Thursday, October 25, 2018
BANDUNG 2018 TRIP ; PART III | DINNER AT KAMPUNG DAUN & REGATA HOTEL, BANDUNG
Nur Aishah
10/25/2018 10:00:00 AM
BANDUNG
,
KAMPUNG DAUN BANDUNG
,
REGATA HOTEL BANDUNG
,
VACATION
No comments
:
Assalamualaikum.
Another day 1 story.
Perkhhhh 1 hari for 3 entry. boto punyo padat jadual ekau.
Sambung balik dari Rumah Sulam... Ujang terus bawa p dinner kat kampung daun.
Kampung Daun ni mcm culture village ke cemana kaaa...
tapi view santek, and wajib jg put dalam itinerary engkauorang kalau mai sini k..
:: Tempat dia mcm dalam hutan sket.. mmg nature view abis la..dgn air terjun.. makan tepi batu2 batan... ::
:: masuk je bab makan, segar bugar sekor2..hahaha ::
:: view dia acenggitu tu haa... santek kannnnnnnn.. ::
:: Inn my bff.. nak cete pasai dia ni... sampai namblas hari namblas malam pun belum tentu abis.. hahahaha.. nnt ada masa i nak cover cete dia la.. mmg mcm2 hal lah kitorang berdua niii haaa.. ::
:: with kak shida pulak. Kak shida ni asalnya office mate inn.. depa keje maybank bangsar dulu. I dgn Inn ni pnya close tahap kawan dia, semua jadi kawan I.. hahaha. ni yg terjadi kat kak shida ni haaa.. terus jadi close ... ::
:: ols lawoo oiiiiii ambience dia... sejukk nyamannn je... belakang bawah batu tu ada sungaiii kecik.. ::
:: dah nak maghrib dah time ni.. ::
:: ada nampak sket air terjun belakang tu kot kann??
:: makan time!!! Inn pnya ni... set udang bakar.. tgk la cara masak dia ols. kering2 cenggini lahhh.. adeihh. sebbaikkk sodapp! ::
:: ni i pnya... sup buntut bakar. buntut tu ekor.. dia bakar dulu..then sup dia letak asing.. mmg fav i kalau datang indon makan ni.... sedappp gilerrr kot ekor kena bakar mcmniii, pastu kawan kan dgn sup panas2.. adoiii ::
:: kak shida dah kekenyangan gilerrrr. dia order chicken steak. simple n nice!. susuai la kat dia yg nak makan main2.. ::
:: husband i mmg bff till jannah dgn ikan .. hahahha. masih setia dgn si gurame.. dancing fish mcmni lah pesen depa present ikan.. sambal gesek tuuu jgn lahhh di kenang2..kelak merana diri.. sedappp gilerr! ::
:: heaven oii makan panas2, kat tempat sejuk...dalam rembang2 senja. ::
:: duk makan bersila mcmni.. sambil tggu food sampai, menyandauuu kejap..suami i siap terlelap.. yelah kou.. tak tidur dari kol 2.30am!! ::
:: Alhamdulillah kenyam makan, moh la balik. hari nak gelap.. lampu pun dah terpasang kat tiap hut.. ::
:: dekat2 pintu exit/entrance ada souvenir shop.. lupa nak kabor..nak makan sini, sampai2 terus p kaunter diorang akan bagi table... so dah dapat no.table(hut) p lah cari... sbb jauh antara satu hut ke satu hut yg lain, ada pesen yg sampai kena manjat bukuit... ::
Suka angat2 tempat makan mcmni.
Lepak2... sap2kok...
Price dia mmg kita bayar for the facilites and place je.
Food dia sama je mcm kat kedai2 biasa..
Food presentation mmg win la...
TAPI.. i mmg tak advice to those yg ada baby or anak kecik mai sini.
Sbb rasa horror2 jg tempat dia..nak2 kalau dekat nak maghrib..
Mcm time kami pegi ni haaa..
Bila nak p kat kete... laluan dia dah gelap.
dgn bunyi unggas,bnyi cengkerik, bnyi air sungai..
serrrrem2...
:: Dah makan kat Kg Daun, badan pun dah selunyai2nya... ujang tanya nak coffee ke g mana2 ke... jawapan dia MMG TAK laaaaa...balik hotelllllll terus plsssss!!!! Inn booked kat Regata Hotel Bandung. ::
:: lobby.. dia pnya reception mmg unique.. takde kaunter2 mcm hotel biasa.dia ada meja mcm meja discussion, duduk bertenang2, book and pay.gittewww ::
:: luas tantek lobby dia.. ::
:: ni ruangan cafe.. ::
:: bfast here ::
:: swimming dia kat roof top... view tantekk amat... ::
:: seated pun bykkkkk.. ::
:: Ok now kita sembang bab bilik. Ni real view dari my camera taw.. Ni bilik i, deluxe room. selesa amat2... ::
:: still from my camera. Selain dari stool hujung kaki, ada cleopatra sofa kat tepi sliding glass.. byk seated mcmni, senang nak lepak2. Masa kami qiqah murtabak manis and mangga, ramai2 dtg bilik I melepak sini.. mmg luass and very comfortable lah.. ::
:: google pic. ni twin sharing.. ::
:: led tv ::
:: wash room ok..TAPI.. hmmpp hmmpp..takde getah paip!!! huaaaa terus rasa merudum emosii.. nak berak cemana ni weiiiii!! nak nangesssssssss! Kalah btoii i bilik ayaq takde water hose!! hat ni mmg beri kesan jg pada permarkahan dalam penjurian I... Awas ye! hahahha ::
:: shower room.. semua glasss....see thru style..tapi ada blind.. laki bini sokkay tak nak pasang blind pun.. tu pun kalau laki ko selera nak tgk 'michelin' mandi. michelin kenal???
nahhhhh... ha ha ha ha....
Do i recommend this hotel??
OF COURSE ye.
Hotel dia letak kat town center.
Belah kiri hotel ada RUMAH MODE.
Rumah Mode tu ampa tawww kan??? ala2 GPO, JPO bandung gittto.
Walking distance je ye.
Belah kanan ada RUMAH MAKAN SEDERHANA.
Rumah makan sederhana tu famous Nasi Padang in town.
Ke depan sikit ada Ayam Goreng Suharti.
Ha ampa search sendiri sedap ke tak Ayam goreng suharti tu oii..
nnti day 3 pnya story i cover cete ayam goreng sedapp giler tu k..
nak cari hypermart, ehhh lintas je jalan...ada supermerket..
Pendek kata, hellllokkk sangat hotel ni ooiiiiiii...
kang kalau nak massage guna go life apps, senang tukang urut nak cari.
Sbb dia center kan..
Price pun sangat affordable.
Our stay for 4D3N about RM450++ sahaja olss!!
Mana nak dapat rege mcmni kat Malaysian hotel kennnnn....
Facilities superb, bfast enak2...
Katil hempukkkk... tinggal takde getah paip tu i rasa mcm tertekan sket disitu.
Overall kak sahara yaacob bagi 4.5 / 5 bintang!
haa tepokkkk....
Ok day 1 kita tutup dgn acara massage berjemaah. hahahhaa.
Amek...4-4 ketul semua massage.
Mai indon tak massage apa barang nok.
Inn lah dok bawa anasir apps GO LIFE tu.
Nnt ampa sampai sana, ampa donlod apps GO LIFE ni k..
kat situ ada mcm2 service depa bley serve.
Ada laundry, go jek(moto sewa), grab, maid, termasuk la massage ni ha.
Kalau choose G0-MASSAGE, leh pilih pulak nak yg jenis apa.
Nak traditional massage? nak berapa lama? smua adaa!
Nak sekerap badan yg berkapang pun ada jahhh!
pokoknya tinggal butuh uwang ajahhhh!
Sebagai rekod, i massage for 90mins at every nite kat sana.
mean 3 nights, never failed i called them for massage.
Request je guna apps, less than 15mins nnt door bell pun bunyik.
Depa dah tercongok depan pintu.
Diorang siap alaskan tilam, kasi kain suh tukar.
Bawa smua alat2 massage.
Harga?? standard je harga dia...
for 90mins about RM25.00 SAHAJA!
Kau ghase?????
Dah la boleh pilih2 nak siapa massage kau...
lepas depa urut kita letak la STAR for rating them.
From star tu leh la kita choose2..
Summary day 1 in Bandung :
1) Farm House + The Hobbitton
2) Lunch Sunda
3) Floating Market
4) Rumah Sulam
5) Kampung Daun for dinner
6) Check-in; Regata Hotel
7) Traditional massage via Go-Life
Alhamdulillah Allah bagi i peluang rasa semua ni.
Jalan seronok. Makan sedap. Tempat tinggal best.
Siap dapat massage lagi tiap2 malam.
Syukur sangat2...
I doakan koang yg baca ni pun yg belum sampai Bandung...
bakal sampai bandung(or wisata2 lain).. jg k?
Ameen.
Selesai hari pertama I kat bandung.
Mmg padat ketat lah aktiviti.
Celik jikmata dari kol 2.30am sampai ke pukul 11pm(12am waktu malaysia)...
baru dapat lelap mata balik....
Lunyai lepiaq lodoh sayurrrr abis badaaan.
tapi sangat puas hatiiiiii...
Till then ye friends...
Goodnight Bandung....
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment