Tuesday, May 28, 2019

HAPPY 1ST BUFDAY MENTAYANG CIKNYAH ; MUHAMMAD ASYRAFF HADI !!! | CERITA IFTAR DI LUAR WITH MY BELOVED FAMILY

No comments :

Assalamualaikum.

Ya Allah kaputnya mood nak ngedet blog skrang.
Nak2 dah ada akaun netflix skrang. K-drama sesaja la sis! gagaggagaa.
Salam Ramadhan ke 23 sahabat2 sekalian.
typical statment goes to.. "wahhh cepatnya masa berlalu!". gitooo.
Next week dah nak raya...
Btw, ni kak ajah ada selpiaq seketui pagi td dalam qeta.
Sampai KL awai before 7am.
Nak p minum kang , tak pepasal naik van jenazah.
So lepak dlu tepi2 parking medan selera.
Suami sambung ZZzzzz kat sebelah.. while i terbangang2 tak tau nak buat..

:: Selfie lah kita... igt kak ajah lg tak?? ::

:: kak ajah crops kasi perlebaq sket.. hahaha, Puasa dah nak masuk sebulan, tapi pipi tetap gemok. berat je la turun sket.. sket je la pun... takkan dapat cover bergemok di hari raya nanti! tsk tsk ::

:: Semalam 27 Mei... bufday anak jepun ni.. mentayang ciknyah paling bungsu (takat ni) Hadi. he's turn 1 years semalam. Alhamdulillah. Happy bufday baby ciknyah.. ::

:: masa cuti pjg wesak & nuzul quran baru2 ni depa balik KL.. sempat la celebrate sikit. Bebulan puasa ni semua pun say nehi2 to cake. Masing2 lapaq nasi kan?? ada tak ada settled dgn small cake bought from Pistachio.. tapi sedapppp giler ok belgian choc cake dia ni. Jgn dipandang enteng! jauh lebih hellokk dari hat yg SR semua tu.. padat, choc dia not tooo sweet.. Sis suka la.. ::

:: kemain menJEPUN muka adik ye.. ::

:: Sempena ramai2 balik, terus book KAW D.. iftar buffet lah kita ramai2. Main purpose pilih KAW D sbb dekat nau2 dgn umah.hahahha. tu je pun. And si hafiz mmg every year mai buffet anak beranak kat sini. tahun ni dia ajak beramai2.. ::

:: kol 6.20pm keluar rumah, 6.30pm dah tercongok kat kedai ::

:: melenjan selpiaq sampai abis kodak ongkata..huhu ::

:: bersusun kesayangan ciknyah.. sebab sepelaung je dari rumah, memasing sarung baju tidur je.. sebaik i tak buat pangai pakai kelawar je.. hahahha ::

:: moh intai2 food dia. To those yang tak pernah tau KAW D tu menatam apa.. KAW D ni ala2 mcm burger bakar abg burn yg patty tebai2 ..daging buat sndiri.. then the patty depa bakaq... hat ni la.. kalau hari2 biasa, mmg konsep ala carte la.. but since Romadhon, dia buat buffet.. 70% food here about western/italian.. ::

:: ciken, lamb and beef. semua ada.. kol 7pm baru depa siap masak. hot2 lagii ::

:: dappnya beef steak dia dgn mashed potato ::

:: carbonara dia punn kemain nak sedapp je kannn??::

:: hat ni pun tak ngalah.. si aglio olio ::

::  gravy..variety.. ::

:: side dish. mini burger, ciken wings ala2 korea, ada nachos, potato wedges. ::


:: atuk nenek kan tekak2 melayu termasuk la sis, so dont worry. ada jg section malay dish.. ada udang masak sambal.. sotong masak ijau bla bla.. ni model debab soang, kuruih soang huhu ::

:: sayur and ulam2...sentiasa panas.. tu yg best! i ni kan fantang sket makan makanan sejuk2. ish ish ::

:: eh mee hitam dia kan, sumpah wallah sedapp nak meninggal!! i fokus makan tu je..sampai tak usik food lain.. rugi kan?? nak buat mcmmana i mmg appreciate apa yg sedap je. gitoo ::

:: tu pinggan ber-mee hitam tu, i pnya la... huhu . by 7pm baru leh ambil food.. ::

:: nenek with geng JAWI ::

:: steady atuk. Ikutkan ayah bkn gemar nauu buka2 kat luar. Dia biasa lepas makan kang, masuk bilik termenung berejam2.. pastu mandi baru maghrib. But since dah semua pergi.dia ikutkan aja.. tapi tgk pinggan dia meriahh ols! dalam taknak2 tu.. hahahha ::

:: ada jg seketul gambar perantin ::


:: sesambil tggu waktu berbuka...dgr live band .. ::

:: siap ada live band.Hari tu kebetulan dah 15Ramadhon.kami duk request dia nyanyi lagu raya sesaja. Dia pun follow je. hahahha. syok! ::

Kat sini ada surau (tkt 1)..
dah makan, gilir2 naik atas solat..
pastu sambung makan sampai kol 8 lbh...
Ada baki a few days ni kot ada yg sesat ke Ampang..
Mmg recommended sangat iftar sini.
Sbb?
1) orang tak ramai. Sbb place dia mmg terhad. Selesa gila nak amek food
2) ni mmg speciality dia western.. so to those yang kaki western, mmg heaven in earth lah ongkata! 
3) affordable price. lupa nak kabor. price dia adult RM50 sahaja! kids below 12 RM25. Kids below 7, FOC. Senior citizen pun half price RM25!
4) Food spread dia lumayan.. and sedap2!!! 
5) air ada variety cold water plus TEH TARIK yang sedap hazab!!!
6) since dia very limited place, so parking pun easy je.
I advice u all buat booking dlu k??

KAW D AMPANG WATERFRONT
46, Jalan AWF3, Ampang Waterfront,68000 Ampang Sel.
017-3250244

Ok koang sis mampooo update ni je dlu.
Cerita mmg memacam ada!
pic pun berjujut.. yg takde cuma MOOD. sob2.
Harap2 dan i wish SELAMAT HARI RAYA seround before raya leave.
Apa2hal Maaf lahir batin ye ols.. 0-0 kita ye..

:: before quite..saja dok buh gambaq anak menakan pempuan che... NUR AISYAFIYA ROSE... tapi ampa tau dia suruh kami panggil dia apa? RAISYA. Ampa tgk dak drama Raisya lakonan Diana Danielle? dlm cete tu watak raisya ni mcm materialistik gilerrr la!! Serba serbi material! kak rose ni jenis suka berangan. skjp2 kang dia berlakon jadi model. sat2 jadi penyanyi. Pastu kalau konvoi ramai2 nak naik kete I ja.. pastu nak jadi anak ciknyah ja. sbb ciknyah kan suka jaa lanje depa mcm2 hahahhaha. bila pak dia kata dia mcm raisya, eh suka pulak! dia follow drama tu.. diana danielle tu kan cantik, budak2 bkn tahu hapa..Ni dia tgh IN ACTION raisya laa ni.. dgn gelang rantai manik2. hahhaha ::

Ok naaa...
callloo dulu..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 



No comments :