Wednesday, March 20, 2019

JAMA' KAN TERUS STORY IN 1 ENTRY , MOSTLY CERITA BAB MAKAN JE PUN..

No comments :

Assalamualaikum.

Kedaung nauu rasa mood nak update skrang.
Cuaca memanas2 ni i senang dpt migrain.
Bila dah start migrain , mata jadi berair..
nak ngadap pc pun ada sikit malesyyyy...
But sokkay, meh la i update sikit.
I taruk pic makanan je aci dak??
At least we still keep in touch an an an??

1) Dinner @Jahhet Fine Meat, Bangi

:: Malam sebelum pi Taiping merisik for anak teruna suami. Mood bapak perantin teruja semacam, dia ajak makan steak.. Ajommmm lahhhhh... ::

:: I mengamben malam tu. tapi perut tak sedappp.. sekeping kamben je i abis. satu lagi, silalah kanda abiskan ye.. time ni najmi kawan I(boss jahhet)takdak. baru balik dari Umrah.::

:: Suami makan steak... grass fed je. Since dia bagi kepercayaan penuh kat I tuk pilih raw meat for him, amekaw i pilih tepi2 lemak tebal je. hahahhaha. sedapppnyaaa soo damnly juicy! Kat Jahhet ni leh pilih side dish 2 from 4 choices ::

:: pastu Jahhet pilihan air dia variety. tak mcm kedai steak lagi satu tu. Sini paling win lemon hand squeeze dia lah jah. piauuu pnya lemon! good tuk potong rasa muak daging lemak sesemua tu laa. ::

:: now kat tepi2 jahhet dah ada ride game mcm ni haa...TAPIIII byk kali ok i nak kena sondol dgn kete bdk2 tak berlesen ni. hahahah. bapa kali laa haku termelatah2.. budak2 tu bkn ada pasaan..dah langgar kita bantai gelak yeppi2. Kita terurut2 dada tanjat! Makcik sejenis cepat tegezut ye nak. bkn apa, takut tiba2 makcik naik antu, makcik julang kete kauorang tu sangkut kat tiang lampu.. haa diluar kuasa makcik nak kontrol dah tu.. huhu ::

2) PAPPARICH, KAJANG PRIMA

:: Masa kami mai makan sini, duduk sebelah menteri MOA(Ministry Of Agriculture); Salahuddin Ayub. Saja la bagitau. Tak menat pun beliau dan sekutu2 beliau. hik2... Ni makan beef kueytiaw. Mula2 makan ok lulus. Bila dah start sejuk, failed sket sbb bau telur yg kuat.. gravy dia kan byk pecah telur.. ::

:: Suami makan nasi goreng seafood ::

:: Ni fav drink i kat papparich.. Soya with taufufa ku beri nama. eh kesah pulak sis nama IC dia apa kan? ahahhaa. tapi itulah ingredients dia... ::


3) UNICORNETTO ICE CREAM 

:: Ampa tgk tak viral video adik debab yg pegang 3 unicornetto sampai 3..pastu dia happpy sgt.sampai tercium2 sekerim ni?? at the same time ada org curik2 snap video and upload siap caption "bataknyaaa.. ice cream je pun!"... sis sedihh gila tgk video tu sbb teringat terus kat Auni.. budak2 debab mcm sis and auni ni kan ceria2 happy go lucky je kan.. takat cium2 ice cream tu apa lah sgt.. bkn cium laki kau pun kan?? eh tetiba hemo terok plak. hahahha. hitam eh hati kau??? ::

:: Bagi meraikan adik montel comel tu, sis joint dia beli 2 jg. Sbb beli 3 sis rasa cemuih plak nak ngabihkan... makcik dah tua deq! hahaha::

:: jejes2 makcik makan sekerim.... tak sedap mana pun.. cuma budak2 kan suka dgn little pony, unicorn colourful2 ni semua kan... sis dapat budak yg rakam video tu, sis titik2 dia.. biasaaaa diaa tu..::

4) RUMAH MAKAN TERLAJAK LARIS (ROTL ALIFF SYUKRI)

:: kalau kumpul point byk dah point i makan kat sini.. hahhahaha. pakal je sis takde direct contact dgn abg bobo..if not, sis minta nak jadi duta rumah makan dia cawangan bangi.. huh! ni ala2 mee kungfu. sedap nak mamfush ye. ::

:: mcmmana sis setia dgn pasangan sis, mcmtu jg sis prtahankan kesetiaan sis terhadap fav food sis.. cia cia cia. mee deni tetap lah sis repeat order.. sedappp ya ampunn oii. Berat hati kalau nak try menu lain. rasa bersalah terok! ::

:: Another signature dessert kat sini. Silalah order. choclate dia bkn choc murahan ye. hellokkk lemak sedapp merdu. tapi manisss boleh tahan.. waffle dia hellok gebu + crunchy.. order ni k?? ::

5) COZY CORNER, AMPANG POINT

:: 2nd time layan cozy corner Ampang Point branch. Ni last 2 weeks, time suami i tertinggal wallet kat umah mak. dah sampai kajang baru pasan wallet tertinggal. Hangenn je makincik. Petang2 kena patah balik Ampang. Nyaris nak tukar kaler hijau dah.. Sebaik pandai pujuk bawa makan sedap.. tutup case terus! :: 

:: sardin je muka tak bersalah dia.. sis dah la petang2 Ahad detik2 kritikal nak menghitung hari masuk Isnin , nak tempuh keje 5hari.. gggrrr.. ::

:: Sis tembak dgn senapang gajah nanti baru dia tauu ::

:: kalau sejenis mee gini2, lendir2 hahahha suami sis je yg sooookaaa. kah! ::

:: kalau mee hailam, kita serah piala kat Cozy Corner la. sedap ya Allah, kuah dia letak perasa rahsia apa ni oiii? ::


6) BUBUR BERLAUK @MIRA SEKSYEN 7

:: Kalau takde idea sangat nak cekik apa.. p kedai thai biasa kat seksyen 7 bangi.. Bubur dia hoooliauu oii. Kedai ni dekat2 dgn JPJ Bangi sksyen 7. sebelah klinik hewan.. ::

7) HAYAKI NASI KUKUS AND ABNOMAL PLATINUM WALK, DANAU KOTA

:: ada 1 hari tu i sengal yakmat.. nak pe'ot ke cemana ka.. suami i kebetulan ada kat area KL... i request ajak dia p lunch mana2.. i ada baca blog SURAYA SULATIN pasal coffee sedap kat abnomal cafe. Being pempuan agam yg senang terpengaruh dgn hal2 duniawi (hahaha), i pun ajak suami p try. Sampai2 cafe dia tak buka lagi.. cess!::

:: dah dapat parking akt area situ, terus je la masuk HAYAKI nasi kukus.. nasi kukus famous pure dr Kelantan.. Suami minum teh madu terlambak2.. ::

:: si  makan nasi kukus dia terus. sedappp sangattt! kuah gulai dia hellok. sambal and ayam dia pun dapppp.. tapi tulah, nasi byk2 tu nak simpan kat manaaaa??? hahaha ::

:: dah kenyam makan nasi, lalu kat abnomal cafe..dah open.. so jom la kita singgah ngopi.. ::

:: ni coffee yang sue suggest.. Honey Americano. ::

:: Sedap?? bolehh laaa.. hahhahhaha. taste masing2 bkn sama ye dak?? pada sis, sederhana2 je rasa nya. tapi rare la..kopi campur madu.. ::

:: nak makan, kenyang lagi baru lepas makan nasi.tapi kami ada order nachos... punya sellllowww service dia.. berjanggut nak tggu. terus minta tapau. sis nak masuk keje balik kot?? balik umah, nachos tu pun dah lemau sbb dah bercampur dgn tomato gravy dia... since makan tu je...tak dapat la nak komen beria... igt nak try rib. tapi dah makan nasi. next time?? insyaallah kalau rajin nak memecah jem setapak/danau kota tu..::

8) STARBUCKS METRO POINT, KAJANG

:: The same day dgn tragedy shooting in Al Noor Mosque, NZ... petang nya singgah minum2 kat Starbucks Metro Point Kajang. Try new frapp flavour ; Cascara Macchiato.. dapp! Just kopi2 sbb jiran sebelah rumah;Eliz dah whatsapp awal2 bgtau petang tu dia nak lanje nasi tomato. Tu yg just drop for minum2 je.... kejiranan i tu mmg best amat2.. Dah la whatsapp grup UMMIES2 tu petik je nak tanya apa.. laju ja depa respond.. mostly depa smua career mom.. keje haibat2.. kalau dengar depa bergebang, pasal architecture, psl oil&gas, ramai cikgu, doktor, engineer.. kita ni kuli2 gomen..segan je nak nyampuk. Nak makan cake, nak makan masakan kg, laksa johor bla bla. ada je menu doang offer. Tu yg housewife ummies la. Malam2 lapaq, roger je Jai Burger..gerai depan HillPark1.. zassss burger sampai depan rumah. Bkn burger2 biasa je dia ada.. burger ala2 spicy mcdeluxe mcD pun ada olssss.. eh pjg plak muqoddimah nye ye. nak habaq p minam kopi je pun tadi. hu hu ::

:: salted caramel cake. Sedap. ::

:: puas dapat meluah perasaan pasal kesah saudara2 kita yg gugur dia Masjid Al Noor, NZ. Sedih, sebak, geram marah. Al-fatihah buat mereka smua, smoga di tempatkan pada kalangan solehin. ameen. 

Wow panjang berjela sangat dah nim.
Ada baik i stop dlu.
Before ada yg naik antu stress...
nak katup window blog I, terasa sayang.. sbb selambak cete makan.
nak teruskan, loya2 tekak nak membaca.
serba salah kan kan kan??? hahahaha.
Seminggu 1 entry pon bolehhhhh ....
Ni pun tak tau nasib cemana..
Sbb next week, dah school holiday..
I nak jejalan pantai timur dgn family.. yipppiii!! 
see u yeah..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


Thursday, March 14, 2019

KEMALASAN UPDATE BLOG MELANDA DENGAN HEBATNYA!!!

No comments :

Assalamualaikum.

Rindu kat ampa.
Walau tak nampak pun ampa semua. 
Tah ada tah tak AMPA yg i maksudkan.
Sokkay guys,sis husnozzon ye..
membayangkan ada 14 ratus ribu reader yg sedang meminati sis! kahh!
Sbb byk kali juga jadi.. bila sis p holiday ka, jejalan ka.
waima p kursus baru2 ni pun ada je yg sis dpt whatsapp dr kawan2 sis..
"beb kawan kau ada keje MOF tak?? dia putih-putih-chubby-chubby. Aku ada nampak dia ni"
Kau rasa??? Btw. chubby2 tu cuba transform je jadi gemok-gemok terus.. 
kan lebih mesra dan alami gitu?? hahahhah.
Gigih kawan kepada kawan I tu pi stalker fb I..
screen shot bagai nak bukti kan kat kwn I. ha ha ha..
Ish ish..tak selamat betol kalau nak menyetan ke apa...
ada je mato-mato yg memerati.
Belum bab org recognize hasben I..
dalam lift, kat r&r... 
Kang suami i balik, "yang td ada lelaki tegur abg dlm lift.. suami Aishah ye?"
 Takpun dpt call.. " oiii kau kat sekian-sekian ye?? aku nampak suami kau ni?? mana kau??"
Ampa gasa???
ni baru rakyat a.k.a blogger biasye-biasye je..
yg retis, politician, top blogger smua tu cemana kan??? 
Rasa takde privacy lah kot??
to chuols, kak ajah nak pesan... kalau  jmpe kat luar mai teguq...
nescaya ampa takkan menyesaiii approach kak ajah...
Silap aibulan, I lanje u kopi secawan...
Cuma tu lah, perangai I kat luar biasa jarang nya senonoh.
Cungkil gigi pakai straw..
Duk bersila atas kusi..
makan tak abis, dah makan makanan lain...
Belum kalau gelak bergegar kawasan setempat! ha ha ha.
Apapun, tegur k?? jgn tak tegur.
Pastu buat2 la amek ati sis..
"Eh sis kat luar, in real lagi lawa laaa".
Gitttoo la dia budi bahasa..ada faham?? hahahah

:: Makanya sis tepek pic yg sis rasa dah sehabis gojes dan jelas.. in case ampa ragu2 nak tegur sis... perati je pipi kiri sis ada 2 ketul choclate chip bertindih. Konfem sis! Kalau ada pun soang lagi imbas mcm sis Si Mira Filzah tu je la. Tapi dia kurus sikit je dari sis. Ampa perati elok2 la before tegur k???? hahaha ::

Perkhh lega sket rasa...
Dapat lepas gian nak update sikit.
Pic ada bykkkk . Cerita pun boleh tahan bersusun.
Tapii apakan daya.. kudrat nak update dgn idea tah kemana2.
Dgn keje yg membizi giler2..
And now ni tgh migrain berdenyut2 rasa wotak kita wak.
Tadi p cari lunch, redah panassss menggelegak2 rasa serebrum kita ni.
Doakan sis sihat2, pjg umur dalam ketaqwaan k???
Ameen.
Ada daya, sis update kendian2 ye..
U take care naa..
lebiuuuu very strong!!!


.: NO HATE JUST LOVE 💋:.




Friday, March 08, 2019

TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT HKL 2019 | DINNER AT PAPPARICH KAJANG PRIMA

No comments :

Assalamualaikum.

Semalam ada Tilawah Al-Quran peringkat HKL kat auditorium utama.
Since sistem ep problem, ajomm lah kita...
Sambil2 kumpul point LDP, i mmg fav sangat2 tgk tilawah, nasyid ni semer.

:: Pepagi sepi'e selpie sambil tggu suami solat subuh. Nak ciwi tudung baru. Still la #bokittadihati... ni ala2 kaler litik MAUVE  kenn?? i dah ada 3 helai bokitta pink base.. ni tambah lagi seketul. Tetap lah beliii.walauuupunnn! tapi tak sama pun pink2 dia..kategory je sama... ada yg darker, baby pink, ala2 rainbow... Plain bokitta kali ni best giler kain dia.. mcm lasak sket.. and ada pompom belah kanan. nnt pic kat bawah nampak pompom dia.. ::

:: Kol 7.45am i dah sekonyong2 masuk audi dgn sarina.. nak chop tempat tekau (kata kau)!. if not silalah melukut ditepian2 tangga...  sbb HKL ni i notice, mmg sejenis sangat supportive tuk program2 mcmni.. even kursus pengurusan jenazah pun, mengemut2 audience... Alhamdulillah.. :: 

:: tanteknyyya pentas iaaa kann?? mesti panggil mak andam deko ni.. ::

:: ada nasyid2.. mmg sis sookaaa ye.. ::

:: Ketua hakim.. bagi taklimat sket pasal pemarkahan penjurian. ::

:: hat ni qari pertama. budak2 ni kata JODOH... hahhaha. i? eh i kan taste george clooney?? purba2 sket. ni anak2 ikan ni mak tak menat nak! hhhehehe. deni menang tempat kedua. rupa hellok, pandai ngaji... Kona tang mana pun, babang jek i tatap mnjadi pojaan hati ku.. hu hu ::
:: ninot. tu muka transform jadi cupcake sbb tersengeh cemana ka?? sis tak sampai hati nak share sisi buruk sis. tak tahan kecaman kadang2.. hahahha ::
:: hat ni pun sama, mata meliar2 pandang mana tah. mosaic kau disana! huh!! -with mek. ::

Selingan ada ceramah by Ustaz Mohd Rozie Mohd Rejab.
Pastu penyampaian hadiah.
Pemenang semua kami pueh hati...
Balik tu dpt food pack and boleh claim for training hour 1 day! yeayyy!
Sampai opis kol 2pm.. letey gilerrrr duduk lama2.

:: balik jadi mem besau kat sebelah, buat2 tgk luar... padahal cari peluang nak nap. ngantokk oiiiii! hujan lebat yakmat masa balik. Ni kalau i yg drive, ada yg berpaut kat stereng.... tak nampak jalan.. merambuih memutihhh!! ::

:: tak dapat lelap mata, main2 selpiaq plak. haaa nampak tak pompom juntai2 kat bokitta kita?? ::

:: Selalu Khamis, kami singgah Pasar Malam Kajang Prima, tapi sbb hujan.. susah nak turun, tros suami park depan Papparich... Masa lunch dpt food pack nasi arab, i tak makan sgt...mebi sbb dah lewat sgt(kol 2pm) perut masuk angin...ptg tu plak i oda kueytiaw daging je..share berdua dgn suami.. rasa tak selera sgt makan.. rindu makan ikan pekasam dgn nasi panas la kot. dapppnyaa hoii! :: 

:: selebar penampau kokedai kueytiaw dia. sebbaik suami tak oda makanan lain.. ::

:: alololo tomeiinya pompom bokita kitaaa.. an an an an??::

lately rasa lemau masuk angin btoi la nak update blog.
Keje melambak2. sistem down semedang.
Bz attend CME, ceramah, kursus sbb nak kejar 7days per-year... 
blom cerita dah start2 rikki2 psl wedding anak.
Phew.
Tggu roh update mai balik naaa..
Insyaallah.

Happy weekend kekawan..

.: NO HATE JUST LOVE 💋:.


Tuesday, March 05, 2019

ALHAMDULILLAH 1ST MISSION ACCOMPLISH...

No comments :

Assalamualaikum.
03.03.19 selesai dah majlis merisik anakanda teruna suami..
I pun mcm tak pircaya majlis berubah terus kepada...
 majlis mcm-dah-lama-kenal-je dgn bakal besan kami... 
sbb both of us(mak Amira) and I setiba2 jadi peramah. 
And kepala sama masuk. sama naik. 
Dari merisik, sipi2 formal terus jadi geng menyembang ..
Sampai lupa ada org lain dlm majlis tu hahaha.
Hujung2 selesai jadi majlis tunang terus..
Kebetulan anak kami mmg bawa cincin tunang.. 
Sbb mmg dia dah leh hagak bakal MIL dia seorang yg sempoi mempoi.
Alhamdulillah jimat masa..tenaga..duit kami. hehehe.
tayah mai naik tepen bebanyak kali..
I dah semak perut bila fikir nak kena arrange nenek and pak2 menakan anak I tu.
if jadi kena naik tepen for bertunang.
Syukur la bakal besan sangat bertimbang rasa.
Dia memudahkan urusan kami. Mudah2an Allah membalas dgn sebaik2 balasan.
Ameen.. 

:: Tengahari Sabtu, fetch anak2 kat Monte Bayu.. Anak2 stay sini since dekat dgn umah kazen2 depa. Ni pun rumah suami... sini pun ada pool. gym bagai. view dah la santek ngadap KLCC. Suka la depaa. I ja tak suka, sbb parking basement dia horror, and jauh ke bawah. dah tu i mana biasa tinggal rumah tadek tanah. Nak sidai baju susah, kalau barang tggai dalam kete susah. Lagipon rumah kat kajang rugi beli kalau tak duduk. OK selesai penerangan panjang lebaq...padahal nak bgtau pi jemput anak2 ja pun.. hahahha.emang dasar murai loh! ::

:: Pak perantin berusaha cari props sorok perut . seem mcm berjaya. tahniah la pak! hahah ::

:: Gigih silang kaki nak ciwi sneakers baru pakai. eh biasa laaa jakun. sound direct n mengaku je. senang. bahaahah ::

:: Singgah makan kat Mak Jah Kuala Sepetang. Dah byk kali mai. So takde la peghak terok. Mai2 terus oda... ni sotong celup tepung ... bapa hengget tak tau. Trip kali ni anak sponsor A to Z.. huntumm kan?? tulaa sapa kata ada anak tiri tak best?? ubah mentaliti pls.. Smua kat tgn kita.. nak best, jadi la best. nak jadi mak tiri cinderella, silakann.. ::

:: rojak singapore sedap giler kuah kacang dia. Ampa kalau mai mak jah, msti try k?? ::

:: Bihun udang..suami pnya. ::

:: Kami bertiga sepetak suara memilih nasi goreng udang special.. jenis udang pemalu. Nyorok dalam nasi. Sekoq2 lapaq nasi..dah pukul 4pm baru benti makan. Apa ke halll nya smua ni?? hahah::

:: sang anak ::

:: Kali ni stay kat Hotel Taiping Perdana.. tepen kan?? takkan nak verangan stay hilton, marriot ka,four season pun kan? alaa kalau ada pun, belum tentu mampu. Cakap nak gebang je kau tu kan??? hahhaha. Sokkay settle with this hotel. Kan anak yg uruskan semua. Kami ON jaaa. Nak tmpang tdo sat ja pun... Ptg check-in, pagi dah check-out. ::

:: malam p layan Doli Kueytiaw. Sapa mai tepen, ni 1 of tempat wajib try tuk makan best in Taiping. Mmg best lah pun .. selak udang baru jmpe kuey tiaw. dah la goreng style kering2 mcmni pecah telur. kegemaran sis lah ponnn! Udang dah siap buang kulit tu, sangat dicintai sis ok! ::

:: makan 10 min. tgk hphone 15 minit. settled. Zaman skrang, mcmni lah pun.. ::

:: ni ibu perantin ( I la tu) p tempah dgn orang tepen. Pagi2 Ahad p amek kat Changkat Jering. 15min dr hotel.. takda idea nak bagi buah tangan apa.. sbb asalnya kan nak merisik ja kan?? ::

::1 lagi bagi buah... p beli kat Taiping Mall.. i dgn husband yg wrap... pakai organza.. kartun gila i rasa..takde nak bunga beriya. hahhaha ::

:: Sampai2 kat perkarangan rumah Amira, pose se-pam. Ni je ahli majlis tingkap yg hadir.. plus soang dua kazen anak2 I... ::

:: Rock tak rock kami?? ahhahah..gonjeng2 je mcmni p merisik anak orang... bkn nak mengenepikan adat... kita ikut ja kehendak keluarga perempuan. Dia kata tak payah ramai2. So..... here we are! kahhh! ::

:: Alhamdulillah mcm i kata kt intro ataih. semuanya berjalan lancar. Amira ni ayah dia dah takdak. So mak dia cikgu. Peramah n easy going. So bincang2 terus sarung cincin... ::

:: 2 cincin teruih... gigil2 tgn dia..dah la haluih. i tgk mcm rugiiii nya org jari haluihh ni. cincin kecik je.. tgk mcm I?? berbaloi ok cincin besar sket dari kopok Super Ring... I syak selamber je leh sarung kat jari kaki si amira ni. hahahha ::

Kami dijamu makan nasi for lunch.
About 1.30pm gerak balik KL.
Selesaiiiii 1 mission.
Next mission terus akad nikah and majlis taiping.
Followed by our side reception in december. InsyaAllah. 
Date dah ada... kita fokus ibadah puasa dlu.
Abis je raya... kena pulun smua laaaaa..
huaaa b4 40's i dah jadi mak perantiiinnn oiiiii!
rare tak rare?? ahaks..
Alhamdulillah tuk semua ketentuan Allah.
Moga Allah mudahkan.. ameen.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.