Monday, June 19, 2017

DI UJI SEKALI LAGI DALAM MASA SINGKAT.... SALAM RAMADHAN DUA,EMPAT....

3 comments :

Assalamualaikum.

Meh la i cete kongsi pengalaman kami.
Pasal kejadian yg menimpa kami suami isteri  Ahad semalam.
Kita cete ringkas2...cepat abis.. koang leh sambung tido. Ok..huhu.

Balik dari umah mak, terus singgah Aeon Cheras Selatan kat Balakong sana.
Sampai2 masih belum buka, senang datang awal.. parking depan2 pintu.
Aeon buka je, cepat2 masuk.
Terus soping... kami ada voucher jusco balance RM500 mcmtu.
Gelabah bewak lah sekor2 nyoping.
Dah la tadek apa sgt pun nak dibeli.
Kami borong  'barang dalaman' je la. hahahha.
Ada lebih lagi, i amek blouse and tshirt long sleeve.
Raya ketiga kita pakai jeans.amacam? hahaha.
Eh tahun lepas mmg raya ketiga i pakai jeans pun...
serious dah tak tahan pakai kurung bling2 bagai.
Sbb Melaka mmg terkenal dgn negeri panazzzz ye.
Melenjap2, berkuah2 celah2 bedah bagai.
So masa raya ketiga tu, i minta izin suami nak pakai jeans.
Lagipon setakat nak beraya 1-2 rumah je, lepastu shoot balik KL.
Suami i bagi green lite, happily kita sarung jeans and blouse...selesa nok! 
janji apa?? pandaiii..janji tutup aurat kennn...
Ok tadi kata apa?? kata nak cete ringkas2 kan? sekarang dah jadi hapa?? hahhaha

Ok2 sambung cete...

Lepas shopping... suami masuk barang dari troli masuk kete...
I p bayar parking.
Baru nak gerak kereta, suami teringat pouch beg dia..
Ala beg yg org lelaki suka pegang kat tangan tu.
Suami cepat2 turun, tgk troli tu sekelip mata GONE!!!
Ketaq lutut weiii...sebab?
sebab dalam beg tu ada riban2 duit raya orang tukar!
RM6k++ ye... Dgn duit suami sndiri lagi.
handphone, kad2 tu tayah cete la..smua taruk dalam!
Sebaik rantai kaki i yg putus dgn anting2 dah bawa keluar.
kami terkejar2 masuk balik Aeon.. p cari pekerja2 yg ada tolak troli ke apa.
Mmg tadek. P information counter nak tgk cctv. Depa ada SOP.
kena buat report polis dulu. Hampanya!!!
Sian suami i pucat lesi muka dia.
Dah la baru nak baik sakit...
I mmg takleh nak kasi dia tenang ke apa..sbb i sendiri pun berkecamuk.
Ada jg termarah dia, sbb dia careless sgt.
Byk kali before ni i tegur dia.. boleh dia pentingkan sepender2 yg baru beli tu dari beg dia?
dah la byk cash dlm tu kan? patut campak la dulu beg tu masuk.
Kot ye pun masa dia angkat barang, kalau orang nak rembat..selamber je kan??
Then??

:: P buat report lah..apa aji... pegi Balai Polis Batu 9 cheras sana... ::

In between call semua bank..block card2..
Then dah dapat report, bawa p jusco semula minta tgk cctv.
Sadly cctv diorang sangat worse!!!
dah la x zoom, gambar kaput giler!!!
Sekadar2 je cctv nya. 
Mmg tak nampak apa lah! 
bahaya btol depa ni bab security..acuh tak acuh je kan?
Kot kes samun, ragut, culik,bunuh ke kan????
so frust laaaa.. apa nak buat lagi???
terus p UTC Pudu, buat ic bagai.
I pun numpang buat ic..huhu.sbb ic i tak bertukar2 lagi...
JPJ plak sistem down for license matter.
Sekejap giler buat ic dia.. less than 10minutes! termasuk amek gambo tu!
I dgn selebet nya sbb dah huru hara kan.. terus tacap cepat2..
dah tu takkan nak menghodoh abadi.. pic i tu kowt...
Dari UTC terus balik umah..
Dah melembik 2-2 ekor...
sedihnyaa!! 


