Friday, April 01, 2016

HUKUM MEMAKAI LIPSTICK

No comments :

Soalan :

Assalamualaikum Tuan,
Saya dari Terengganu ingin menanyakan satu persoalan yang iaitu berkaitan pemakaian lipstik oleh wanita. Saya difahamkan setakat saya belajar dan ustaz-ustaz yang saya jumpa, setakat ini saya masih berpendapat lipstick itu haram.
Sebabnya Ia telah mengubah warna asal bibir seperti mengubah hakikat kejadian asal manusia. Ia juga dikira betabarruj. Akan tetapi apabila saya melihat para ustazah memakainya, hati saya tertanya-tanya, apakah hukum pemakaian lipstick itu?. Saya berharap tuan dapat memberi penjelasan yang penuh berkaitan masalah ini. Saya amat berharap penjelasan dari tuan. Sekian, terima kasih.

Jawapan :  

1. Memakai lipstik hukumnya harus, jika tidak najis dan tidak dengan niat mempertontonkan kecantikan diri kepada orang lain selain suami.

2. Perbuatan tersebut bukan sampai ke tahap mengubah hakikat kejadian asal manusia. Ia cuma warna dan boleh dihilangkan bila-bila masa,ia juga tidak kekal.

No comments :