan?? tahun ni mak i masak 2 jenis rendang. rendang daging. Rendang ciliapi paru + hati. Sambal kupang. Kuah kacang. Lontong. Rendang paru tu terlalu sedapp ye!!! i ngadap tu jeeee.. ::

:: Ok sambung cete raya. Lepas salam2 raya belah MIL, makan2 sket.. then terus gerak pi rumah mak2 sedara suami. Ni dalam taman yg sama dgn MIL i (Tmn Nirwana). Rumah maklong suami(tudung nude). ::

:: Ni jela pic yg ada, ni pun sbb anak tuan rumah yg tukang snap and letak pic dlm grup WA keluarga besar suami. Balik dari rumah maklong, p umah maklang, then umah makcik cah suami kat taman TAR. Selesai 3 rumah. ngam2 kol 12pm.. Sbb dah janji dgn adik badik I nak balik Melaka by 12pm..::

:: While i kat belah MIL..depa beronok2 posing2. beratus2 pic. Dah la tu, ramah2 plak share dalam family WA... sakit pulak hati kita,wak!  Every year(since kawen) pun i miss moment photoshoot dgn depa. Ni takleh jadi ni.. kena buat turn jg tahun dpn.. walau rumah dekat2.. still lah i terlepas byk moment.. ::

:: i tak pernah pun snap pic ramai2 dgn depa proper2 pakai baju raya pertama tawwww.. sob2. Nnt bincang elok2 ngan suami. Hu hu hu::

:: tgk mak pak i ..kemahenn lentik mak haku walau suami beliau kemain muka nak masyemm je.. hahhaha ::

:: pic gedik mcm ni pun lepas masuk WA grup?? boleh laa xda pesaingggg (i lettew hu hu). adik tino i satu2nya ::

Dari rumah Makcik Cah, minta izin gerak awal.. 
nak kejar sampai umah mak balik by 12pm..
Then ngam2 12pm, gerak blk Melaka 3 kereta.
Jalan kemain jem mengemut2!! sampai Melaka kol 4pm. adeih!.. 
Sampai2 terus cari masjid solat jama' siap2. 
Time ni i dah rasa sgt exhausted.
Sbb terlari2 sana sini dari pagi.
Mula la rasa nak telan org je.
Takk sookaa la rushing2 mcmni.
Patut relax2 lah kan. 
So mebi cita2 i nak bincang pasal turn dgn suami akan diusahakan juga2!
kalau kena turn rumah suami, raya la puas2 dari pagi sampai malam pun. 
Janji jgn rush2.. penat ampa taww tak??
Sambung2.
Dari masjid, terus p ziarah nenek saudara; Neklong Pah.
dah uzur sangat neklong.
And semalam (13/6/2019) dapat news dia dah kembali ke rahmatullah.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Pic kat rumah neklong takde. Sbb time ni rumah dia kena seranggg.
berbelas kereta datang ziarah beliau.

:: dari rumah neklong , kita beraya p umah arwah maklong. rejeki tahun ni dapat jmpe paklong(baju biru cair). Paklong sis kan dah re-married. So most of the time, dia stay rumah maklong baru i kat Paya Rumput ::

:: dah lewat ptg p Ujong Pasir plak rumah pakcik I ; Cik Chan. sambil2 ziarah my kazen ;Farhan yg kanser hidung tu.. Now dia dah dibenarkan balik rumah..Pakcik i buat bilik khas kat dia. lengkap dgn katil hospital and aircond semua.. Smoga cepat sembuh dik! ::

RAYA KEDUA
TG BIDARA- AMPANG

:: Balik raya kali ni kami stay kat homestay Tmn Paya Emas belah2 Bukit Rambai sana. Besar , hellok, lawa homestay dia. Double story house with 5 bedrooms and 3 bathrooms. Fully aircond termasuk 2 hall! Spacious and super duper clean! tapi i takde snap pic ke apa. sbb dah kepenatan belenjap dari subuh sepi'e membawa ke malam beraya. Adeihhh. ::

:: Pic rumah pusaka arwah atuk n nenek i belah ayah. Located at Tg Bidara Melaka. Rumah dah uzur. Yg belah atas ni la Yg belah bawah kukuh lagi , sbb baru buat. Sket lagi mau menyembah bumi jg rumah pusaka ni. isk isk ::

:: rutin selalu.. amek pic kat tingkap adabi ni.hehehhe. satu tingkap dah terkopak. Pun bolehhhh ::

:: All of us. thn ni adik i lagi 2 orang balik belah MIL..  ::

:: kepantin baru kepak kepak kepak2 keboom keboom ::

:: syok plak letak pic cekak pinggang bajet ramping. padahal hampir nak ilang napas dok tahan napas hahhaha ::

:: ok2 last2 ::

:: moh jalan raya kita.. jalan kaki je ni naik darat (rumah paklang). ::

:: kat kawasan tanah pusaka atuk ni ada 3 rumah. Rumah induk(rumah pusaka atuk), rumah paklang(darat) , rumah Pakndak(baruh).. ::

:: with paklang maklang, and kazen2 kami. Anak2 paklang ni la paling close dgn kami masa kecik2. pantang cuti sekolah, i duk kg..tapi duk umah paklang bkn umah atuk. huhu. kadang2 depa mai KL tdo KL seminggu-dua.. masing2 dah besar2..ada yg dah nak bermenantu... ni pun tak semua anak paklang ada.. ::

:: dari rumah paklang turun p umah pakndak.. ::

:: style melaka mmg depa suka jamu org makan kat luar. fresh air...nak makan kat dalam pun boleh. tapi kat luar lagi best.  ::

:: geng2 bujangss ::

:: dari rumah pakndak, terus p rumah nenek busu. Ni rumah nenek ain nasir lah olsss. tak kenal sapa ain nasir? rugi laaa ampaaa.. hahhaha. ::

:: Hangin je mak, si cecep kat blkg tu photobomb pic sis.. awas loh! ::

:: ok ni hellok sket. koang, blkg i tu lahh civic ain nasir.. kerrlasss kau jah! hehhehe ::

:: then singgah rumah kazen ayah; maklang pit.. lepas tu blk rumah busu semula(adik ayah). makan2 lunch and solat siap2 ::

:: petang sikit pegi rumah dato' seri raof laaa. mcmbiasa. pak sedara kami.. ni pic kat resort dia.. depan rumah dia ja.. Villa d'acqua. Ampa nak stay, p book kat agoda.com. ::

:: time kami mai raya kedua ni.. ada team bertunang kat resort ni. ala2 garden engagement gittoo ::

:: kami tak terbuka ati lagi nak stay sini. sbb dekat sgt dgn umah busu.. takut busu nampak . hahahha. nnt la, plan tdo semalam.. ::

:: wth kesayangan ::

:: last kopek::

Kesimpulan :

raya pertama :
1) rumah mak
2) rumah MIL
3) rumah maklong suami
4) rumah maklang
5) rumah makcik cah
6) rumah neklong pah
7)rumah arwah maklong
8) rumah cik chan

raya kedua :
1) rumah busu
2) rumah paklang
3) rumah pakndak
4) rumah nek busu
5) rumah maklang pit
6) rumah dato'raof

Not bad.
Jumaat balik KL, sambung raya makcik2 belah suami.
Sabtu b4 subuh, kami dah gerak to loqstaq.
Talk later naa.
letey dah menaip ni. hahhaha

SELAMAT BERSAMBUNG RAYA YE WEEKEND NI.
Esk turn i jamu family in law, and my family.
Ahad raya umah yom(bedah).


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



No comments :