Balik solat, doa banyak2... bagi terbuka hati orang yg jumpe tuk pulang...
or else, moga Allah tabahkan hati kami... smoga lebih redha...
Dalam kol 6pm, keluar p Alamanda..
Nak p Maxis pulak. replace simkad. 
P maxis, takleh plak nak replace..sbb nak ic betul.
Suami cuma ada ic sementara je kan...
 frustnya!! sebagai option, dia kata boleh bawa passport.
Sbb diorang ada passport reader bla bla.
jam pun dah nak kol 7pm.. kita cari port berbuka lah dulu.
Letih sangat2 dah time tu.
Tapi kau tau je la , orang malaysia.
Bab makan camne?? tadek 1 pun kedai makan yg ada seat ye.
Semua full house! then meneruskan siri kekecewaan seterusnya.
Melangkah longlai keluar dari mall Alamanda...
terus p cari kedai mamak. tu je la yg available..
Masa tgh que nak pilih  lauk, i dapat call from unknown no.
Orang tu kata dia jmpe beg suami I!
suara dia mcm indonesia..rupanya dia kata dia sabahan.
Ya Allah nak terlepas pinggan nasi time tu!!!
rasa nak raung2 syukur je time tu...
terus tak lalu nak makan, nampak lauk smua kabur2 je... nampak tak nampak je. Hahaha
I suruh suami amekkan lauk, i duduk and call dia semula and tanya details2.
Then dia suruh kami datang kat area umah dia to collect.
Rumah dia dekat2 dgn Jusco Balakong sana.
Kami makan sesuap dua je, amik syarat. basuh tangan terus berdesuppp p sana.

:: Pangsapuri SuaKasih... janji jumpe kat postguard...senang terang benderang.. ada guard situ.. kalau jadi apa2..terfikir jg tu..sereeem2 jg. Masa otw nak datang sini, kami suami isteri senyappp je.. duk terfikir mcm2. Kami fikir..kenapa lepas 7hrs baru dia call..and cemana dia dpt no.phone I.. bla bla..::

7minutes mcmtu tunggu, datang 2-4 orang perempuan.
bertudung elok . umur dalam 40++.
Dia terus serah beg kat suami I.
I asalnya duk dalam kete je..sbb igtkan lelaki.
Yg call i tu suara dia parau garau.
Rupanya kakak tu suara dia mmg mcmtu. huhu.
Bila nampak je perempuan yg datang, i turun lah salam.
rasa nak peluk2 je pun ada..
dia suruh chck beg ada hilang apa2 tak..
sekali imbas tgk..mmg tak berusik apa.
Dia kata, dia dpt no.I dalam 1 resit..resit i beli laptop aritu.
Alhamdulillah....
Suami terus capai beberapa note RM50 hulur kat I suruh bagi kakak tu.
Rasa nak sujud syukur jam2 tu jg.. kang takut plak bergahar dahi kena sagat jalan tar..huhu
berpuluh2 kali i ucap terima kasih kat kakak tu.
Ya Allah sebak sangat.
tak sangka ada orang amanah lagi zaman2 terdesak mcmni.
Byk kot cash dalam tu.. sapa pun tak rabun mata kannn??
Suami i kata, dalam beg dia ada kitab agama kecik..
agaknya tak gamak org nak curi kot. huhu. 
tu tips ke cemana tu?? hehehe.
ALHAMDULILLAH ya Allah.
kau uji kami sebentar, dan kau hadiahkan pelangi kemudiannya.
Susah sangat dapat case mcmni kan ? Lost & found.
Syukurrr..

Lepas je jmpe kakak baik hati tu..baru lah terasa lapar..letih ..
Ajak suami mengeteh..
kat McD je la sekali jalan dekat dgn umah..

::Hazelnut latte, strawberry cheesecake & Cendul cone sundae. :: 

Penutup 1 hari yang panjang....
dengan solat isya' berjemaah sambil sujud syukur..
serta muhasabah diri; apakah semua ini satu kifarah atau Allah sekadar menghantar ujian.. 

ALHAMDULILLAH..


.: NO HATE JUST LOVE 💋:.



3 comments :

nor ziana said...

Ya Allah Cah... berdebarnya baca tapi syukur Alhamdulillah

Zie Azi said...

miracle sgt kan, bukan senag barang yg hilang nak jumpa balik, mesti org tu baik, jujur, ikhlas, sikit pun dia usik.
Rezeki kat anak dia jugak, dpt duit raya dari untie shasha..hahahhihii

Anonymous said...

cik suami mgkin better pakai sling bag, tersangkut je kat bahu.. possibility tetinggal tu tipis sikit :)