Friday, November 23, 2018
MAK SAUDARA SUAMI MENINGGAL @TG.DAHAN MELAKA | MAJLIS TAWAQQUF TAFAQQUH DIN PROGRAM SUAMI | LUNCH DGN AIN
Assalamualaikum.
Rabu baru ni I EL asbab balik kampung, mak saudara suami meninggal dunia.
Innalillahiwainnailaihirojiun.
Lepas solat Subuh, i terus sarung baju kerja.
Tgh betul2kan tudung, dengar suami bercakap.
Biasa dia menegur jiran depan rumah yg nak p surau.
Tapi i dgr mcm sellowww je suara nya..
Rupanya bercakap phone dgn my MIL.
Dapat news Makcik Noraya meninggal.
Mak sedara belah arwah FIL..
Meninggal kat hospital Alor Gajah...
Meninggal kat hospital Alor Gajah...
Jenazah bawa balik rumah; Tg Dahan Melaka.
So dah kena balik kg, kita salin baju la wak.
Salin jubah hitam. Baju dah pakai sekejap tadi, gantung balik.
Jimat selai baju dah iron. hahahaha. perangaiii sungguh kan?
MIL nak ikut balik, so kena patah ke Ampang dlu..
Singgah minum kat PD..
Terus p rumah arwah.
Sampai2 duduk baca yaasin tak lama lepas tu terus mandi and kafan.
:: Makcik kesayangan suami ni... tiap kali blk kg, kalau call je..zappp seperiuk asam pedas tenggiri terhidang.... rumah arwah ni betul2 depan pantai.. ada sampan2.. ramai nelayan kat kg ni.. makan ikan segar baru naik laut tu mmg biasaaa... kalau makcik2 dia buke je cerita ikan, i yg tetelan2 ailio.. depa cete musim 'bulan melayu', sotong melambak2... jadi tak termakan. amboii i terbayang sotong segar je, rasa nak marah jg sbb sampai TAK TERMAKAN tu dah apa pasal?? hallo2 lah kami ni, lajuu je kami moncol menjelma.. tsk tsk tsk.. eh ni dah kenapa cerita org meninggal masuk cerita makan????? ha ha ha::
:: Ikut je ke kuburan. Pusara ni area pantai.. atas bukit.. angin laut tiup laju.. best..beranginn je. byk je drama shooting kat kubur sini, sbb cantik view nampak laut.. Al-fatihah buat makcik noraya.. smoga Allah menempatkan almarhum pada kalangan para solehin. ::
:: Ni cerita ari Selasa, cuti Maulidurrasul, sehari sebelum makcik Noraya meninggal. Suami ada program masjid tempat dia ngaji kat Bangi Golf Resort.. dia ajak i pegi skali... ::
:: dah la pic 1 ni je ada..muka plak jadi muka terkujat cemana tah.. amekk haku emoji kan muka ko! huhu. sarung jubah sari.. sebab suami nak pakai baju batik. Dia ada 1 je baju batik yg tinggal. kaler itam. nak match pnya pasal, korek lemari cari jubah lap lip2 ni balik.. ::
:: Assalamualaikum YB... YB Yang Berkhasiat.. ha ha ha ha ::
:: Geng2 mengaji suami smua dah baya2 ayah I.. suami i lah paling muda.... duduk semeja dgn atuk2...rasa mcm atuk sndiri pun ada, mcm dgn ayah pun ada.. hahaha ::
:: main course nasi taruk dalam Dome... kat buffet counter ada menu lain mcm mee kari, laksa, kuih2, dessert2... ::
:: Lucky draw.. dua2 no.kami naik.. jadi laaa..dari tak ada kan? hehehe. yg no.38 tu kain batik n kain pelikat. kain batik dia lawa gilerrrr. leh buat baju pasang neh.. cari kain plain kawan kan... ::
:: Petang maulud nabi tu, keluar cari minum. last2 sangkut kat SR...suami makan shrimp aglio olio.. ::
:: kemain syetimm mata ...sedap nau ke bang???? ::
:: rajin plak i nak shoot flat-lay.. kemainn! haahhaha. air sour lime dgn hazelnut latte.. ::
:: I makan ni haa.. apa ke nama beliau?? ala2 ciken chop.. sedap la ciken chop dia dari kat kedai2 biasa.. ayam dia padu beb! yg direnjis2 chilli flakes tu, rasa mcm Uncle Bob pun ada..hahhaa ::
:: Ni semalam(khamis). Keluar lunch g Sogo dgn Ain, Mmg nawaitu nak makan tako tao... promo ari khamis kat sogo.. seketul tako jadi RM0.90 sahaja ye!! makan lah kau berketul2 disana..... promosi takao ni start at 12pm.. . ::
:: Sambil2 tu layan Empire sushi... ni share berdua ni. ::
:: Oden.. nak makan kat Family Mart bertangguh2.. last layan Empire Sushi punya. Ain kata sedappppp! I takleh nak compare dgn Family Mart sbb x penah rasa lagi. I rasa kuah dia sedapp je. cuma pilihan cucuk2 tu tak meriah mcm Family Mart(i nampak je la).. ::
:: Dragon Ball a.k.a tako tao...beli 8 ketul share berdua.. ::
:: mee apa tah nama dia.. time ni kami dah kekenyangannn yg maha hebat... mee ni seriyes sedapp, sama kedai dgn tako... Tapi sbb perut betul2 dah full.. suku pun tak luak! membaziaq sgguhhhh! next time kalau ampa p Sogo jemu tak tau nak makan apa.. ampa p kat LG(lower ground), kat situ melambak2 stall org jual street food. Ada seat , tapi limited. leh makan macam2, try sana sikit, sini sikit.. heaven ! ::
Eh dah la ye.
Kuasa tak kuasa je I update ni..hahhaa.
Jadi lah ni ye....
Happy weekends ye kawan2..
I sabtu ada 3 kenduri kawen to attend, dari siang membawa ke malam.
Dah mula musim kenduri, masuk cuti skolah dah...
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment