Monday, September 03, 2018
SHORT VACAY IN KL TOWN ONLY :) | IMPIANA KLCC
Assalamualaikum.
Nak kata tiru geng2 blogger yang dok buat staycation dekat2 rumah pun mgkin ia lah juga.
Tapi hajat nak stay in KL mmg dah lamaaaa i pendam.
Dari mula2 kawen. Masa tu kan suami bz kekedaung sangat dgn kerja.
So i kata , susah2 jom la kita stay kat mana2 hotel in KL je la..
Buatnya opis call, leh laki i lari p opis,
Punya begituu fentinggg nya beliau #tddmka.
Pernah buat juga stay kat Grand season (BACA SINI) sekali dulu.
Hat tu lagi lawak, stay kat hotel tapi p keje.
Hotel tu plak sekangkang monyet je dgn HKL. tuuu baru btoii!
This time, takde plan apa nau pun.
Just rasa jomm stay kat hotel area KLCC. leh p klcc jalan kaki. gitu je nawaitu dia pon!
Kebetulan 30/8 tu suami ada appoinmnt kat IJN, elok la lps appoinmnt terus p chck-in..
:: tadaaaa IMPIANA KLCC je olssss. Nk p grand hyatt, rate per-nite sampai nak cecah rm800! yelah nak merdeka ni kan??? Ni lobby impiana klcc.. ::
:: masuk2 je lobby bauuu fresh flower! yes, rimbunan fresh lily..hidup ye..bkn bunga pestik!! soookaaa sangat bauu mcmni! mcm kat hotel cameron.. most lobby hotel kat sana pun letak fresh flower.... senang nak dapat bunga mangkali kan??? ::
:: dapat bilik biasa je... kan niat asal nak jalan kaki p klcc kennn? hahhaha ::
:: ok laa impiana ni 4**** je.. ::
:: bath tub dia nampak clean.. boleh la layan berendam. i kalau nak berendam, mmg memilih sgt2 bath tub. tak semua bath tub kita lalu nak berendam kann??::
:: bath rob and safety box ::
:: complimentary drinks ::
:: toiletries ::
:: Sbb walking distance je impiana tu dgn KLCC... laju2 je la lepas Asar terus p KLCC menapak! lengit jg weii! nampak mcm dekat, leh tahan berkuah jg celah2 bedah. buat2 gagah je neh..::
:: bkn senang nak beraksi tengah2 medan mcmni..kerja2 ni semua abangla2 je rajin buat! dah haku pun terjebak. hahaha. sebab i dah lamaa tak lepak klcc ols. Kalau pi pun sekadar masuk basement parking and shoot terus p makan.tadek nak lepak2 taman ke apa ::
:: dah laamaaa sgt tak snap pic ber-background kan klcc.. ::
:: kepit jah jgn tak kepit! miahahahah ::
:: kemain teknik! nampak la 2 batang klcc tu haa.. ::
:: ini vudaakk sudah ada pirimit masuk malaysiaaaa. tu yg sebok nak bawa jalan! hahahha ::
:: ok mula2 masuk je i ajak p food court klcc. it's name SIGNATURE. I menonong terus p kedai MILANO tu order carbonara. Ini carbonara sangat lejen!!! dari awal2 klcc buka kedai ni stay kat situ ok!!! zaman i belaja kena naik lrt mmg boleh kata ari2 saja benti LRT Putra tu kat KLCC sebab nak pekena carbonara ni. Time tu rasa ini lah pasta terpaling sedappppp di abad ini! yg memeranjatkan i .. harga dia menten olsss!! its only RM8.50 mcmtu!! well, dlm KLCC kot????? giler baik budi owner dia kan??? tapi tulah, sekarang kat tekak kita dia dah rasa sangat tak relevan. ha ha ha. terpaksa akui carbonara sendiri buat jauhh lg sedap. tp tulah i kata... lejen kot! now dah tak berapa boleh telan, rasa sangat muak(ewahh perangai kau kan??)..dia pnya muak membawa sampai i muntah2 malam tu. kau rasa???::
:: dinner time. sbb i dah kemuakan yg maha teruk ptg tu, malam lepas mghrib i baringg je sampai isya.. plan asal nak menapak and bersiar2 depan klcc, taman klcc malam2 tgk air pancut berirama etc.. klcc celebrate merdeka esknya (malam 31ogos). tapi sbb i dah lembik mcmtu, i gagah bgn teman suami dinner kat cafe hotel sudahh..tu pun i mampuu order air je... mocktail lime (right)..sampai RM28.. alah hotel, apa kita nak expect ye dok?? ::
:: it's impiana.. ::
:: suami makan steak. nampak sempoiii giler, tapi sedapp gilerrrr ok!harga tak sampai rm70 pun!!! i dapat je air masam2 terus tekak rasa release. baru lalu dok meratah potato wedges suami, sedap nyaa lahaiii.saiko kot hotel pnya je sedap! Puiii! ::
:: makan lah bang...hontonggg laaaa bini mu ini tak sehat.. if nottttt. abis satu buku menu i oda.. :p ::
:: nampak la klcc dari cafe ni.. ada 1 lagi cafe kat 15th floor..tapi dah tak larat nak lepak coffee2 kat sana dah... bdn dah rasa lembikk ::
:: masak la kena pegherliii dgn suami. "aiihh baru jalan sikit dah pancat??" beranii dia eh?? ::
:: before masuk bilik, usyar line swimming pool dulu.. ::
:: hellokkk..view pun tantek...so esk pagi2 kita terjun naa! ::
:: next day.. bfast provided... sedappp bfast dia..food spread pun bykkk! tapi i takde mood pun nak bgn n snap.. ::
:: coffee dia pnya lah likat pekat melekat... nak telan pun takde kekuatan! hahahhaa. giler piyauuu! tu I'M TAKEN tu sbb meja dah occupied. Takde la org duduk kalau kita p bgn amek food ::
:: to those nak layan bfast buffet, IMPIANA KLCC can be consider.. ::
:: dah bfast, naik bilik, salin baju swimming. Tu i sarung cardigan kat luar.. ::
:: amek2 mood before terjun..::
:: ok la buat rilex2... mandi2 sambil ngadap KLCC..::
:: ok dahh..jom tirijunnn..::
:: dah kenapa mata ke atas bang?? ::
:: basah2 badan dulu ::
:: lama2 baru naik minyak..huhu..eh tapi kan, kat sini takde kids pool lah ols! budak2 nak mandi kena bawa pelampung... rata2 budak2 datang sini semua pesen main campak je diri dalam pool, eh lajuu je berenang. kalah kak jah!!!! ::
:: gittoo aksi berdoa dalam air ke hapa ni?? ha ha ha ::
Swimming pool last xtvt kami.
Ada jg jenis yg malas nak terjun kolam kan? malas nak basah2.
malas nak bersiap2. yup paham.. i pun kadang2 tak kuasa jg.
Ada je hotel i pegi swimming pool dia kemain hebak..
mcm hotel perdana(KB),Thistle PD, Admiral Cove PD etc..
smua swimming pool best2, tapi i pandang sepi je. Sbb roh nak berendam tu tak marrrri.
But staycation kali ni, mmg i niat nak terjun. Sbb tu siap2 bawa swimming attire.
Memang release jg laaa. dapat stay sekejap2 mcmni.
Takyah pi jauh2..
Duit minyak,duit tol leh buat cover byr hotel elok sikit..
plus shopping or F&B sedap sket kan??
kena pandai buat bajet la based on vacation purpose.
kalau setakat nak bermalam sbb byk xtvt kat luar, amek 3*** hotel pun dah ok.
Tapi kalau mmg nak membongkang dalam bilik..
nak guna all hotel facilities, better choose yg have-have sikit..
Sikit kesimpulan about Impiana KLCC...
overall hotel mmg best. Facilities mcm pool, cafe, lobby, security etc mmg superb!
Cumaaa bilik dia biasa sangat kot. tak sepadan plak dgn imej Impiana diorang.
Bab location mmg sangat strategik lah ols!
Nak p klcc depan mata ..menapak sikit ja sampai.
Kalau kata nak p Pavillion pun leh naik jejantas yg siap ada ekon lagi..
dalam 15mins sampai Pavi plak.
So senang cerita, park kete dalam basement .
Pastu menapak je la p sana p sini..
Room rate pun sangat affordable. Ampa book la guna agoda ka booking.com ke naa..
Ok then...
takde apa nak story sgt pun.
Tu je la kot xtvt kami cuti merdeka 3 ari baru ni.
Lps checkout Impiana, lari balik Kajang.
Suami nak solat jumaat. tak leh nak declare musapir...tak cukup haul. ha haha.
Sambil dia p solat jumaat, i buat laundry and kemas2 rumah.
Kol 4pm lari balik umah mak.
Rehat2 dgn family sampai ari ahad!
Sabtu i bawa ayah p pasar keramat.
i borong jenahak byk giler! kepala jenahak yg besar sampai 2-3 ketul.
Isi dia berkeping2 beli. Tak sampai rm100 pun!!!
Buat masak kari. Puas makan. tayah nak control2. makan makan makan.
I antara byk2 hidupan laut mmg i terpaling suka IKAN BESAR!
Jenahak, merah, kerapu, siakap, mayong..
mmg i akan hadap ratah dgn rakusnyaa..
Tengahari ni , I plak ada chckup dgn My beloved doctor..Dr.Fuad..
hehehhe, bebulu je laki den dgar kang...
eh kepantangan btol dia kalau dr fuad nak chck i, siap tarik langsir tu.
Boleh tahan cemburuuu.. ha ha ha..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment