Thursday, June 16, 2016

IFTAR RAMADHAN 9 DI ME'NATE STEAK HUB BANGI & SEMALAM(15th JUNE) CHECK-UP WITH DATO' DR.FARIDAH

No comments :

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakaaatuuhhhh..
Haaaa.. completed salam I..sila jawab.
Kalau kat umah, sapa2 bagi salam mcmtu..
Nanti ada la yg menyahut.. "budak sekolah agama ke tu??". huhu

Semalam esah MC.
Checkup dengan Dr.Faridah pulak.
I skarang ada 2 doctor to meet up..
1.Dato'Dr Fuad Ismail; Oncologist (Cancer)
2.Dato'Dr Faridah Ismail ; Endocrinology (Diabetic)
Kebetulan pulak 2-2 pun dato'.. and share nama bapa 'Ismail'. :)
Progress kesihatan I...for cancer, Alhamdulillah.
Dah semakin menghilang sel2 cancer tu semua.
Cuma, still kena buat follow-up dgn doktor.
Kalau dulu 2 bln sekali kna jmpe doc..skrang dh jadi 3 bulan sekali.
Amalan dan supplement I masih teruskan mcmbiasa.
Sbb cancer ni can relapse at anytime(Nauzubillah).
Kita kena sentiasa bersedia tuk sebarang kebarangkalian yg memungkinkan..
at the same time... sudut positif tetap ada kan??
Alhamdulillah tuk semua ujian Allah.
Tanda dia 'nampak' I. Dia perasan I. So dia duga I.
Pasal diabetic..tada apa yg serious sangat pun.
But since i ada cancer, sugar dalam darah i betul2 kena jaga.
Nak2 metabolisme badan i dah drop teruk..susah nak hurai gula.
Harap baik2 je lah kan??

I nak cerita kisah kelmarin (Selasa)...
I half day hari tu. Ikut suami uruskan something.
Balik awal sikit dari biasa...
Singgah la Jaya grocerr kat Bangi Gateway nunn.
Hajat di hati nak beli lamb and chicken yg dah siap marinated.
Membayangkan..kang balik je senang tebarkan je atas magic pan...
Pastu bbq sauce semua dah ada...
Then berangan lagi ni, nak beli coleslaw kat situ and ada mcm2 side dishes.
Kat Jaya tu kan ada Jaya cafe... ala2 western cafe..
Sekaliii kann..tadek kooo yg marinated!
takkan i pulak nak merempah bagaii???
sempat pulak kang?? mana sedappp dan2 tu terus masak kan??
kurang 2-3 jam marinate baru sedap grill.. argghhh!! jahanamm ana funya plan!!
I kalau dh byg nak makan tu..nak makan tuu juga lahh.
tertutup hati nak makan yg lain... dah lama tak bergadoh dgn makanan ni! haaaa..jangann. 
Suami i faham dah kot..terus dia tarik tgn I.. "kita pi me'nate je laaaa".
Yes..yes..yes!! terus bersinar2 bola mata I.. ciiwahhh.

:: Bersemangat masak lauk sahur ...kol 6pm lebih dah settled masak, baru senang hati berbuka kat luarrr ...lalalalala ::

:: I up pic ni kat fb...Ain J kata "apa ke berserabut sangat rupa lauk kau?". hahahah.. i kata ke dia.. ni lauk orang pandai masak..dia apa tauuu?? :p. memang nampak ugly juga lauk soo-hoon i ni... tapi rasa dia.... acenggginiii. hahaha masak bodoh2 bladiful mcmni pun kemain bermegah kau esah?? hahaha. Pagi esok bangun sahur, kasi perhangat.. tambah ikan bilis + bawang + cili....perkhhhhh... ::

:: Kol 7pm sampai Me'nate.. I dah reserved siap2. I mmg TAKKAN walk-in tuk berbuka luar ye. mmg takkan! i dah byk pengalaman hidup.. berbuka di tepian longkang tggu orang abis makan baru leh duduk.. full house! tak sukaa!  and lagi satu..dah kenapa nama i dia eja AISAH cenggitu??? H mana? H?? I syak org indon lah kot. Sbb i mmg biasa deal dgn tailor ke bibik indon...msti diorang panggil i aisah. lelangit diorang mmg takleh nak sebut huruf syim' kot.. pffftt ::

::During iftar, kat sini buat pakej2 terus. Ala-carte pun ofkos boleh, tapi set mcmni more worth-it. Kalau datang 1-3 orang..diorang akan suggest amek pakej yg RM80/PAX. So ptg tu kami pun mendengar kata...amek je la set RM80/pax.. Nanti kat bawah i bgtau ..apa ada dalam set tu ye.. ::

:: Ni complimentary food dia. Bubur lambuk. Mmg sangat sedap dan mengancam terancam ok bubur dia. Lengkap berperisa..daging tak kedekut. ::

:: kuih 6 ketol.. ko bagi la 3 ketol sorang..tayah la minta pisau nak potong bagai...jaga kelaku sikit...ni bukan kat umah. hahaha. kurma, buah temikai. Mashed potato 4 scoop. Dah byk kali i bgtau kot..mashed potato dia sedap ok! sedap dgn sebenar2 sedap gittoo! Yg siap bersilang2 mayonnaise and honey mustard tu, coleslaw dia..selambakk dia bagi... ::

:: pastu mai pulak pasta..aglio olio and me'nate rice. sedapp nasi dia.. ::

:: Diperkenalkan..encik-encik steakssssss!! ada lamb,beef and chicken. Siap semua dalam ni! Jgn kata sikit ye.. sekeh pala jap gi.. banyak ok! banyakkk! portion dia besar2! Makan lah se-orgasma2 yg mungkin! eh me'nate pnya steak kot?? apa nak kata lagi ye dok??? ::

:: kita up 1 kali lagi pic! arrgh buat dahh... penuh mulut dgn ailio time taip ni.. hhaha::

:: Boiprend abadi.. ::

:: Pakai baju corak lembu I ptg tu.... Lembu New Zealand ok. lembu kampung mana ada tompok.. :p :: 

:: sampai je main dish, i tak nak toleh2 dah..walau suami jenuh panggil nak snap pic.. padahal i and bergambar mmg kembar dari dalam perut lagi... tapi tidak utk kali itu! haha ::

:: Baa bacakk la seround..kang sentap plak imam (aceaceaceace) i tu... bkn senang dia nk offer.slalu I yg paksa dia snap kan ..hahaha ::
 
:: So mcmbiasa... kalau u ols nak lepak Me'nate for iftar.. leh roger  no.kat atas ni k..better buat reservation.... bkn dia minta duit pun..::
   

Alhamdulillah kenyam and berbaloi sangat2!
Dia tak mcm buffet yang lain..yg melimpah ruah food spread dia.
Dia cuma bagi food yg mmg CUKUP tuk kita.
tak kurang..tak lebih...
dah la fine dining kan??? So i lagi preferred makan mcmni..
dari buffet yg melambak2 food. I jadi kecelaruan nak memilih. 
Lupa nak mention..air free-flow mcmbiasa lah kan...
Yang terpaling2 best is.. SURAU dia!!!
I pergi ni kat cawangan Bangi ye...
I makan sesudu dua..i dah rasa senak. Angin dah berkocak kot kan?
So..i naik atas surau dia..solat dulu. Biar perut reda sikit.
Lepas maghrib baru i sambung nyekik! 
Baru lapangg hati sket nak makan lepas solat!
Surau dia lapang....luas... bersih.... 
Memang I puji!! Kata lah tiba2 menderu orang nak solat..
still boleh tampung 30 orang satu masa... 

:: Ni pic appointment semalam. Kat sini nak p outpatient dia kena register siap2 kat bawah. eh KPJ pun sama. mana2 hospital pun sama lah kot. I dapat no.first! punya semangatt nk jmpe doc. hahaa. pssttt pakai siap dahh jam bufday.. hehehe. suami i pnya taste. I sangat appreciated ok. I kadang suka je pakai apa yg dia beli. baju ke kasut ke. walau kdg terlajakkk ke timur laut taste kami punya beza!. hahah. atleast i tau dia suka nak tgk i pakai mcmmana kan?? ::

:: Naik tingkat 7, to Dr.Faridah's clinic.. Sweet je klinik dia. wangii bau Lovely Lace.. kat sini pun i jadi peserta pertama! tahniah esah!! huhu. Jmpe doc and amek ubat... and terus balik umah mak;Ampang. Dapat MC. Sbb I tak expect habis awal.. i pakai jeans je. so celah mana nak p keje nya kann?? biasaa kat sini kan berjam2..::

:: Ni menu berbuka semalam. Iye..iye..i mengaku. Semua pun beli! hahaha. I bertolak dari umah mak dah kol berapa?? Sbb suami suh fetch dia kat LRT Sg besi. Mean, kena follow timing dia balik kerja lah! Ni ngam2 hidang, orang azan..cemana i nak masak..kan kan kan?? *kelip2mata*  ::

ALHAMDULILLAH ..DAH RAMADHAN 11 KITA HARI NI.
MOGA ADA UMUR TUK MENERUSKAN IBADAH SETAHUN SEKALI NI... 
AMEEN...





No comments :