Tuesday, July 19, 2016

IDULFITRI 2016 ; PART 1

No comments :

Assalamualaikum korang.
Harini dah 15 Syawal dah kan?
kejapp nauu masa berlalu.
Time puasa aritu pun kemain laju..tik tok tik tok detik waktu berjalan.
I nk up cerita raya I tahun ni.
I rasa raya tahun ni not bad.
Tadek benda pelik2 berlaku pun..everything goes smoothly.
Aman bahagia...
Cumaaa...cuaca sangat bermusuh dgn I time tu.
Sikit tak memberi kerjasama taw!
Kemainnn memancar2 sang suria..berlecak2 celah2 bedah semua. eeyyeeww.
Dah la time raya je pun nk pakai baju mengerlip sikit dari biasa kan?
mendapatlah melahar2 hazab panas...
So bila cik ketty pun dah berkuah2... mood nak jalan raya tu terbantut.

Intro sket...
I asal Melaka. Mak kat Alor Gajah Melaka. Ayah kat Tg Bidara Melaka.
IC i pun, kod tgh2 was 04 ..
I and kakak I je lah yg terberanak kat Melaka.
Lps bersalin kan I, mak ayah pindah KL @Ampang.
So adik2 yang 6 orang semua lahir either kat KL or Selangor.
Since waris walak mmg kat melaka, dari kecik mmg tiap2 raya balik Melaka.
Kecik2 dlu 2-3 hari before raya, dah bermastautin terus kat kampong ayah.
Hazab ols puasa kat kg! rasa jarum jam tu kekemain berkomplot gerak kemainn2 lambat!!
mcm diseret2! dah la kat kg ayah, lps subuh takleh sambung tidur.
Tilam,tikar semua gulung siap! Tercongok la beramai2 dgn kazen2 tggu matahari keluar.
Bila matahari keluar, baru lah leh gerak p main ke apa.
Hari mantai(a day before raya), kaum2 ibu busy masak.
Bukan calang2 mulut nak disuap. Berpuluh2 mulut .. so faham2 je la.. kederat cemana nak pakai.
Ayam pun, tangkap..sembelih..rebus..cabut bulu sendiri ok.
Petang raya berbuka makan lauk yg siap di masak.
Buat air cincau satu balang meniaga pasar malam tu terus.
Lps maghrib, kocoh2 tggu depan TV tunggu pengumuman raya.
Dulu2 announcement raya mmg ditunggu2. Sbb takleh nak diduga result nya!
siap main taruk2 lagi. sapa teka esk raya or tak jadi raya.
Kalau raya, malam tu lenjan men mercun,bunga api habis2an.
Sbb esk dah raya, tak syok nak main.
 Esk raya mcmbiasa.. tetengahari. balik kampung mak plak kat Alor Gajah.
Dalam 40minit je dari kampong ayah.
Raya kat kampong mak lahh yg terpaling WIN!!!!
Sgt best best best... tapi kalau nak cete, makan tahun jg nak habis. kahhhh!!!

Setiba2 rasa kekemain panjang muqoddimah...
hahahahah.

Btw,raya i dah tak mcm dulu. Tak mcm i cerita kat atas...
Dapat plak dah kawin ni.. turn to 360 degree dia punya feel.
Dulu, i rasa weird sgt mcmana orang boleh raya kat KL?
Sifir I.. raya = kampung. it is must!
Sbb KL time raya dulu2, mmg akan lengang selengang2nya.
Takat kau nak solat jumaat tengah2 jalan pun tadek hal. 
So ada apa je kalau kau raya kat KL???
rasa kesiannyaaa dorang tak balik kg..gitulah perasaan i dulu..
Sekarang,mendapat lah I pulak raya kat KL, since mak ayah kita dah jadi org KL.
Zaman dah berubah. Generasi mak2 kita dah mastautin KL.
So anak2 balik KL..bukan balik kg.
Mcm Dhani, dari Parit Buntar balik Ampang. So dhani balik KL :)

Sekarang, i buat mcmni.
2 hari before raya, dah siap2 tidur umah mak I kat ampang...hangkut beg baju siap2.
keje ke tak keje, semua dari ampang.
Hari mantai tlg mak masak2.
Berbuka makan lauk raya terus.
Malam kang dah tadek aktiviti khusus.
Ada yg pergi jalan TAR. yg g masjid ke.
kami2 ni dok layan budak2 main munger api.
nak simpan energy tuk pulun raya esoknya. 

So...my cerita raya...

Pagi 1 syawal @4am lbh mak dah bangun, masak kari or lodeh.
Lauk2 bersantan berkuah ni kena masak pagi2 tu juga.
takut basi. Dah mandi2... makan siap2.
tu kan sunat. Nak bezakan raya haji dan puasa.
raya puasa disunatkan makan pagi2 before pergi solat sunat raya.
Lepas makan, mak ayah duk kat sofa...
nak salam raya....mcm orang lain juga, turn salam ikut turutan dalam family.
Tahun ni  I jd org ketama lah..sbb bedah raya umah mertua.

kita cekidaut dgn pic lah ye...

JUADAH

:: cerita di mulai dgn peristiwa merendang daging, masa hari mantai.. emak masak rendang daging cili api tempias2 ongNismilan masih ada.huhu. . I bawa sikit rendang ni balik umah MIL. berebut ok depa makan... kembang kuncup hati I tawwww vanggaa.. :p  ::

:: kuah kacang cik melah torbaekkk.. :: 

Selain dari 2 menu kat atas ni, mak ada buat kari ayam dgn sambal kupang.
Tak buat heavy2 yg lain, since ptg dah nak balik Melaka.
Semua tu lawan kan dgn nasi himpit je.
Umah i mmg tak layan sgt ketupat2 ni.. renyah. malas!
kalau rajin,kdg ipar i buat ketupat palas..org utagha kannnn...
cita2 kami nk bakar lemang, sentiasa tak berjaya..
sbb ayah suka kondem kitwang.hahahaha.
dia kata tak berbaloi lah..buang masa lah.. mentang dia tak peberet lemang. Nyammpass taww.
Nak masak dodol mmg tayah la. kencing manis kemain ramai dalam umah ni(keturunan).
So tu je menu. 

SALAM RAYA


:: Rata2 i tgk byk je pic salam suami isteri. I je tadek hukhuk. Sbb i salam suami i beriya2 mitna maaf, melalak2.. tggal tak melolong2 je.. huhu. Dosa kekemain betingkek2! So, sapa je yg sanggup snap kan pic i time rupa i huduh mcmtu? dgn rambut mengerbang mcm kak limah bagai? hahahha. So, kita PnC je pic salam raya laki bini ye dok?? Ni sessi salam mak ayah. Mak ayah tak salin baju raya lagi. tahun ni salam awal sikit, sbb i nak kejar balik umah MIL.. ::

:: Ayat biasa.. MINTA MAAF BYK BUAT SALAH. HALAL MAKAN MINUM. TERIMA KASIH MAK..AYAH.TERIMA KASIH JAGA KAKNGAH.. bla bla bla.. sob2. cliche sgt ayat tuhh..hahaha ::

:: Mama & papa ayep plak. Nanges lama nampak?? byk dosa lettewwww ..kahhh!! ::

::  malam raya tu I ajar auni.. "adik,nnti salam atuk nenek adik cakap..nenek,adik minta maaf. selamat hari raya!". pagi tu betul2 dia cakap mcmtu! hahaha. bapak lahh comel..rasa nak lempang2 gerrramm!!! ::

:: buah2 hati kesayangan paknyah & ciknyah ni... tahun ni masing2 mama depa bekalkan beg sling, senang sumbat angpow ye dop?? dah mcm orang nak p mekah pun ye..huhu. ::

:: men in my heart... ::  

:: cinta hati.. ::

:: atuk nenek with cucusss.. ::


MIL SIDE

Dah salam2, rush to my MIL house.
Husband kata pagi2 raya tu dia nak p umah mak dia.
Selalu, suami solat raya kat masjid umah mak I dlu.
tahun ni dia request gini... so i follow je laaa...
tak kisah pun..sini mak. sana pun mak.. ye dok???
Umah MIL i dkt taman nirwana, sekangkang gorila je dari umah mak. 

sampai2 umah MIL dah kol 8am..
i tgk diorang steady je lagi. makanan pun baru nak defrost  & re-heat dlm microwave.
aihhh.. family i dah nak gerak p masjid dah kot? 
lantok kan situ. duduk ontok2 yo...tu style depa ye dok?
i tlg2 jg mana yg patut.. then org lelaki dpt makan sikit..diorg gerak p masjid.
Yang pempuan, sorang pun tak g masjid. I shock lagi.
Sbb family i semua yg boleh solat, mesti gi masjid.
again, kita ikut jela budaya doang ..kan...
kebetulan time raya tu i off solat. so tadek la ralat sangat.
tahun depan, kalau i boleh solat...i sorang je la kot ikut org laki g masjid.. errrr...
While org lelaki g masjid, kami makan + sembang2. 
Lps orang lelaki balik solat, baru lah sessi bersalaman.
Kat sini pun kami jadi orng ketama, since suami I anak sulong.
Betapa besar beta punya takhta?? hahaha.
Dah salam2...photo shoot plak...



:: Adik beradik suami I ada 5 orang. So ni masing2 dgn kapel masing2. Yg baju pink tu kapel nya tak sampai lagi..(umah sebelah je).yg tudung cekelat tu adik bongsu suami... suami dia plak tadek. turn balik raya umah bini tuo. tudung mastard tu adik bwh suami.. suami dia yg pakai baju biru ke hijau tua tu.. so yg lain2 tu kapel masing2 ikut kaler baju lah ye.::

:: haa yg paling kiri baju pink plum + tudung hijau tu laaa couple yg missing kat atas nunnn :)  ::


:: 3 generationss of mak lekha's.. :) ::

Selesai, gerak raya umah mak2 sedara suami belah MIL.
MIL I mmg asal Kg Pandan,KL nunnn.
So adik badik dia semua pakat2 beli umah kat taman nirwana nunnn.
Buy 1 free 1 ke cemana ni?? huhu
jalan kaki is possible. tapi mengadap la baju ko ghuyyup peluh.
So naik lah kete ye...

:: Umah maklong jamilah..menu utama umah ni, nasi arab. I tak makan, sbb dah kenyamm makan kat umah my mom ::

:: Tiap2 tahun mesti ada pic kami kat wallpaper ni.. :) siap idola nak buat wallpaper ala2 mcmni jg kat wall umah... inspired! ::

:: Next....Umah makcik cah a.k.a datin hapsah.. menu : juadah2 raya. special menu : sambal jawa. ada hati ayam byk. tu penting i bagi markah penuh! hahaha ::

:: senang ada tangga jadi props bergambau..huhu ::

Dari umah makcik cha, lari p wangsa maju.
Umah makngah suami. Kakak arwah FIL I.
I tak sempat pun jmpe arwah FIL.. dengar cete dia baik... sporting.
balance lah kot kan dia dgn my MIL ..kalau 2-2 nak me-naga mampoih! ihikz
Masa ni i dah meresah..sbb dh dkt nak kol 1pm.
Sian kat mak ayah I and yg lain2...tertunggu2...
Diorang tggu I nak konvoi balik Melaka.
I tak makan apapun kat umah  makngah tu, sbb hati dah tak sedap.
Paham2 je lah family i jenis yg mcmana..punctual! 
mmg mendapat cercaan berbakol jap lg ni.hahahha.
Hoi, baru salam raya, berani nak carutsss2 I?? hew hew hew.

Sampai2 umah mak, masuk2 barang dalam kete..terus gerak.
tggu datin bedah kat exit setul (LEKAS hiway).
then shoot terus kg tg bidara,umah pusaka atuk..
Now umah ni busu yg duduk dgn anak2 dia.
Lpstu jangkit p umah paklang kat darat.
Umah ni kami mmg terjah kari itik maklang! sedappp nya weii itik!
tak makan? geli?? cittt poodah! :p
Then umah pakndak kami kerja kan rendang kerang dia.
sedappp nya lahaiiii.buh daun ketum eh?? huhu.
Then gerak to belah baruh.
Baruh tau apa? baruh tu mcm area belah2 pantai.
lawan dia,darat. gitu... 
belah baruh sana ada nenek sedara I, nek busu (nenek ain nasir wey! huhu).

:: Phew dpt pun photo senonoh sikit lengkap dari kepala sampai kaki. tapi songkok suami haku dah kemana2..? ggrrr.. ni pose bawah pokok ciku. kecik2 puas mengokak ciku.. nyum2.. balik aritu tadek musim plak.. ::

:: ni pun dapat jg..tapi pose gila2 minta penyepak. hahhaa ::

:: butang baju mana banggg??? dh mcm sarip dol i tgk u taww. pfftt ::

:: atuk pakai baju aaron aziz olss!! huhu. mamabunda & ayahanda.. ::

:: pose wajib depan umah pusaka arwah atuk ::

:: dah uzur sangat bhgn ibu rumah ni.. atap pun dah terbang2 ::

:: ok dah2.. ::

:: ni bhgn dalam umah atuk... ::

:: kat umah busu lagi ::

:: dan lagi................. :: 

tetiba dah abis. 
enuff la for 1st episode raya.
Sbb lpstu kami shoot terus p ziarah kubur atuk,nenek,sepupu2,sedara2.
then terus p Durian Tunggal, checkin homestay...

to be continue k....




No comments :