Jawapan;
Menurut mazhab Syafiie; membaca qunut ketika solat subuh adalah sunat ab'adh iaitu sunat utama dalam solat yang dituntut sujud sahwi jika sunat itu ditinggalkan.
Namun
ketika kita solat subuh berimamkan imam yang tidak membaca qunut (sama
ada lupa atau kerana berpegang dengan pandangan mazhab yang tidak
mensunatkan bacaan qunut), tidak perlu kita membaca qunut hingga
menyebabkan kita akan ketinggalan dari imam. Semasa solat berjamaah,
kita dituntut segera mengikut imam sebagaimana arahan Nabi SAW;
إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا، وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا
"Sesungguhnya
imam dilantik untuk diikuti, maka apabila dia bertakbir hendaklah kamu
turut bertakbir, apabila dia rukuk hendaklah kamu turut rukuk dan
apabila dia sujud hendaklah kamu turut sujud" (Soheh al-Bukhari; 378,
dari Anas RA).
Apabila
imam telah memberi salam, kita boleh melakukan sujud sahwi bagi
menampung qunut yang tertinggal tadi, kemudian baru kita memberi salam.
Jika
imam berdiri lama ketika iktidal (seperti yang dilakukan oleh
sesetengah Imam Masjid Nabawi), kita boleh mengambil kesempatan tersebut
untuk membaca qunut. Qunut boleh dengan sebarang doa sekalipun pendek.
Wallahu a'lam.
No comments :
Post a Comment