Wednesday, February 14, 2018
KOANG.... SEMALAM KAK ELO DEMAM.....
Assalamualaikum.
Semalam I MC sehari.
Sbb demam dari petang Isnin.
Ptg Isnin tu tekak dah rasa perit2..berpasir!
Sampai umah, mandi2, lepas solat terus Zzzzzz.
Bangun pagi, mulut rasa takleh buka.
tekak sakit yakmat!.. badan toksah kabor la.
bkn takat dedar. ni takat didih dah ni!
Suami rasa2 dahi and muka, "sambung la tidur sayang, jap lg kita p klinik".
i tak sempat nak fikir kerja byk ke apa.yg i tau..i nak sambung tidur.
Sbb tidur malam tu meresah. sat2 i terjaga..
sat2 rasa nak off aircond, skjp kang tolak balik gebor!
tak tentu arah!
:: struggle snap pic muka yang paling 'innocent look' gittcheww. hahhaha. i mmg bkn sejenis pemekap ye.. so takde apa yg pelik pun dgn 'naked face' or what-so-called lah. sbb mmg mcmni je lah rupa i p keje.. cuma, kalau p keje, ada la bedak sket..n litik pastel kaler..thats it! Then, p klinik dok check kerongkok.. osah bengkak.. sore throat, fever, mild flu, migrain.complete package! dapat MC sehari... jadi laaaa... balik,suami bawa p bfast kat Ummiza cafe. Makan nasi terus. Sedappnyaaa lahaii masakan dia! arini dapat sembang ngan Ain(anak owner kedai).. and dapat jmpe mama dia skali. Mama tu MIL Ain..dia yg masak semua. Koang kalau ada area2 jenderam,bangi,sepang sana..try la atleast once kat Ummiza cafe sana. waze je k! lauk dia mmg mcm mak2 kita masak! sumpah wallah, i tak tifuuu! ::
Dah bfast balik umah..makan ubat n rest...
mati kutu jg rupanya kalau tak keje ni kan??
abis dah smua channel Astro gua geledah.
finally ajak suami p lunch kat kfc.. makan golden egg..
ala ayam salut telur masin tu lah.
bkn makan sgt pun tekak sakit.
sebok nak kerja kan MUG rutbir dia tu la..
tekak sakit lagi minum ais?? eh tu biasaaa...
pesen budak degil,tak makan saman! huhu.
Balik dari KFC, gelupur masuk umah on aircond.
Semalam pnya fanasss ya allahhh ya rabbi..
kalau sidai baju mau 10min je dah meresik kering baju tu!
Syukur Alhamdulillah rumah ada aircond.
Macammana lah kan andaikan tak pasang ekon?? sgguh takle bayang dah ni.
Sbb rumah teres mcm kami tu, bkn rumah tepi..
Angin bkn dapat masuk sgt pun..
teringat zaman kecik2 rumah xde ekon..kipas pun takat kipas siling.
Kalau panas melahar mcmni, sekejap2 kang dengar air kolah org ceduk..
kang sekor2 p mandi, kalau boleh badan nak basah je 44 jam..hehehe
Dah besar2 ni baru mampu pasang ekon tuk bilik2 kat umah mak.
4 out of 5 bilik umah mak dh ada ekon.
Syukur mak ayah, adik2 makin selesa.
Tggal nak pasang ekon kat hall je... kena cari yg 2.0 and above hose power.
sbb ruangtamu umah mak, agak lapang..
kalau pasang HP kecik, tak berapa rasa..
kalau boleh nak complete kan bilik mak dgn macam2.
Supaya mak ayah selesa nyaman duk dalam bilik.
Skrang mak ayah solat pun dah pandai solat dlm bilik je.
Kalau tak dulu, di bentangnya sejadah depan tv...
saja cari pasal tanak bagi kami tgk tv..
dia nak suh kami solat cepat! hahahhha.
:: masuk pukul 5pm, badan i rasa kurang dedar dah... suami p lap kete2 kat luar...pastu dia hint2 kata 'sedap ni kalau dapat cekodok'. eeee geram je dgr...sbb kita kan tgh demam.walau dia gurau2, tapi bila dah sebut2 kita jadi tak sedap hati lah kan??? masa dia p jogging, pelan2 lah kita bgn bancuh cekodok... masuk ikan bilis, bawang dgn kentang.. goreng lembut2 then cicah dgn sos cili lingham's ni haa.. sodapp!! jgn khuatir ye..lingham's ni ada tanda HALAL from jakim. Insyaallah ::
:: pssssttt nampak cincin Naagin gua tu??hhahahha. jumaat lepas masa kluar lunch dgn anak2 hayam ni ha.. kami berpecah. i bkn ada benda nak cari pun. abis semua kedai i masuk! last2 tersangkut cincin mak sudin ni haa kat Lovisa. test2 eh mcm ok jg ni.. cincin dalam RM52.00 je, hahhaha. Bolehhh laaaa layan bawa p kenurik kawen ke, sbb cincin2 omeh den semua dah ketat2 kau!! giler membesar bagai johan jari..tgk pun tau! kalau penampau org ni, mau koma 44hari org tu! hhhahaha. takpela, untung nya jari lebau ni..dapat cincin besau..cincin besau, emas pun byk sket kan kan kan? *positif2* hahhaha::
Ok la .. kak elo nak p solat dah.
Skrang takleh solat zuhur on time mcm dulu..
sbb staff laki dah tumpang solat kat surau kami.
Since masjid HKL ni kan dah kena roboh sbb nak bina baru.
Makanya kna tggu onglaki selesai solat dulu, baru kami plak.
Cete bab keje...
Alhamdulillah dah makin boleh adopt dgn sistem baru ni haa..
Walau bykkkk dan masih ada problem here n there...
at last makin nampak apa keBESTan sistem ep baharu ni!
Badan ada rasa dedar2 lagi..tekak masih perit.
tapi kena mai keje jg la kan??? awal2 tahun ni takleh la mc lama2.
and kena meraikan nikmat sihat ni dgn pnuh kesyukuran.
Kang asyik2 mc sebut2 sakit, Allah bagi sakit betul2 ..baru nak pi tahu!
Kak elo calo dulu naa..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment