Friday, May 19, 2017

MELBOURNE DAY 3 ; CHURCHILL ISLAND, THE NOBBIES & PENGUIN PARADE

No comments :

Assalamualaikum.

Lepas kenyam telan udang sedappp giler crunchy krap krup2 (read HERE )
Kami pi Churchill Island piula.

1) CHURCHILL ISLAND

Churchill Island is a 50.7-hectare island in Western Port, Victoria, Australia.
 It is connected by a bridge to Phillip Island. 
It is the site of the first European garden in Victoria.

Begitu penerangan serba ringkas tentang menatang apakah churchill island ittew.
Churchill island ala2 farm garden.
Ada mcm2 aktiviti farm2 kat sini.
Mcm  sheep shearing, tgk cara pengembala jaga kambing bla bla...
ek eh mcm tak caya je kakak vok ni, terjebak dgn aktiviti petani2 mcmni. hahaha.
Churchill island itself, mmg santekkkk.
Ada la sejarah2 sket pasal sekian2 nama tempat, ada rumah sekian2 orang.
Mcmbiasa, kakak byk tetelan semut nok..semua pon nak lupa! gggrrr..

:: kita kena seberang jambatan pjgg belakang tu tuk ke Churchill island ::

:: masuk2 je churchill island, terus nampak sekawanan ANGUS CATTLE.. sejenis lembu berjenama angus kira2nya. Koang reti nak makan steak sedap kat me'nate kan? kemain angus la wagyu lah kan? ha ni lah menatam angus nya.. lembu duk kat tempat sejuk... pastu berbulu..mcmni rupa beliau dari dekat 👇 

:: kemain comel lembu dia kou!! bebulusssss mcm abang2gali! hahaha. muka beliau kalau tgk dekat2 pun mmg comel. bebulu dah mcm teddy bear..tp naluri lembu. ha gitu. ::

:: tapi sifat dia mcm mak tiri cinderella, kemain garang! so i is takut nak dekat..laki i tertarik2 suh p dekat sikit.. no way bang! tak penah sesekali keturunan I mati kena tanduk lembu..lebih2 lagi lembu bebulu mcmni!!!  hnssfff.. u jgn mcm2! hahah ::

:: tadaaaa.. lavender farm.. jadilah sejemput lavender mcmni. kami mai pun musim autumn. mana maunya semua bunga2 lavender, tulip, cherry nak berbuah/berbunga?? dapat sejemput mcmni pun dah syukur. dapat la gentel2 daun dia, and keluar bau wangiii..jakun toksah cete..sat2 kang gentel..sat2 kang gentel.. sedap rupanya menggentel ni..slalu digentel je. ek eh! hahhaha 👊 ::

:: pandai adik mezah kita snap gambau..celah2 lavender pun dapat ni haa..huhu. mezah cete.. nak dapatkan minyak lavender tu, diorang akan potong daun dgn tangkai2...pastu dia akan ikat and tonggeng kan dalam bilik gelap. 1 cahaya pun takleh. pastu a few days ke weeks ke, baru dapat minyak dia.sbb minyak dia  dari tangkai bunga tu akan turun ke bunga .. wallhualam..tipu si mezah tu, maka tipulah I ye..i minta ampon awal2 naa....huhuh::

:: ni dalam umah sapa ke nama mamat founder Churchill island ni.. huhu.. rumah asal ni kou! ni tempat dia masak pizza..hehee.mandai je haku! ::

:: ni tgh tggu show.. cemana gembala arah anjing takut2kan sheep suh masuk kandang. I bkn concentrate sgt. dok gelabah takut anjing tu terlajak lari pi kat I ke... lalu i yg takut ..bkn sheep yg takut! pfftt..mana gambar anjing dgn sheep? mana? hahaha. ni i sampai awal..so dapat la pose skjp..pstu org dah ramai..impit2 ... tak dan i nk kluar kamera..kan i kata..i dok berjaga2 ..senang nak cabutttt incase anjing kena sawan ke.hahah ::

:: belakang tu, rumah founder churchill island ni la..lupa btoi i nama mat salleh tu..huhu::

:: ek eleh meriam?? Bukit Melawati sana melambak derrr!! ::

:: luass lapang...depan sana laut .. santekk ya ampon..picnic tetengah medan mcmni pun chill jg kan.. tiba2 i setonggok bentang tikar mengkuang feeling picnic..rare tu! ::



:: Motif amek pic lembu yg dikhabar "kat malaysia pon ada"??? errr errr :: 

:: wait2...ye tau kuda mmg melambak kat mesia.. tapi kuda ni BESAR ok!!! dia kalau kuit pakai ujung kuku (kuda ada kuku meehhh??)pun... i boleh terus melambong sampai Malaysia taww! xyah balik naik flite dah... haa jgn memain.. huhu :: 

:: sheep shearing  ::

:: kesiann terus bogel.. togel..tapi sheep sini dah biasa.. lek2 je mamat ni cukur tanpa putus pun wool dia.. ::

:: haa terus setompok jadi carpet mcmni haa.. :: 

Dah habis tawwaf Churchill Island, naik kereta to next stop... 

2) THE NOBBIES

The Nobbies Centre is an ecotourism destination located at Point Grant, 
on the western tip of Phillip Island, Victoria, Australia.  

Ala2 look out point la..
Tapi bkn calang2 look out...
sebab...TERLALU HEBAT!
cantik giler2 ok!
Time kami sampai, angin sangat kuat.. saujana sgt mata memandang..
hamparannnn lautan.. dgn ombak..angin bersatu..
rasa kerdil nya... SUBHANALLAH!! 
It's Amazing guys !!!
Sooo damnly TRANQUIL!! 

Maaf lah terpaksa layan pic yg boleh tahan kejam jg byknya.
dah tu, i datang jauh2.....8 jam flite..
dgn sejuk ... ketap2 gigi berdiri semata2 nak amek gmbo..
takkan letak 2-3 keping je kennnn???  😝 

:: Pic google . Ni The Nobbies center. Dalam ni leh solat, ada cafe..ada playland for kids.. i tak igt nak snap plak time tu..tq mr google. :: 

:: dari bawah. So suami i and hamzah dok solat dalam ni lah.. while I buat keje sikit 😝 .......... 👇

:: Bz selpie! hehehe. melenjan selpiaq snsoang..sambil tggu depa abis solat.. ::




:: sejukkk gilerrrrr.. tudung dah terherot berot..dah tak terkawal.. gasakkan!:: 



  
:: suami dah selesai solat, sila lahh jalankan tugas mcmbiasa...mcm tak biasa plakk ..hahahha::



:: Ajet2 #Loffatah sat..hahaha::




:: dah berbungkus dah laki den...sejukk giler kowt??::
 

:: i datang dah nak senja...musim pun autumn..langit tak cerah sangat.. nah, pic google.. tapi the feel sama lahhhh... cuma pic diorang santek2.. i jari tak berbedung, pengkor! huhu::



:: Husband nampak really enjoy the scenery.. skjp2 kang dia depa tangan.. Subhanallah i tak tipu... sgt menakjubkan!! bila dah balik KL, sembang2 laki bini...buat post-mortem sikit... kami tanya each other,tempat paling great kat sana..serentak kami jawab THE NOBBIES!! ::




Alhamdulillah...
Syukur sangat atas kesempatan dan peluang..
tak tau nak kabar mcmna dah.
tak sangka dapat jg peluang2 mcmni...
U guys yg datang Melbourne,shud come here.. Must! 

Then we move to last check point.
dah nak senja dah time ni..
Where we go??

3) PENGUIN PARADE

Tajuk je dah faham kot ? hahah.
Opkros nak tgk penguin.
Bkn tgk dalam zoo ke..dalam aquarium ke apa ye..
Ni tgk LIVE dia naturally naik dari laut and jalan kedek2 balik tempat tiduq depa..

:: Masa watching penguin nanti takleh snap pic.. mmg PROHIBITED ye! Sbb nak jaga habitat and tanak kacau ketenteraman penguin. So kita posing dgn penguin awet sahaja..jadilaaa. :: 

:: pic google. Lepas hamzah bagi tiket..kami jalann sampai jmpe seat mcmni.. duk ramai2 ngadap laut..and tggu penguin naik darat.. :: 

:: tgh menunggu..setia menunggu dari cerah sampai gelap ::

:: muka kebas sejuk tayah cakap lahh!!! yelah dah kau tadah muka kau ngadap laut dgn suhu 9darjah celcius camtu kannnn... dgn angin lagi.. huaa :: 

:: terus jadi hantu bungkus.. ::

Alhamdulillah dalam 40minit tggu... 
tiba2 i nampak mcm ada sampah2 hitam dari laut terdampar kat pantai..
mengemut2..rupa2nya penguin lettew!!!
pastu serentak berdiri..pastu kibas2 bulu.
subhanallah cantekknyaa!
Australia penguin ni smallest penguin.
dia panggil little penguin.
Puak2 ni takleh survive kat kutub utara/selatan sana. 

:: pic google. Mcmni rupa diorang dari dekat.. terkedek2 naik darat..::

:: ni pic real dari hphone I. so kita iring la dia balik..sukati dia lah nak stop kat mana..n menyelusup dalam semak2 / habitat for sleeping! :: 

:: ni i curi2 snap. sbnrnya TAK BOLEH ye.. berdosa kan I? ramai je curik2..tapi senyap2 laa..nnt rangers dia nampak, tak tau la apa nasib korang.. didenda suruh pakai costum penguin ke cemana..haa i tak tau..hahha :: 

Alhamdulillah selesai semua dah masuk malam.
Naik kete Hamzah,terus tersandar..
layan letih.seharian kowt!

:: minta hamzah tlg singgah kebab halal for simple dinner . tak larat nak masak.. rasa nak debooshh tdo terus pun ada:: 

:: Mostly kat sini, the price usually started at aud10 pukul rata.. so tuk makan, tayah la kita terlebih rajin nak convert... 1 kebab = 10aud = RM34.00! sob2.... hoi! convert juga??!!! gggrrr.. hahha :: 

Sekian selesai DAY 3 kita...
Settled 2 days kami hire Hamzah ...
Sehingga ketemu lagi.. mata i dah juling ke atas ke bawah dah ni..
mama wurfawurr!!! 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.

 

No comments :