Friday, June 30, 2017
RAYA PERTAMA BERTEMA LIGHT YELLOW, DARI KG AMPANG INDAH KE TAMAN NIRWANA TERUS SAMBUNG BERAYA DI MELAKA...
Assalamualaikum.
Raya pertama, pagi2 raya kami kat umah mak;Ampang.
Kol 5am dah bangun tlg mak kemas2.
And mak masak kuah lodeh.
Kuah bersantan mcmtu kena masak pagi2.
Takleh masak awal2(smlm2), nnt santan tak elok, buat sakit perut.
Menu umah mak mmg saban tahun pun hampir sama :
1) rendang daging cili api nismilan
2) Kuah kacang
3)sambal tumis kupang
4) Kuah lodeh
5) Nasi himpit
6)Ayam merah
Lepas subuh, dalam kol 6.40am duduk makan ramai2.
Idulftiri disunatkan makan juadah dulu b4 solat sunat.
Tuk bezakan ramadhan dan syawal.
Dah makan, salin baju..terus sessi salam2 raya..
and sessi serah duit raya kat mak ayah,anak2buah..adik2..
and sessi serah duit raya kat mak ayah,anak2buah..adik2..
:: Ni dah siap salam laki bini dalam bilik. Mana leh salam kat khalayak. Sbb nak senaraikan dosa tu bkn sikit! hahahha. Pastu mata sembam2 nanges...jenuh tacapp balik.. huhu .Tahun ni settled dengan kaler tunennn lemak ketam. Past 2 years dah pakai kaler pekat2.. tahun ni bagi reda sikit..huhu. Ni kami pasangan kedua dah siap tunggu kat living hall nak bersalam. Pasangan pertama, opkos mak and ayah.. ::
:: naik plak seri pakai kaler kuning. tak gitoo cik senah? heheh ::
:: kalau apa2hal, mmg 2 couple ni je selalu bergabung meletop.... mmg darah ayah mengalir btol dalam badan I... semua bnda kena punctual!! Alhamdulillah berjodoh dgn lelaki yg sama. tak terhegeh2, suka bersiap awal2.. senang! mak ayah pakai baju lama...jap lg nak solat baru depa tukar..tapi mak ayah pagi2 raya mesti wangiiiiiii..bau Malaikat Subuh 😜 ::
:: Atuk nenek & the cucussss. budak2 pun p makan dulu baru salin baju..karang betepek stain kat baju..hapah pun tak dapat! ::
:: Acara yang dinanti.... Salam raya.. Salam ikut urutan nombor dalam adik badik. Opkos kepala dia my kakak; Bedah. Biru karerrr beliau tahun ni...Salam lammmaa sikit..byk dosa kat mak ayah dia ni..hahah ::
:: Abam besarrrr tu standby nak salam raya jg..susah payah beliau nak duduk melutut..hhheeehe . ampom bader!! ::
:: Que..::
:: Our turn.. ghuyyyup baju dgn aimata... huaa..banyak dosa salah silap kat mak ayah. Kalau kakngah hidup 100tahun sekalipun, takkan dapat balas jasa mak ayah.. sob2.. LEBIUU MAK AYAH!! ::
:: Suami & Emi. Emi anak no.4. No.3 hafiz (papanya si ayep n oni). Tapi depa kan turn raya Loqstaq.. ::
:: Adik2 bujang plak. Ciktam & pokde ::
:: The cucusss ralit tgk drama aimata..huhu ::
:: Si kenit Fiya... sibuk nak pakai tudung... ::
:: Tgk baby(acik) peluk i.. tu kemain lamaaa tu.. dia senyapp je sambil nanges.. lain maciammm kalau dia salam I.. heheh. sayang adik2 kakngah ::
:: Ciknyah peluk dani ketat2... sayang dani..::
:: Sesudahhh selesai ::
:: Fiya and abang dani. Ni anak buah I yg stay kat Parit Buntaq nunnn(anak Emi @Andak). Setahun ada la 2-3x je jumpe.. jarak memisahkan. hmm ::
:: Atuk dgn cucuss...atuk duk tingat kat abam n oni je time ni.. ::
Dari umah mak, dalam 10min je pon!
So suami drop i...dia terus p masjid solat sunat raya.
Dah 2tahun i tak solat raya.
Kalau mai umah MIL, yg femfuan2 mmg tak pi solat.
Kalau kat umah mak...semuorang yg 'boleh' solat..MESTI pergi.
Beza budaya. NExt year..i MESTI pergi......
So sementara tggu orang lelaki balik masjid..
kemas2 lauk pauk..
then baru acara salam ....
:: dapat snap pic ni je... belah MIL...salam duduk bawah. MIL kaki kuat. Mak ayah I kaki dah sakit2..takleh duduk bawah.. ::
:: With MIL... seben i abis mengikut muka omak eh kan?? hehe::
:: Selpiaq sementara nunggu anak2 buah laki lengah ikat sampin..bergaya kekemain budak2 tu. ::
:: Then berpossing2 lah kita sehenjut dua..::
:: Ni je ada foto family.... jadi laaa .. Tahun ni 2 family raya belah mertua..so tggal la sejemput ini sahaja. ::
Lepas photo2 raya, gerak p umah mak2 sedara suami.
Tapi kami bertiga je pon(dgn fiqa) p beraya.
Yg lain2 tersangkut kat umah, ada tetamu datang.
Suami I.. even.berdua sekalipun dia ON je..
Sbb dia peramah,tadek la segan sangat.
Kawan kan plak dgn I... boleh tahan peramah ni, so tadek la canggung sangat.
Mula2 raya umah maklong & maklang dalam taman nirwana tu juga.
Lepas tu p wangsa maju umah makngah(adik arwah FIL) and busu Halim(adik arwah FIL).
Settled 4 umah dah kol 1.30pm.
terus balik Ampang...nak shoot balik Melaka piula..
Masa kat umah MIL, sakan adik2 i post dalam WA grup pic posing doang..
Jelesss kita tawww!
and dapat juga kiriman pic dari Loqstaq..
:: rindunyaa ciknyah kat budak 2 orang ni.. Esok balik KL la depa.. Papa diorang kata, Adik(oni) tiap2 malam nanges, ajak balik KL... yela kau..anak org KL pepaham je la..mana suai dia berlemuih bersawah, berpanas.. Takpe la lama2 dia faham la nnti kan..kampung mama kena balik jg..walau tok wan and tokma dia dah takde... sian mama dia setahun sekali je jmpe adik badik... posing kak nam tu kemahenn! ::
Kol 2.45 pm mcmtu kami gerak balik Melaka.
Konvoi 4 kereta..
Ooooo oooo balik kg!!! huhu
Sampai melaka pun dah lewat..dah dekat pukul 5pm.
Dan singgah umah kak long Siti(my kazen) and pakcik(adik ayah) je..
Tak byk snap pic..sbb dah berlemuihh dari subuh pakai baju raya kennn..
:: lemang periuk kera!! dijamu oleh kaklong siti ::
:: Sedap olsss makan dgn sambal tumis kupang..bapak la heaven!! ::
:: Abg rodi(suami kaklong, jual sarung ni.. 100pcs RM35. Boleh la kan..rare sket jamu tetamu dgn lemang periuk kera.Lemang ni kukus je.tayah heboh nak bakor2.. ::
Selesai 2 rumah, dah malam..
terus checkin homestay kat Durian Tunggal.
Homestay sama mcm tahun lepas..
:: rumah mcmni. dia ada 3 pintu..tapi kami amek 2 pintu je. 1 rumah da 3 bilik. 2 bilik ekon... RM170 pernite. Ok la kan?? dapur semua ada ..siap ada gas..mmg mak suka la...dok perhangat balik rendang2 and lauk2 raya..repeat makan ramai2.. nak cari kedai makan raya2 ni bkn senang! ::
:: Homestay kampong. best..ada pokok2... ada ayam itik. Anak2buah i bkn biasa bergaul mesra dgn menatam2 ni semer..so kasi chance. :
:: Lepak2 bawah pokok...::
Selesai cerita RAYA PERTAMA kita...
Sederhana tapi tetap meriah dan mendamaikan hati dapat bersama insan2 tersayang kan??
Sambung raya kedua , later k!
Ni weekend2 ni bersusun jemputan tunang la, nikah la..open house raya apatah lagi.
Korammm mcmana??
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 comments :
Bye..esok nak p Ayer Keroh.
selamat hari raya k.sha..
Post a Comment