Monday, December 31, 2018

CAMERON 1ST CHAPTER ; KE CAMERON HIGHLANDS TANPA DIRANCANG SEMPENA BIRTHDAY SUAMI...

2 comments :

Assalamualaikum.

Last week, lepas buat CT Scan and check-up, 
Suami tiba2 ajak naik Cameron.
Dari hospital laju2 balik rumah... Lock pintu properly,
amek sweater and straight away to Tapah.
Baju2 lain mmg biasa dah ada beg dlm booth kereta.
Kadang2 plan tegezut2 mcmni yg buat lebih Kiki challenge!!
Dgn tak de hotel booking, proper itinerary etc.
Takpe, kita redahhh kasi pecahhh!

:: Kalau masuk je north hightway, tak sah ye tak singgah Starbuck Rawang.. dah jadi pe'el sejak kawen dgn suami. Pepehal, frap sehenjut, baru rasa happy je nak menyembang sepanjang perjalanan.Skrang dah tak menat letak whipped cream. Rasa mengganggu rasa.. ::

:: sambil2 layan suami, kita menggeletis selfie sana sini... dah lama tak pakai sunshade ni haa.. sadly, dia pnya lense coated tu siap ada terkopek sikit! hahahha. Aje mampos kantoi beli shade murahan.. huhu. Baru2 plan nak cari sunglass hellok sket, nak buh power siap2. Baru sedap sket pakai. If not, menyamar je lebih, tapi mata buta! kah! ::


:: sampai Bharat Tea ni dah petang sangat pun.. Singgah nak syisyi ja.. takde singgah2 minum ke apa. nak cari nasi kat atas..lapaq ketaq weii...::

:: baca2 review depa suggest makan kat Taman Apple Cameron... cerrr try sambal stoberi.. ::

:: sbb dah kebuluq giler, i layan nasi kukus ayam with sambal stoberi.. ::

:: Ni haaa sambal stoberi nya..ke serunding stoberi tah. boleh laaa layan.... sedap jg. tapi i buat ratah je.. nak makan dgn nasi, kenot go lahh! kacau rasa nasi dgn manis2 ni.. haish! ::

:: suami makan set kambing bakar. sedap jg. ::

:: Overall 3/5 je i bagi... masa i datang byk menu takde. even air laici pun takde. laici beli kat speedmart je kot?? tapi view kat sini, santek2. ::

:: u all boleh la try... tak la kejam sangat taste dia... ni area2 tanah rata.. masa naik cameron, kami lalu kot tapah. so tempuh Ringlet, Tanah rata dulu la. ::

:: Lepas je lunch, i terus ajak suami tea2 kat KHM Strawberry & Jam. Ni milik orang melayu.. pakcik pada salah seorang Hillpark residence. I baca dalam whatsapp group. tgk dia post scone panas2, gigil ok! so walau dah makan lunch, tetap nak singgah. Sbb KHM ni pun dekat2 tanah rata juga.. ::

:: Set scone and 1 stoberi pie.. dapat 1 pot tea(earl grey; my fav ever!) dalam RM21 sahaja ok! ::

:: Sedap yakmatttt la scone dia.. jem stoberi homemade dgn cream yg mild sangat.. ::

:: scone panas2, bau dia haruummm yakampun!!!! buah stoberi bertongkol2 dlm jem! ::

:: terlekeh2 makan ye bang?? huhu ::

:: stoberi pie yg sekdap gilerr! ::

:: time ni windy sangat..mcm nak hujannn..sejukkk gilerr! suasana dia mcm kat Kundasang! Makan scone sedapppp.. tea panas2.. refresh sangat! tapi kan, tetap la tak lawan scone kat Great Ocean Road, Melbourne. Tu kami berdua terpaksa admitted! but.. nak compare dgn scone kat KL cafe, setakat ni..kat sini mmg no.1! ::

:: ada ladang strawberry jg. can self-pluck ..eh tak koser kakak! dari kecik mmg mai cameron duk stoberi pluck, dah tetua ni tidak kuasa mak hencek! ::

:: KHM ni tempat dia mcmni. ni pic dari bawah.. to those nak try.. can waze : 

KHM Strawberry Farm
No. 9, Taman Sedia, 39000 Tanah Rata, Cameron Highlands


Dah kekenyaman mencekik nasi dgn scone,
laju2 naik brinchang and check-in.
I booked via agoda masa otw nak naik.
Booked terus bayar.
So dapat Nova Highland Resort And Residence.
Hotel ni betul2 sebelah Copthorn Hotel.
Last i mai sini, stay kat COPTHORN..
tapi kali ni dah fully booked.
Copthorn best, sbb dia puncak tertinggi kat Cameron.
Terpaling sejuk and view tersangat santekkk!
But Nova pun ok jg, dekat dgn Kea Farm.
kalau Copthorn, lagi betul2 sebelah Kea Farm, just walking distance.
So tayah gagah bawa kereta dgn sesak kat belah2 kea farm tu kan.
Nova ni kena drive jg la..

:: Mcmni hotel dia.. yg bestnyaaaaa bawah hotel tu ada mall!! pastu ada mcm funfair, ada kedai2 makan. mmg best giler la tayah nak drive jauh2! Bawa budak2 mmg heaven la diorang pow mak pak main game kat bawah tu! Cuma konsep dia kena share lift dgn org ramai je la pun.. ::

:: kami amek bilik Queen Suite.. with bfast about RM250++ sahaja! room so spacious! siap dia separate kan bed dgn hall.. ::

:: so kalau malam2 sejuk. leh tarik sliding door depan katil .. jadi lah suam sikit.. kat tempat2 tinggi mcmni, mmg takde aircond, tapi tetapla sejukkkk ngalahkan aircond! kalau aircond leh la kita control temperature, kalau sejuk fresh-air ni cemana goman eh nak control??::

:: ada sofa kot bawa ramai2..leh separuh tidur kat living hall.. ::

:: TV kat luar..ada astro! ::

:: small kitchenette.. leh buat2 panas lauk. ::

Review sket pasal bilik @Nova Hotel.
Mula2 tadi harus la tunjukkan keterujaan.
tapi bila fikir, ada reader yg baca...
i kena be honest lah kan?? 
buatnya depa pegang kata2 I... dah jadi penyumbang plak..
Semua pic2 ni from my own handphone. 
So mcmtu jg la in real.
Honestly, bilik dia biasa2 je...
Cuma bab size, mmg menang la! Soo spacious!
Toilet sederhana, tak berapa bersih berkilat. Ada hose..
Sofa a bit smelly. 
Cadar masa i sampai pun tak tegang and tak berapa berurus kemas.
Tilam and bantal, jauh lagi hempuk rumah i pnya sendiri! hahaha.
Cleanliness tak berapa Umppph. lantai mcm melekit sikit. 
I bagi dalam 2.5/5 rate sahaja!
Yg paling menang to stay here is all about the LOCATION! 
Lokasi sangat2 strategic.
So, koang timbang2 sndiri k nak mai ke tak.
I ni pening sket kalau hotel ada bau2 ni.
And lantai pun lekit.
Toilet pun tak berapa bersih..
rasa nak tukar baju jadi house keeping terus pun ada!
huaaa kakak kenot!!!! 
That's the price i hv to pay la last minute pnya kereja!
Hotel mostly fully booked..
So redho je la.. buat tidur semalam.
Ni pun reason why,  I stay semalam ja..
pastu laju2 ajak balik. miahahaha.

So ok... i stop sini for Cameron 1st chapter.
Will continue later naa.. 
Esk dah new year...
Happy new year ye koang... 




.: NO HATE JUST LOVE 💋 .: 




2 comments :

Jepun Mari said...

mana sunshade bawuuuuuu?? kot mana tahu nak tido dalam keta ke hihihiii

Nur Aishah said...

zie!!! mencik tawww! sunshade 'missMa' tinggal dalam si mera... membentan2 i majuk suami i lupa nak amek, padahal dah pesan dari kat sepital lagi. if not, mesti i k-pop style in cameron taww! saja je sabotaj i..ke dia malu haku pakai mendalah tu ke? hahaha