Thursday, September 13, 2018

MATTA FAIR SEPT 2018 | LAST MINUTE PUNYE PLAN KE LUMUT MEMBAWA KE PULAU PANGKOR

1 comment :

Assalamualaikum.

Cuti panjang 4 hari baru2 ni, hafiz and family balik loqstaq(kg my SIL).
So nenek pun mula lah meratapi ketiadaan cucunda2 beliau.
Mmg terasa jg la...since budak2 tu kalau cuti mmg biasa akan lepak umah atuk nenek.
Then nenek pun kenen2 lah nak p jalan jg cuti 4 hari.
Dia kata kalau xdapat p mana2 pun atleast dia nak away from home.
Dia nak melepak umah anak2 beliau.
Anak beliau yg dekat I dgn bedah je la.
Tapi rumah bedah tu takde bilik kat bawah.
And tangga nak naik umah beliau sedikit mencuram.
Makanya harapan sket lah nk overnite umah beliau.
Bakalan berkesudahan diorang mereput je dalam rumah I nnti. Kesian pulak.
So i dgn suami bncang pnya bincang...
jom la kita try cari mana2 tempat yg still ada accommodation.
Bawa la mak ayah keluar KL as per her wish. 
Kami plan nak chckin 9/9 to 11/9 (Ahad to Selasa) sbb Sabtu mesti jalan jem mengjahanam.
Day by day lah kami cari2 kat on9. 
Abis semua website kami kelebet. Agoda, booking, hotel.com, traveloka, trivago.
hotel official website  bla bla. mmg FULLY BOOKED belaka.
Yg tinggal pun kriteria tak kena such as mcm bilik dia sampai rm1k++ per night.
Pekejadah mahal melantun2 gitu plak kennn? 
So kebetulan Jumaat 7-9hb Sept lepas, ada MATTA FAIR kat PWTC.
Abis je keje, berkejar2 lah i laki bini p Matta Fair.
Bkn tak pernah pergi, tapi tak pernah MISS p matta fair kami ni.
Mmg hobi! hahahha. So dah leh agak price range and offer diorang apa.

:: dari 1 booth to another booth terus mencari. Kami akan beli any voucher yg availabe on our choosen date 9-11/9. kalau diorang still available baru i beli. Cari pnya cari pnya cari... jmpe kat Pangkor je .. tu pun only available on 10/09 (Isnin). Ahad dah fully booked. Kami lari p cari hotel kat belah Lumut plak. Finally jmpe kat Orient Star Lumut.. leh chckin 9hb.. dpt talk to their manager terus. Dah konfem book, baru beli voucher yg kat pangkor for the next day nya. Ferrrrr... bapak la letih terlari sana sini. ::

:: Settled bayar semua. Suami p solat Maghrib(I OFF). Pastu baru bernapas sket, kami jalan2 usyar kami pnya vacation plak. dapat la 1-2 tempat.. later2 nnt pergi lah kami.. ni pic duk makan kat teppanyaki dalam Sunway Putra Mall.. kaki kemain melenguh. Syukur akhirnya tercapai hajat bawa mak ayah and adik2 bujang berjalan.. pangkor pun pangkor lah..janji away from KL gitoo konsep nya. hikhik ::

So sabtu lepas makan dgn anak2 (BACA SINI), terus balik umah mak.
Sekali pakcik Aziz(adik ayah) mai plak... dia saja bawa anak dia nak main dgn abam.
Abam plak balik kg.. Sebaik pakcik faham esknya kami nak berjalan.
Pagi2 Ahad semua pun bgn pagi. Kol 8am masing2 dah gerak ke destinasi masing2.
Kami gerak 2 kereta.. Jalan pun elok tak jem ke apa. 

:: sampai area Teluk Batik, apa2hal kita makan dulu... bawa mak ayah jalan ni, perut and keselesaan diorang is our priority. Kita ni kena ngalah sikit la dgn depa.. ::

:: Belah2 sini, kemain berderet2 kedai promo semilang kari. suami i pnya fav ni.. dgn i-i skali tersooka sama ini semilang.. sedapppnyaa jahhh ! to those yg sure tak sure, let'me repeat..that semilang and keli is different types taw. Semilang ikan laut.. keli ikan sungai ka lombong ka bela ke camtu la. keli i tak berapa pandai makan. ::

:: kami lunch kat sini. SANGAT SEDAP and MERIAH lauk pauk dia weiii! menjujut2 bermacam2 jenis lauk dia! Dgn ikan bakar, ayam bakar... air plak refillable, ceduk sndiri. Mmg heaven giler! so i mmg recommend sapa2 kot sesat cari makan belah2 teluk batik, p lunch kat kedai ni k? ::

:: dah kenyam, try p hotel kot2 boleh chckin. Alhamdulillah dapat chckin awal before 3pm.. ni dalam pukul 1 pm lebih. ::

:: boleyyyy laaa.. ada swimming pool and attach dgn pantai. Jadi laaa. last minute pnya cerita..xleh nak demand2 sangat kan?? ::

:: bilik pun ok. elok selesa. better than Hotel Seri Malaysia... kemain berdendam plak i dgn seri malaysia. 2-3kali pi mmg frustrated. Hat ni bilik ni quit big..dgn balcony.. ::

:: perhati tv dia..tv kembong tu lagi ols! hahahhah. tapi bilik budak2 ni dapat LED pnya tv.. dia renovate certain2 bilik kot.. ::

:: minggu ni kan ada SUKMA kat perak... ::

