Friday, January 15, 2016
HUKUM MENGGANTUNG GAMBAR
Soalan :
sy
ada kemusykilan...apakah hukumnya menggantung gambar keluarga seperti
gambar konvokesyen, gambar hari raya dan sebagainya..minta tolong
jelaskan
Jawapan :
Jika
gambar itu adalah gambar yang bersopan, menutup aurat dan tidak ada
sebarang imej yang bertentangan dengan syarak, insya Allah harus
dipamerkan. Namun hendaklah jelas niatnya; yakni bukan untuk
menunjuk-nunjuk atau berbangga-bangga, akan tetapi sekadar untuk
menzahirkan nikmat Allah atau anugerahNya, untuk memberi semangat kepada
orang lain atau sebagainya dari niat-niat yang positif.
Di
dalam hadis, Rasulullah s.a.w. hanya melarang gambar lukisan dan
patung-patung kerana ia menandingi ciptaan Allah. Adapun gambar foto, ia
tidaklah menandingi ciptaan Allah kerana ia bukan lukisan, akan tetapi
rakaman; yakni merakam kejadian Allah yang asal di atas kertas, maka
tidak timbul unsur menandingi kejadian Allah. Ada juga di kalangan
ulamak tidak mengharuskan semua jenis gambar termasuk gambar foto kerana
mereka menyamakannya dengan lukisan yang dilarang oleh Nabi. Pandangan
kedua ini menjadi pegangan ulamak-ulamak Arab Saudi. Adapun pandangan
pertama tadi, ia menjadi pegangan ulamak-ulamak Mesir termasuk Dr. Yusuf
al-Qaradhawi dan pandangan pertama inilah yang saya pilih.
Wallahu a'lam.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment