Thursday, March 15, 2018
SHORT STAY AT HOTEL SERI MALAYSIA,TAIPING & SAMBUNG CERITA JALAN2 CARI FOOD...
Nur Aishah
3/15/2018 10:00:00 AM
HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING
,
MEE UDANG MAK JAH
,
ROTI BAKAR ARANG FADZIL HOUSE
,
VACATION
,
YONG TAU FOO BALAI BOMBA TAIPING
No comments
:
Assalamualaikum.
Sambung lah sikit cerita Short trip to Taiping baru2 ni.
Tadek apa sangat lah pun nak share.
Jujurnya i dah berkali2 pun mai Taiping.
Dari bujang2 duluuu.
Sbb adik I, Emi tu kan duk Parit Buntar.
So selalu ujung2 tahun kami mesti mai umah dia, stay about 4-5days.
Dalam masa pi umah dia tu , berkali2 dah kami mai taiping.
To Taiping from Parit Buntar took about 45minutes je pun.
To Taiping from Parit Buntar took about 45minutes je pun.
And individually pun i dah byk kali mai sini, dgn kawan2.
Dgn suami i ada a few time jg.
Kesimpulannya, tadek apa sangat pun nak cari kat sini.
Saja je la..alang2 dah mai utaqa..
:: sampai tepen, tak mai tasik tepen...alangkan mcm berbuka puasa tanpa kurma gittooo(mementang next week nak pulun qada' puasa.huhu). I pun tanpa jemu tetap lah nak mai tasik. padahal kadang2 tak turun kereta pun! janji tayar kete cecah tasik! hehehe ::
:: byk pokok dah tua and dah mula tumbang..::
:: tp sebab dia tumbang cara unique, tiba2 nmpk santekk plak walau sbnrnya dia tumbang merudum ke bumi nehh..::
:: atas sket panjat bang!.. huhuh ::
:: belakang tasik ni byk water ride leh layan.. ada menatam yg kayuh2 , ada macam2 bentuk. angsa, basikal, small sampan... dulu masa mai dgn family, adik2 rajin la naik... i tak mungkin ye nak naik! terbayang ikan piranha dalam tasik2 mcmni! imaginasi melangkaui batasan..puii! ::
:: taman tasik tepen ni mmg terkenal ye dgn pokok2 besar yg hampir tutup jalan style mcmni.. ::
:: Flemington Hotel. I penah stay sini dulu. Tak best sgt pun hotel dia. bilik i time tu, mmg kecik yakmat!!!. ni pun mcm hotel cina. but sokkkay la masa tu i demam, suami i tak dann nak rikki hotel lain.. eh pic ni tuk suzie sbnrnya. hotel ni masih dalam tasik bound.. hehehe. ::
:: tuk short vacay kali ni, kami stay kat Hoterl Seri Malaysia je..Hotel ni betul2 opposite dgn Penjara Taiping. and pangkal2 dalam tasik taiping! Why seri malaysia?? masa MITA fair kat matrade januari aritu i beli voucher, weekdays stay only RM68 for standard room! tak kisah nak stay kat mana2 rangkain Hotel Seri Malaysia. So i grab 2 voucher. buat standby kot kena p mana2 outstation for kenduri ke apa.. berani beli sbb Seri Malaysia ni kan branch. Boleh dikatakan ada kat setiap negeri. Dan betul kata cicakkkk..beli2, tup2 kena stay kat tepen for kenduri. So setakat short trip mcmni tak perlu lah stay kat hotel have2 pun. sbb balik for tidur je kan?? ni lah rupa biliknya. Mmg sangat basic and i pejam2 mata je la dgn kekurangan2 dia.. byr RM68 jgn kecoh byk ye!! see, duk hotel 'kebanyakan' mcmni pun i snap pic katil tawww.. ::
:: Bihun udang special. Petang2 lepas lepak2 tasik, terus p Mak Jah Kuala Sepetang... mak jah ni pun dah byk kali i sampai..saja la me-repeat... tghari nya dah makan mee udang berkuah kat Parit 30 sana.. so petang tu plak kami makan goreng2 plak. Suami try naseb minta ketam.. punnn takdekk!!! KECEWA SIRI III.. mmg tak musim agaknya.. hmmm. ni bihun goreng udang special RM13.80 ke mcmtu lah lebih kurang harga nya ada sen2..suami kata bihun dia sedap! ::
:: i pnya nasi goreng udang special.. udang dia tertimbus2 bwh nasi... harga sama mcm bihun atas. nasi goreng dia biasa2. je..sedap sbb rasa manis udang. ::
:: up dgn udang goreng tepung.. RM15 ada dalam 10 ketui lebih kurang. S E D A P! ::
:: aaaa aummmm :
:: I ni mmg senang jatuh cinta dgn air dalam gelas ayan mcmni!! rasa sejukk dia lain maciamm! saiko neh!! ::
:: Mak Jah Mee Udang ni dah femes nau2 pun kan? tayah la nak review bagai.... pendek kata, belah2 kuala sepetang ni mmg berjujut2 je pun kedai mee udang. Sbb stok udang,seafood segar senang dapat.. tinggal cara masak and marketing je yg membezakan rating sesebuah kedai tu kan? tah2 kedai kecik2 tepi jalan tu, mee udang dia lagi sedap. sapa kan tau ye dok?? ::
Masa i pergi aritu, suami i peramah2 la lajak2 jalan sampai depan2 dari Mak Jah ni.
Sekali jmpe byk bas2 pelancong.
Rupanya kat situ mcm ada tempat borong ikan masin, udang kering, sotong kering.
Dah mcm pangkor kou!!
tapi takde sotong dah siap proses tuk terus ngapppp.
nampak ah-so2, nyonya2, orang melayu pun ramai je pi beli ikan bilis apa semua..
Kami tak beli apa2pun, sbb bulan 4 ni kan nak pergi ke 'sinun'...
ala2 lubuk ikan bilis, udang kering juga...
so bertabah sikit naaa.. stok ikan bilis dlm peti ais pun byk lagi..
selama arini i tak tau pun ada port jual2 ni semer..
yg benar nya suami i saja cari kot2 ada jeti.
sbb dia curious kenapa belah2 sini 'menjadi' mee udang, seafood2 dia semua.
mesti ada jeti ,laut semua..
kesudahannya batang hidup laut pun haremmmm nak jmpe..
diorang berurusan guna kapal selam,mangkali. haisshh.
:: malam tu kami supper makan lite2.. aik? Yong tau foo ni kategori lite ke? eh opkos!! dari kakak p bedal nasi kandaq ka, pasemboq ka malam2... lagi haru toii takkk?? layan yong tau foo femes in town.. ni area food court sebelah balai bomba tepen. mmg famous food court sini... rata2 mmg jual yong tau foo punn! food court dia mcm U shape. kiri kanan chinese stall.. malay food tengah2.. beside yong tau foo, ada je jual goreng2 mcm gerai2 biasa..senang terus tuju sini yg bawa anak kecik2 ramai2.. nak makan apa pun ada.. sapa2 mai tepen tak da idea nak makan apa, mai la food court sebelah balai bomba ni.. ampa type je kat waze : Yong Tau Foo balai bomba taiping. gittcheeww ::
Masa makan sini, ada nampak NOVOTEL hotel hellokkk ja dpn food court balai bomba ni.
ralat plak tak stay sini.. sbb seri malaysia tu mcm hmmpp hmmp hmmp.
malas nak habaq lah...dah la masa kami mai tu sunyi sepi seri malaysia dia..
ahad malam isnin tu ada 2-3 biji gheta jaaa!
uishhh dah mcm cete hantu omputeh, THE MOTEL bla bla bla..
so malam tu tdo i pesan awai2 kat suami.. "biar syg tdo dulu!".
hahahhaah pentakot tahap camana tah..
:: 2 hari kat sana..i demam selsema.. 2x i telan soluble.. mula2 telan, masa i dalam kereta..otw nak p tepen... lepas makan, i tak rest or lelap mata...so i rasa mcm x jalan je soluble ni.. malam tu plak i telan lagi 2 biji, and terus tidur... alhamdulillah, Isnin tu bangun pagi rasa much better. so sapa2 yg dapat selesema, lepas makan panadol soluble tu, i advice terus la rest and tdo.. i pun mmg penah dengar org kata..lepas makan soluble, bawa2 tidur.. agaknya time tidur baru ubat ni bersiar2 dalam badan kita kah?? ::
:: Final day, bangun pagi lepas subuh terus siap2 nak checkout. Moh la balik. Rindu plakk bilik sndiri yang errr err jauhhhh lagi besttt dari hotel seri malaysia ni haa..ha ha ha ... kauuu..akhirnya terlepas jua apa yg terbuku di hati kitteww! huhu. yelaaa tilam dia keras kou!!! pfftt! Ni singgah bfast kat Roti Bakar Arang, Fadzil House .Apalagi i search kat internet je lahh... i mmg jarang tanya2 orang.. even maps ke apa,pandai2 la waze ke apa sndiri. Insyaallah..baik2 aja.. Roti goyang ni signature kat kedai ni. suami i suka laa.. I? body builder mcm I, mmg tak jalann ye takat roti2 telur ni semer.. buat sentil celah gigi je.. dia kurang2.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
:: ha mcmni...nasi lemak paru + sambal sardin.. baru membiak2 babat I... ini rotii jaa?? haiisshh.. hahahha . so both food mmg sedap! sapa2 ada kat tepen boleh mai try k.. mcmbiasa p la waze Roti Bakar Arang, Fadzil House k?? ::
Gitu je la short vacay kami ke utaqa.
2 mnggu berturut2 mai utaqa, naik kematu pungkok saya wak!
Minggu ni kita sambung kelas haji yg dah ponteng 2 mggu.
Pastu kenduri kawen plakk. adeih.Sabtu ahad full.
Nak tidur umah mak mggu ni.
lama tak menggentil embam auni I tu...
Dia dah ngendeng2 nak ajak i p tgk Didi & Friends kat wayang.
Suami i ajak p Matta Fair (16-18Mac).
Apa dia nak cari lagi tah.. Sopporo bila bang??Sopporooo?? ro ro ro ro.huhu
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment