Saturday, August 29, 2015

LITTLE WHITE CAFE BANGI...

No comments :

Petang2 ni sangap nyaa laa haaiii....
Ajak suami chill2 kat luar.
Tea time. pekena2 sweet2 food one.
Tiba2 tingat Little White Cafe @Bangi.
Jom kita...

Ok la kedai dia.
Rasa cozy mcm kat rumah.
Siap ada buku2 to read.
And byk hiasan bunga ala2 English Style.
Food dia so-so je rasanya.
Or mebi ak order food yg tak kena kot??

 :: Choclate cake + Hot choclate + Latte ::

:: Chicken Pie. Biasa2 je::


Friday, August 28, 2015

SAFELY ARRIVED TO HILLPARK HOMES FROM NORTH TRIP...

No comments :

Jumaat, Kedah cuti.
Emi keje @Kulim Kedah.
Yaya(his wife) keje @Parit Buntar.
Sempadan2 je.
So emi cuti, yaya keje.
Masa kami balik, emi ada umah with Dhani & Fiya.
Babai2..cemolot2 ciked, gerak balik KL.
Singgah R&R Tapah, bli corney dog @A&W and sambung jalan.....
Kejap je dah sampai Kajang ok! About 12.50pm mcmtu..
Gila laki ak henjut bapa km/j ni abe weyy??
Punggah2 barang, dia p solat jumaat.
Ak pelan2 kemasss...
rest and rest till drop. hahaha.

Again kan.ak dah lupa apa jadi whole day jumaat tu?
Rasanya mcm masak. Arrghhhh...
enap is enap.


Thursday, August 27, 2015

LAST DAY NORTH TRIP- PADANG BESAR & PARIT BUNTAR

No comments :

Pagi lepas breakfast kat hotel, boleh perot muncit tp sexy i ni berkuak2 minta nasi kandaq langkawi?
Eh takyah tetanjat sgt ok. Sbb org Langkawi mmg suka bekpes nasi.
Duluuuu kan i slalu mai sini? slalu la org ittew bw pekena nasi kandaq UJI la..MAN la..
Tu yg pandai si perot yg gendut ni memintak2.. ngada ko kann?
sekali Nasi Kandaq UJI totop. Moh kita try Man Nasi Kandaq @depan mahkamah.
Bukakk kauu!! hoii meloncat2 heppi ni.
Amek lauk gulai ikan bawal, sotong telur sambai + telor mata.
Kuah campuq. perkkhhhh... suami x nak makan.
tapi ujung2 ngendeng2 juga.
Sedap kan?? ha tu laa kalau i cakap sedap. makna kata, mmg sedap.
jgn degil! hahahah.

Dah kebuntat mongah, balik bilik.
kemas2 and check out.

:: Tiba2 ternampak seketol kepala ketapi depan hotel ::

:: Kebetulan dekat nak merdeka dah ::

:: De Baron resort. Not bad. Nora bagi 3 bintang!! ::

Jumpe Sarah @Jetty Langkawi, pulang kete.
Feri kol 10am.
Sekali kannn masa lalu kat Kastam, kena tahan kauu..
dia tgk laki ak tolak troli mcm berbondong2 pastik beg ken...
Dah la tido semalam je , mean less than 48hrs.
So mengadap la byr tax ye! gggrrrr.
Sebaik dia kawteam gitu2. kna RM50 je.
still rasa rugi kan?
i pun forgot tawww tentang ni.
Selalu i dtg lgkawi kan..x penah kurang dari 2 malam! Sob2

Then naik feri sampai kola dlm kol 11, amek kete and shoot to Padang Besar.
Boleh tahan jawuhh woooo.
Dah la scary ok jln dia.. kosongggg..hutannnn...
siap lajak2 nk masuk check point Haatyai.hahahha.

Kat Padang Besar menyoping jersi laki i and tilam yg dia idam2kan tu.
Dapat juga dia tilam thailand tu. Dok pikir kalau tetamu datang, boleh bentang.
buat golek2 dpn tv.
I beli menan anak2 buah kecayangan and i borong brooch.
Tu je. Singgah makan somtam lepas tu jom gerak!

Ke Parit Buntar(Umah Emi my brother) pula kita.
Emi ni jarang2 balik. Jauh kot kan.
So sapa2 yg mai utara, mmg akan sggah ziarah depa anak beranak.
Benti kat R&R mana tah(adoii teruk betul daya ingatan skrang. xda plak penah order semut masak kicap ke, sup semut ke hapa! faktor usia ni ak syak! gggrrrr)  sggah beli burger @Kiosk Ramly Burger.
About 5pm sampai sudah umah Emi.
Tidur semalam. Tidur atas toto. Menangis2 sakit badan haku mlm tu.
Dah jgn byk songel. Kata nak ziarah kann....




Wednesday, August 26, 2015

3RD DAY NORTH TRIP - LANGKAWI

No comments :

Day 3.
Alhamdulillah masing2 dah recover.
Pastu gatal  tiba2 nak masuk Langkawi. Hahaha
Eh Jeti dah depan mata nok!
Menggedik2 kemas beg n park kete kat parking Jeti.
Kena bayau RM15 tuk 2 hari.
Covered park. Ok lah kan?
Dah bli tiket feri semua, naik feri kol 9.30am.
Lengang tak berapa penuh.
Leh la duduk dlm feri sambil peluk2 laki. nyum2.
After an hour dah selamat sampai Langkawi.
Apaaa?? Langkawi again?
huhuhu.. bulan 5 aitu baru masuk Langkawi.
"Dgr sini org2 Langkawi sakalian! hampir 20% pendapatan pelancongan anda adalah daripad saya ok!!"
*sambil berdiri pegang haler.  Haqhah..

Tadi pagi dah deal siap2 rent car from Sarah.
Dpt Myvi rm60 perday.
Kereta2 Sarah mmg elok2 baru2 wangi2.
Teman x sior nak menyewa kete2 kat jeti nunnn.
Tahap kena kayuh mcm cete Flinstone. huaaaa

Dah dapat kereta, p check in siap kat De Baron Resort.
Amek deluxe room sbb rest btol2.
Letak2 beg jommm p mail grup!
heppiinyaaa *goyang2 montot*!
Lebiu so much la my darling moling ni.
Dia sgt supportive bab beli membeli pinggan2 mangkun ni semer.
Kali ni borong set buffet kaca yg cun! kaler merah lagiiii!!!
Pastu borong cekelat kemaen banyak.
Siap ada CC kat office kirim.
Hamek RM500++ cekelat sahaja.
Nampak,nampak... byk kan sumbangan kami kepada ekonomi langkawi? huhuh

Settled soping p lunch kat kedai nasi campur peberet area airport.
Igt nak makan otak2 nyok @WanThai. Tp postpone dlu.
Kita pekena sotong bakaq kat area airport tu.
kedai ni dah la laukk bykkkk..sedapppp..pastu air free ok!
bukan free flow..tapi totally free!!
Dia akan buat 4-5 jenis air + ais kita kna ceduk sndiri.
sirap,anggur,sarsi ,teh o,asam boi bla bla.
Hoii being me yg hantu air mmg heaven laa!!
makan secoet, air 2-3kali tambah.
Eh kesah ke?? tak kot..sbb dah bli cekelat byk.
tuu kna tax lg dgn kastam...(tu cete kendian.huaa)..

Selesai lunch, balik bilik solat and rest.
Later keluar pulak pusing2 langkawi.
Sampai ke cable car sana.
Singgah Telaga Harbour. Posing2.




Balik singgah pekena LAKSA IKAN SEKOQ @airport.


::korek apa tu bang??? ;p ::

Lps Maghrib repeat p Mail Group lagi.

:: Tempat wajippp mai kalau hang mai sini nohhh::

Nak beli cekelat yg kwn kirim + topup cekelat tuk family Ampang.
Sempat sauk minyak urut panas and gelang comel ada tulis Auni for auni la :)
Dah tu je. x singgah makan ke apa. Sbb dah kenyam makan laksa ptg td.

Nunyte Langkawi. Pulau Cinta saya dahulu tapi tidak kini.
Gitttooo motto eh dah betukau.hahah




Tuesday, August 25, 2015

2ND DAY NORTH TRIOP - KUALA PERLIS

No comments :

Bangun pagi, rasa reda sikit  and having bfast @hotel buffet.
Not bad bfast dia. Lpstu suami tanya nak balik KL or nak teruskan journey to the north??
I kata OK. KITA JALAN TERUS.
Kata darah puteri hang li poh kennn?
membuak2 jiwa satria menentang penyakit.haha.
So ke Kuala Perlis kita...
Adoii lupa ingatan guer, otw tu ada singgah makan ke tak?

Yg igt,sampai Kola Pegherlis terus chckin Putra Basmana Hotel.
Dekat nau2 dgn Jeti Langkawi.
Dah checkin2 boleh laki bini membongkang tido?
Letey perjalanan kot dgn badan masih demam2.
Sedau2 kol 3 lbh menggelupur lapor.
Masa nak cari kedai makan, masing2 terpeghak2.
"eh ni pehal weekdays tp mcm smua tdo dlm umah ni?? tak keje ke doang ni??"
spanjang2 jalan tu sepi. kete-motor bley kira.
Huaa kalau KL gini, berak pun gua balik umah! *

Time ni suami i plak demam terok.
Tahap i yg kena drive!! can u emejin it?
kalau dh sampai i kna drive, mmg hazabulillazi lah tahap demamnya!
Dia makan2 pastu muntah.
So lets la balik bilik dan rehat balik.
Wahhhh best gilerrr percutian kayak gini dong mas!!!
bek duk umah. hahhaha.
i pun sama naik la tdo. mentelah masih demam2 anje2 lagi kan.

Maghrib baru bgn solat and mandi2 semer.
Agak OK la condition kami.
Jalan kaki p makan seafood.
Dapat makan sotong celup tepung Kak Lynda tu wey!!
yang slalu kak Di dianaishak.com tu sebut2 tu.


Memang setappp laaa sotong diaaa.
tp i masih x leh makan. cuit2 gitu.
Again, saka suami segar plak mlm tu.
Leyychenn dia sapu makan.
Elok jg x membazior!

Dah kenyang kan?
Moh la kita balik bilik sambung agenda 'cuti2 tido' kita.
yippiiiii...



Monday, August 24, 2015

1ST DAY NORTH TRIP - TAIPING WITH LOVE

No comments :

I is demam ols back from Kursus Stor smlm.
Gila menggigil tak berapa boleh bangun and flu teruk!
Lepas mendobi & unpack barang2, i melepek je kat sofa.
Terbongkang depan tv.
Suami i dh tertanya2 jadi ke idok trip ke utagha ni??
Eh lupa nak kabor..i cuti panjang.
Almost 2 weeks.
Followed husband i yg sedang Core Leave.
So mmg dari asal plan nk round utara.
Sambung cerita....
Lps Zuhur,tiba2 rasa LET'S la. Dok baring je gini pun makin lemau.
So pelan2 packing baju and menyandau la i kat sebelah supir kesayangan i ni haaa..

Sepanjang jalan start gigil2.
Tapi ku tahann jebat. Sbb xnak spoil kan mood somi i.
Suami benti kat R&R eh ke apa eh nama dia kat Simpang Pulai tu?
Yg ada Mydin tu? RTC kot eh??
Suami solat ( I off solat), i duk mnum fresh orange panas.
Hujan time ni. Ya Allah sangapp nya badan ni.
Sian suami i takda mood demam2 ni.

Then i suggest suami pekena Mi Udang Mak Jah,Kuala Sepetang.
Dia x penah rasa. Sian dia.
Licin boliaauu suami menghirup.

:: Mi ketam + udang..sedap angatt..biasaaa ia tuuu!! ::


:: bihun goreng udang + sotong ::



I makan 2-3 suap dah stop.
Demam kata kau. Kalau sehat, jgn kata abis.
Siap mnta meja sblh yg makan tak abis utk elakkan pembaziran lagi. hahhaa..
Dah kenyam, we heading to Taiping.
Mmg plan nk tdo Tepen.
Checkin @ Flemington Hotel betul2 dlm Taman Tasik Taiping.


Hotel dia ok jg la. Tepen kot. what do u expect??
Hilton? Concorde? Le Meridien? Kemsalam waalaikumsalam je lah.
So masuk2 je bilik..mandi, makan ubat and start shaking.
sejuk demam selsema mnggigil bagai.
Pakej meracau2. Huaa demam bebetoll ni!!!
Suami pandai2 bawa diri. Siap leecheen dia sapu bihun udang+sotong yg ak tak abis td.
Tdo pun skjp2 bangun.
Tasik Taiping tu kan mmg kawasan paling lembab dlm Malaysia.
Dgn hujannya, mmg bertambah2 demam haku. :'(



Thursday, August 20, 2015

PHARMANIAGA TALK @THE ROYAL CHULAN, KL

No comments :
DILULUSKANHari ni ada Pharmaniaga Talk @ Royale Chulan Hotel.
Beramai2 lah kami menaiki kekura HKL to there.
oii bas dia kontot n sempit..american size mcm i ni, mmg hazabedah la nk menyelit.
Demi tugas ku gagahkan juaaa...
Last year x dpt attend sbb honeymoon.yeay! HAHAHA..
so tahun ni , must attend lah kan.



 :: Mek Ani @Pen.Akauntan, my jiran sebelah meja ::

 :: Sohabat se-EO halalan thoiyyiban, Ain J.. huhu ::

 :: US. wakil Seksyen Kewangan, Jabatan Farmasi. Suzi, Mek Ani & Nora Danish ::

Kalau talk dgn pharmaniaga semua gedik2 nk pi.
sbb royale chulan kot?? tau kan makan dia cemana.
tiap 2 jam break for meal. eh dah kenapa nk bodek kami dgn food ni? hahahha
but being me..errr sorry ampun to say... i xda la suka pun makan hotel2 ni.
its just a bout variety not the tasty.
eh tak heran sgt lah kot.
Jump to story, masa lunch..mmg i makan 2 benda je.
1. kuew tiau kerang yg dimasak panas
2.carbonara yg dia masak jam2 tu yg sgt setapp tahap terajang meja komputer weii!!
thats it. takda topup2 makan apapun.
x kesior sgt org perok kata.
tapi happy for buddies2 lain la,yg enjoy the food till drop. hahha.
seleraaa je tgk doang mamam.

Habis lunch about 2pm++, suami fetch @Lobby.
Sbb ada hal. tak balik office balik.
meanwhile, tatatititiu kura2 HKL yg pfffftt sempit ittew. hahaha


Friday, August 14, 2015

JAMUAN RAYA KELAB FARMASI, HKL 2015

No comments :

Jemputan Jamuan Raya by Kelab Farmasi piula.
Berbondong2 bergerombolan lah kami naik ke Bilik Mutiara yg sekangkang kera itu utk berhari raya bersama-sama seluruh warga Jabatan Farmasi bersempena Idulfitri 1436H tahun ini.
MHI sgt ayat kau esah! hahaha.
Seperti yg dikhabarkan tadi, bilik mutiara tu mmg la sgt sekangkang kentut.
So silakan makan sambil berlaga siku,lutut dan peha kiri & peha kanan kapit rapat2!
Makan suap cepat2, jgn kau tersuap mulut org sblh.
Takut dia tak makan pedas mcm kau! huh!
lpstu cepat2 la berammm(bossss) sbb kau bkn size korean nk bersenang lenang nyembang dlm tu.
Sekali kau kepak je mau tertutup muka 2-3 org sblh kau.
hahaha.


Kemain halus tersepit celah2 pokok budak baju biru tu. Hahahaha.
Semakin haibat skill menyorok dia. biarrr aaa..dengki letteww :p


Sunday, August 02, 2015

OPEN HOUSE IDULFITRI 2015 @HILLPARK HOMES

No comments :

Syukur Allah beri kesempatan untuk kami mengadakan Majlis Doa Selamat & Jamuan Raya.
Dapat berkumpul keluarga kedua2belah pihak, sahabat taulan dan jiran tetangga.
Harap2 murah rezki, pjg umur untuk next raya.














:: Ini imported from Chef Melah;My Mom. Dapp nyaa lahaiii::

:: Tuan Tanah Kedaung ::

  


  
:: Bestpwend, mak iti ::

:: Ayang, Nora Danish & Yan Pa'in::


:: Abg Azzam Vespa Merah::

 
:: Sedara mara belah mentua.. :: 

Alhamdulillah...
rumah katup about kol 11pm.
Berdua laki bini mengemas sampai leecheenn..
Esoknya (Isnin) kami kerja mcmbiasa ye..
pinggang lagi 2inchi je nak tanggal! huaaa



PREPARATION OF OUR OPEN HOUSE RAYA

No comments :

Kami mmg berhajat nak buat open house sekalian dgn doa selamat ala2 house warming.
Sekali harung,senang kan?
bincang punya bincang, date decided : 2 Ogos 2015(Ahad)
and  guna catering Kak Ita.
Same caterer time bufday Adam,anak Ain J.
Menu utk minum2 ptg2.
Since buat lps Zuhur dlm kol 3pm kan. So menu simple2 je.
1) Soto/nasi impit/bihun/begedil bagai
2)Mi kari
3)Roti Jala
4)Rendang Ayam(Mak masak) + nasi impit
5)Tauhu sumbat
6) 2 jenis kuih
7) teh tarik/sarsi
8) Buah

Asalnya nak buat 1st Ogos(Sabtu).Konon ada la rest ahadnya.
Tapi sabtu smlm nya ada kenduri kawen Ain,anaknya Makteh @Shah Alam.
Mengalah la kami mengenjak date ke hari Ahad.
Kami mmg preferred Saturday,sbb ahad nya boleh rest.
Then tak pela. Itu perancangan kami, yg menentukan..DIA jua kan?
Syukur Alhamdulillah suami saya jenis yg ringan tangan.
Senang..sap2soi tolak2.sapu2.mop2.settled!
I byk settled kan bhgn dapur.
Dah santakkan semua perabut ke tepi..wahh luasss juga hall kami ni.
rasa lapang n free je. Huhu.
Marilah kita mengabadikan perit jerih menolak engkoang ni semua,ke dlm blog mak esah.
weeewittt...
rumah sekangkang kangkang auni je pun.
Berani letak pic sini, sbb bukan ada pun reader!
*goyang2montot*.
wakakakakkaka..
again takda niat nak show off ke hapa tau.
ni sekadar kenangan sendiri-sendiri.
sbb blog ni buat masa ini takda reader dah. 






 
 :: dining area @ dry kitchen::


:: fav spot! bajet rajin masak. puii. hahaha::

Sat2 g update pasal open house plak ye...
dah mcm onggila ckp snsoang ak ni! hahahhahaah...
emang dasar syok sendiri!!! :p