Thursday, January 24, 2019

DESARU ADVENTURE PARK WITH MAK AYAH AND THE BUJANGSSSS

3 comments :

Assalamualaikum.

Selesai dah short vaccay dgn adik badik bujang'sss with mak ayah.
Awal Bismillah mmg nak p dgn the bujangsss je..
Sbb adventure park ni semua, tak sesuai sgt dgn mak ayah.
Nanti depa tercongok boring je tggu kat hut/cabana...
tapi bila fikir2 balik, kang kesian plak mak ayah duk tercongok je kat umah...
So last minute terus rombak balik plan.
topup bilik hotel and beli on9 waterpark ticket.

Jumaat petang lps abis keje balik Ampang..
Cemolot2 dgn abam,auni n umar..
depa tak ikut..pak depa tak bagi.
sokkkay.faham.tempat2 air2 ni kan bahaya. perlu xtra attention.
Being mak pak opkos akan worry kan???
So pujuk depa dgn order dominos pizza siap..rasuah awal2...hehhe
Lepas maghrib gerak smua balik umah I(kajang).
Singgah dinner kenyang2...sampai umah, i paksa smua tidur terus.
depa nak tgk final maharaja lawak pun i halilintar kann!
" Ni record...later2 leh tgk. Esk nak bgn pukul 3am!!".
gitoo tarzan betina melahar!
Kol 3am i org pertama bgn..mandi and siap2..
Kol 3.50am smua dah mandi, gerak to Desaru terus.
2 kereta gerak..
Singgah solat subuh kat RnR YongPeng.
Minum air panas buat alas perut then shoot terus to Desaru..
Sampai Bandar Penawar, baru p bfast and kol 9.50am terus p waterpark. 
Perjalanan KL-Desaru about 6jam ye hanak2...
Eh tak tau ke Desaru kat mana? betull pandai..desaru kat jepun ye ..hahahha.
adoii desaru in Johor jah.. different way with JB... 
So dia atas lagi dari JB..about another 60km's... 

:: Nenek and atuk  kesayangan.Atuk pakai tight siap2..tapi last2 terdampar ditepian cabana jua akhirnya. tak basah langsung pun depa::

Nak story about ticket fees.. mcm payah plak.
Sbb i ada jmpe mcm2 version harga! hahahhaha.
Yg paling murah RM106.00 per-adult.
Senior citizen and kids ada i tgk RM79 sahaja.
I pnya ticket? agak mengecewakan..igt kan dah sehabis hebat dpt murahh...
rerupanya kena kincinnn jg.. RM113 per-adult mcmtu. Hampehh!
nanti korang rajin2 check Wonderfly Asia, or Desaru Coast Official and purchase ticket on9 k?
Sbb kalau walk-in, ticket dia RM150 mcmtu! Giler kentang maheiii! 
Nanti i review sikit eh...is it worth-it or not mai sini k??

:: Cabana dia..RM300 rent per day. Kau rasa?? baik haku checkin hotel terus.hahaha. yes berkira sket..sbb free lazy chair kat depan wave pool dia FOC je.. baik lepak situ.. ada payung and bawah pokok kelapak. tapi cabana dia complete la dgn freezer, safety box...ada langsir nak salin baju..kipas..sofa bed mcmni.. ok kot kalu ada baby.tapi atuk dgn nenek menjerit ye bila kami nak rent kan. depa amukkan kata MAHAIII2!! So.. jimat rm300 kami. *pheww* hahahhhaa. *setan!!*.

:: kalau nak rent cabana,  leh p kat GUEST COUNTER then dia mai buka la tali ni.. i rasa kalau sewa half day dalam rm180 kot.. dapat la duduk dlm 3-4jam mcmtu.. eh still i tanak ye.. rm180 tu leh topup f&b kat sana ok?? ::

:: cabana sight from our lazy chair area ::

:: ni F.O.C lazy chair compound.. betul2 ngadap tidal wave. Ok sangat dah kan??::

::  Kebetulan masa kami mai.. org tak ramai.. melambak je kerusi ni dimana2... dah la cuaca pun hellokk tak bedenting sgt. So mak ayah happy ja lepak-baring sini.. ::

:: Ok la buat santai2.. i ajak mak ayah mandi tanak. Sekonyong2nya dia nak jaga beg. Kami nak rent locker pun kemain bising. smua dia kata membazir.. haduihh! Sewa locker kecik rm30 ke rm20 tah. jadi la tuk buh barang berharga kan??  ::

:: Kraken's Revenge | first ride.....Apa2hal tuju ride2 famous mcmni dulu.Sat gi que berjela dah malas! ::

:: nampak mcm manje2 je pic kat atas kan?? ::

:: Realitiya begini yeeeee... melingkau lengkauuu!!! Gilerrrr lahhhh ride ni weiii!! dah la final lap dia menegak ye rail dia!! pastu terus debushh ko dlm air! siap benti dlu before dia humban kau ke bawah!! i pnya takut, sampai tiba2 keluar kencing airmata! hahahhaha. i pun tak expect plak akan menangis..tiba2 je... rasa legaaa dah sampai ke cemana tahhh..tapi sumpah tanak naik dah! konghajoo angat! ::

:: kemain renyeh kau eh bila dah turunnn??? ::

:: dah settle, kami duk kat sini tggu adik2 main. depa duk repeat 3-4 kali!! kemainnnn! mementang org tak ramai mana...duk sini best, sbb bila ride tu terjun ke bawah, air splash kuat giler!! basah2 la hphone i!  ::

:: bagi i rm15ribu pun belum tentu i nak repeat.. tapi bila kenang rm15k tu boleh bawa p scotland, mungkin i boleh timbangkan balikkk tuuu.. hahhaha.. dasar materialistik!! ::

:: Rip tide  | Ni 2nd game kami main... tak dapat la snap pic sndiri, sbb i dah takut tahap  menggelabah bewak!! I naik yg pesen ni. Ala2 vuvuzela tapi yg ni lite2..lite2 dia pun i dah zikir panjanggggg. i pejam mata je along the ride.. apa jadik pun jadik la!! janji i tak nampak apa ke jahanam smua depan mata tu!! ::

:: The tempest |  Ni la vuvuzula paling jahanam!! i mmg tak naikk laaaa.. kemsalam!!! suami i naik dgn adik2... Tobat lahom! depa kata seramm gilerrrr. seramm bykk dari sunway lagoon! huaa ::

:: Swinging ships | pon i tak naik. sbb pala sudah pusing. Kang i terbelahak muntah abis berterbangan merentasi awan gemawan. kau tak geli ke?? hahaha. adik2 smua naik.. cukup2 lah i dah cabar diri naik menatam2 tu semua... at least takde la coward sgt ken ken ken? hahahha::

:: Tidal Wave | largest pool wave in the world katanya. Tapi kat sini lah terpaling heaven nya! I berendam, berejam2 kat sini. Mmg byk2 pool wave yg i penah pegi mcm gambang, a famosa, tambun, kat sini terpaling best wave dia!!! gempaq gilaaa siyutt! ::

:: Pool dia gabaq giler! Ada byk2 tahap kedalaman. Yg best  kat sini, dia provide life jacket.. So mmg best la..time wave datang takde la kau kelemasan dilambung ombak , gitooo ::

:: ongtua tak wajib pun pakai life jacket..tapi nak pakai pun ok... eh kenapa pic dia plak keluar caption 'orang tua' ni?? eh biasaaa deniiii...biasaaa diaa! hahaha::

:: dah start pakai gopro.. ::

:: tapi tak byk snap pun, sbb enjoy main wave ramai2 ::

:: Sumpah best!! ::

:: Mcmbiasa la aksi kolam mandi ..hahaha ::


:: kat darat mau patah riyuk dia nak ngangkat gua. Kat dalam ayor, sebelah tgn pun selambar dia angkat...helllehh ! ::

:: acik siap buh cover phone... byk pic dalam air guna phone dia.. ::

:: si bongsu kami ::

:: Ni lazy river... pon best giler! sbb arus dia laju . takde la terkemut2 buoy tu nak bergerak.. ::

:: Fun giler main lumba2..::

:: main hujan kat tempat budak2.. ::

:: Kids Ahoy | kids area.. kami layan jg kat sini. Paling best tggu air dalam baldi besar tu melempah. pastu rasa mcm nak bocor je pala?? otak jatuh mana otak??  hahahaha. ::

:: Lunch kat cafe 2nd floor. Ada 2 jenis cafe. 1 cafe makanan ringan. Ni for heavy lunch. Before having lunch ni, kami dah lepak2 kat cafe layan popcorn and drink2.. ::

:: majority makan nasi ayam. Bapak besar ayam dia.. 1/4 terus! RM20.. boleh la ... apa kita nak expect tempat2 mcmni ye tak?? Mineral water kat sini RM4.80 mcmtu ::

:: i share je dgn suami. bkn abis pun. ::

:: mak pun share dgn ayah. portion besar.. ::

:: dah lunch, sambung layan wave pool. tu mak i sampai terlentuk2.. i nak rent cabana taknak.. sian ia. ::

:: suami i pun dah penat main pool. membuta bawah pokok ::

Ada ride and game lain kat sini mcm surfing wall, super twister bla bla... 
So my point of view is : 
1) Kawasan luassss..bersihhh baruuu and canggih2 facilities and equipment dia.... 
2) Pelampung, life jacket semua FREE...
3) Life guard pun melambak2..dalam tidal wave tu pun ada 3-4 org berendam siap2 dlm tu.
Belum kiri kanan, atas bawah.. mmg dia particular btol dgn guest safety.
Tu i puji sangat2! 
4) Food and beverage ok2 laaaa.. 
Kami isi RM50 per-person. topup dalam wristband..
Kami ber-enam. So ada RM300. Ujung2 ada balance leh redeem. 
Senang tayah bawa duit. basah! 
mana2 pi tempat2 mcmni mmg kna standby duhet je la kan??
5) Cameraman merata hala.. Kalau koang ada budget extra..
boleh la redeem soft copy pic RM100 je for whole pic.
So ni i nak pesan, kalau mmg koang ada intention nak beli..
better koang posing byk2..
dalam air specially..biarkan doang snap.. RM100 je ! 
6) Tidal wave tu paling best.
7) Parking luasssssss and banyakkkk
8) Buat masa ni mmg tak ramai guest. So mmg bermaharajalela la kami dlm tu.
Ride/game takyah que. Leh repeat2 main.

TAPI....

terus terang i kata..the 1 and only disadvantage here is;  not worth to money laaa..
kalau tak beli on9...ticket sampai RM150 kou!!
tapi apa je game yg ada.. tak byk mana punnnnn...
nak compare dgn Sunway Lagoon?? perkhhhh jauhh panggang dari api ye??
sila lah jgn buat perbandingan..kecewa teruk desaru ni.
Dari segi tu laa.. for let say dia buat ticket dalam rm60-70 i rasa OK la... 
win-win juga laaa...
sbb ride dia baru2... suasana mmg best..windy...
ada la bau2 laut sket..walau tak dekat nau dgn laut...dlm 5mins to desaru beach.
cuma tu la... byk lagi water park dalam Malaysia yg lebih murah and berbaloi...
Tang tu je i rasa kurengg sket..
Yg lain mmg bestt! 
Sedih jg i tgk tak ramaii pun org mai...
I dok kira2 untung ke depa?? dgn air bergallon2.. 
staff melambak2.. Kot la 1 day terbuka hati dia nak kurangkan ticket fees..
and leh attract more guest..sapa tau kan???
dah la desaru ni kekemain jauh..
harap kat local or singaporean lah kot kan? 
btw, good luck to desaru water park team!

:: last pic.. our accomodation for this trip... picture snap from our lepak2 place depan tidal wave. Leh direct access to hotel.  Ni kita up next2 entry k!! ::

TQ for reading peeps! 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.





3 comments :

Jepun Mari said...

balik key elll terus mengelupas macm ular bersalin kulit hehehehe..
ok la.. tapi klu ke arah2 sanun tu becinta nak pi hahahaa

Nurul Nadia Ismail said...

Awakk, skrg harga tiket rm39 dewasa 🤣 btw tq share pgalaman. Nak bawa anak umur 2 tahun. Tp tula bosan la g dgn suami je, nak layan ride n slide sesama, siapa nk jaga anak kekekeke

Greg Prosmushkin said...
This comment has been removed by the author.