Tuesday, October 24, 2017

FRASER HILLS FOR FIRST TIME ON DEEPAVALI HOLIDAY..

No comments :
 
Assalamualaikum.
 
Last deepavali leave, ampa pi mana?
Ikut hati mmg nak membongkang ja depan TV.
Tapi malam b4 tdo dok sembang2 tiba2 mai idea nak manjat Fraser Hill.
Sepanjang umuq dah nak masuk 40yrs ni belum penah jejak kaki sekalipun!
k e s i a n   engkau! huhu
so suami yg baik hati tu offer la nak bawa i p naik sana....
Lps Subuh, dalam kol 7am gerak dah dari Kajang.
Singgah bfast kat area kampong2 belah2 Kuala Kubu Bharu sana.
I makan lontong... dah kenapa nak sama mcm mak I pnya lontong????
ke sorok mak I kat dapur tu ha???? hahaha
Sedap giler..siap ada soohoon bagai.. pekat elok.
sampai ke tetesan terakhir i hirup. rasa nak jilat pinggan pun ada.
kenang umur dah nak masuk 40 je ni, kena kawal sket kelaku..
takut org kata buang tebiat..serammm! huhu
dah kenyam, baru i leh buat xtvt wajib masa travel.. ; membuta!..hahahahha.
dah tu jalan kemain bersimpang siur.ngalah kan jalan tapah-cameron apahal??
baik i pi naik Cameron je teruihh kenn?? pffftt.
tapi skrang elok byk dah jalan dia..takde dahhh jalan sehala yg kena tggu org atas turun.
ikut timing turun-naik tu.. now jalan turun lain..naik lain..
Sampai kat pecan dia dah dekat nk kol 10am..

:: Apa2hal kena ada bukti bergambar.. siap ada waktu.. takleh tipu! hahhaha. So tanggal 18 Oktober 2017 terciptalah sejarah, mak esah dah jejak kat fraser hill.. eh tak kisahla walau sekadar fraser hill,tetap ada dalam peta Malaysia kennn??? ::
 
:: tuan khemah yg dah semakin menuah2 menggemok.. mencekik nasi je kejenya!!! ::

:: apa je lah yg ada atas nu?? selainnn bangunan depa yg style2 gini kennn?? ::
 
 
:: mana mau sorok lemak haaa?? hahhaha ::
 
 
:: I kalau jalan kalah budak2 kecik..kang skjp2 minta makan. skjp2 haus. hahhahahha. dah sapa lagi nak mainkan watak mengada2 antara kami kan?? i mengalah je la..terpaksa jadi kanak2..hahahha. padehallllll ...kau mmg sesuatu! huhu ::
 
:: meluat eh?eh tak pe2...siti nurhaliza pun ramai je haters. kakak dah bersedia.. hahhahha. *tiba2*. ::
 
 
:: erh bkn takat minammm..siap club sandwich bagai. hhahahha. propah betuiii femfuan ni! ni lepak kat café Shahzan Inn... kami borak dgn staff2 kat situ, sekarang dah tak ramai orang naik fraser ni... Shahzan ni 1 of accommodation yg OK kat fraser ni. Pun dah sendu2..apatah lagi resort2 lain.. I ada Nampak Smoke House, betul2 sweet mcm Britain pnya style rumah, tapi tetaplah tak membuka hati i to stay even for 1 night! no no no. Apa i nak bikin atas ni wei?? takde apaaa! huaaa... siyes, baik i melangut naik genting. leh berjudi. ek eh! ::
 
Dalam sejam kat atas, pusing sana sini.
Beli fridge magnet..then turun.
ehh tak best lgsg lah aihh!
sapa2 yg rasa kemurungan yg melampau sbb terasa diri malang tak pernah naik fraser hill,
walau umur dah nak masuk 60..sila lah bangkit bersama! hahhaa.
tak perlu  ye rasa mandom, tak rugi mana pun.
Pahang tourism kna do something la kot nak idupkan balik tempat ni.
i tgk resort2 TNB ke TM ke dah rundown belaka.
 byk area yg tak berjaga.
I nak cari tea house yg ada serve scone ke, English tea atleast...namun TIADA ye.
I terus menonong masuk kete..jom turun je la bang....
 
:: pekena ais jagung jg la agenda penyejuk hatiii..huhu.. ::
 
:: suami layan cendui. siap ada pisang,sekerim bagai. sedap lemak santan dia..tak manis melecas sangat. ni otw balik KL.. kat belah2 KKB again. ::
 
:: ni ha nama kedai eh. byk la kete berenti sini.. ::
 
Rasa fun plak... skjap nau kami naik atas.
tak bebaloi penat lelah menempuh jalan yg belengkau2!
masa dok makan cendol ni , mak whatsapp kata masak laksa..
ayooo pucuk dicita ulam raja mendatam.
berdesup sggah ampang pekena laksa asam + laksa lomak omak.
ni baru sorrggggaa!!
 
So kesimpulannya...
Fraser Hills is tak best.
tapi kalau ada yg ber-experience best kat atas nu, kakak tak bantah pun.
ikut masing2 lah kennnn..
Or else I je yg tak pandai explore. kot?
I Nampak jg ada tempat horse ride..ada strawbery park(kecik je)..
ada air terjun apa tah..
tapi tulah my personal view je pun...
rasa mcm tak berbaloi dah  berlelah2 menggodak2 perut jalan lintang pukang mcmtu...
tiba2 mcm terbangang2 tak tau nak mengarah ke mana bila dah sampai.
well...masing2 pnya tekak lah kan??
 
 
.: NO HATE JUST LOVE 💋   :.
 

No comments :