Friday, November 10, 2017
MAKAN SUNDA KAT CIBIUK, HARI2 BERCINTA KAT REDCARD CAFE & MEETING KAT CDC PJ..
Nur Aishah
11/10/2017 11:13:00 AM
CIBIUK KAJANG
,
HUSBAND
,
kawan HKL
,
RED CARD CAFE BANGI
4 comments
:
Assalamualaikum.
Ya allah, bila lah batuk ni nak berammm??
dah 2bln lebih la kot kan??
xray dah, amek darah dah..mcm2 ubat batuk..ubat kahakhakhaktuih bagai..
Subhanallah, kifarah ke peringatan ke apa ni Allah nak bagi??
kadang rasa nak meraung2 jg bila batuk menggila sampai sakit satu badan.
sampai muntah2 pun pernah.
sampai muntah2 pun pernah.
Pastu demam..on off... on off...
I down betul lah sakit mcmni.
Tak bebas.. nampak sihat, tapi yg menanggung ni?? Masyaallah.
Arini igt nak p amek darah semula.
Suami kata kat office dia, ramai kena influenza A...
terus cuak! Nauzubillah.
then..
then..
Kecoh kata demam, pastu nak up cerita makan ni kira mcmmana ni??
kira halal lah yek?? hehe
:: assorted sambal makchan(belachan gaya pakndak i yg sumbing + sengau cakap).. Makan kat Cibiuk,Kajang ni. Sampai2 tak duduk lagi dah tuju pondok sambal depa.. Sambal dia lah pun kata kunci nya! tayah la cuba2 tanya i apa ke nama sambal2 ni kan.. dapur i sebulan sekali pun belum tentu berasap... tsk tsk tsk.. ::
:: sambal dalam lesung batu kecik ni, dapat bila kita order set nasi..imbel la.. apa lah.. i tak igt dah.. byk tomato sambal ni..tapi sedapp gilerr!! ::
:: Ni lah nasi timbel..nasi kukus biasa..dia bgkus guna daun pisang.. i time ni tak kawan dgn ayam. tadek ikan yg kecik2 tuk makan sorang... ikan talapia dia besar! suami i mmg pangkah abis ikan2 air tawar ni...so pilih ikan keli ni je la...sebaik dia goreng panas2 garing2.kalau lembab2 or dah sejuk, dgn I-I skali tak reti makan nok! -rm15.90 ::
:: suami i ni org bandar mangkali..dia makan ikan besar2... dgn ayam je.. tak geng laa! RM15.90 juga ::
:: buka je bungkusan, wangiii giler nasi dia..::
:: syahdu nau bang, sampai pejam2 mata ngadap makanan..hahha::
:: sup tulang. teringat sup2 sedap kat indon. tapi kat sini tak ummpphh sangat, dia dah tiru style sup kat malaysia! tak best lah! tulang dia pun kecik2..isi je byk! dia bila byk tulang(and byk isi,seiring) sup jadi manis and sedap air tulang tu.. ni mcm sebongkang2 daging dia.. boleh la buat basah2 nasi... RM14.90::
:: pastu nampak pavlova dlm menu..try rasa pavlova style sunda ni haa.. kemain nak 2 layer.. i igt dia bagi 2...ye-ye je i panggil waiter, kata I order 1 je.. rupanya 1 tu mmg double decker mcmni.. jenuh oiii makan maneh byk2..laki i mmg tak menat manih2 ni.. ni murah je..x salah i dalam RM5.90.. ::
Cibiuk ni ada 3-4 cawangan tak salah I.
Boleh try search k..
Semua pun kat hujung jari... (pnya beralasan kau kan? padahal pemalas nak tepek sini.hahha)
Ok selesai cete Cibiuk.
Tuk rekod, mggu ni je 2x repeat mai makan kat Red Card Cafe bangi.
I mmg sukaaa gile kot lepak sini.
I syak suami i pun suka, if not takkan dia rajin tala kete ke sini kennnn???
:: i dah bapa lama tak kawan dgn ice..boleh semalam makan MCD tetengahari pun haku minta hot latte, time tu dah la panas berdenting. msti ada org ngata dlm hati.."eh onggemok pun reti sejuk ke tak mnum ais?" kuangaja eh?? berani cakap depan2 lah..gittoo gertu kakak dalam hati... huhu. Lepastu berpeluh2 menetek2..terlari2 masuk kete cari ekon! hahahaha. Ok, hat ni, i order hazelnut latte yg YA HAMPIUNN pnya sedap.. suami kopi o ais..::
:: suami i OK je dgn western ..i je yg dah berpatah arang. So he settled with lamb chop..RM25.90. Tgk side dish tadek mashed potato..dia up side dish....... ::
:: mashed potato depa mmg sedap ok! tanpa prejudis! ::
:: makan kat cafe canggih, hipster...ujung2 oda nasi goreng beef... ternyata i mmg pencinta masakan melayu buat masa ni..huhu. meh nak kabor...mmg SEDAP giler kot nasi goreng dia...! first attempt yg tidak mengecewakan malah membahagiakan! portion dia besar ok! daging dia mmg takyah susah2 selak nasi dh nampak daging.. pedasss! sedap melekat! nasi dia bau2 smoke2 sikit..perkhhh! RM15.::
:: brader ni, p keje pakai baju lain.. balik bj lain? boleh tahan curiga juga gua...dia balik umah bini muda salin baju ke cemana ni?? baju dia kena muntah anak kecik dia ke hapa? ya allah minta simpang lah nooo.. awas loh bang! i caras u punya nanti...hahahha. sebenarnya opis dia ada deepavali eve... boss2 ni wajipppp la ikut tema etc... dia lupa plak aritu majlis nya..sbb semalam nya dia tak masuk office, p courtcase.. so dia mnta staff dia p beli kan any baju la yg suite for deepavali. bawah2 lebuh ampang tu kan ada deret2 kedai india.. ni staff2 dia kata kain sari buat kemeja tgh IN.. tapi tgk live mmg lawo jg baju ni.. kebetulan i pun ada baju kain sari kaler2 gini.. nnt kita together2 ye bang. ::
Minggu ni 2x i kena attend taklimat ke bengkel ke meeting ke nak panggil tak tau.
what so called lah !
Semua gegara 2018 nanti semua mak nek sistem baharu!
cemuihhh! baru nak master dgn sistem sedia ada, dah change to new one!
:: 1st day meeting, jmpe manje mentayam I Ain J...dia wakil hosp.selayang. Sonot gamat gegak gempita la sessi bengkel kita.. ::
:: eh baju ni lah yg sama kaler dgn baju suami i pakai kat atas nuu .. 4 orang dari HKL.. ain dari hosp selayang.kak yani dari hosp selayang. tapi both Ain n kak yani exstaff HKL.. reunion kecil kiranya.. ::
Badan tak sedap ni rasa nak baring je kan??
I gagah jg tak MC ni sbb takut byk keje pending.
Hujung2 tahun ni kena bertimbangrasa , takleh nak fikir tekak sndiri je.
Kata teamwork kan??
kalau betul2 emergency,then OK.
Selagi boleh datang keje, kita datang...
Weekend ni ampa bikin apa?
Boleh laki mak ajak p Perak lepas dia tgk fb perak skrang tgh musim doyan.
Kalu i sihat ni menjadi jg kita ke kg gajah perak sana, makan doyan puass2.
Tp tgh2 demam ni jgn buat pasaiii..
wellll..we will see how..
kot tup2 senin depan naik entry psl doyan, tak dapek den nak nolong eh.
Kepala dah weng2 ni.. kol 12pm rest ni leh letak pala atas meja jap.
Moga Allah beri kesembuhan kat I and kesihatan yg baik buat kawan2 i semua yg baca ni.
Ameen ya rabbal alamin..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
4 comments :
Lamanya batuk hang. Aku alhamdulillah baik dah. Hang makan antibiotik tak? Ya Allah leganya dah sihat.
Eh cibiuk ni ada se kat area dekat rumah. Haha.
anis : haah beb..ngeri sket this time pnya batuk... malam td pakej muntah2 belahak.. pastu dmam on-off2.. ni siap selsema...idung yg kembang ni tambahhhh kembang, mcm idung org ngandung tggu ari nak beranak dah! hahhaha. Alhamdulillah ko dah ok eh?? lekaih la update blog !huhu
Assalamualaikum.
Lama juga batuk tak baik-baik tu..
semoga diberi kesembuhan..
By the way, tergoda Kak Iza tengok gambar-gambar makanan tu... terus rasa lapar... :) :)
cibiuk kajang memang yang terbaik setakat ni, setiap bulan tak pernah miss makan kat situ.hehe... apapun get well soon. batuk mmg buat kita rasa tak best. try la juga amalkan minyak ikan Omega 3untuk cairkan kahak dan legakan tekak. sambil tu minum madu.
Post a Comment