Tuesday, August 14, 2018
SUAMI SIAP PASANG BENDERA | ATTENDING AUNI'S QALAM JAMI'E SAMBIL2 JALAN KUALA SELANGOR | FARIDAH MENTARANG BAKAR SEKINCHAN
Nur Aishah
8/14/2018 11:09:00 AM
FARIDAH MENTARANG BAKAR SEKINCHAN
,
fruitheart
,
MAKAN-MAKAN
,
MEE UDANG BANJIR JETI PASIR PENAMBANG
,
MERDEKA
,
VACATION
,
VI BOUTIQUE HOTEL PASIR PENAMBANG
1 comment
:
Assalamualaikum.
Cerita bermula dari hari Sabtu lepas.
Selesai suami pasang bendera Malaysia & Selangor...
Sempena bulan kemerdaan kekdahnya...
Dah siap2 nak p umah org kawen kat Subang Jaya(kawan suami)..
sempat la i posing2 ber-background kan flags2...
elok pulak tgh berangin, berkibau2 ongMelaka kata..
:: mcm tahun2 yg lepas jg la...tiang penegak tu railing langsir lama we olsss. huhu ::
:: bendera Malaysia baru beli kat Mydin. Yg Selangor, tahun lepas pnya. Bendera Malaysia thn lepas, dah hilang terebang tereban masuk rumah sapa lah agaknya thn lalu.. huhu ::
:: kebetulan pakai kebaya... agak synchronize la dgn tema kemerdekaan gittew. hahhaha ::
:: dlm gambar nampak buruk nau tembok umah kita bang, jom la kita ngecatttt ... haish.. btw..i suka la pakai cenggini2 p umah org kawen, jarang2 i pakai baju kurung beriya.. mostly baju kurung/moden i yg khas tuk kenduri/event jenis liplap2 lining2 bagai. So mmg bakal mengundang lecakan haibat celah2 bedah. So rentikan lahh! Unless kenduri kawen sedara mara family terdekat, kna proper la sikit. yg tu i kena bertabah laa.. tgh progress nak tempah kebaya2 simple mcmni. senang nak kawan kan dgn jeans ke, skirt labuh ke...kain batik ke.. ::
:: terus cendol doyan borhan.. hahhaha. cerita ongkawen mcmbiasa laaa.. makan,salam,balik. kawan2 suami I tak ramai yg datang lagi. so makan dalam 30mins je.. pstu jomm balik. time ni mmg panas melintak2 org kata. Dari Subang, terus shoot p Kuala Selangor. Kami ni dok pakat menyibuk Auni pnya qalam jama'ie(coral speaking in arabic) ahadnya. So kami gerak la dulu sampai awai kat kuala selangor. hafiz and geng2 ampang belum gerak sbb tggu auni naik bas dlu. Bas gerak pukul 3 lbh... dah sampai sini, pekena cendoi burhan sat. sedapp dia pnya cendol (cendol hijau tu). kenyal hellokk! ::
Petang dalam pukul 5pm hafiz and geng ampang sampai..
dia terus ajak makan mee udang kat jeti pasir penambang..
terketat2 perut pun gagah la layan..
i takde snap pic apa pun..since i tak makan/order makan.
so i tlg ngasuh si umar..
pic2 bwh ni i amek dari google.
kat sini lah kami makan kenyam2 petang tu..
:: pic google:: kedai dia betul2 tepi jeti.. ::
:: pic google :: mcmni la jetinyaa.. air laut dia dalam woo ::
:: mcmni jg menu kami order..nasi goreng udang galah. mee banjir udang galah. bihun goreng dia sedapp nak mamfusshhh..bkn takat udang ja..ada sotong, ketam bla bla.. huaaa meleleh plak yaqliuq weii ..makan mcm2 kena caj dalam RM70 jaaa. huaaa ::
:: deretan bot nelayan ::
WARUNG UDANG GALAH
66, Jln Peninsular Utama 1,
Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
::chckin boutique hotel VI BOUTIQUE HOTEL Pasir Penambang. Betul2 tepi jalan besar KUALA SELANGOR-TG KARANG. Ni bilik kami berdua... Deluxe.. walk-in price dalam RM135. Kalau agoda mebi lagi murah. Kami x dan nak ber-agoda2..sbb sure x sure nak pi kann.. ::
:: just nice for we two... tandas hellok sangat. water pressure kuat... tilam hempukkkkk! tu yg paling penting!..x da la mcm Seri Malaysia... keras berdengkung mcm tdoq ataih batu bata... siyes weii habaq mesjid ni..hmmm..::
:: boutique hotel mcmni je la rupanya.. lemari pun yillek pochikkk... tpt hanging baju je ada..hanger disediakan. tv siaran elok::
:: ni suite... tuk hafiz sekeluarga dgn mak ayah skali... sbb dia mcm ada separator mcm bilik asing dgn yg hat satu lagi..::
:: ni the next room.. sekali dgn yg kat atas... katil dia empuk ellokk jg! ::
:: ha mcmni haaa suite depa . TV tuk suite room ni ada 2.. satu kat dalam bilik. satu hat ni la..::
:: siap ada L shape sofa.. ::
:: bilik air tuk suite ni besaq.. separate dgn bathroom dgn toilet.. sink basin pun ada 2...tayah rebut2 ::
:: pnya hellokkk katil hempokk dia..lenaaaa laaa Umar Aathif tdoq.. ::
:: ni kat lift..elok deco dia.. wangi pun wangi..
:: hotel sempoi mcm ni pun swimming pool dia not bad! ::
VI BOUTIQUE HOTEL
Pasir Penambang, 45000 Kuala Selangor, Selangor
So, pada I sangat recommended hotel ni to those yang nak explore Kuala Selangor.
Belah2 sini kan femes dgn kelip2 nya..
terbaru ni pasal Sky mirror tu ha.. pantai ala2 cermin tu.
then seafood boleh tahan heaven..
ada pasar jual ikan segar kat belah2 tg karang..
pastu lajak sket naik belah2 sekinchan ada mentarang bakar, lokan..
ada lauk2 exotic..mcm landak, rusa, pelanduk bla bla..
eh byk la tempat nak explore belah sini.
Then kalau nak pilih hotel, VI boutique ni mmg i recommended sangat2..
dekat je dgn attraction2 place semua tu...
boleh book via agoda ke booking or walk-in je k..
:: ni pagi Ahad dah siap2 nak p tgk kakak Auni. Kakak Auni tak tidur dgn kami. Abam n adik Umar je ada.. ::
:: Kesayangan terkini ciknyah ni.. ::
:: iyarrghh2 kemek2 kan pipi iaaa. huhuhu::
:: hellok plak sepasang semua pakai baju biru... ::
:: otw to tempat kakak auni bertanding, singgah bfast. mmg sedapp la food2 kampung ni semua! bihun sedap, nasi lemak sedap..sambal udang kecik2 sedap..mee goreng sedap. pendek kata, dari hujung ke hujung mmg hoolliauu! ::
:: tadaaa kakak auni in d hauz..dah sampai tempat kakak bertanding.. SRA Sg Tengi Kanan, Tg Karang.. Kakak dgn kawan2.. ::
:: rinduu btol kakak takde dgn kami. selalu kalau dia ada, non stoppp dok sebut nama dia ja... ! ::
:: ciknyah dgn mama auni.. nampak tak kaki bersilang belakang my SIL tu? tu lah penyanyi SAFURA YAAKOB ...anak dia kawan auni.. i mmg eksen sombong sket kalau jmpe retis. mana maunya nak bergambar ke apa. i buat2 ciwi mcm i plak artis.. lalu depan dia sambil libas2 tudung.. hahhaa. sbnrnya kan i rasa antara sbb i taknak approach artis ke celebrity ke mebi sbb i kesian kat doang, mcm xda privacy. kalau kita buat tak tau je, mebi depa rasa selesa sikit org tak limelight kat depa..mebi la kot kan??woww baiknya hati you esah?? u fikir pasal orang. kahhh! ::
:: all of us... abam je xda. sibuk dok main game.. haishhh.. ::
:: pentas Kalam jama'ie.. best sangat tgk budak2 ni dok coral speaking in arabic. bijak2... keletah2... Auni pun kemain haibatttt lontaran vocal beliau. haha. takde plak pic dia atas pentas, sbb i bz record video..result keluar lewat.. kalau menang akan wakil Selangor to peringkat kebangsaan.. menang kalah, ciknyah tetap proud dgn kakak, kakak hebat sangat!! 6 years old dah expose dgn competition2 mcm ni... sikit tak nangis, tak gugup. bagus btol budak2 tu kann.. ::
:: abis je kakak pnya turn, laju2 balik hotel..abam nak mandi swimming pool.. lalu kat sawah menghijau ni haa.. lawa2 wooo.. Sekinchan ni bendang dia with latest technology in Malaysia. sbb area cina kot kan?? ::
:: dah selamat terejun abam.. Mama papa auni kat tempat pertandingan lagi..::
:: selang 1/2 jam hafiz call kata nak mai hotel. Auni pun nak ikut abam mandi swimming pool..huhu. main la koang sampai lebam. Bilik dah check out siap2.. time ni dah pukul 12 rasanya. ::
Kol 1pm, dah siap mandi...
p makan tengahari. sedap lagi lauk dia!
kenapa kat KL depa x pandai masak mcmni ha??
ke nak kaut untung sesaja?? masak lemak cayaq. masak sambai tasteless.. apa pasat wei?
sini masakan dia smua hellok2 berasa..
tapi sorry la i mmg tak keluar hphone pun tuk snap pic..
I kat sana bz dgn Umar Aathif.
I makan laju2 then i ambil umar aathif bagi mama papa dia makan aman2..
Lepas makan, depa smua balik Ampang.
I dgn suami je lajak naik sekinchan p cari mentarang.
Apa barangg dah sampai sini tak cari mentarang ken ken ken??
:: Mentarang bakar. byk mcmni dlm RM20 jg. ::
:: Isi dia sangat gemok! Sangat puas hatiiiiii! ::
:: kakak happpyy sangat. sbb finally tau jg mcmmana rupa mentarang sebenar! hahhaa. so this became my very 1st time met mentarang and eat them ..sehedap! ::
:: kepah bercili punn sedappp oiii.. Kepah ni beza dgn kupang. kepah kulit licinn ::
:: mentarang goreng tepung! ::
:: cukup 3 hidangan ni. sbb perut kenyam lagi makan tghari dgn family tadi kannn.. puas hatii sangat! lain kali nak mai time perut kosong. leh order siput sedut masak lomak. kerang . kupang. nak try belangkas pun hado! makan dgn nasi. sayur.. slurrppp2..nanti eh.. hehe. Total makan ni RM56 mcmtu..biasa la barang susah nak dapat ye dok?? ::
:: Nama kedai ni FARIDAH MENTARANG BAKAR. Mmg gelemer kedai ni. leh waze je. JJCM penah datang sini. kadang2 berbas2 mai sini.. ::
:: sket je lagi kami mai balik nak repeat jalan2 sini.. tgk la nak pi ngan saapa plak. aritu tak puas. lagipun aritu tujuan utama nak p tgk kakak auni bertanding ken..::
OK selesai cerita weekend I..
Sambil2 nak p tgk kakak Auni kita nyelam sikit2.
Tapi still tak puas hati jalan mcmni.
Will repeat soon..or soonest..
Sapa nak ikut? jommm!!!
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 comment :
hati2 cik salmah kang terponggeng masuk longkang..hahaha
-faridah mentarang ni yg masuk jjcm.. tp tak smpi hidayah lagi nak makan metarang miahhhmiahhh...
Post a Comment