Wednesday, July 04, 2018

MAK PULAK BUAT MAKAN-MAKAN SYAWAL..

No comments :

Assalamualaikum.

Lepas selesai majlis kat umah I..
pagi2 Ahad laki bini bangun pun lewat..
dgn i yg bendera Jepun..mmg hanyutttttt...
Kol 8.30am baru mangkit.. huishh jarang2 terjadi neh..
bgn2 dgn mata buka dalam 30% turun mengemas. 
kelentang kelentung laki bini menyusun pinggan etc.
Selesai semua.. mandi n terus balik Ampang.
Turn rumah mak plak nak terima tetamu...
Sedara mara Melaka plus adik beradik mak yg duk area KL..
plus kwn2 ciktam...

:: mak jamu nasi teruih.. ni asam podeh ikan kombong. berapa kilo ikan i tak sure mak pakai. tapi sedapp nak mampossss!!!!! ::

:: ni sambal cili api + cili hidup. masak garing2. makan dgn nasi panas..adoii ngences!! ::

:: rendang daging cili padi..::

I dapat snap 3 menu je..
mak ada masak soto jg... mee, bihun..
kuah kacang.. ikan masin, sayur..
depa sampai pun tengahari..ngam2 terjah nasi semuaa..

:: mak, busu(adik bongsu mak), zaiha(kazen wife's), maklang and wani (kazen wife's).. ::

:: nak bagi budak2 duk diam, acik keluarkan rabbit... pagarkan mcmni..seronok la budak2 main rabbit. ::

:: bawa keluar 3 ekor jaaa..sat g byk2 takut terpijak.. rabbit ni sejenis sensitip nau2..tak mcm kucing.. ::

:: aman damai tenteram mak depa makan... hahha. Amboiii yg baju hijau tuu, kanak2 ke org dewasa tu?? perut pakai korset pls dik! hhhahaha  ::

:: sila sila ::

:: ciktam, mama azizah and umar aathif.. ::

:: adik beradik my BIL pun mai jg.. tq sudi mai... penuh rumah.. depa dok ralit tgk badminton.. ::

:: Full house.. ::

Alhamdulillah.
I pnya penat semalamnya pun tak hilang, sambung lagi plak umah mak.
I assistant kanan mak..adik2 lain bkn reti sgt.
Kena i arah2 kan jg. tapi adik2 i semua boleh harap.
tinggal kena ada guide je.. 
petang2 i kena goreng bihun pulak as back up..
Dah la whole day tu TAKDE AIR!!!
sebaik ada air kolah... sampai ke malam tadek air.
tu yg mendapat pakai pinggan polestrin jaa..
ikut ayah i sakit jikmata dia bagi tetamu pakai pinggan kabus ..
what to do.. ayaq yillek pochiii..
lepas maghrib, kami p mandi umah hafiz kat TMJ..
lega nyaa dapat mandiii air lebat mcmtu...
terus beraya, mama azizah hidang kuih raya...
kaki i dah longgar2 dah skru dia.. 
Esoknya i p keje dari rumah mak je...
Mak masak bfast nasi gorenggg sedapppnyaaaaa ohooohoiiii..

:: Selit pic beraya rumah mak iti Jumaat malam sabtu aritu... rumah mak iti kat Sg Ramal Kajang.. dekat je dgn umah I... dgn baju p keje i bawa p jalan raya... sbb balik keje, i singgah umah mak kejap antar barang dapur.. ni kawan2 sek.rendah siti semua ni. i kawan dgn siti(belakang I), masa sekolah menengah(SAMTEN)..tapi setiap kali siti buat open house ajak kwn2 sek rendah dia, mmg i ada..so lama2 jd kawan i dah kawan2 dia ni.. hehehe::

cemtu la my hectic weekend.
mggu ni  susun siap2 dah plan.
since mggu ni mggu weekend terakhir raya kan??
pulun laa masing2 buat open house..
keje i datang makan je.. hahaha.
Celah mana i nak selit kwn2 datang rumah pun tak tau.
tsk tsk tsk. 

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.

No comments :