:: Ni surprise tuk atuk nenek. Masa otw dari kl to lumut i dok say bye2 to other family in WA family grup. tiba2 andak(adik i kat Parit Buntaq) kata nak joint kalau ada bilik kosong. Eh gelupur2 lah i arrange kan bilik. Kebetulan i beli 4 bilik. So cun la, leh put xtra mattress. Time ni mmg dah x dapat la nak cari 1 bilik lgpon. So kami sampai hotel dulu..lepak2.. wash-up2...solat siap2..then i dgn adik2 bujang tggu kat lobi. pastu bawa cucu2 atuk naik bilik. terperanjat gile la atuk. berubah muka dia. mmg x expect dpt jmpe cucu dia kat sini. Pertemuan terharu gittooo! Alhamdulillah.so andak's family joint la kami semalam kat Lumut ni.. ::

:: petang xtvt wajib bila ada budak2.. mandi pool lah jawabnya. walau hotel juz2 tapi pool dia not bad::

:: Acik and anak buah2an nya hehehe. ::

:: Cik nyah bendela jepun, tak dapat joint berendam. if not, ciknyah dulu terjun tiruk. Almaklomla, ada bau2 bacang dgn hippo... sob2 ::

:: kak rose sejenis tak takut air..abis smua adult pool dia terjun.. tapi kna awasi la.dh la kuruih sekeping.. haishh ::

:: Malam p lunch ramai2. ni kat lobby lepak2 tggu smuorg turun. manje ciknyah montek ebot2 asyraff hadi. Badan  tegap..ketak2.. kalah Umar aathif.. dua2 pun ciknyah saiyangg nak! ::

:: bersenang2 kat lobi..saja buang masa b4 keluar dinner. ::

:: adoii booolatttt nya beliauu...geram!! rindu sudaaaa ::

:: dinner kat kedai tomyam biasa2. dah masuk kedai seafood.. tgk kedai cramping giler dgn orang. pastu sambil kami tertanya2 sbb waiter dia tak muncul2 pun nak kemas meja, makcik sebelah meja tu nyampuk kata dia pun dah tggu sejam lebih air pun tak sampai. whatt??ok jom blah! sblm atuk bertukar jadi Hulk ke Shrek ke, better beramm p cari kedai lain. Kalu sejam lebih, air pun tak sampai....kemsalah je lah ye! so decide p kedai biasa je laaaaa... nak buat mcmmana, peak season mcmni kan?? Makanan2 gitu je la..tetap la leh kenyangkan perut. Lepas anta smua balik hotel, naik bilik for pee-pee sat then i dgn suami turun jalan kaki p jetty waterfront. deting2 pegang2 tangan jalan di persisir pantaii. awwwww!!! happening ramai orang. Siap ada live band kat tepi2 dataran lumut tu haa... pekena burger ni.suami yg order. kemain double special. RM7. i kata la, mcm mahai ja? suami kata..amboii burger mekdi nipis tu boleh ja bayar sampai belas2 hengget. ok betul. insof! tsk tsk tsk ::

:: pagi about 7.30am, i selaku ketua rombongan cik kalsum ke lumut, call setiap bilik bgtau sila berkumpul di lobyy at 7.30am. atuk tak leh lapar ye. sbb dia cucuk perut(insulin). Lagipun keluarga kami kalau bercuti mmg jarang bgn lewat. rasa buang masa plak. nak tdo, kt umah boleh tidurrrr ye.. bfast sgt JUZ2 kat sini. Again nama hotel ORIENT STAR LUMUT. Sangat tak best bfast dia. Tak byk variety food spread takpe lagi. tapi bab tasteless and lambaattt sgt nak topup food tu mmg mengundang jg! I pernah je bfast kat hotel Kuala Kangsar yg takde star, food dia only nasi lemak and mee goreng. tapi sangat tasteful!!! panas2 sedap berasa. Masak kna ikhlas lah derrr. huhu. Btw, ni pic pokde layan anak2buah dia lepak pantai.. pantai sini tak berapa leh mandi..sbb laluan feri.. air tak elok la dgn petrol bagai ::

:: syok..windy..sembang2..buang2 masa.. ::

:: with budak ebab hadi..masyem2 pagi2 lom mandi..bestnyaaa bauuuu! ::

:: Kol 10lbh janji nak cekaut. tggu lobi. Kami nak masuk Pangkor dah. Andak tak joint. Susah nak bawa baby naik feri. Ciknyah with abang dani. Dani dah start demam time ni. tu belah pagi tak repeat terjun kolam. Sbb takut dani tambah demam. Merengek2 dia merayu kat papa dia nak ikut kami masuk pulau. Takpe sayang, mggu ni kan.. kita ada date.. nnt ciknyah jemput dani lagi naa.. Ni my 1st nephew. Dia sebaya abam. tapi dani lahir bln 7, while abg was born in dec. ::

:: Before balik ajak lunch ramai2..sekali lagi repeat kat kedai semalam. ha ha ha. takle move-on lagi lettewww.. lauk sedap2.  nak2 ayam panggang dia. I 2-2 ari amek ayam panggang buat ratah. Ni lauk i amek for 2nd time.. ::

: Bujangansss table ::

:: andak and atuk nenek table's. I pnya table asing. sbb tak muat.. ::

Dalam pukul 12pm, kami berpisah. 
Andak balik PB..
Kami patah ke Lumut semula..
parking kete kat sana...
and kami naik feri to Pulau Pangkor.... 

to be continue...


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 



1 comment :

Anis Azalea said...

Ala bam bamnya baby hadi tu. Comel geram..eh boleh anak orang pun aku geram.