Tuesday, December 04, 2018
SEPAGI DI MUAR...
Nur Aishah
12/04/2018 10:00:00 AM
MAKAN-MAKAN
,
MEE BANDUNG MUAR ABU BAKAR HANIPAH
,
MUAR
,
VACATION
3 comments
:
Assalamualaikum.
Hasil dari sembang2 kosong dgn suami 2 hari sblm nya.
Pagi2 Sabtu lepas Subuh, zasss terus suami ajak p bfast kat Muar.
Yes, tajuk akhbar dia semata2..SARAPAN DI MUAR. gitoo..
Tiada sebab musabab yg khusus. marilah kita tukar angin...
Lagipun dari rumah kami, dekat nau2 dah dgn highway bangi...
terus exit Jasin... Insyaallah tak jauh mana..
:: Apa2hal kita tukar 'kuda' dulu.. huhu. Nak jalan jauh, kena pakai kete tinggi.. sedap sket mem besau nak menyandau membuta kat sblh hahahah. Si Mera tu kete basahan, mileage kemain meroket .. daily use dah berapa km?? antar jemput I berpatah2 balik...So, bila nak jalan jauh mmg tak bawa dah mera tu..bagi dia rehat... Ni saja taruk pic dalam gelap, bawah lampu jalan.. nak bagitau kami keluar rumah at 6.40am mcmtu , ngam2 lepas subuh,siap2 terus gerak. gigih tak gigih. huhu ::
:: Alhamdulillah, dalam 8.20am sampai Muar dahh! Tak dann i nak membuta pun. dok ralit menyembang sambil i karok terpekik terlolong sblh dedebar I tu.. punya nak teman dia jgn bagi ngantuk. huhu. Sampai2 terus tuju Mee Bandung Muar Abu Bakar Hanipah. Budak dalam perut kemain menendang minta makan! huhu. I mcmbiasa, before pergi mana2 mmg akan kelebet tenet cari tempat2 makan best. Mostly mmg suggest sini.. Tgk open hours dia start at 7am... canteq.. So prestasi mee bandung dia mmg 5star lah beb! pekat likat cukup rasa. cukup sifat ongkata! style masak dia, dia buat paste siap2, bila org order je... dia panas dalam kuali, bancuh2 and pecah telur. perkhh enaq baqhang!! RM5 ja sepinggan.. ::
:: dia ada menu nasi goreng ayam skali. ni pesen ayam terkambuih nasi! Masa kami sampai, ada geng2 motor semua dok layan nasi goreng ni. sis takleh tahan beb tgk nasi... terus up nasi goreng sepinggan. 1 mee bandung. 1 nasi goreng. Nasi goreng dia pun sedapp giler, rasa terbakar2.. ayam pun hellok besaq.. ponn RM5.. So.. kalau ampa sesat2 mai Muar, mai bfast sini na. nama kedai MEE BANDUNG MUAR ABU BAKAR HANIPAH. Kedai dia mmg konpius sket, sbb ada tulisan cina. tulisan cina tu asbab bangunan tu bangunan lama.. ::
:: kopi dia piauu beb.. taruk dalam cawan mcmni.. tak sedapp pun setiba2 jadi sedap! saiko! hehehe ::
:: settle makan, dah tersantak perut.... ::
:: sbb mmg takde hala tuju mai sini, sedara mara pun takde plak pemastautin Muau... abis suami i tawwaf 1 Muar tu..hahaha. jmpe bangunan felik2 cepat2 snap pic.. kayak tourist benau2! huhu ::
:: Nampak org ramai lepak tepi2 sungai Muar ni haa.. jom la kita acah2 jadi org tempatan Muor.huhu. Ni nama dia Dataran Tg Emas..ampa kalu nak naik boat pusing2 sungai pun bulih ja.. tapi for us, tayah la kot beriya2 nak buktikan yg kami ni mmg pelancong! simpan sket jakun tu boleh? hahahh. ::
:: see? betul2 takda kerjaan kann?? hahahahaha::
:: lentok2 sket.... huhu. best sangat time ni.. angin kuat.. tgk family2 bawa budak2 layan playground... main beskal.. takpe ampa exercise la.. kasi keluar peluh sket.. hellokk tu utk kesihatan.. auntie nak sambung p cari makan jap naaa.. ha ha ha ::
:: haku dah kata, pantang nampak building rare2, haku snap.. hahaha. ni masjid .. ::
:: menara jam Muar..ramai je suggest suh mai posing2 kat clock tower ni, tapi i tanak benti!. panass giler dah time ni. nnti itam! hahahha ::
:: next stop.. Cafe kopi 434 and Elephant coffee.. nak mengopi sat.. ::
:: interior kedai menarik. tapi a bit cramp... dgn kerusi meja semua.. ::
:: interior design dia , smua pasal coffee making.. ::
:: rumah mak I mmg minum kopi ni. Mak selalu pesan kat kawan dia, Orang Muar. So meh la i belikan dia 2 balang teruih.. mcm2 laki i memborong kat sini ::
:: cafe ni ada 2 part .. part aircond, and fresh air.. kami duk dalam tempat ekon. time ni kan dh start memanas.. ::
: 2-2 coffee elephant... Harga segelas kemain RM9++ mcmtu... sedapp la juga. tapi tekak kita yg berhantu minum kopi ni, mmg dah berhadapan dgn bermacam2 kopi yg jauhh lg sedappp dari sini kot.. ::
:: dibenarkan order satay from outside stall.. i tgk meja lain order, i pun tergedik2 la nak jg. Eh tapi kat Muar ni, bfast mmg rata2 kedai ada jual satay. Mana2 i lalu kedai smua berasap2 org bakar satay. hahaha .. layann jg makan satay pagi2.. ::
:: suami belikan satay paru, satay perut, daging n ayam. sedap2! ::
:: feeell btol dapat makan satay paru.. i dah la friendship forever dgn paru.. nyum2.. ::
:: ni cafe dia.. dekat2 dgn bus stand Muar.... elephant tu takde kene mengena dgn haku, jgn berani2 nak buat persamaan linear ke, penaakulan mantik ke. haku debik karang!! ::
:: masuk johor, mana2 pi pun mmg merata2 ada crown cenggini ken?? ::
:: dah pusing2 Muar, sebelum balik KL, singgah Parit Jawa nak try asam pedas ongMuor cemana.. ::
:: rata2 rekemen pi try asam pedas Pak Yahya.. kedai no.1 kat food court parit jawa ni. Siap masuk TV3 bla bla... jom la kita try.. ::
: kat menu ada mcm2 jenis ikan..tapi masa kami mai tu cuma ada ikan siakap and ikan selayang (sardin) je. both ikan bukan fav kami.. tapi dah sampai.. bolehh laa layan.. Kepala siakap mcmni, semangkuk besar RM13 je ko.. huhuh. sedapp jg kuah dia... beza sket rasa dgn yg melaka pnya. tapi siakap mcm tak berapa kick la masak asam pedas. isi dia tawar.. dapat jenahak ke ikan merah ke tenggiri... perkhhh!!! rate i bagi 3/5.. boleh la takat nak melayan.. ::
:: yg ni paling tak suite! baik ikan pelaling or kembung lagi i rasa.. teroleng2 ikan ni seketul dlm bowl.. hhahhahaha. Depa tak taruk daun kesum and bunga kantan.. kesimpulannya BIASA2 je jah. i preferred asam pedaas belah2 melaka lagi! tapi i pernah je makan asam pedas kat taman universiti, JB..sedapppp jer..?? but sokkay..perut kami pun tak berapa lapar time ni.dah cekik mcm2.. so tak berapa ambil hati pun bila taste dia sedang2 saja..hahhaha ::
:: tapi ikan dia mmg fresh! sbb depan food court tu mmg byk boat2 nelayan parking.. cuma pilihan ikan dia tak berapa sesuai.. ::
:: agak2 tengahari nak masuk kol 1pm, kami gerak keluar dari Bandar Diraja Muar ni haa... ::
:: naik jambatan muar and masuk ikut tol tangkak. pergi tadi exit Jasin. tah melalut2 kami jalan, balik masuk kot Tangkak. Moh la pulang ke pangkal jalan. Bye2 Muor!!! ::
Pada I Muar mmg syurga makan jg...
makan bfast meriah. tengahari pun byk je choice..
dinner pun byk port ikan bakar..
bandar dia dah lawa, dah improve, facilities dah byk.
Nak2 YB dia pun jambu elllokkk. Daya tarikan jg tu. hahahha.
fewwwwiiitt..Halo YB Syed Saddiq..rugi YB tak jmpe kakak sabtu lepas.
Kakak tepek bedak 14kati tawww! :p
Kami ada di Muar dalam 4jam lebih ja...
Sokkay jg sesekali bfast luar KL..
kang lunch negeri lain plak..
Dinner menyampai ke negeri lain.
Boleh consider cari pasal belah2 utaqa plak ni...
Sebenarnya distance tak la jauh mana, dgn ada highway semua.
Dulu2 ye la kena ikut jalan kampung, jauhhh2.
Skrang ni org berulang kerja from tg malim-kl ramai..
bentong-kl..
semban -kl..
melaka - kl pun ramai jaa. dah biasa2 sgt aih.
Dapat kat suami i yg rajinn and tak berkira lgsg bab drive2 ni..
lagiii laaaaa.... kami takat p makan patah2 balik sejam pegi sejam balik pun dah biasa.
selalu p makan kat bangi pun cecah 30mins pegi..30mins balik..
kalau org yg tak rajin drive, mmg rasa burden jg...
Nak buat cemana, dapat laki spesis terlebih rajin..
kakak sooookaaaaaaa!.
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 comments :
Syok kan laki suka melayan ni. Kami ni tunggu baby besar sikit tak sabar nak jalan2 jauh. Ahahaha..
Eh budak dalam perut tendang2 nak makan? Apakah...?
hahah gan muka pak jenal jadi flawless. awat leher ikan tu macam kena cekik hahaha..
ada belen2 kuah asam podeh tu mai la bawak opis naaaaaa
Anis : dulu masa bujang2, selalu imagine dpt suami yg kaki jalan. Alhamdulillah part ni Allah tunaikan. hehehehe. Kaki jalan, tak berkira, easy going, langsung tak garang. Syukur sangat2.. Anissss, dlm perot ni babat berkilo2 je byk. hahaha. budak menendang tu mmg kita slalu guna word tu bila lapaq. sbb tanak salahkan diri sndiri kalau perot sik lapar je..kita salahkan baby...walau takde baby pun dalam ni. tsk tsk tsk.
Zie : hahahha hphone dia selfie mmg terus jadi peloles... sampai taik lalat2 haku pun kadang2 lesap! hahaha. Ikan tu patah tengkuk, accident dgn ikan kerisi akk rasa.. hahaha. eh ptg ni i nak alter asam podeh tu taruk daun kesum, bunga kantan kasi ummmphhh. nak pegi lah Muar :p.. *libas2tudung*. hahhaa
Post a Comment