Wednesday, September 06, 2017
SELAMAT MENJADI WARGA UTM POKCU KU MENTAYAM!
Assalamualaikum.
Ahad lepas, tiba lah tarikhnya nak nganto pokcu p UTM Skudai Johor.
Register isnin nya 4 Sept.
Tapi moh la kita pergi awal sehari.
Bawa atuk nenek, takleh rushing2.
Mana larat diorang duk dalam kete lama2.
Kang kalau balik hari, pinggang tak sempat lurus dah kena duduk dalam kete balik.
Sian kat orang tua.. I pun aci2 kuat..
ujung2 merengek2 kat abam zakk..bentan!
Lagipon leh kita spend more time dgn pokcu ...
Urusan accomodation,makan minum mmg tala kat I je...
Bkn dgn family je..dgn kawan2 pon! semuaa mesti I je kena incaj.. 😥
sign mati kot? hahhaha
:: tadaaaa cemana abam leh ikut?? as intro.. papa diorang mmg pesen susah nak lepaskan anak2 ikut kitorang. I tak salahkan dia pun, sbb atuk dulu pun mcmtu 😅! mana mau nya dilepaskan kitorang follow pakcik/makcik even atuk nenek g mana2. Mebi sbb risau perangai terkelinjat anak dia sekor2 kot. and ayah ni sejenis pegi mana2 mesti pergi 1 family... tu yg sampai skrang, kalau kami ajak jalan..eh abis dia tanya nya semuorang.. si A pegi? B? C? mak aiii mana lah dapat nak kumpul semua dah besar2 ni kannnn??? So berjangkit lah kat apak budak2 ni.. TAPI kali ni lps jenuh pujuk, antar proposal bagai... sembur2 sket papa dia, baru lah lepas! pnya la excited budak2 tu dari malam dah tak tentu arah nak ikut ciknyah p JB... hehehe. ciknyah pun xcited sungguh2! 1st time auni tidur tadek mama papa neh... tggu bek ciknyah buliii...hahahha ::
:: pegi 2 kereta... dewasa 8 orang..kanak-kanak 2 orang. So 1 kereta occupy for 4 adults & 1 kid... MASAE'LAH nya..dah 2-2 berebut nak nek kete dgn diva ciknyah! hoii jenuh pujuk..kata tukar2 kat R&R la apa la..last2 adik jg yg mengalah! ni lps benti kat R&R ayer keroh, tukar..adik plak naik kete dgn ciknyah.. ::
:: ni kat R&R Ayer Keroh..benti minum.. atuk nenek & cucusss..::
:: auni ni padan betul jadi anak I kan??mok2lat2 dia...hahhahha ::
:: wow mak?? panca sitaraaaa??::
Dalam kol 1.30pm sampai sudah JB..
Pi lunch kat Medan Selera tepian tebrau.
tak best sangat..but OK la sambal ikan dia sedap jg.
Janji dgn owner kondo kol 2.30pm baru leh checkin .
Sbb long holiday... guest keluar-masuk tak sempat nak house-keeping.
Nemind... lepas lunch kami terus p jg kat Paragon residence danga bay tu..
host dia suh tggu kat level 7...
I book thru airbnb... mmg berbaloi2!! kena pandai cari lah!
i kalau p oversea, book kat booking.com.
kalau local, agoda.com je..
tapi kalau pergi ramai2 family mcmni, nak homestay yg best2 book thru airbnb..
:: at 7th floor... owner suh tggu sini...pool area.. ada byk tempat duduk...windyyy nyaman sangat! ::
:: manja ciknyah 2 ketul ni. Kat sana, i lah jadi mak depa.. mandi, berak, makan semuaa ciknyah! Ciktam pun assist byk jg.. ore jate tau bab seronok depa ja..busuk depa bagi kat kami ..huhu ::
:: sangat berangin time ni.. chill! ::
:: Orang yg dirai..pokcu with emak. Pokcu ni i perati baguss sangat bab serve emak. Emak i kan kaki tak kuat..jalan mana2 nak berpaut2..nak naik mana2 jalan yg tggi sikit pun dia tak mampu nak angkat kaki, sbb kaki dia ada besi, ssh nak bengkok. So i slalu perhati pokcu ni mmg dia yg akan pimpin mak... akan bawa kan beg mak.. sampai mak duduk. woww tggu dia masuk U balik, slim balik dia..baru ngam tall,dark and handsome(sikit laa..kasi chance). skrang 4mths dia duk umah aritu dh membadang! Mesti mak terasa lepas pokcu jauh ni.. adik2 lain matnip,baby semua pun OK..tapi tak se-caring pokcu ! ::
:: hat baby montel aku ni toksah cerita... makan beras melinjau! ahhaha ::
:: Abam with ciktam.. ::
:: pasangan ketua rombongan.. hehhe ::
:: dalam 2.40pm owner sampai, terus naik rumah.. Alhamdulillah elok sangat rumahnya... ::
:: living hall pun ada aircond. ni corner lot..kiri kanan cermin! tkt 22 ni... so nampak view tambak johor ..view lawo wwoo ::
:: the other side of living hall..glass sesaja... ::
:: the kitchen... ::
:: master bedroom ada bathtub siap..mmg suai sgt la bw bdk2 2orang tu..::
:: belum apa2 dahhhh selamatttt huhu ::
:: besar luas bilik air kat masterbed room.::
:: master bedroom ada 2 queen bed::
:: our room... tidur sambil tengok tambak...heheh ::
:: ni pun dari bilik I... smua bilik mmg glass! mmg nampak luar..dunwori still ada day and night curtain.. ::
Semua puas hati ..
bedroom ada 3.
bathroom ada 3.
kitchen full furnished.
washing machine,oven, microwave.
towel ada 10.
ada bantal xtra...
stiap bilik mandi ada shower gal..handwash..shampoo rejoice.
Astro dgn Wifi je tadek. and takde keperluan pun kat kami.
Harga? sangat2 reasonable!!!
Kami nyaris nak stay hotel..amek 3 rooms..
tapi i mmg berkeras tak suka hotel bilik asing2.
nanti semua memerap terperuk dalam bilik.
Apa makna gathering kalau tak ber-gather kan??
Finally jumpe rumah best mcmni kat airbnb..dah la view lawa nak mamfusshhh.
New building plak tu.
owner ni beli parking 1 unit = 6 parking space Ok!
bapak kaya engkau ni! huhu
:: petang lepas solat, yg bujang2 + budak2 kecik tu p mandi pool. yg lain p cari minum petang. Ain J yg suggest kedai ni! famos amos in JB la! ::
:: mak and husband makan roti kacang pool daging.. sedap giler kowt!! ciktam makan soto. pun lichinnn kou! ::
:: i makan lontong goreng. Ye, Ain J suggest i suh order lontong KERING. Tapi i melawan sket la kali ni. hahhaha. sebaikk sedappppp!! ayah makan roti bakar..::
:: food dah sapann, baru tingat nak snap pic mak and ciktam..huhu ::
:: bukti i dah sampai kacang pool haji.... huhu ::
Tapau nasi goreng ayam 3 bgkus.
Suap budak2 kecik ..lepas berendam mesti lapau.
tapau skali milo ais dgn roti bakar. Linnnchinn ..
:: View malam from 22nd floor . tu mcm stadium tu is dataran JB... bumbung mcm stadium tu, tempat latihan skuad bola JDT..::
:: manje embam i nak solat jg tapi tak bawa telekung. Pakai telekung I.. selesai telekung tayah kain! heheheh . baca surah kemain kuat..bergaung satu rumah! ::
::type ni dah rinduuuuuuuuuu dendam kat budak2 ni..sob2 ::
Malam p cari dinner kat tempat Ain J suggest.
Din Yong Tou Foo, tapi waze tak bagi kerjasama yg baik!
tah mana2 google maps bawa ...
tak jumpe! sudahnya repeat p tepian tebrau.
Betul2 belakang homestay kami...
malam makan gerai lain..
ada sket kesulitan kalau bawa warga emas & kanak2 serentak..
bilamana bab makan, kita kalau boleh nak happykan dua2 pihak.
Yg baya2 kami senang. dua2 jenis food kita tibai.
ni kang..budak2 nak makan lain.
mak ayah tekak lain....
siyesss i jadi stress malam tu!
takkan syik nak bagi abam makan McD..
last2 makan je la kat gerai yg food goreng2..
nak makan seafood..adik bujang lak i mana makan ikan besar2 ni.
sian budak2 tu.. sbb finally we utamakan mak ayah kan?
i jenuh cuba pujuk budak2 order otak2 la, satay la..
abam kan choosy sket...
huaa tanak type, i ni kan hati tissue bab budak2 tu...??
Malam tu tidur dah bagi2 tempat tidur...
ikutkan i nak bawa auni tidur dgn kami.
Tapi atuk tak bagi.
Sbb katil kami queen tak besar mana.
I risau,sbb auni tak pernah tidur tanpa mama and papa dia..
abam takpe,dia dah ada experience.
So auni tidur masterbed dgn atuk nenek n ciktam.
i pun lepas gomol2 dia i masuk bilik...tak sampai 5min gone ZZZzzzzz...
Rupanya bila pagi mak cete, malam dia merengek2 .."NAK TIDUR CIKNYAH!!"-ulang2.
Atuk paksa jg dia tidur..sian diaaaaa ðŸ˜!!
kenapa tak kejut ciknyah?? i tak dengarrr....
bangun subuh terus i peluk2 dia,cemolot2 dia..
sian manja ciknyahhhh..
Terus kejut dia ajak bfast..sebaik dia nak..
melekat je dia dgn I..
budak2 tang malam lah dia pnya adrenaline mengada tu deras kan???
:: Subuh view...::
:: Sempat kak jah pose kat balcony sambil tggu yg lain siap for bfast..::
:: dimaklumkan bahawa kak jah belum mandi time ni..bahahhaha. eh aircond seluruh rumah ye, sejuk beku kebas kakak! wangi harumm sudah tentu.. bau lavender lagi...mihmih ::
Tak semua ikut p bfast... mak ayah, kami bedua n manje montek auni je.
Yg lain2 kita tapauuu meggi goreng dgn roti canai...
dah bagi budak2 tu berendam bath tub, terus siapkan...
kol 10.15am mcmtu checkout!
:: pose seround before keluar..::
:: on the way to Skudai..tgk abam ni, diaaa jeee menang dapat naik kete ciknyah.adik je nak mengalah! huhu.tapi abam pun ciknyah sayangggg... dua2 pun cinta hati ciknyah. Thn depan depa dah nak dapat baby baru... tunggu baik ciknyah angkut koang kulu kilir. time tu msti mama papa koang ralit kelek baby baru kenn??? huhu ::
:: ni time dengar taklimat for parents. pokcu bz pi daftar and bayar yuran. UTM ni fees dia all-in. Siap dgn medical checkup pun diorang arrange. Tu yuran dia, almost RM3k jg.. ::
:: Pokcu dapat kolej perdana. taklimat kat cafe kolej. hoii jenuh nak tepis pujukan doang..kejap2 nak beli air.kang minum sesedut dua, nak beli jajan piula.... gugur bulu2 idung ciknyah ni haa.::
Dah dapat bilik, jom naik..
pokcu dapat tingkat 6...
sebaik ada lift.. ada 12 tingkat rasanya kolej dia..
umang aiii..dulu2 kolej kita takat 3-4 tingkat je kan??
nan hado lif2 nya..jenuh turun naik tangga.
kurusss kaki time tu..kaki je la kuyuss! hahhahhaha
:: lepas salam2 pokcu.. cemolot2 sket.. 'salam kaut' skali kat dia.. kita pose sepam! GOOD LUCK MY YOUNGEST BROTHER MUHAMMAD NAJMI.. Seiring usaha dan doa serta tawakkal... kakngah doakan sentiasa cemerlang dan tawadduk menimba ilmu dan menjadi hamba Allah yg bertaqwa! ameen ::
Selesai semua dalam jam 12.30pm, balik terus KL.
Singgah makan kat R&R machap..gelabah2 soang2 kejar nak makan mee rebus.
Belah2 selatan ni pnya R&R..mee bandung, mee rebus depa sedap2 oiiii.
rugi ampa tak terai!
Masa kat R&R Machap tu, i turun je escalator..kena jerit "hoii minah cuba tgk hphone hang!"
mak aii kemain garang suara beliau! hahah
rupanya si Asruzien! Geng Jurnal dulu2...since rimaja!
Till now pun still keep in touch..
Ampa tau dak, kami dah berjinak2 dgn dunia jurnal(blog) ni since 1998 ols!
time tu gelemer guna host livejournal,diaryland,geocities bla2.
Pastu komuniti paling top pasal blog2 ni is GENG JURNAL(GJ).
time tu orang tulis jurnal as on9 diary.
mmg kelakar kalau igt. tah kehapa2. muda2..
bahasa diorang puitis2.. pic pun very rare..
sbb time tu bkn senang ada camera phone or digital cam.
smua kamera pakai kodak, kalau rajin p scan pic to upload..
Seronok gilerrr baiii!!
Skrang , malas nak kabor la... dah mcm2 purpose pun org buat blog.
eh tak salah ye,silakan..apa salahnya ye dok??
Cuma terkenang2 zaman2 silam..
ok now back to reality! hhhehee.
Cemolot sket2 dgn Asruzien, then say goodbye.
Tak leh la sembang lama.. apak den dah tak zabar2 nak balik. huhu.
then benti lagi skali kat R&R ayer keroh for solat.
Alhamdulillah selesai semua!
Insyaallah next vacay with family..this coming November..
Ameen.
.: NO HATE JUST LOVE 💋:.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 comment :
suka melenjet la mentayam duo org tu, gila tak suka datin wan esah yg jaga confirm kenyang memanjang bahahaa..nak jalan ke belah sana area Jb ke bercinta nk gi, mentayang bucuk i tu kata jauh ahahaa..
Post a Comment