Wednesday, May 16, 2018

KAMPONG PINANG SEBATANG CHALET, PENGKALAN BALAK MELAKA

1 comment :

Assalamualaikum.

Masa i up entry p makan sabak salai (BACA SINI ),
I ada mention i dgn husband sambung jalan ke depan depan sikit kan??
Lajak pnya lajak ..kami p pengkalan balak teruih.
Time tu cuaca pnya helllooook. 
Mood terus nak bercanda2 di tepian pantai...gittchewww
Then dah melepak2 tepi pantai, eh malas lah balik..
jom animemon bang?? hahhaha.
terus rikki2 chalet2 dekat situ.
To those yg tak tau or telah kelupaan...
pengkalan balak tu berjiran je dgn kg ayah kita; Tg Bidara.
So alang2kan feel mcm balik kg jaa pun.
takde la beriya sangat pun. tggal best sbb ada pantai..laut.. huhu

:: jalan2 nampak ni haaa.. KG PINANG SEBATANG. eh ni mcm new place... jom try?? :: 

:: berhadapan pantai..walking distance dalam 2min jaa..hehehhe. :: 

:: dari pintu masuk mcm gini lah rupa nyaaa.. dalam 3 tingkat..tak besar mana pun.. pengkalan balak tu mana ada resort/hotel yg good2..smua pun setakat 1-2 star je..yelah sbb kawasan orang kampung situ... mana nak dapat tanah luas2 kan??:: 

:: main entrance::

:: cantikkan kayu mcmni... .::

:: masa i pegi tu kan weekdays..so tak full house pun.ada beberapa guest jaaa.. kami minta bilik at 2nd floor... partly seaview... kat sini senang je..ada 2 types room.. 1 seaview..1 lagi garden view(partly seaview)...takde deluxe ka family room ka superior ka..NEHII! Rate pun senang pukui rata.. weekdays RM200 weekend RM250. Ni bilik kami..tak besar sangat.. nak solat ngam2 muat soang2.. to be frank, bagi i quit small jg room dia. kata lah ampa bw anak dah darjah 1 pun belum tentu muat nak sumbat dlm ni.. mmg dia khas buat tuk 2pax. no xtra mattress bagai.:: 

:: TV, iron, iron board, freezer, complimentary drinks, keetle.. basic2 facilities semua ada :: 

:: tingkap ukir2.. hehhe :: 

:: kipas ada..aircond pun ada..pintu tu for connecting room. let say kita mai ramai..leh la chartered 2 connection room..:: 

:: kepala katil ada tingkap kaler2 mcm umah nenek gua...mihmih::

:: bilik air hellok. bersih. fully tiled... ada  shower gel..heater.... selalu chalet2 kat tepi2 pantai berpasir2...toilet tak berapa ngam kan? sini, mmg cunnnn ..water pressure pun laju... :: 

:: ni bantal kecik..sarung siap ada url website.silakan jengah ::

:: setiap tingkat and block ada 4 bilik... keluar dari bilik ada 2 ketul bath tub mcmni. tak pernah lagi I pergi mana2 hotel ada bath tub kat luar...tapi ok la jg... bersenang lenang berendam sambil ngadap pantai.. tapi ko jgn buat pangai bolen la..sila pakai baju. huhu:: 

:: time i mai , tgh bendera jepun. so tak dapek la nak merendek dalam bath tub. ek eh.. ::
 
:: nama2 bilik guna nama2 pelakon jalan ampas... rare kan? Ahmad Mahmud ni nama bilik kami.. kenai ahmad mahmud dak??  hat tokwan ni jadi dr ismadi dalam cete ibu mertuaku.. igt dak??::
 
:: dayang sofia ni jadi watak Rafidah dalam cete Tiga Abdul ..and watak SOPIAH gf aziz sattar dalam cete Bujang lapuk.. ::

:: Ahmad Nisfu tokwan ni kan pelakon veteran zaman P.Ramlee..makna kata, masa p.ramlee muda..dia dah baya tokwan2 kita skrang.. byk watak dia.. jadi raja dalam musang berjanggut, jadi orang jahat pemilik sampan dalam pendekar bujang lapuk, jadi mamu dalam cete ibu mertuaku and bapak mertua p.ramlee dalam cete tiga abdul..etc.. :: 

:: ni paling legend dalam kg pinang sebatang.. Pendekar Mustar! huhu ::

:: Resort ni baru open sekitar sept 2017.. baru lawoo lagii.. building fully kayu.. ::

::deco mmg old skul laaa...ni bilik bawah..::

:: ni receptionist.. ::

:: dia ada 3 tingkat ja..so silakan menapak ye.. takde lift2 eskalator bagai.. ::

:: kat setiap pintu ada tempayan tuk basuh kaki.. ::

:: ada coway machine kat setiap floor..senang nak refill air.. good2.. :: 

:: pemandangan ground floor.. i suka btoiii dgn imej kayu2 dgn cat minyak mcmni.. ::

:: basikal tua..::

:: penggiling(kiri)..kanan tu apa weiii?? i gen Z..tak tau mendalah2 ni semua.. huhu ::

:: Sarip Dol ... bahahha ::
 
:: jaga2 cik salmah... :: 

:: Dah rest2, wash2up... ajak suami pusing2 pantai... ::

:: dengan seluar tidur i bawa jalan.. lantakkan! ::

:: tggu suami amik kete..igtkan ada warung depan resort,rupanya kedepan sana2.. kena naik keleta lorr..::

:: dah minum2, round2 sampai ke pekan kuala sg baru.. saja tgk2 pasar malam orang.. pastu kol 6pm... kami dah tercongok tepi pantai..mmg saja nak tgk sunset.. best giler ok! pnya dah lama tak lepak pantai..terus beraksi persis model majalah Mangga lah ols! kahhh! ::


:: Mr&Mrs.Zakk ::

:: baik punyerrrr ...!!! ::

:: ketam batu...mean ketam ni dah jadi batu! huhu mati sudahhh ::

:: allah, allah.. tantek2... ::

:: purrrrrfuct!! ::

:: malam tu sbnrnya perut dah santak sangat kekenyangan petang tadi p pasar malam. tapi sbb ikan bakar cencaru kat kedai sebelah balai polis pengkalan balak tu tersangat lah sedappppp..gagah la jg heret kaki p ratah ikan. kami makan 2 lauk ni jaaa.. buat syarat... sotong celup tepung tu cemuih nak ngabihhh.. huaaa..::

Selesai kisah 2D1N stay kat pengkalan balak, melaka.
Mmg tak plan apa pun.. tapi kami jenis, beg baju mmg sentiasa ada dalam boot.
So senang buat spare jadi kes2 terkejut2 mcmni..
nnt bila2 time teringat i buka la beg tu...chck2 kot ada lipas bertelur ke apa.kah!
selalu i sembur febreeze je dalam beg bila teringat nak kemas beg.
kami berdua je..tak renyah mana...

So?
So... sapa2 yg suka nak lepak pantai, tapi tak yah drive jauh from KL...
boleh la mai pengkalan balak ni ha.about sejam lebih or 2hrs kalau dari KL...
Pantai dia helllokkk... boleh mandi... warung2 tepi pantai pun byk..happening!!!
malam2, byk kedai ikan bakar...along the beach way.. 
Lepastu, Kampong Pinang Sebatang chalet ni plak option pada yg nak proper stay...
nak banding dgn chalet2 lain, mmg jauh helllokkk la yg ni. 

KAMPONG PINANG SEBATANG
Jalan Persiaran Pantai, 
Taman Perindustrian Pengkalan Balak,
78300 Masjid Tanah, Melaka
0193586778


.: NO HATE JUST LOVE 💋:.



1 comment :

Unknown said...

Terhibur. Suatu waktu dulu akak pun gila gila macam u. Sekarang dah sober hi hi ..kena sediakan mahligai disyurga pula. Involve kan org lain dlm duniaku untuk saham akhiratku.