Friday, December 09, 2016

WAS-WAS TENTANG KENCING

No comments :
Soalan;
 
Assalamu'alaikum. Saya ada soalan mengenai penyakit kencing tak lawas ini. Selepas buang air kecil saya lap kemaluan saya dengan tisu, termasuklah di dalam kemaluan. Selepas saya bergerak dan sebagainya saya lihat ada air yang mula ada dalam lubang kemaluan tapi air itu tidak keluar hingga keluar, ia cuma ada di dalam dan saya lihat tidaklah sehingga ia boleh keluar kerana hanya sedikit. Tapi saya was2 sekiranya saya basuh kemaluan dengan air, dan apabila basuh, maka air akan masuk ke lubang kemaluan, saya was2 air itu akan menarik air kencing tak lawas itu keluar kerana sifat air akan bercampur kan apabila bertemu air dengan air?. Adakah saya patut fikirkan tentang was2 ini atau biarkan saja? mohon dibalas ke amail ini saja insyaAllah.

Jawapan;

Najis yang dikira ialah apabila ia telah pasti keluar, yakni telah melepasi tempat keluar najis. Selagi ia belum keluar, belum dianggap membatalkan wudhuk atau menajisi pakaian (yang perlu dicuci sebelum solat). Oleh demikian, bersandarlah kepada apa yang yakin berlaku, bukan kepada yang hanya was-was.

Pendirian yang serupa juga dipakai bagi masalah kentut. Selagi tidak berlaku perkara yang jelas menunjukkan angin telah keluar dari punggung kita iaitu sama ada punggung merasai keluar angin, atau adanya bau atau bunyi, tidaklah kita dianggap batal wudhuk kerananya. Jika hanya was-was tidaklah membatalkan wudhuk. Terdapat hadis dari ‘Ubbad bin Tamim yang meriwayatkan dari bapa saudaranya yang bertanya Nabi –shallallahu ‘alaihi wasallam- tentang seorang lelaki yang ragu-ragu semasa sedang solat; adakah keluar dari punggungnya sesuatu atau tidak?. Nabi menjawab; “Janganlah ia keluar dari solatnya sehinggalah ia terdengar bunyi (kentut) atau mendapati keluar angin”. (HR Imam al-Bukhari dan Muslim).

Wallahu a'lam. 
 

No comments :