Wednesday, July 18, 2018

JAMUAN RAYA DALAM BULAN ZULKAEDAH.. EH APA ADE HAL???

3 comments :

Assalamualaikum...

Semalam selesai jamuan raya for Farmasi Logistik & Kewangan..
Walau dah 4 Zulkaedah, apa ade hal ye dak??
better late than never bak kata omputih. gittew.
This year kan , mcm tersantak2 sket syawal nya.
ter-drag2 la event sampai masuk Zulkaedah.
I syak mau menyeret terus sampai raya haji (Zulhijjah).
senang raya 3 bln terus! hahahah. amboii raya je..nak lama!
puasa 30days hari pun tak penuh. ne ne ne ne ne.

:: ini puding 3D... letak pic beliau first sbb terlampau cantikkk yakmat! nak potong makan pun tak tergamak.. ni sponsored by kakak sado; Ain J. hehee. dah potong berebut2 plak sekor2 nak kepala hello kitty tu.. ni sabit dah tua2 sekor2..buatnya ada budak2? tak sampai 10sec mmg berlubang dah tempat kepala hello kitty tu kena kokak! hahaha.. puding ni mcm jelly. kenyal2.. rasa mcm lychee flavour.. sedap! ::

:: ni wartawan tak berbayar. hahahah. kalau boleh nak masuk hphone dalam puding tu terus.. baru dramatik sket effect dia.. kan zie kannn..hahha ::

:: apa2hal kena taruk gambar dgn kak uda kawasan dulu. amek berkat penghulu saad. hahahha ::

:: antara menu semalam. nasi himpit dengan rendang ayam.::

:: ketupat palas mabeles! I mmg tujuuu sini je. sbb pagi dah kenyang makan... :: 

:: nasi beriyani.. ::

:: lawan kan dgn papadom... ::

:: Serawa doyan! hat ni laaaa menjadiii pemenang no.1...... semua tuju sini... sedapp giler kak yus masak oiii..pekat likat melekat!!! ni yg leeecheeenn awaiii! leh makan dgn roti or puluit...::

:: popia ayam. dap! ::

:: custard ::

:: carrot cake kesayangan kami semua. kalau ada apa2 event, tak pernah failed lagi order mak incik ni.... bake by yusri's wife... besar mcmni RM60 je.dah la sedapp! smuorang kata sedap ye. bkn tekak i sorang je. pendek kata...majoriti voice gittu. hehehhe ::

:: sebab kesayangan, so up 2 pic.. kira bias sket laa.. huhu ::

:: kak far... dah book nak jadi model ketupat palas. i bagi chance ok? hehe. ada a few lagi menu lain..mcm roti jala, kuah kacang, kuih2 dessert2... :

:: sekalian celebrate geng2 stor ubat pnya june&july babies.. i unit kewangan..tak masuk campur.. hehe ::

:: kak alaw, sheizan and faizal lah baby tua nyaa hehehe ::

:: ni semua pharmaciest officer (except baju melayu hitam) with our beloved boss ; Pn Nur(paling kiri). ::

:: bekas ajk rewang. Skrang dah naik pangkat... model lauk pauk. hehehe. ::

:: let's posing time!!! sbrnya venue ni kat bilik meeting. standard bilik meeting cemana? dull. bosan. so kita kasi tacap la sikit... biar rasa sket hawa2 raya...WALAUUPUNNN...... ::

:: sebaik duk depan, baru la tertonjol sikit. apa barang amek pic tapi masuk sipi2..kan? alang2 biar tepampang depan frame mcmni... mihmih :p ::


:: kemainnn aksi kaki pukol...gaya dah ada...mmg penah jadi bonzer ke nok?? hahaha ::


orite selesai.
Jumaat ni jamuan raya lagi peringkat jabatan(farmasi).
Following week, jamuan unit kewangan + jun&july bufday bash piula.
kan i kata, elok  je tukar jadi 40Syawal, 45Syawal.. 59syawal..
tayah taruk Zulkaedah semua... 
selesai 60 Syawal.. terus skip to Zulhijjah.
10 Zulhijjah raya haji piula.
Raya lagi.. nampak tak pnya kemaruk raya? hahahha.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


3 comments :

Jepun Mari said...

gigih kak cah mengupdate..hahaha punya nak dapat angle yg comei. smpai tertonggeng2 haku kak. hahah.. nampak jugak lautan di dasar laut ada teratai segar di tasik madu.. hahaha

Anis Azalea said...

Hari tu tengok cara2 buat puding 3D kat Nona. Agak2 berapalah harga kalau tempah. Kan nak makan sayang. Ahahaha..

Nur Aishah said...

zie : harusss lahh gigih update nok.. bkn senang bilik mesuarat nak syantikkk... huhuhu

Anis : puding besar mcmni RM130 jaa... mmg saiyangg oo nak potong. aritu dia jadi yg terakhir dinodai..lepas smuaorg dah puas amek pic,baru tergamak nak potong. hehehhe