Tuesday, January 02, 2018

MINI FAMILY DAY STOR FARMASI HKL @GLORY BEACH, PD ON 16 DISEMBER....

1 comment :

Assalamualaikum.

Boleh tahan lama i peram 'marinated' gambau ni.
Dah elok sangat dah kalau nak start bbq.. hahaha.
Story pasal mini family day ofice i.
Why mini? sbb only a few staff je yg joint.
Just for suka2.. Tapi to be frank la...mmg tak sangka geng2 yg pi ni semua sempoii2!
Nak bincang apa,pun senang ja..nak topup duit..topup barang...semua laju je volunteer.
tadek la berkira2 ke apa. i mmg soookaaa mcmni ok!
sbb i mmg takleh blah dgn org yg tedetut2..berkira2 ni.
Nak berjalan, nak tdo selesa, nak makan sedap..tapi kedekut!
citt pooodah. Kalau terlalu berjimat, elok la gerak sendiri2 je.
Sbb ssh nak bercampur dgn orang.
nanti jadi lah kes, org lain tukang beliiii. kau tukang perabih kan je.
Sentap tak??? 

:: kejadian pada 16 Disember. Geng2 'ubat' beli siap2 voucher kat Matta Fair..Stay kat Glory Beach Resort PD...  Pagi 16hb tu plak 1st day i kena attend Kursus Haji. Don't get me wrong anybody..i tak dapat lagi panggilan haji. Just buat rayuan. tapi since ada byk masa lapang...so jom la kita p kelas haji. dengar tak semesti terus pergi kan?? So pagi, i pakai jubah je dulu ::

:: mula2 konon nak attend yg kat Masjid Putra,Putrajaya, sekali 16hb tu ada perasmian ke apa tah..dia start lambat..kol 11am.. mana sempat i nak rush pi PD?.. So kejar pi Masjid Bangi sana... Masjid bangi start mcmbiasa kol 9am::

:: i kan sakit tulang pungkuk and kaki pun bkn boleh bersimpuh elok..nak duk atas kerusi, rasa janggal je i tercongok tengah2 org..heheh. so i cari port belakang, sandar kat dinding. So koang tlg doakan i : YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, SEMOGA NUR AISHAH BT ISNIN DIJEMPUT MENJADI TETAMU-MU UTK KE BAITULLAH MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN INI.. AMEEN YA RABBAL ALAMIN.  Tengkiu korang ::

:: abis kelas haji kol 11am, cepat2 rushing masuk highway PLUS.. geng2 konvoi tunggu i kat R&R semban... Tgk kak elo dah tukar baju..singgah kat toilet tol bangi,salin baju. haishh bila lah kakak nak jadi pemakai jubah tegar kan?? ni pakai 2-3 jam dah tergaru sana tergaru sini. huhu ::

Seronokk oooo konvoi ramai2.. 
kereta yg joint ada 7 ketui.
Lagi 3 kereta gerak sendiri.
Ada 1 pic kereta2 konvoi kat R&R Mambau, tapi tah kemana2 i dah delete gamaknya.
So 1st pit stop... LUNCH!! 

:: Makan kat kedai ber-SALAI2. So segala mala menatam disalai ada. So silalah pilih ye.. ::

:: kami2 je pakat penuh 3/4 kedai dah... tokei ni siap reserve kami bawa khemah tambahan khas. Order pun dah siap2 buat by phone. Datang terus makan je.. Kedai Salai ni betul2 berdekatan dgn Hotel Langi-langi. ::

:: i satu table dgn kak yus & fam... ::


:: abis lunch , boleh berpecah sementara menanti checkin time.. i dgn suami pi menyendol kat Cendol Azmi.. @Pekan PD.. sedap and murah cendol dia... RM1.50 ja.. tah, i rasa murah abis dah tu..sbb i rasa skarang jmpe food bawah rm5 je smua mcm dah murahhh sgt. susahh wooo nak makan murah skrang. ::

:: dah checkin semua... petang sket masing2 turun bawah... takde proper aktiviti pun..sbb pack giler kowt sini! mengemut2 orang!! so kita lepaskan budak2 pi pantai, p pool..kami sambung makan, nyembang..pun dah cukup heaven! ::

:: carrot cake homemade by yusri wife's. sedapp! ::

:: kak yus goreng 1 bekas besar nugget n squid ball.. lincheeenn ::

:: bancuh sarsi ais... panas2 nyumm ::

:: silalah mandi , kalau lalu.hahhahhaha. sian, anak2 depa tak masuk pun. smua layan laut je.. ni mmg konfem keruh pekat air...pffttt ::

:: ni boss2 ni..tapi sempoi kepala sama weng,sama naik! hehehe. emsem2 hero beliau.. ::

:: kitorang lepak2 bawah pokok jaa..tak bawa budak kan... senang bawa diri. ikut hati nak p teluk kemang, lepak2 minum. tapi nak bawa keluar kereta?? perkhh parking pun sesendat2nya... tgk dari atas, parking dh mcm parking rumah PPR kou! ::

:: Sunset in PD! bilik kami dapat betul2 ngadap pantai mcmni. best!!! ::

:: malam ada aktiviti BBQ. Ni tauke salad. anak beranak hantu sayur! khalish(her son) makan buah oren sampai berbiji2! kagum kan? budak2 suka buah/sayur??? tgk la omak nya pun..elok haluss nipis..heehhe. hye sue! :P ::

:: Suami sue pun sporting. siap dia buatkan brown sauce buat makan dgn bbq... rajin pun rajin..sebaik dah kawen. ek eh? hahahha. ::

:: Sedap2 bbq dia.. i tak perasan pun i tak snap pic food pun. bz jadi tuan rumah.. nak layan tetamu kennn.. huhu::

:: ni sorang lagi boss yg sempoiiii..Cik ewa.. Selambar je sinsing lengan baju, potong daging... Alhamdulillah makan sedap. makanan bykk giler! ketat gilerr perot! ::

:: best glory ni sbb tempat bbq dia kita tempah betul2 depan pool..budak2 senang layan playground around there..xde la depa meragam.. ::

:: tukar-tukar hadiah.. ::

:: i dapat a box of choc.. ::

:: i ada beli sikit small gift,saja nak bagi kat guest yg datang.. suami i gigih tlg wrap. kemas je keje dia.. kalau bagi kat I..bersemuih org kata! ::

:: staff dpt emoji pillow... best best.. ::

:: everybody pun nampak happy. Alhamdulillah...::

:: ni antara hadiah2 yg diterima malam tu.. asalnya simple2..himpun2 jadi meriah plak.. hehehhe. ::

Selesai dinner semua dalam 11pm jg.
Balik bilik, leburrr ZZZZZZZZZZzzzz...
Bgn pagi esk, roger2 dlm WA grup ajak bfast sama2.
Peak2 hour mcmni, mostly hotel2 dah mmg standby dgn keadaan crowd yg pack.
So doang buka big dewan...
buffet station pun melambak... ok la bfast dia.
Simple2..janji kenyam...

:: pagi tu kami just look2 around.. yg ada anak kecik, sambung ngadap laut, pantai...pool balik la. ::

:: i stay 1 rumah dgn Sue... apartmnt 3rooms.. ::

Kol 11 lebih semua pakat2 checkout..
Since esknya keje..so berpecah kami kat situ.
Tadek apa i nak cete pjg2..sbb i betul2 glad to be there with them.
Semua pun sporting,caring...and aktiviti santai2 mcmni mmg kita tggu2.
kat office kang baru nak bersembang,skjp mai kerja...
so time2 mcmni laa dpt gebang,kenal2 lebih rapat.
Next year kita g Maldives ok? hahahhahhah. Ameen.

:: balik i berdua dgn suami p repeat gulai lomak cili api..kali ni p makan kat Ayam Pasu, teluk kemang.. ::

Alhamdulillah, i anggap this mini family day success!


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.





1 comment :

Anis Azalea said...

Semoga dapat menunaikan haji kamu berdua ya..