Thursday, March 30, 2017
MALAM MINGGU BAWA FAMILY MAKAN NASI ARAB @HADRAMAWT JALAN AMPANG
Assalamualaikum.
Sambungan dari entry semalam.
Lepas bawa jiha layan Seoul Garden, lekas2 balik rumah.
Solat maghrib and bawa family pergi makan nasi arab at HADRAMAWT Jalan Ampang sana.
Naik 2 kereta, sbb kami bawa Cik Mera je.
:: kesmua kami 8 orang je.. yang lain2 x dapat joint ::
:: Diteruskan aktiviti selpiaq smntara tggu food sampai.. ada part kelakar... masa nak order, ayah dok sapkok kat luar restaurant..kami belek2 menu. pastu i cepat2 suruh diorang order.. and tanya je ayah nak nasi arab ayam ke kamben.. pstu ayah nak minum air apa? ayah proceed dgn nasi arab ayam and air temikai. laju2 kami order.. tgh2 waiter amek order, ayah masuk. i dgn sepantas kilat kutip smua buku menu, and serah kat waiter.. pastu senyum kat ayah.. "dah order dah ayah.". adik badik i yg lain dah terkemut2 tahan gelak! nak tau kenapa? hahaha gelak siap2. Sbb kat sini kan harga dia leh tahan membunoh jg kenn?? ayah kita tuuu mana lahh mau nya makan mahal2 sket... kang di amukkan 1 kedai .. hapah pun tak dapat! kurang2 dia bantat boikot duk dalam kete?? haa bkn leh teka apa dia nak buat kan?? alaa bkn mahal mana..sepinggan dalam RM30.00 mcmtu je..ayah i kenot ye.. dia biasa makan nasi arab kat kedai2 biasa dalam RM15-17 je sepinggan. tu pun bg dia dh luxury sangat tu. Kat sini fresh juice pun dah RM15.Kalau dia tahu kang??? Kau ghase?? dia nak redho??? hahha ::
:: Sebenarnya i faham.. ayah i tu anak dia ramai; 8 orang. Dulu2 mana biasa makan luar sangat. Kami makan boleh tahan selalu je sedap. Bab makan jarang kecewa, tapi makan sedap yg berbaloi! Cth ayah akan beli ketam udang sotong besar2 from market, then balik mak masak sedap2. Ha mcmtu mmg biasa.. and bagi dia berbaloi! Ayah boleh tahan cerewet bab pilih lauk... ikan nak segar2, mata kena biru2... kalau boleh tiap2 hari dia nak p merket nak makan lauk fresh2. tapi sikap ortodoks/tabu dia bout makan luar ni, mmg kadang2 kenot brain. Dia mcm takleh terima sepinggan nasi goreng cecah sampai RM10! padahal kita dah biasa..kita faham, kedai yg elok2 sikit mmg la price diorang mcmtu. Nak byr sewa mahal.. nak jaga standard kedai lagi kan? I tau dia jerih besarkan kami, sbb tu dia agak berkira.. tapi kadang2 buat kami feninggg jg.. mcm kalau kita beli dia baju elok sikit..dlm RM100-200++ je pun..bkn riban2..tu pun kena selindung2 harga sebenar. kalau dia tanya..kang kita jawab la.. Byk less! haa tu kategori menipu mcmmana tu?? seqsa btoiii kan nak bagi dia rasa best2 selesa2 sikit. camtu lah pengorbanan bapak2 kita kan?? hmmm.. tapi tadek hal, cemana pun ayah kita.. sayang tetap sayang! jgn risau! i tadek bapak lain dh dlm dunia ni(pak mentua pun dah meninggal). U one and only ayah dlm hati n hidup i and always be my SUPERHERO.... ::
:: sekurang2nya sebulan sekali bawa makan sedap sikit...kalau ada yg tiba2 sebut DAH LAMA TAK MAKAN KETAM.. kang laju2 kami p pasar beli ketam byk2..mnta tlg mak masak..makan puas2.. dalam rezki yg kita dapat tu, bkn semua rezki kita sorang. kadang2 ada rezki orang lain tumpang dalam tu..tp Allah nak uji kita..dia bagi kat kita.. dia nak tgk kita igt tak kat orang lain sama?? kita ni dalam dunia samaaaa je. tak boleh terlalu senang/mewah.zalim kalau kita masih dgr ada yg masih ssh tak makan! nak2 saudara mara sndiri.allahua'lam. ::
:: peel apak den skrang, kemain khusyu' baca on9 paper..sat2 baca harakahdaily.sat kang dia buka M.U page.. kemainnn dah 65yrs old, feminat tegar M.U hokey?? ::
:: Food sudah sampai..jom la kita mentelaah makanan dgn tawadduk.. fokus2. huhu ::
:: Chicken mandey. Sedap angat2! ::
:: lamb mandy... lembut giler kot kambenn dia! kuis sikit je tanggal terus daging dia dari tulang.... ::
:: tak tau nama.. jiha share dgn suami i..boleh? sbb 2-2 masih kenyamm makan seoul garden ptg nya. I?i makan hummus ni 👇
:: pic google ni. i tak sempat snap..sbb hummus sampai awal..abis kena hurung dgn piranha..miahhahha. Nanti roti ni makan cicah dgn 👇
:: ni kacang hijau di blend halus di perasakan sampai jadi creamy and curah olive oil.. sedap giler ok!! So i layan hummus je malam tu.sbb masih kenyang... buat2 amek rasa je nasi orang lain.. ::
:: Najmi a.k.a Pokcu auni ni! He's 19 years old already.. study kat Kolej matrikulasi selangor.. tapi masih jadi bongsu manja kami.cuma since dah ada anak2 buah, kemanjaan dia agak merudum jg.hahhaa. tapi tetap kami cium kelecup2 sekali skala.... kalau tala kamera je kat dia, otometik dia terencat mcmni! hahhahahha. pangg kangg!! ::
:: terajin plak nak pose kat depan kedai.. atuk sporting plak tu..slalu dia buat hal dia je..hahah::
:: Alhamdulillah tuk rezki yg Allah bagi.. ::
Kami layan Hadramawt cawangan Jalan Ampang.
Hadramawt ni bykk je cawangan...
mana2 pun lebih kurang je kot kan??
HADRAMAWT RESTAURANT
BRANCH ; off JALAN AMPANG
NEAR TO RISDA BUILDING
.: MUCH LOVE 💋:.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
1 comment :
Kalau ke restoran nasi arab nih, memang jarang² sekali anak² habis sepinggan - portion memang banyak sangat. Kekadang sengaja orders 1 dish makan utk 2 org, kalau tak hubby, juga menghabiskannya... Heee
Thanks share kak ;)
Post a Comment