Friday, July 22, 2016

IDULFITRI 2016 ; PART II

No comments :

Sambung cete raya olssss.

Raya pertama,malam kami sampai homestay kat Durian Tunggal.
Rumah teres dalam kawasan kampong.
1 unit rumah ada 3 rooms. kami ambil 2 unit rumah.
Mean ada 6 bilik.
Best giler homestay dia sbb masih baru.hehhee.
so tandas dia superb giler. water pressure kuat. itu menjadi keutamaan!
homestay ni for muslim only. So tanpa ragu2 nak guna kitchen equipment dia.
Mak ..dia dgn dapur..berpisah tiada...
dia nampak je dapur, terus menggelupur dia p panas kan smua lauk2 raya..
siap p beli beras, telur bagai.
Raya2 ni, mmg susah sikit nak cari kedai makan belah2 kampung mcmni kan?
Bilik selesa, ada ekon.  tv ada NJOY..siap ada air freshner.
Halaman rumah ada pokok2...  suasana kampung..
Kesimpulannya mmg best la homestay dia..dah la murah RM160 per-nite, per-unit.
Kami stay 2 malam. Jumaat dah check-out.
gamba nan-hado. Sbb konon nak posing ramai2 dpn umah, last day nya.
Sekalii mendapat hujan selebat2nya masa check out.
So makan asap  jelah ye! huhu

.RAYA KEDUA.

Pagi2 dah keluar pi ziarah kubur arwah atuk and sedara mara belah mak.
Kubur tu kat Binjai,alor gajah.
I and bedah tak leh solat, so tak masuk kawasan kubur.
terciptalah hasil seni, photo shoot di perkuburan.
Berdosa ke eh??

:: #OOTD raya kedua. baju ni , kain dia i beli kat Bali aritu. baru skrang dapat pakai nyaa.. ber-lining bagai. lahar panas,ok! ::
 
:: datin wannabe?? ;P ::

:: geng2 kak nam birat.. ::

:: selagi org tak abis baca doa kat kubur, kita kasi posingg :: 

:: nak budak2 ni pakai tudung sampai ke petang... yg kanan tu MIA, anak my BIL yg comel lote tu... anak dia kemain kudut... apak eh..kussemangattt... hikhik ::

:: rumah pertama, raya kedua..rumah wajib belah mak... umah MAKLONG kat seri pengkalan... ::

:: with mak2 sedara... maklong (kakak mak)tudung putih ::

lepas umah maklong, pi umah adik mak; cik bon..
makan mee sup sedapp giler.
time ni dah start panas menggila!!!  i syak mau cecah 100 darjah celcius. kahkah.
Semua dh moody je bila melengas2 mcmni. tu seketul pic pun yillek pochii.
I lagi la..dengan baju ber-lining2.. siap pakai korset bagai..nak cantik sgt kan?? hahaha.
so smua decide, balik homestay dlu. lek2 dlu, nnt baru sambung raya.
Moh la kitaaa...

:: dah rest..siap dpt tidur sehenjut dua memasing manjat katil..ON aircond.. lps asar..keluar balik raya umah mertua kepada cik mir(adik mak). dia buat open house pasang khemah. ::

:: dijamu lauk pauk kampung... menyelerakan ok! rebung, lauk pisang, ikan masin..bla bla.. ::


:: lepastu kitorang p lepak kat Air Panas Gadek. Ni dekat sangat dgn kampung emak;GADEK. Kat gadek tu dah tadek sapa..sbb rumah pusaka nenek tu dah roboh. tggal kenangan je.. air panas ni masa i kecik2 kawasan lapang mcmtu je.diorang buat gelung2 je..tadek berpagar2 bertiket2 bagai. dari kecik lagi mmg tiap kali balik, msti singgah sini... ni ada belas2 tahun jg tak jejak.... ::

:: saja bawa si tembam ni berendam air panas. sbb badan dia rajin naik rashes.. ::

:: syokk wooo rasa denyut2kaki. lagi panas, lagi ummphhh. lps posing ni, i pun celup juga kaki.. cuma suami I kata, org sakit cancer, tak elok sgt dgn air panas or aliran2 elektrik mcm massage chair elektrik  etc.. i ikutkan aja cakap dia.. so kejap je la i rendam kaki.. ::

:: kami kat sini, dah maghrib. so ni dah jadi nak masuk isya'. tempat tu masih meriah.. ::

Lps air panas, p dinner kat pekan Alor Gajah.
Dah byk kedai buka kat area Pasar Menggong yg dekat2 ngan bus stand Alor Gajah tu...
Semua pakat pekena Nasi Ayam best kat situuu. 
Kedai tu pun hanya ada 4 menu je mlm tu.
Senang dia nak handle kot kan... 

.RAYA KETIGA.

Sadis, raya ketiga ada seketul ni je pic...
Ni last day kami kat Melaka...
time ni lepas checkout homestay, shoot p ayer molek ,melaka..
rumah pak uda (adik ayah).

:: bertuah kan perangai I..raya tapi pakai seluar je? sbb i dah serik, belenjap pakai baju beriya2. baju kurung yg i bawa semua ber-lining. nak vogue sgt kann!! mendapat pakai jeans raya ketiga. sebaik i dah berlaki. laki I ok jenis OK je. dia memahami isteri gemok dia cemana, kalau dah start merimas.. . kalau masa i bujang, osah dah kena tempik dgn ayah. hahahhaa.  ::

Lepastu, terus balik KL.
Sbb andak(adik I) dah otw nak balik raya umah mak.
dia turn raya mertua tahun ni.
Jalan smooth...tak jem. Kol 1pm dah sampai KL.. 

Malam tu, orang2 lelaki semua pakat pi main badminton kat sport arena area umah mak sana.
Dah tak larat tgk babat masing2 kemain menghaibat.
Yg pempuan tak koser ikut. 
Layan drama raya kat TV sambil makan kuih raya + gossip2..lagi best! huhu

Nah..i lanje pic diorang main badminton...




:: bf kecil I ::

:: gaya dah ada sgt tu bang.. ::

:: cap bapak & anak yg tembun..huhu::

:: aksi apa kau buat ni bang? bila I tadek, u mcm2 eh! hahaha ::

:: laki i badminton dia tak terror sgt.. tu diorang kapel kan dgn auni kot? sampaii ati doang..perlaku kan suami i begitu.. sob2 ::

:: andak... ketua pompom :p ::

:: mai dahh... ketua coach; ATUK. ayah ni dia dari kami kecik,suka paksa2 main badminton.mcm bapak misbun sidek dah haku tgk. hahaha. dia nak kami keluar peluh.walau kami gemok,tapi sehat..gitto. tak lengit. mengah. or berpeluh busuk. eh tetiba je. hahaha. sbb slalu kan org bdn besar kan kalau berpeluh msti masam2 kan(sesetengah)? alhamdulillah adik badik i, bkn jenis centu walu size gorilla masing2. depa cete, b4 ayah sampai diorag main ada la gelak2. ayah mai je,smua pakat seriyes sekor2. suami I kan baru dlm family, dia terbangang2 la tgk budak2 tu tetiba fokus...hahaha. sbb apa tau bang? meh esah bgtau.. sbb ayah tu mmg fantang kalau anak2 dia main2 waktu main. eh mmg la kena main2 kan??? nama pun game. huhu. chill sket atuk..! ::





.RAYA KEEMPAT.

Ayah ajak pi PD, rumah pakngah(abg mak).
So jommmm... pegi 2 kereta je. kan i bawa si NOVA.. leh sumbat 8 orang.. 

:: makngah jamu makan tengahari. Lauk asam pedas ikan duri, gulai rebung + daging..ikan, sayur bla bla. Hoii dah la cuaca memanas2! berdesing2 makan, berpeluh2.. tapi sedap nya ya amponnn.. sampai raya tahun depan pun rasa dia tinggal lagi kat lidah ni. hahah ::



:: fikri, i panggil dia baby.. melekat sampai skrang :p. di kalangan anak buah, dia ni ACIK.  ::

:: andak a.k.a Emi... mentayang i ni..walau dah beranak dua.. apa2hal mmg dia cari I je...  budak2 ni(adik2 I) boleh kata dari no.3 sampai ke lapan smua mmg rapat2 dgn I rather than mak bedah.. i pun tak tau kenapa.. sbb i cantik kot! hahahah mitos sgt tu!! ::

:: alololo capiyaaaa... (anak andak). ::

:: Anak2 menakan i.. kekasih2 hati I dunia akhirat. ::

:: dari umah pakngah 10min je sampai pantai PD. Saja singgah kejap.. ::

:: Budak2 meroyan nak mandi pantai. masa tersesat cari umah pakngah,termasuk kat area LEXIS PD, budak2 ni berkokok happy.. "yeayy kita duduk hotel!". lpstu bila pusing balik..serentak cakap.. "ALAAAA.." siann diorang.. i kenot taww!! terus i pomis diorang, nnt dhani balik lgs skali, kita tidur hotel kat sini. leh mandi kat pantai yg elok sikit. public mcmni tak syok. takpe, ciknyah lanje k! . ::

:: underneath pokok kelapak! :p. I dari atas sampai ke bawah semua pakai yg lama. muahahah.. selesa kau pakai baju gobos2 mcmni.. panas2.. senang masuk angin. Baju2 raya i kan, datin2 sgt. suami I? dari atas sampai bawah, semua baru ok! melawan tokei dia ni!! hahahha. tapi i yg suh dia pakai baru pun...  ::

.RAYA KELIMA.

dah cerita dalam entry ni....


.RAYA KEENAM.

Isnin.
Budak dah start sekolah.
I and husband je masih cuti. 
Dari smlm i dah ada kat rumah sendiri.
Arini andak and family akan gerak balik Parit Buntar.
Semua kembali lah ke pangkal jalan ye... 
So pagi2 dah gerak p belah2 KL.
Nak p umah mak/pak sedara suami.
Suami i anak buah pilihan.
Kalau dia tak datang, 40 keturunan kena sumpahan. hoho.

Singgah bfast..
and photoshoot syok sendiri kat OldTown White Coffe..






Tengahari abis raya, shoot terus balik umah.
Petang tu pi cari makan kat TESCO...
time ni lah subscribed crdt card CIMB,and i teros rasa mcm nak demam.
dan esoknyaaa..mendapat i muntah2 and MC 3 days tu....

PERKHHHH...yes yes yes!
Watammat sudah kisah raya saya.
tadek utang2 dah..logo den!
2 entry je olss.tayah pecah2 kecil dah. settled.
 





No comments :