Thursday, February 08, 2018
TUKAR FLOOR BOARD FROM FLOOR DEPOT..
Assalamualaikum.
Tak salah i dalam bulan Nov last year, i dgn husband ada pi home depoh exhibition kat Bkt Jalil.
Mmg kami jarang miss the exhibition kat sana.
Dari mula nak masuk rumah baru, mmg kebanyakan perabot, barang letrik beli kat sana.
Syokkkk sbb harga boleh tahan menusuk sukma..
plus, dapat mcm2 gift. Ongpempuan opkos la mmg mcmni.
Sanggup beli colgate semata2 nak mangkuk. kan kan kan??
Masa pi aritu, mula2 aim nak cari pintu. Nak tukar pintu baru.
Pintu yg developer pasang ni bila angin kuat dia jadi begegar..
dah mcm orang ketuk pun ye. tak ke serrramm mcmtu?
pastu dah masuk je dlm tu, hapahh pintu kemana apa ke mana.
lainn yg haku buat! hahaha.
1st and foremost, i fikir byk kali tau before nak up entry ni.
Rasa mcm show-off sangat ke??
padahal sendu je pun! tapiiii i soookaa sgt kalau baca blogger up pasal rumah diorang.
so i pun beranggapan ada kot reader yg suka nak share.
deep inside, i sedar sgt..tak sepertinyaa lgsg pun benda2 mcmni..
takat pasang floor board je kan???
rumah korang dari zaman jepun dlu dah siap pasang floor board mcmni kot2 kan?
i baru laa ni nak rasa...tu pun abis kirai2 kain cari duit.. hehehe.
makanya marilah kita berlapang dada..
kot ada yg sudi nak komen, bagi i more idea ke...
so pisnowo k! ✌
Bismillah..
:: masa org floor board ni datang nak install, i keje. sat2 i call suami. hhahaha. nebes lain maciam!!! ::
:: before install semua ni, ada site visit by their supervisor. Bincang warna, and ukur. Then terus transfer balance, later baru diorang set appointment to install... ::
:: i amek ni jenis floor board 3D..dia ada byk jenis la..dari 1D sampai ke bapa D tah. lagi byk D dia, lagi mahal wooo. mampu tang 3D jaaa... org tu kata 2D pun dah ok.. tapi 3D effect dia lawo lah lagi.. So, floor board ni pasang dia xyah gam2.. dia alas plastic mcmni dulu.::
:: pastu dia main ketuk2 je the board... tadek melibatkan gam ke..cuma skirting tepi2 wall tu je gam sikit... yg satu lagi pesen bergam2 tu nama dia Vinyl. hat tu ala2 mcm tikar getah tapi tebal sket. yg tu cheaper than floor board.cuma i tak berani, takut rosak..so jadi stress plak nak maintain. ::
:: ni kaler yg kami pilih. mcm2 aspect kena consider.. warna perabut, wall paint, konsep. rabun jg mata..sat i rasa mcm darker lagi lawo. sat rasa malap plak... so end-up kaler ni je la.. oh lupa nak kabor..ketebalan board tu ada beza2.. ada yg 4mm, ada yg 8mm, 12mm.. suami i amek yg 12mm, tebal sikit.. almaklomla..ada gergasi pempuan duk kat umah ni.. takut retak ke bang?? huh! ::
:: since rumah dah 'berduduk' barang2 kena alih sndiri. if not ada charge to remove2 barang. tapi sebab i close bill time exhibiton semua i dapat FOC.. nak alih barang caj dalam RM200 juga tu! Pastu upah potong pintu pun FOC.. kalau lantai dah jadi tinggi sket, so pintu kena potong sket la..if not sangkut lah kan?? ::
:: i kat opis dah mcm kera kena belacan, debar2 tggu hasil. over kennn! hahahahha ::
:: sikit lagi,sikit lagi.. huhu::
:: way to dry kitchen. kamera suami i kemain nak pecah2 n pucat2 kaler dia... mmg prob dah kamera hphone suami mak tu! ::
:: tangga pun i gatal minta pasang for vertical je.. tak nak coat whole step tu.. kat tangga ni la labor charge dia mahal sikit..sbb susah nak pasang and nak potong board tu.. ::
:: dan..hasilnyaaaaaa....::
:: hehehhe. jadi lahhh dah mcm wooden concept rumah comel kami..::
:: sofa tembun tu takleh buat apa lah... kemain agam tersergam dia kat living hall. masa beli dulu, tak fikir sangat..janji selesa, nak baring empuk..selesai. sofa ni tempah masa kat bkt jalil exhibition past2 year dulu jg. ikut hati I, i preferred fabric sofa..tapi suami i lagi suka yg full leather mcmni. tahan lasak. tak renyah nak jaga. so skrang sapa pnya duit bawa kluar beli sofa?? dia kan?? makna nya??? R E D H A je laa..hehehe::
:: meja makan tetamu. Quran dgn sejadah tu mmg taleh alih. nak kena titik tangan?? ::
:: snap dari tangga. rumah i ni kecik je.. buka pun kecik je setakat 20x70" SAHAJA je... tp cukup syukur Alhamdulillah sangat dah..tinggal pun berdua. Bilik atas 2 kosong. anak2 pun balik sekali sekala.diorang stay kat kondo suami kat cheras sana..diorang tanak duk kajang, dia kata jauh nau2... lagipon budak2 tu lagi suka stay kondo mcmtu...ada swimming pool, gym and mcm2 facilities lain... makanya kami berdua je la..::
:: tu meja makan i yg i sangat2 rasa nak let go... hahahha. i nak cari meja makan 4 seated je. sbb i berdua je kan? kalau tetamu ramai, makan je kat meja makan kat hall tadi.. tapi kayu dia mmg kayu utuh... suami i bagi jelingan naagin je setiap kali i suarakan hasrat nak tereban kan meja ni. dapat small dining table, white colour lagiiii merecik kennn?? ::
:: FM dah nak sampai bawah esbok... yeayy.... ::
:: staircase ni, i verangan nak tukar tempered glass plak. tapiii...i try2 rikki..paling murrrr pun rm9k ye anak2! bapa tawun lagi plak i nak p main kutu nehh?? hmm ::
:: wing chair ni je la baru, serentak dgn floor board ni.. beli kat furniture world kat highway sg besi sana.. i jadi kecelaruan sket nak beli wing chair mcmna.. hajat I nak yg lain...tp ni je yg tercapai... syukur je la kot kan??::
:: its comes together with the stool... material dia elok..jahitan pun kemas.. meja putih sblh stool tu tempat charger hphone/gadget kami. sbb tu saja letak stool kat situ, senang nak baca2 whatsapp sambil charge. black box tu air purifier.. pintu stor and pemegang tangga tu nak cat putih.. tggu datang mood nak raya sok.. ::
:: finally mcmni laa my living room look alike.. snap from pintu masuk.. tak luas mana pun hall kami... kami pasang floor board tu setakat living room sekali dgn dining hall sahaja. tempat lain, kena tambah tabungan.. krik krik krik..::
Floor board sekarang tak mcm parquet dulu2...
Board skrang, diorang dah buang 'sugar' dlm kayu and inject ubat anti creep.
tuk elak kena makan dgn anai2.
And i advice, kalau u all nak pasang..elok la deal dgn kedai yg elok2; well known.
benda2 mcmni nak pakai lama..mahal sikit, kena tahan la sikit ye dak?
Janji hasil puas hati...
Cara nak jaga dia pun tak renyah sangat.
As long as cuba sedaya upaya elakkan dari basah..
tayah rajin2 nak mop selalu. cukup vacuum or sapu.
then kalau ada tumpahan makanan/minuman cepat2 lap dgn tissue.
kalau nak lap jg sekali-sekala, lap dgn air lemon or white vinegar.
and tayah la ramah sgt dok heret2 kusi meja kuat2, konon beli floor board mahal...
kayu tetap sifat dia kayu.
Mana2 barang pun kalau berkasar sangat, mmg nahas la akibatnya kan?
dah sebulan jg kami pasang, setakat ni mmg best, tak sejuk kaki..
mak ayah datang senang tayah pakai slipper dalam rumah...
senang nak handle..takde la sikit2 nampak habuk,rambut.
tuk mild OCD mcm I ni hellokk sangat la..
tadek la sekejap2 kang amek penyapu.. letttihhh!!!
Ada sket lagi cita2 i selain dari nak tukar tempered glass kat tangga.
projek deco version 2.0 plak. tungguuuuu...huhu
kalau nak ikut rumah kawan2 lain dalam group deko2 tu mmg tertelan2 ailio ..
jauhhh sangat i nak kejar !
kadang tgk rumah diorang sampai ketap2 bibir, sebab gerammm! lawoo sangat!
tapi kita ukur lah baju badan sendiri.
takat mampu mcmni, alhamdulillah sangat dah.
Nak banding dgn orang atas2 dari kita, mmg kita akan rasa down. merudum!
so jadi diri kita sndiri jela..
tayah nak terikut2 orang sangat....
tang amal ibadah tu ..hat tu elok la contohi para2 ulama, ahli2 ibadah yg hebat2..
harta dunia mcmni, kita dapat pnjam sementara je... kan?
So, Suzie.. dah update ok..sementara ep down ni haa...
special entry tuk hang neh! huhu.
entry ni tak tau tahan sampai bila.
i rasa mcm nak private kan sok, i draft kan je balik.
tak sedap hati jg sbnrnyaaa nak tepek entry mcmni..
huaaaaa..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 comments :
waaaaa...cantikkkkkkkk..suka tgok rumah org cantik2 mcm ni satu inspirasi bg kita.. boleh curi2 idea yg sesuai.. verangan jugak nak tukar floor boart mcm ni.. kaki tak sejuk, anak nak melungkup pun ok, dada tak sejuk.. tapi nanti dulu tggu bajet negara 2020 ahahahaa
zie : alohh zie, sesimple2 je..mana mampu je zie.. takleh nak berabis sgt... sok kalau lapaq, guling2 balik atas lantai tu ka camana ka?? hehehe. ikutkan hatiiiii maciammmm2 nak buat! tp floor board mmg pueh hati.. naik seri umah. hehhee. raya mai umah mcmbiasa naaa!! ahhaha
Renovation cam kat HGTV la..😀
I xda channel tu lah jah.. dia under metro package ye!??kalau i langgan..mau jahanam tiap2 bln nk deco...tmbh lenncheennn pala suami tittew. Huhu
Post a Comment