Tuesday, July 10, 2018

COFFE2 AT PADI HOUSE GALLERIA PUTRAJAYA..MENGIMBAU KENANGAN...

No comments :

Assalamualaikum. 

Cerita Ahad i mmg setiba2 jadi lain.
Sepatutnya kawan2 nak mai umah..
Tiba2 i tggu depa WA sengapp je.
This year mmg i saja la invite secara unofficial..
takde bagi specific time to come.. nak test market la konon.
then  i nak tgk siapa yg serious nak datang, diorang akan WA i lah kan.
Last2 week mmg ramai je WA nak datang, tapi i plak tak available.
I kan weekend cam hauk sket, mcm2 program! 
rasa guilty yakmat. tak seronokk ye bila kwn2 WA kata nak mai, i kata i takde rumah.
Mcm saja beralasan piula kannn??
 So ahad lepas baru ni konon i reserve la masa  tuk depa.
I balik dari Ampang , sampai umah dalam pukul 11am.
Senyappp je WA i tak berbunyi. 
Dah tak available kot depa mggu ni.
I tak kesah pun..faham... jadi mcmni la..i available, depa plak tak ..
sebab tu agaknya kena bagi 1 masa khusus tuk depa mai.
mcm tu la jg purpose org buat open house...
senang nak gather sekali semua tetamu...
i plak raya kali ni kekemain weekend mcm2 hal.... 
rumah jiran2 pun i x dann pi lagi.
tak dann tu sebab kadang i tgk kereta diorang takde.
kadang i tgk bykkkk plak kete org dtg umah depa.
ehhh susah ye. sendiri yg buat jadi susah ke cemana tahhh...
tsk tsk tsk..
Insyaallah i akan cuba p umah jiran2 terdekat.

Since takde apa nak buat, just dok lepak kat umah puazzzz2.
Layan smua series yg kami recorded.. then dalam kol 3.30pm ajak suami p putrajaya.
P kedai omeh kwn i kat Precinct diplomatik Putrajaya ; kedai emas ismail & son...
nak p pelebaq cincin.. dah ketat kouuu!
 cincin tunang aritu..rugi dok diam tak berpakai.
Pastu saja la duk cuci2 mata usyar2 apa yg patut..
rikki awal2...leh simpan2 duit buat boli omeh. ehem.
Dari precinct diplomatik kami p Alamanda..
Konon nak cari makan.. pnya sebanyak2 kedai makan dalam tu....
terbangang2 jg nak memilih! 
lelast masuk watson beli kapas muka, facial foam suami..
keluar dari Alamanda, setiba2 i teringat Padi House...
Padi House ni 1 big restaurant jg dalam Galleria putrajaya nun.

:: I ingat ia close on weekend..sbb area pejabat kerajaan ni semua kan..try2 je lalu..sekali buka kou!!!! terujaaanya kakak! ::

:: padi house ni terletak dalam Galleria betul2 berhadapan dgn bangunan Kementerian Pengangkutan Jalanraya & JPJ HQ.. ::

:: dulu masa i kerja under KPM.. selalu la mai putrajaya duk uruskan hal gaji2 staff, gaji cikgu... selalu p KPM(Kompleks A) dekat2 nk lunch hour..nnt i halo2 la sama bedah(kakak I).. dia keje JPNIN HQ jg.. then kami slalu la mai lepak lunch sini.. Sekarang i keje under KKM..jgn harap la nak kerja luar mcm dulu. Membusuk mereput lah i kat depan pc tu ha.. eh rindu piula time kerja lama.. penat and puas buat kerja... ::

:: kadang2 masa makan terserempak dgn pak menteri2 yg having lunch sini jg... kalau ari jumaat ok lagi lah nak lepak lama kat sini. kalau weekdays rasa seram sejuk jg la mak bedah nak berlama2 dgn I.. I takpe, sbb i keje luar..ada surat kebenaran. gittooo.  ::

:: time tu rasa makanan kat sini dah sehabis sedapp dah. dgn nasi goreng dia lahh.pavlova dia laa.. ::

:: masa tuuu kan bujang2 lagi... tak xplore mana sangat kedai makan good2 ni . sbb tu rasa kat sini pun dah sangat2 sedappp..benchmark tahap Padi House je ols?? sedihhh! hahahha.  tapi bila dah bersuami..dia bawa p makan sana sini..  bila mai smlm rasa "ek eh juz-juz piula taste dia".. haishh ::

:: latte and butter cake fav suami neh.. kalau datang petang, dari kol 3 to 6pm.. leh dapat set coffee(choice of latte, americano, black or white coffee) dgn 1 slice cake(variety)dgn harga RM10 sahaja. ::

:: i pnya nasi with chicken grill.. sungguh pun rasanya agak biasa2..tapi leeeechenn pinggan. i syak sbb rindu kot dgn masakan diorang.. RM15.90::

:: nasi goreng tomyam for husband... RM13.90 . sedapp suami kata! ::

:: minta suami tlg snap pic kat pintu masuk restaurant dia. rindu lain maciammm! masa bujang kan haruk sket pangai.. tau nak seronokkkk je.. time tu pun sihat lagi... fikir hal diri sendiri je.. terkenang2 duduk kat sofa belakang tu minum2 dgn bedah.. pastu tidur umah bedah(quarters), kang sambung gelak mengekek kat umah dia...malam2 p makan sana sini, jmpe kwn2 dia, kwn2 I... kata b u j a n g kennnn...  hmmpp ::

:: tu kaver baju terangkat.. dah tau padi house buka on weekend, tggu la nasib dia.. boring2 je i ajak suami coffee2 sini.. suami pun mcm njoy jg dgn surrounding dia yg cozy..food pun not bad. reasonable price.. yeayy! koang nak try?? 
Koang waze je ..

PADI HOUSE GALLERIA PUTRAJAYA
PRESINT 4.
betul2 depan bangunan Kementerian pengangkutan and JKR.
at ground floor.. open daily...
till 10pm.. 
Go and try k! 

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 


No comments :