Thursday, July 05, 2018
LAYAN MOVIE ; JURASSIC PARK : FALLEN KINGDOM & CERITA MUSIM DOYAN
Assalamualaikum.
Isnin baru2 ni.. after working hours...
melayan movie dgn suami kat IoI Putrajaya.
Tiket ni, anak kami bagi...
saja dia suh kami layan movie..
mcm faham2 je mak pak kau dah lama tak jejak kaki to cinema.
bagus.. lepas ni belikan ferrari sebijik wokeh? kahhh!
::i mmg suka gilerrr tgk wayang kat sini. sound system dia terbaekk thooook'!!! ::
:: before movie, p makan yg mudah2 dulu. Sbb show time pukul 6.20pm... time ni dah pukul 5.45pm mcmtu,sbb tadi suami p solat asar dulu..::
:: Suami i culas puasa 6 isnin aritu..sbb gerak pagi dari rumah mak... mak mertua dia masakkan nasi goreng. tertewas dia...terus terkorban puasa sunat .. haishh! ::
:: makan nando's sajok ::
So movie time...
mmg nawaitu nak p tgk jurassic world ; fallen kingdom ni haa..
to those yang follow Jurassic Park series..
mesti nak p tgk..walau cete osah2 byk mengartoon dari real kenn..hahah.
eh sesekali kita kena larii dari dunia realiti ye..
sinopsis i ulas sendiri :
after 3 years, Jurassic World theme park katup(refer prev series)...
depa dapat tahu kat Isla Nublar Island tu(tempat diorang buat theme park aritu)..
ada gunung berapi..
Gunung berapi tu aktif nak meletop..
So pengasas Jurassic Park (yg mula2 dulu)..
minta Claire(heroin lama) tlg p bawa keluar all the dinosaur to the next place.
Then claire ni ajak hero lama; Owen follow the misi.
Yang paling diorang nak is BLUE. Blue ni dinosaur kecik yg Owen bela dulu.
Ada 3 ekor. Blue ni 1 of them. 3 ekor tu kan bijak2.
Sbb owen dah train dia mcm jinak2. Close to people.
:: Igt scene ni?? owen with Blue masa kecik. ::
So dah sampai island tu, depa pun jejak2 la blue guna sistem.
Idup piula lagi sistem tu kan?? huhu.
Kat island tu dah tersedia 1 team besar ala2 askar tuk tlg pindahkan.
Rupa2nya askar2 tu org suruhan org jahat.
Depa nak BLUE tu tuk dapatkan sample and amek DNA..
sbb diorang tgh cipta 1 dinosaur baru name; Indoraptor.
So kat situ start konflik la.. antara geng Owen yg betul2 nak selamatkan dinosaurs.
Dgn another team yg konspirasi tuk jual dinosaur
and to create mcm2 dinosaur genetik lain.
:: Indoraptor ni baru prototype. tak complete siap lagi.tapi sebab ketamakan diorang, diorang jual jg. so ampa faham2 ja laa..barang dalam percubaan.. tak tau lagi tindakbalas cemana kan?? mengganaih.. buassss tak tentu hala.::
::This is 'current' BLUE.. sebaik BLUE dia masih igt tuan dia;Owen..so dia yg byk tlg owen..pada masa2 kritikal such as T-Rex serang people.::
Ending movie ni agak funneehhh jg la..
Sebab dinosaurs2 ni semua dah mingle around dgn binatang2 buas lain dalam dunia ni.
siap ada part berlawan mengaum dgn singa lagi! hahahhaha.
tak terjangkau dek akal ok!
Alaa mesti ada sambungan pnya nanti.....
Dahtu cemana lak rupanya dinosaurs hidup kat tengah2 town kan???
Rating i bagi 4**** sudahhhh.
Cerita nya duration dia 2hrs 10minutes.
Movie pukul 6.20pm. tapi dgn advertisement..dalam 6.40pm jg startnya..
so suami i cabut keluar p solat maghrib masa cerita ni 3/4..
time tu scene agak slow ..part diorang dok bid nak beli baka2 dinosaurs..
kalau i? mmg i takkan p movie kalau kena solat lari2 mcmni ye.
Rugiiii ooo. kita solat bkn sekejap. kurang2 20-30mins..
Sbb tu i rasa selesa berjalan kalau off-solat jaaa...
:: Isnin suami dah culas puasa. Selasa dia sambung puasa. Berbuka dia request nak sambal sardin. ek eh tgh HOT issues sardin & cacing ni, dia plak tingin makan sardine. huhu. tapi setakat ni nama sardine cap Ayam Brand tak pernah naik lagi kan? so harap2 ok la..sbb i mmg tak pernah pakai sardine lain selain ayam brand... selesai sambal sardine dgn kentang goreng benyeh buat husband. i nak masak sayur or goreng telur dia taknak.. ::
:: ni resipi ciptaan mak i ni ... adik badik i suka gilerr kalau mak masak kentang gini.. masak bodoh je..tapi sedappp. kadang2 tumis dgn cili blend sikit. but since kali ni dah ada sambal sardin buat plain je... kentang potong bulat2... dia lagi elok kalau dapat cair sket.. i ni mcm terlebih ikan bilis. tapi sedapp je lah pun.. benda senang.. lain la kerutub daging, harus la i masak bersungguh2. tapi pernah ke i masak ??hahahha. ::
:: pastu dah pukul 9.30pm mcmtu, grup whatsapp family belah mertua I dok ciwi2 makan doyan.. terus suami ajak cari doyan. siann iaaa teringinn ye?? dapat 3 biji..sebiji doyan kampung, 2biji D24..::
:: sekarang tgh musim doyan bykkk from selatan kan??? murah2 je... kalau tak dulu kemain mencekek!! Ni kami beli 3 biji baru rm40! isi gajah sekor2.. puazzzzz::
:: hat D24 dia hellokk sgt.isi pun bykk.... ada lagi sebekas kat dlm freezer nun.ni pun gelabah tetep nak balik makannn.. nak masuk 3 hari tak abis2.. pnya byk. sila percaya. hehehe::
.: NO HATE JUST LOVE 💋:.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment