Tuesday, February 07, 2017

JUMPE PORT BARU MELEPAK @DPULZE CYBERJAYA..

3 comments :

Assalamualaikum.

Hari ni I ada PET Scan session.
Kemungkinan MC or if not, i will take a leave.
Then Rabu (8th feb) i mmg amek cuti.
I tak pernah lagi doing PET scan, so tak sure cemana procedure and side effect dia.
So suami suh amek leave siap2. Incase i tak larat or apa2hal i boleh rest.
Maybe i tgh berehat2 kat sinunnnn(dekat2 jer).. huhu.
Khamis pulak mmg PH for Thaipusam kan?
So kita live back jumaat la ye.
Ni Auto Publish entry.

Macambiasa...
Cerita weekend kita...
Kategori blog ni pun...ala2 online dairy.
So moh la kita jot down thing happend in our daily life..

:: Sabtu pagi p bfast kat Semenyih. Pekena Laksa Johor yang mabeles.. Food kat sini mmg sedap2.. tapi i biasa layan bfast dia. Weekend kan i jarang ada kat umah. huhu. Ada mcm2 wooo. laksa johor, soto, lontong, lauk pauk pagi2 dah ada.. roti canai dia sedap giler kot?? so sapa2 ada area bangi, kajang,semenyih yg dah buntu tak tau bfast mana..boleh try sini. 👇

Landmark : opposite Pizza Hut & KFC Pelangi Semenyih nunnn...

Dah bfast..balik umah layan korean 1-2 episod.
Pastu gerak pi umah MIL...
Sampai2 umah MIL diorang dah nak lunch.
Langkah kanan... terus joint makan.
MIL i ni berprotokol sikit(tapi x la sehebat MIL ziana..hahha).
lepas makan kang, ada cuci mulut..dessert buah...coffe/tea..

:: Ni pic curi2..aje gilerr i nak mesra2 snap2 pic dpn MIL i? hhahhaha. tu biras I..suami SIL i... ni lepas lunch, terus hidang teh o jalang... jalang tu sbb cair..and tawar je.. nipisss giler gitto.mana tak MIL i berat 45kg je...nak banding dgn kau,esah?? hahah. kalau kat umah mak I..meja makan tu tak pernah kosong. hahahhahah. kalau melepak menyembang pun mmg kat meja makan. kadang dari bfast membawa ke lunch. tak reti2 bgn! sambil bergebang, kang jerit la mana2 adik bujang yg kebetulan lalu kat situ.. "kak, bancuh kopi jap kak".. nasib la sapa jadi mangsa..kakak2 abg2 kau bz bersidang ni.. jgn melawan ye. kang potong elaun. haaa gitto ugutan dia. hahahha. xpela, org kata lain padang lain belalang kan??? dua2 pun mak kita juga.  :: 

:: Balik dari umah MIL, suami singgah jual sokabar lama....::

:: dapat la RM18 riban! hahhahha. 18 hengget kau! berkilo2...RM18 je? dalam tu punya ada mcm2 cerita... hahah ::

:: Malam minggu, ada game Chelsea vs Arsenal. Rumah mak tu ramai Arsenal & M.U fan.. manje i soang je tersesat Chelsea... so i kena sokong dia tak berbelah bagi... tapi tu laaaa..mana mau nyaaa i stay dpn TV tgk bola?? baik i masuk bilik..on ekon, ajak budak2 ni lepak... suh diorang sikat rambut i..picit kaki i..baru i upah tgk You Tube..hehehe ::

Pagi Ahad tu..mak ayah and yg lain2 semua ada program.
Hari hijau la...dgn mak nak p check mammogram percuma la.
So moh la kita pulang ke gagang.
Kat umah mak tadi dah masak bfast bihun.Tapi i tadek selera.
Dah start perut tak sedap pagi tu.
I nak layan Egg ben Coffe bean, terangau2 dah..gagah suami i search cari mana yg dekat.
Kat IoI city mall ada..tapi suami kata dia nak ajak p cyberjaya...
so we found new lepak2 port!
it's De Pulze Cyberjaya!!!!

:: apa2hal tuju Coffe bean terus...  ni suami pnya..dia makan raspberry scone & Hazelnut latte as usual lah pon! dia dah makan bihun mak kemain byk..so kenyam lagi.. ::

:: lama tak layan scone..i tggu je dia settle spread butter, i nk ngecak sikit... hahhaha.. ::

:: my other half... mr zakk ::

:: kesayangan I... egg ben. with black coffee .i kalau pagi mmg akan cari black coffee instead of flavoured coffe .. ::

:: best nya dapat melepak kat luar2 ni pagi2.tgk kedai buka. tgk ragam orang ramai..lalu lalang..::

:: mcm ni lah gaya kalau kak jah menyembang..abis smua tangan bertereban sana sini..::

:: tersandau big boss... ::

:: I up status ni kat FB... pasal naked face.. alhamdulillah ramai je kwn2 kata IM STILL LOOK OK EVENTO WITHOUT MAKE UP..hahahha. elllehhh tu pun nak cete! biarrr aa..hahhaa.. i mmg femalas tahap gaban nak tepek2 bedak,litik bagai. eyeshadow, maskara?? lagi lahh waalaikumussalam je jawabnya!!! Alhamdulillah setakat ni tadek la i low confident ke without it! cuma kalau p opis, kita kena ada attitude sikit la. bedak and litik it is must! kurang2 ada la beza rupa p keje dgn time santai kan?? pada i THE MOST IMPORTANT is... the way we bring ourselves! cara pakai tudung.. cara kita gayakan baju, cara berdiri. berjalan. bercakap. bergurau. bila org face to face dgn kita, org rasa comfort..happy. tu lagi bermakna! bila kita pandai bawa diri kita pada tempat yg betul... apa je kita buat menyamankan orang.  gambar2  semua ni still. batu. takde jiwa! so let's come and face me infront2...hahhaa. ni english tahap brainy bunch pun rasa nak katup la la tu juga! hahaha ::

:: ni setepek bedak pun mmg tadek ye! sungguh pun demikian, i takde la kondem geng2 yg rajin mekap. of course la i terkagum2 jg..betapa gigih and gagah nya mereka kan?? i kan.. siap senangg sgt!!! semua stok sarung2 je.. sambil jalan pun leh serlum tudung...and tadaa...im ready! i penah confrant dgn suami I. "Abg tak kisah ke sayang sempoi2 camni je?". dia kata dia SANGAT OK. buat apa nak tayang kat orang? sbb bila kat umah,muka i remain maintain mcmtu je. tak berubah with or without makeup. and once i take out tudung, lagi dia suka..sbb dia sorang je leh tgk i dlm keadaan mcmtu. dia tamak and dia cukup happy. mebi mudahkan dia,tadek la berjam2 i bersiap or moody kalau tudung herot ke apa kan?? wallahua'lam.. ::

:: dah minum tadi, pi cuci mata kat SSF.. woww sgt tawww brg dalam2 ni.lama tak mai sini.... tu wing chair dia tu... meleleh2 ailio i tawwww... tggu i main kutu RM500 sebulan.. i sambar u k! :: 

:: pic ni tuk mek..aritu dia cari tuk mak dia..tapi rege dia almost RM150.. hehhehe mek msti tanak kan kan kan? hehe ::

:: otw nak p parking singgah beli fresh fruit juice.. nak kasi cuci perut. dah mkn mcm2.. ni i amek yg IMMUNITY juice.. campuran raspberry + orange and watermelon... best sbb no sugar added.. RM14 je. kalau buat sndiri?? walau sekadar nak membayang kekecahan yg bakal berlaku pun i tak sanggop nak! ::

Btw.. to those yg nak rasa angin baru dalam new mall..
leh try datang sini.
i rasa ramai je yg dah tau..i je yg tertinggal ketapi.....huhu
 
DPULZE CYBER JAYA
 Persiaran Multimedia, Cyberjaya, 63000 Cyberjaya, Selangor, Malaysia

:: Kol 4.30pm baru rasa lapar. hujan kat luar selebat2nya. I buka freezer, tadek lgsg lauk2 basah. I mmg saja tanak beli pon. kang bila beli... i tak masak. so masak bahan2 kering je. soohoon telur.. sambal sardin n ikan masin tenggiri. suami i makan sampai korek piyuk. i makan suap2 mcmtu je..dah mula nak demam ::

:: Maghrib suami i p solat kat surau. i kan off solat. sambil2 tgk tv..tertengok cerita BEST 10 pasal kueytiaw..terus i mengidam kueytiaw. msg suami minta tlg sggah belikan char kueytiaw dkt area umah I.. stiap kali i send msg, i dgr bunyi vibrate.. eh suami i tak bawa phone ke? i cari2 ..takde plak hphone beliau.. i try msg lagi skali..pun dgr skali lagi bnyi vibrate.. bila suami i balik, soheh dia ttggal hphone kat celah sofa! tapi suami i kot kan? mau dia tak tunai kan hasrat tekak bini dia ni?? siap up fresh oren ikat tepi lagi! sbb tu i kata kat dia..kalau kat syurga nnt(ameen), i masih nak dia jadi suami i... chiaaa.. kemain pikap line kau!! eh doa tuuu AMEEENN::
C U WHEN I C U!!
tatatititituuuuuu...




3 comments :

Jepun Mari said...

bab pokok sejemput tengah, sejembut atas, nak yg murah kat chow kit berlambak, tp tau la pokok jenis mcm mana, harga pun ikat tepi hahha

Anis Azalea said...

Koay teow Lawan dah try ke? I belums. Tapi laki cakap "u mesti tak suka." Haha.

Nur Aishah said...

anis : kat mana keutiaw lawan tu????? acerrr kabor...