Friday, February 23, 2018
SAMBAL NASEB + CERITA MEJA LIPAT IKEA...
Assalamualaikum.
Menyampai jg ke hari Jumaat ye...
Alhamdulillah mggu ni i keje full seminggu.
Bergelar 'orang sakit' ni, mmg cantekk sgt kalau dpt datang kerja penuh smggu.
Cuma rabu aritu i halfday sbb i migraine teruk.
Sampai skrang sbnrnya demam i on off.
I dapat demam serentak sama dengan suami.
Tapi dia dah recovered.
Tapi dia dah recovered.
I je terhegeh2 demam lagi... being org sakit mcm i..
immunity badan pun tak berapa OK.. mmg lambat nak kebah kalau demam/sakit.
selsema ni pun masih non stop.
Budak2 office ni, bebuluuu je i sekejap2 sroot srooot..
i nak produce 'cendol' pun kecoh depa tu kan.. huhuh..
Jap lagi rehat pjg, i nak balik umah mak kejap.
rindu sudahh sama depa semuaaaa...
:: Ni lauk semalam. I gabung kan terus sotong dengan udang menjadi satu! gittchoo.Terus i bagi nama beliau "sambal naseb". miahahhhaa. ni tempias si hannan khaira la..Dok rendang naseb,rendang naseb. To those yang tak follow cete "kekasih paksa rela" drama pakcik-makcik tu.. rendang naseb ni rendang campur2 organ dalaman lembu.. ada hati, paru limpa. So sapa yg makan tu naseb2 la dapat hati ke limpa ke..or dpt seredak rendang je ke..huhu.Berbalik pasal sambal naseb i ni.. naseb2 la dpt sotong ke, udang ke, bawang je ke? kalau naseb kau agak malang, dapat sambal je la.. sekian. hahhahah.smlm i up telur masin..bancuh sarsi sejuk2. settle our dinner! nyumss ::
:: ehem lomentik tak lampu gini?? huhu. malam tadi tuk pertama kali selepas hampir 3 tahun, suami I pasang lampu build-in tv cabinet ni. Yup! after 3years! hahahha. selama arini tak perasan pun ada lampu tu.. Mmg tau kewujudan dia, tapi terlupa! hahahha. rumah i pnya pesen lampu, smua kaler putih. terang benderang. Mmg serabut,semak lampu malap2 ni. Tapi mlm td mood malam jumaat (ek eh??) ON tu yg tiba2 laki I teringat nak ON lampu kabinet tu haaa.. i minta suami tukar kaler light blue mentol dia..baru nmpk fresh and tenang sket kot kan?? ::
:: btw takde makna nya 'malam2 jumaat' story nooo.. nmpk tu dok layan beskut lemak cecah VICO ngadap cete si Aqilah-Rayyan tu haaa.. huhu. meja putih comel tu suami i beli kat Ikea..murah je tak salah i dalam RM29.90 ke RM39.90... senang, ringan..boleh lipat2.. skrang jadi tempat letak kotak tissue i(selsema).. nnt dah tak guna, lipat simpan stor... sebab coffe table i besar gabak & berat nak mampos! tu yg i letak pokok paku pakis tu atas meja berat tu lah! susah nak tarik ke tepi ke tengah. mmg betul lah kot kan...barang2 kat IKEA ni mmg user-friendly... senang nak handle... i ada 1 lagi meja kopi yg sederhana berat.. letak kat hall atas. tu kalau ada tetamu, suami i gagah la angkut bawa turun..::
Weekend ni ada 2 kenduri aqiqah...
sabtu ,Ina my colleagues..
ahad anak my cousin kat kajang je.
So weeknd ni plan nak duk umah..
tu yg rehat ni balik Ampang jap.
I bukan bolehhhh, smggu tak p cium ketiak mak..rasa tak lengkap hidup ni.
eyyyewwwww..
Happy weekend ye ols...
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 comments :
nasib pagi ni tak lewat masuk keje ehh.. bahahaha
sy pun ada meja lipat ni, tak smpi seminggu pakai dah roboh.. mana taknya anak gajah dengan anak panda berjoget atas tu langsung jadi dulang letak cawan..hahahaa
Kita ada kaler merah tapi plastik je Ikea gak beli tahun berapa tah. Dan di mana tah sejak pindah Kinrara langsung tak nampak. Haha.
zie : ke ko yg naik atas meja tu?? suka x nak ngaku taw! :p
Anis : ko cari kat ikea.msti jumpe balik meja ko yg hilang tu. huhu
Post a Comment