Friday, March 31, 2017

DINNER @SRI HORIZON GARDEN; AGENDA SUAMI MEMUJUK SANG ISTERI TIKA HATI ISTERI NYA DILUKAI ... CIIIIWWWAAHHH!

No comments :

Assalamualaikum.

Selamat Hari Jumaat kekawan.
Amacam energy?? recaharge mencanak2 je ek masuk Jemahat ni?? huhu.
First and foremost(gitcheww)..

:: Terima lah kak esah pom pom koang.. fresh dari microwave.. jemahat muka alaaa senyummm..  kena shining2 glowing2 sket...sbb jap g nak pi ngaji.. pastu rehat 2 jam 1/2 arini baqhang! haruslah memancar2 kenn.. ne ne ne ne ne. ::

Arini kak esah nak update cete Jumaat lepas.
Lepas MACAM2 HAL JADI , last friday..
Suami kak esah pun bergigih la memujuk sang isteri.. 
Nama pun laki, opkos la dah khatam pangai bini masing2 kan.
Bini dia ni kalau majuk, bawa je makan sedap.... selesai masalah!
File kes tutup terus! hahahhaha.
We had a great dinner @Sri Horizon, Bangi...

:: i layan ice lemon tea je..sbb jual mahal lagi time ni.hahahha. suami i bandung special. kemain sedap bandung dia.. ::

:: SeaBass 3 taste kekdahnya! dah dalam menu dia tulis gitu. hehhe. @Siakap 3 rasa.. Sedap ok! giler crunchy ikan dia.. leh ipung2 tulang dia.nom nom. Bila start nak mengopak2 ikan,terus x leh majuk ngan dia..sbb dia hebat ok bab asingkan isi and tulang ikan! i biasa makan ikan, tau isi dah siap masuk pinggan. tggl nak suap masuk mulut je. dia yg manjakan kita gitto. kakak paseghah je wak!  ::

:: sayur campur.. sedap lulus. sayur kemain2 crunch2 grap grup2, dia masak sempoi2..  ::

:: hat ni nak habaq neh... SOTONG TELUR MASIN. ada past entry i kata i nak up pasal kesedapan beliau kan?? memang SEDAPP GILER2 OK!! TELUR MASIN KUNING DIA TU BERSEPAH2.rasa lemakkk sedapp sgt! tolong lah order dia ni kalau mai makan sini! i rayu ni ! haha :: 

:: 1 pic tertinggal. TOMYAM PUTIH.. sedap juga2! I laki bini mmg suka sangat2 kat tomyam putih. Sbb saiko kalau fikir tomyam merah tu mesti pedas giler2.padahal tomyam putih tu pun ada jg yg pedas melahar.. reverse sychology! Eh lupa nak kabor.. kami amek set ni. Dia ada mcm2 jenis set. leh baca and request la apa2 yg patut kat waiter dia . diorang leh je tolak ansur. Mcm set yg i amek ni, sepatutnya ada beef black pepper, tapi i minta tukar dgn sotong telur masin.. depa OK ja. janji bayar! hahah. set ni comes with fruit platter and puding milo. Sedap baqhang! set i ni RM89.00 WITHOUT drinks. so campur drink dalam RM96.00 lah cenggitu!  :: 

:: pic from google. Suasana dalam kedai dia ala2 mcmni la.. Waiter/waitress dia proper attire.. Nasi pun diaorang sendukkan and FOC chinese tea! sedap! ::

:: Koang..ni alamat dia 👆 Mcm i mention before, dia betul2 dekat dgn RSMY naan cheese and Ocean Hauz(Shell out). Silalah terjah ye..geng2 bangi/kajang specially!! kedai dia , sesuai sgt kalau nak bawa family ramai2 makan.. leh early reservation tuk keselesaan kalau bawa big group.. ::


.: NO HATE, JUST LOVE 💋:.




  


ADAKAH DISUNATKAN BERPUASA PADA AWAL MUHARRAM (TAHUN BARU ISLAM)?

No comments :


Soalan; ustaz, apakah terdapat puasa yang disunatkan pada awal muharram?

Jawapan;

Kelebihan berpuasa pada 1 muharram secara khusus tidak disebut oleh Nabi SAW dalam hadis-hadisnya, namun kelebihan berpuasa dalam bulan muharram secara umum ada disebut oleh baginda;
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ وَأَفْضَلُ الصَّلَاةِ بَعْدَ الْفَرِيضَةِ صَلَاةُ اللَّيْلِ
“Puasa yang paling baik selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Muharram. Solat yang paling baik selepas yang fardhu ialah solat malam” (Soheh Muslim; 1163/202). 

Menurut ulamak; berdasarkan hadis ini, kita digalakkan banyak berpuasa dalam bulan Muharram.

Sebahagian ulamak berkata; kelebihan bulan Muharram itu adalah kerana di dalamnya ada hari ‘Asyura (10 muharram). Abi Qatadah RA menceritakan; Nabi SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura? Baginda menjawab;
 يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
“Puasa di hari itu akan menghapuskan dosa tahun yang lalu” (Soheh Muslim; 1161/197).

Namun menurut Imam al-Qurthubi; ‘Kelebihan bulan Muharram adalah kerana ia merupakan awal tahun. Apabila seseorang menyambut awal tahunnya dengan berpuasa, adalah diharapkan Allah akan mencukupkannya pada bulan-bulan selebihnya. Puasa adalah antara amalan hamba yang terbaik (kepada Allah) dan pernah disebut oleh Nabi SAW sebagai dhiya’ (ضياء) yang bermaksud cahaya’ (Dinaqal dari kitab; Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, jil. 3, hlm. 182).

Rujukan;

1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi, 8/55.
2. Raudhatul-Muttaqien Syarh Riyadhus-Salihien, Syeikh Abdul Qadier 'Irfan, 3/182.
3. Al-Wajiz, Syeikh ‘Abdul-Aziem Badawi, hlm. 206.

Thursday, March 30, 2017

SEPAGI AHAD DI RUMAH MAK , SHOPPING BAJU SUAMI @SOGO & MAKAN LAKSA TEPI TASEK CEMPAKA, BANGI..

2 comments :

Assalamualaikum.

Sabtu malam mggu i tidur umah mak..
Bangun2 pagi ngadap budak2 rabbit ni haa.. bila siang mmg lepaskan dalam sangkar luar ni.
but still hv to keep an eyes on them...takut diorang korek tanah, nak lepskan diri! ewah2!

:: they are Tuan.ihsan, cik lat & lion... ::

:: Secomel mana pun hangpa, kakak tetap tak berani.. body kakak je mcm bulldozer, tapi hati kakak ni sekecik otak burung unta! hahha :: 

:: ko x nampak pengawal2 bersenjata depan pintu neh?? hahah. kang kejap2 sorang masuk buat tinjauan.. kemahenn!! :: 

:: Nasi Lemak Mak Melah in d hauz yaww!! Sambal dia...perkhhh..sambil makan, sebelah tangan lap aimata! terharu!! sedap nau nau!! makan kenyam2, lepastu kami gerak p KL.. @Sogo..::

P Sogo cari baju keje suami.
Alhamdulillah dapat 2 pasang long sleeve, 3 helai tshirt(rasa mcm baru soping baju dia aritu?? 😵) 
Seluar keje suami dapat 3 helai... tshirt raya ayah dapat 2 helai...
Kebetulan ahad lepas tu last day SALE cuti skolah! 
Dapat  voucher RM70 lagi...

:: sambil tggu tailor potong kaki seluar suami, i naik tkt 6 pekena sister popia! sapa pem-favorite popia ni, sila gimme 5 dgn kakak! sbb kakak selalu didalam dilema kadang samada nak pilih makan ni ke, makan yg berat2?? kalau dah makan ni, jadi kenyammm..  selalu keliru! ni beli set dgn air kedondong asam boi. kekemain sedap pekat melikat kedondong dia! ::

:: Lepak snsoang sbb darling i p memerut.. hihih. Jgn kecam kakak pakai tudung smlm(refer entry pi kenduri @selayang) sbb kejadian dia selang sehari je.. kakak tak bawa tudung lain..bila balik umah mak je..mesti bawa sehelai sepinggang. Ajet umah mak sendiri kot kan?? kang baru tingat nak p sana, p sini. tapi dunwori ..kakak wongi... mnyak wangi 1/2 botol gone!::

:: mana cukup 1 pic kannnn...hahhaha ::

Settled Sogo, move to Teras Jernang pi ngurut kaki.
Kaki i sakit sangat belah kanan.
I xda jatuh ke apa..
Asal sakit, sbb belikat belakang belah kanan i sakit cucuk2... now dah turun sampai kaki.
Tak sure lah kenapa. for this time being, kita ngurut lah dulu.
tapi lepas je ngurut mcm takde berubah apa sangat pun!  sob2..

:: lepas kena urut, reti laparr??? terus lepak laksa tasik dekat2 tasik cempaka bangi nunn.. ::

:: Kekemain sedapp nak mamm!! dia buh dalam claypot mcmni... telur minta sebiji xtra! so dapat la 3 belah telur rebus.. nom nom ::

kat sini gelemer laksa dgn cendul dia..
mmg terbahekkkkk!! 
Geng2 bangi kajang..biasa lepak sini tak?? 
outsider leh je try.. betul2 sblh dgn library daerah bangi tepi tasek cempaka! 

LAKSA REDUP RIMBA
Persiaran Pusat Bandar 1, Gerai no 2 kiosk Tasik Cempaka, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia

.: MUCH LOVE💋 :.
 



MALAM MINGGU BAWA FAMILY MAKAN NASI ARAB @HADRAMAWT JALAN AMPANG

1 comment :

Assalamualaikum.

Sambungan dari entry semalam.
Lepas bawa jiha layan Seoul Garden, lekas2 balik rumah.
Solat maghrib and bawa family pergi  makan nasi arab at HADRAMAWT Jalan Ampang sana.
Naik 2 kereta, sbb kami bawa Cik Mera je.

:: kesmua kami 8 orang je.. yang lain2 x dapat joint ::

:: Diteruskan aktiviti selpiaq smntara tggu food sampai.. ada part kelakar... masa nak order, ayah dok sapkok kat luar restaurant..kami belek2 menu. pastu i cepat2 suruh diorang order.. and tanya je ayah nak nasi arab ayam ke kamben.. pstu ayah nak minum air apa? ayah proceed dgn nasi arab ayam and air temikai. laju2 kami order.. tgh2 waiter amek order, ayah masuk. i dgn sepantas kilat kutip smua buku menu, and serah kat waiter.. pastu senyum kat ayah.. "dah order dah ayah.". adik badik i yg lain dah terkemut2 tahan gelak!  nak tau kenapa? hahaha gelak siap2. Sbb kat sini kan harga dia leh tahan membunoh jg kenn?? ayah kita tuuu mana lahh mau nya makan mahal2 sket... kang di amukkan 1 kedai .. hapah pun tak dapat! kurang2 dia bantat boikot duk dalam kete?? haa bkn leh teka apa dia nak buat kan?? alaa bkn mahal mana..sepinggan dalam RM30.00 mcmtu je..ayah i kenot ye.. dia biasa makan nasi arab kat kedai2 biasa dalam RM15-17 je sepinggan. tu pun bg dia dh luxury sangat tu. Kat sini fresh juice pun dah RM15.Kalau dia tahu kang??? Kau ghase?? dia nak redho??? hahha ::

:: Sebenarnya i faham.. ayah i tu anak dia ramai; 8 orang. Dulu2 mana biasa makan luar sangat. Kami makan boleh tahan selalu je sedap. Bab makan jarang kecewa, tapi makan sedap yg berbaloi! Cth ayah akan beli ketam udang sotong besar2 from market, then balik mak masak sedap2. Ha mcmtu mmg biasa.. and bagi dia  berbaloi! Ayah boleh tahan cerewet bab pilih lauk... ikan nak segar2, mata kena biru2... kalau boleh tiap2 hari dia nak p merket nak makan lauk fresh2. tapi sikap ortodoks/tabu dia bout makan luar ni, mmg kadang2 kenot brain. Dia mcm takleh terima sepinggan nasi goreng cecah sampai RM10! padahal kita dah biasa..kita faham, kedai yg elok2 sikit mmg la price diorang mcmtu. Nak byr sewa mahal.. nak jaga standard kedai lagi kan? I tau dia jerih besarkan kami, sbb tu dia agak berkira.. tapi kadang2 buat kami feninggg  jg.. mcm kalau kita beli dia baju elok sikit..dlm RM100-200++ je pun..bkn riban2..tu pun kena selindung2 harga sebenar. kalau dia tanya..kang kita jawab la.. Byk less! haa tu kategori menipu mcmmana tu?? seqsa btoiii kan nak bagi dia rasa best2 selesa2 sikit. camtu lah pengorbanan bapak2 kita kan??  hmmm.. tapi tadek hal, cemana pun ayah kita.. sayang tetap sayang! jgn risau! i tadek bapak lain dh dlm dunia ni(pak mentua pun dah meninggal). U one and only ayah dlm hati n hidup i and always be my SUPERHERO.... ::

:: sekurang2nya sebulan sekali bawa makan sedap sikit...kalau ada yg tiba2 sebut DAH LAMA TAK MAKAN KETAM.. kang laju2 kami p pasar beli ketam byk2..mnta tlg mak masak..makan puas2.. dalam rezki yg kita dapat tu, bkn semua rezki kita sorang. kadang2 ada rezki orang lain tumpang dalam tu..tp Allah nak uji kita..dia bagi kat kita.. dia nak tgk kita igt tak kat orang lain sama?? kita ni dalam dunia samaaaa je. tak boleh terlalu senang/mewah.zalim kalau kita masih dgr ada yg masih ssh tak makan! nak2 saudara mara sndiri.allahua'lam. ::

:: peel apak den skrang, kemain khusyu' baca on9 paper..sat2 baca harakahdaily.sat kang dia buka M.U page.. kemainnn dah 65yrs old, feminat tegar M.U hokey?? ::

:: Food sudah sampai..jom la kita mentelaah makanan dgn tawadduk.. fokus2. huhu ::

:: Chicken mandey. Sedap angat2!   ::

:: lamb mandy... lembut giler kot kambenn dia! kuis sikit je tanggal terus daging dia dari tulang....  :: 

:: tak tau nama.. jiha share dgn suami i..boleh? sbb 2-2 masih kenyamm makan seoul garden ptg nya. I?i makan hummus ni 👇

:: pic google ni. i tak sempat snap..sbb hummus sampai awal..abis kena hurung dgn piranha..miahhahha. Nanti roti ni makan cicah dgn 👇

:: ni kacang hijau di blend halus di perasakan sampai jadi creamy and curah olive oil.. sedap giler ok!! So i layan hummus je malam tu.sbb masih kenyang... buat2 amek rasa je nasi orang lain.. ::

:: Najmi a.k.a Pokcu auni ni! He's 19 years old already.. study kat Kolej matrikulasi selangor.. tapi masih jadi bongsu manja kami.cuma since dah ada anak2 buah, kemanjaan dia agak merudum  jg.hahhaa. tapi tetap kami cium kelecup2 sekali skala.... kalau tala kamera je kat dia, otometik dia terencat mcmni! hahhahahha. pangg kangg!! ::

:: terajin plak nak pose kat depan kedai.. atuk sporting plak tu..slalu dia buat hal dia je..hahah::

:: Alhamdulillah tuk rezki yg Allah bagi.. ::

Kami layan Hadramawt cawangan Jalan Ampang.
Hadramawt ni bykk je cawangan...
mana2 pun lebih kurang je kot kan??

HADRAMAWT RESTAURANT
BRANCH ; off JALAN AMPANG
NEAR TO RISDA BUILDING  


.: MUCH LOVE 💋:.

 



Wednesday, March 29, 2017

SABTU KENDURI DI SELAYANG & PETANG TUNAI JANJI BAWA CIKTAM MAKAN SEOUL GARDEN @SUNWAY PUTRA MALL...

No comments :

Assalamualaikum.

Sabtu lepas bawa mak ayah pi kenduri kat Selayang.
Kenduri anak kepada sepupu mak..Pangkat anak sedara mak lah..
Wajib pi ..sbb mak sedara mak ada lagi(nenek pengantin).
Since ayah dah 60's++..mmg kami tak bagi dia drive.
Sbb mata dia tak berapa tahan.
Naik je kete dia 😴.. kesian.
Lagipon dah kurang cekap dia.
Then, kena take turn lah bawa diorang pi mana2.
Specially kenduri kendara.
Eerrrr take turn2 pun, selalu turn pusing kat i dgn hafiz je pun!
Emi, jauh nun kat Parit Buntar..
yang lain2....adik2 yg kecik tu ampon lagi..
the rest.. hmm hmmm..  😏

Pagi sabtu tu i berkuntau la kemas2, siap2 laundry.
Then shoot p Mydin plak, groceries umah mak.
Masuk je gaji, time to groceries umah mak.
Tuk umah I, tak byk mana pun nk beli.. 
Balik rumah, siap2 gerak to umah MIL dulu.
Singgah borak kejap.. bawa buah2 tuk dia...
then fetch mak pi Selayang.
Sabtu tu panassssszzzz nya ya Allah, menetek2 peluh.
Lencun ghuyyupp baju.
I leh bajet, msti jahanamm ni kalau pakai baju berlining2 beriya.
Last week p kenduri pharmaciest ;cik tasya i dah melungkup dgn baju songket.
So kali ni, tidak mgkin akan mengulangi kesilapan yg sama.
I pakai kebaya kain sedap tak panas dgn jeans! lantakkan situ..
ek eh haku yg pakai, kau yg panas?? tapi mmg panass btoi2 aritu.huaa

:: Sedara tak berapa dekat, so adalah segan tuk beriya minta snap pic dgn pengantin ye. so sebagai bukti kita mai kenduri , kena  selpiaq2  la..hahah. with manje i; jiha.. :: 

:: tayah steady sangat ye engkorang..padahal dah merembes2 peluh!! ::

:: sempat???? i rasa nak lari masuk kete ON aircond max dah time ni.. tapi tgk mak kemain rancak menyembang dgn adik badik sedara mara..lalu ku tahan jebatt!! :: 

:: kena UP bokitta pepel satu ni..tapi bokitta tu kelaku dia, kalau abis je satu2 pattern.dia takkan repeat print... so mmg tadek dah kaler pepel.. kejammm kamu loh! :: 

Then ayah sendiri pun dah melahar2 kepanasan, dia angkat kening je kat mak..
lajuu mak bgn..hahhaaha...kuasa VETO btoi apak haku tu...
so masuk je kete, zapp ON ekon..i membuta..
dah la panass..jem lagi. sian mentayam i drive snsoang.
Sbb ahli kongres lain dah selamat beradu! haahha..

:: Petang lepas asar, bawa ciktam p SEOUL GARDEN kat Sunway Putra Mall..dari tahun lepas rasanya dia menyalak2 ajak mai sini. ada je kekangan.. such as... kadang mak ayah nak ikut.. dahtu mana mau nya ayah haku tu telan mendalah2 ni semer?? mak ayah i tu mmg i felik jg..kalau i and suami i ajak je, TAK PERNAH tolak ye. tapi kalau org lain ajak, kadang ada jg menolak nya! maklomah bapak i tu bff dgn suami i.. ptg aritu mak nak ikut jg... tapi i keras kan hati..kata kat mak, malam kang kami bawa mak p makan sedap sikit. Bkn apa, kang bawa mak..ayah tggal soang... umah tadek sapa2..cepat2 naik kete, blah. if not..hati goyah jg..sian kat makanda i tu..dia OK makan apa je ON..ayah i tu je.. ::

:: Sebab lain kenapalah syik bertangguh mai sini, sbb i and suami i TAK MENAT! hahhaha. kami ni makan apa je? bkn mcm org lain melohok2 melantak seafood ke apa..kang cuit2 sikit, dah... tak berbaloi! :: 

:: tapi demi bokbang manja I sorang ni, ku gagahi jua! tu pun tak puas hati lagi dia...sbb sushi tak sempat siap! org tu lambat terkial2 kepal beras pulut sushi.. member tu dah berangin je sushi tadek! dahh berhutang sushi plak dgn dia!! hahhah. cari pasal betul lah! :: 

:: pic google.. mcm ini lah rupa grill and soup dia...soup dia ada byk choice. nak mild tomyam ke,super hot ke, or ada korean2 soup jg. i biasa settled with mild tomyam je...mmg sedap kuah dia! ::

:: Ni ready to eat food kat seoul garden. agak2 dah kebuluq tak zabarr tggu grill/boil food masak, ceduk je mendalah2 ni semer. buat alas perut. semua pun sedap! yg paling kanan soup kaler oren tu sedap OK. pure rasa korean dia!  ::

Koang selalu mai makan sini??
i ada la dlm 6-7 kali jg dah mai sini.
cemuih dah..harga asal dari RM20++ per head..skrang dah sampai RM52 nett per head for dinner!
dia ada byk price category. adult. kids.student.senior citizen.
And price lunch and dinner dia pun beza..

:: ini latest price for SEOUL GARDEN up to 28 MAC 2017, i got from seoul garden official website.. boleh juga jadi members.. bayar RM31.80 terus dapat disc 5%. I tak kesior aih..bkn nak mai selalu pun. ni tggu 20tahun lagi baru mai apa?? hahah. price tu TAK termasuk gst yaw! ::

Makan petang tu ala2 tercekik2 jg, sbb dok risau kejar masa.
Malam turn nak bawa mak ayah and adik2 lain plak makan..
Otw nak p parking, nampak kedai kasut.. terus offer jiha beli snikers...

:: huntongg laaaa ada kakak beli kasut! kennnnn. Lately kerap pulak mai sini..Friday lunch sini, last monday pun lunch sini, sikit lagi layak dahhh jadi ambassador..ke maskot?? hahaha ::

cerita dinner with mak ayah and adik..
kita sambung kendian ye..

TO BE CONTINUE...........


.: MUCH LOVE 💋:. 








Tuesday, March 28, 2017

SEMALAM DI THE PALACE of GOLDEN HORSES, SERI KEMBANGAN.. MENGEKOR HUSBAND KERJA..

3 comments :

Assalamualaikum. 

Pahabaq ong2kampong? heheh.
Smlm im on leave, saja gatal ngekor suami kerja..
Jawohhh woooooooo.. kat The Mines sana 😝
Ngengada kan?? padahal dari the mines tu nak balik umah 30minit mcmtu .
tetaplahhhh!! emang dasar loh!
I lah yg paksa2 suami stay hotel... dia boleh je berulang..
i kan Drama queen.. do i care?? #tddmka

:: Apa2hal kita taruk pic maskot dulu... mih mih.. Sila perati sosok laki i dalam cermin. berusaha cari angle terbahekkkk ,janji bini dia nmpk mcm angelina jolie walau sekadar dlm pic. ahh dulik!! heheh. btw, i dah mmg komfem CINTA MATI sama #bokitta ok! tgk i pakai. molek je kan? Bokitta ni jatuh no.2 tudung TERPALING SENANG nak handle after tudung serelum i.. huhu ::

:: ni lelangit(lelangit peginya?? hahah) kat lobby. Semua pun nak kuda! ::  

:: Suami serious checkin tuk bini dia..  :: 

:: nyenyambil kita selpiaq kat lobby..  mmg kuda sesaja je ye lambang, logo... ::

:: bertabah la koang.. kira qada' smlm tak hapdet.. Mesti ada yg rindu melalak2  kat bucu pc kan kan kan?? mana lah kakak esah ni tak update2... gitteeww.. elehhh ego nak ngaku! 😎 :: 

:: Pic ni i up kat fb.. bedah kata mcm pempuan arab.. dia nak nganjenn i sama mcm arwah kak pah lettewww.. 😡 ::

Jom explore deluxe room @The palace of Golden Horse(TPOGH).. 

:: Queen size bed..tilam,sumpah tilam umah i lagi hempukkk wooo ::

:: suka nyaa kat wallpaper dia.. klasik! ::

:: furniture dia mostly dah oldish..  over 20years dah TPOGH ni.. ::

:: ada sofa bed tepi sliding door. ::

:: Bilik ngadap swimming pool. Quit big juga pool dia..siap slide bagai... tapi apakan daya, i mmg tak berapa nak bff dgn swimming2 di tengah2 panas cenggini.. baik i membongkang tdo ngadap tv.. ::

:: nampak tol di kejauhan. tol besraya yg i lalu hari2 nak g opis. ! leh imejin betapa dekat jg hotel ni ngan umah i kennn??? ::

:: toilettries by hotel. I mmg jarang sentuh toiletries2 hotel. sbb i bawa sndiri i pnya. Sekali sekala guna juga shower gel dia buat basuh2 tangan... ::
 
:: Besaq lebaq washroom dia.. masih ada bath tub. ni dapat kat family ada anak kecik, molek lah kan.. buh sabun byk2 biaq depa berendam. sambil mak pak buat urusan orang dewasa. ehem.  i mean solat berjemaah. Alhamdulillah..  😈 ::

:: pintu sangkut towel tu shower room pulak. ::

:: kuda atas kepala jamban.. jgn ngendap taww! huhu ::

:: org dulu2 bilik ayaq besaq2 sbb senang nak nyental berus baju.. laa ni tak perlu lah kot kan?? ::

:: complimentary coffe tea bar. ::

:: closet/wardrobe :: 

:: lampu tidur pun buh kuda. tayah p disney2 susah2 nak tgk hotel semua pakat ada tikus(mickey), mai sini..kuda lagi depa bagi! huhu ::
 
:: Landskap laluan dari bilik to lobby.. ::

:: wall of fame.. org kenamaan, sultan2...byk gila pic depa..dari zaman Sultan Salahuddin jadi agung lagi... yela dulu sini kan Tun M pnya.. opposite hotel dah kelab lumba kuda.. kediaman Tun M pun dalam kawasan ni. eh ramai je VVIP stay around the mines ni.. :: 

:: darling i completed dgn baju keje lagi. ::

:: ewah cakpong2.. ::


:: Ni pepetang lps suami abis keje..solat asar, and keluar cari makan.. ::

:: Kat lift je pon ::

:: Paling dekat p the mines shopping fair je  la...pekena teh tarik kat Teh Tarik Place... pastu pusing2 the mines, membosan masing2! apa je nak buat kat situ??? Pusat boling pun dah katup..ke renovate tah... terus keluar jalan2 naik kete, sampai ke cheras sana! ::

:: Apa je nak buat kat sini kan???? nak pusing2 hotel?? pnya lah bergelap! sunyi sepi hotel nya.. weekdays agaknya! bergolek2.. layan wifi..layan tv.. pastu pagi2 buta(pagi tadi) dah bangun,siap2 checkout! sampai KL awal sket dari biasa, sbb potong separuh dah jalan.. ::

My review about TPOGH..

1. Duluuuu mgkin dia gah. segah namanya. Nak2 pada zaman Tun M. I tak tau apa kena mengena Tun M dgn sini, tapi faham2 je lah kan? dah la rumah Tun M sendiri, mmg dekat2 sini... kalau naik cruise from The mines shopping fair tu mmg ada la terlalu2 jg dkt area umah Tun M nunn.. 

2. RUNDOWN already!. Kena refurbish la.. furnishing, specially the carpet! dah buruk ye! and busuk sbb kalau basah sikit terus jadi kepam kan?? I realize skrang mostly hotel2 tak pakai carpet dah.. semua pun buh tile yg kilat tu..senang nak maintain agaknya. Unless kalau 5-6 star hotel, cara diorang maintain mmg lain mcm! Katil,  wardrobe, drawer semua dah silam sgt sifat dia!

3. Landskap dah sendu! Kurang maintainence.. When u decided to hv a huge landskap, exactly u MUST have a proper maintenance! if not...dari nak nampak cantik, terus jahanam nmpk mcm taman rimba alam tah mana2.. itu yg terjadi kat TPOGH.. 

4. Food & Beverage dia i langsung tak engage! Semua p makan luar. Tau je la kelaku kami berdua ni, semacam fobia makan hotel ke cemana tah. Unless hotel yg betul2 famous f&b dia.. ::

5. Horror parking basement! Makkkk kemain tak berjaga ok parking dia. Dah la lampu malap2.. lantai becak2..i syak hujan je masuk air. pastu kotor..dgn daun2 kering. eh dh mcm Misteri Rumah Tua ke cemana ni?? kata kalau i yg kena kursus sini soang, mmg komfem i pakai car jockey je! gugur baik la bebuluss nak membayar, i sanggup!!! 

6. Sunyi sepi tak happening langsung! Again mebi weekdays..weekend i tak sure.

7. To those yg ada duit lebih, cuba la rent bilik yg best2 sikit.. any suite theme ke, penthouse ke.. sometimes, mmg big different jg mngikut jenis bilik. I rakyat marhaen ni, mampu takat duk lowest types.. sbb tu rasa cam tak best sgt kot kan??? sapa tau, kot korang duk kat any suite, mcm duk dalam istana(palace) ken ken ken??

Cukup2 lah i mengata kat dia kan?
heheheh. mcm kan tadek baik nya.
Ada la jg.. such as kalau nak privacy ke apa. ok la.
Sbb dari lift ke bilik kami smlm tu pun dah kemain jauh.
Leh renti 2x sap2kok dlu, baru leh terus jalan ke lift.. 
So leh ajet lah cemana PRIVACY nya sgt kan??? 
Then interior dia kalau dia menten elok2, lawa la jg,
Tgk la wallpaper dia pun dah mcm class & classic kan??
Kat lobby dia pun lawo.. mengerlit2 laa dgn warna kuda2 emas bagai.
Ada je baik dia..tapi kalau nak suh i mai tidur situ lagi... NEHI KABI NEHI yeee.. 

:: Pic from google. Ni the lobby exactly look.. Lawo kan?? ::

:: Grand saloon lobby lounge. pic google ::

THE PALACE OF GOLDEN HORSES 
Address: Jalan Kuda Emas, Mines Wellness City, 
43300 Seri Kembangan, Selangor, Malaysia
.: MUCH LOVE 💋:.