Friday, June 03, 2016
REGULAR CHECK-UP & ANAK2 SYURGA SAYA
Semalam My CheckUp day dgn Dr.Fuad.
Doctor mmg minta I buat Ultrasound.
So i mmg plan nak MC terus.
Kalau time slip, gerenti lebih dari 4hrs.
Tak sedap lah masuk office sampai tengahari kan?
:: Pagi2 sepi'e dah sampai. I kena puasa sbb kan I nak buat ultrasound. I teman suami bfast je. Tapiii.... i ada cengelatttt..i minum hot horlicks! hahhaha. lantokkk laaa.. i kebuluq tawww. so, horlick kan putih..kita cheat sikit.. ihok2. Suami I tak dapat nak teman kan sbb ada urgent meeting pagi tu. Lps dia hantar sampai hospital, parking kan kereta, and dia amek bus to office.. Hmm bapak la humble laki haku tu!! suka btol dia naik bas. he's mmg 1 kind of very humble person yg i penah jmpe. Nama nak UP2 mmg i tak pernah nampak lagi. Seboleh2 dia buat lekeh2 dia. Mengikut lah hendaknya I akan perangai beliau itu. Ameen... So, dia amek bus dari G.E Mall(depan Gleanegles) to Masjid Jamek(his office).At 7.15am ok! i dah tercongok depan hall ni haaa..nak pi Onco..kol 8.30am baru open::
:: Kol 8am i direct to imaging department. Kat sini tempat smua bab scanning2,xray2 bla bla bla. Mean yg melibatkan pengimbasan, screening, guna device canggih2 smua taruk sini. I tggu nak register, sekali nama I tadek! Kena pi minta kat Onco juga2. Onco tak buka lagi tu... sementara nak tggu Onco buka, dah ramai dh patient kat imaging dept ni. that's mean, ehh makin kebelakang lahh turn I! mencik taw! ::
:: Sementara tggu Onco buka kita kasi warm-up dlu.. selpiaq sehenjut jappp... dah selpiaq p lah edit guna make-up editor. takkan tu pun I nak ajar?? hahhaa. takkan lah i se-flawless ini pada hakikatnya kann?? tayah mention lah kot...semuorang tau. muka penuh cela... berkerak2. hahaha. takpe2, kita syok2 sendiri udahhh.. ::
:: yg paling obvious opkos la tang bulu mata tu..kekemain lentik..!! i seumur hidup ada lah sekali dua tenyeh maskara kat mata..tak reti acik oii!! memang failed bengap tahap repeat SPM 7kali! So bila main2 make-up editor ni, lawo molek je lentik bulu mata I ittew. lalu laaa sikit nak tepek pic kat sini kannnn..hahahhaa. BUT..bukan semua pic i edit k!!! hahaa nak mention juga tu... ada yg tulennn..takde semua pic i rajin nak edit jahh! ::
:: Onco dah buka, i register. Pastu pi ultrasound, pastu p flush chemo-port, pastu kena tggu turn jmpe doc. Nurse kat situ kan dah geng2 ngan I, so diorang ask me to go for btast dlu, since maybe doc will be late attending chemo patient first. So i pun go la for bfast. Mentelah tadi cheat minum horlicks je kannn?? huhu. Kat Gleneagles ni, cafe dia tak mengancam mcm KPJ Damansara yg mee paru tu... sini juz2 sangat cafe nya. So nak tanak i kena la pi layan bfast kat Dome. Ada Starbuck jg, tapi baru aritu minum frappe dia..so kita pekena Dome plak. Kali ni i berhati2 sket pilih makan. Aritu kan i makan sini, i terus demam.. leh refer entry sini. So agak cautious jg lah kan.. So i amek set big bfast je lah. set ni RM30 sahaja kau! Comes with black coffe yg damnly sedap! Lepastu kann..tetaplah tak habis, and memualkann!! i usik roti and baked bean dia je..beef dgn sausage dia i kuis2 je. ada apa2 ke eh kat sini?? i mcm kena lancarkan perang je dgn Dome ni ke cemana ni??? Aduhaii... ::
Masa i tgh bfast, kawan lama I kat 'U' dlu;Rina..called.
Sembang2 and cerita adik dia pun kena breast cancer.
But adik dia rahsiakan stage berapa.
I kenal adik dia.. ;Norli.
I pun terkedu jg, but skrang I relax sikit bila dgr sapa2 kena cancer.
Tak mcm dlu2. I akan rasa touching sangat2.
Nak2 kalau dapat news, orang meninggal tu sbb cancer.
I akan jadi downnnnn sangat2.
So i sembang lebih kurang lah. Nak cete panjang pun i rushing nak jmpe doctor.
Rina ada tnya petua, pemakanan bla bla tuk dia bagitau adik dia.
Later kita cerita lagi k pasal ni!
I tetap akan mendokong dan menyokong cancer patient yang lain2.
Satu je I nak pesan..jgn fikir cancer MESTI MATI!
Time tu dan-dan lah kita takut MATI.
Padahal, sakit ke tak sakit ke.. MATI itu SANGAT PASTI!
Tiada sapa boleh escape. Kita semua bakal jenazah yg pasti.
Rahsia nya adalah BILA dan BAGAIMANA cara kita MATI.
Dont look forward MATI MATI MATI bila tau kita ada penyakit.
Yang tadek pnyakit ingat tayah fikir mati ke?
Igt komfem lambat lagi mati ke?? NO kan???
So..plis sayang2 yg diuji dgn penyakit terutama cancer(Kita serupa)...
Move on sayang....
Dah bykk sangat contoh cancer patient yang recover, survive!
Sekarang pun dah byk cara berubat... Usaha k!
Nanti lah ada masa.. I cete amalan2 I... supplement2 and my advice from bottom of my heart.
Bukan I kata, i ni dah 100% recover, NO. Bkn cakap besar taw.
Tapi kita share.. mcmana cara nak tempuh keadaan saat diuji mcmni.
Jangan risau, jangan bimbang....
kita pandang dari sudut positif... banyak manis nya.
Insyaallah..
Abis checkup smua dalam 1pm..
Bayangkan kalau i kena masuk office balik??
Ketiak dah berkuah2... nak masuk office?
Kol 1pm tu kalau sampai HKL (my office) mau dlm kol 1.30pm.
Nak parking bla2.. cecah kol 2pm ada...
So mmg i MC jelaa.. lagipun at Onco departmnt ni..
u boleh request berapa hari nak MC.
Doktor faham kan...
Tinggal kita nak ambil kesempatan ke tak la..
I slalu minta 1 hari je... sbb 1/2 day dah kat hospital.
Unless i betul2 weak and need a longg rest. Tu cete lain.
So abis je checkup, i shoot balik Ampang terus. Dah alang2 sehala kan..
Syoknyaa sbb budak 2 orang tu kan cuti sekolah.
I sampai2 je umah mak, si kak nam tu mmg melekattt je lah kat I.
Mcm ongtue2 sangat ni nak lepak2 dgn I.
Mana i pegi dia mengekor je.
Kang lepas kencing, suh i pakai seluar.
Makan,nak makan dgn I.
I solat dia pun sibuk amek telekung.
Lepas zuhur, mak ajak pi Aeon Big.
Mak nak beli kain panjang(skirt labuh).
Jom laaa i bawa kan mak. Belikan apa je mak nak.
Seluar, skirt labuh..blouse.. Biar dia happy sikit.
I nak lanje ciktam, taknak plak dia.
settled tu, bawa bdk2 lepak KFC.
Ikutkan tekak i mmg tak nak lgsg dah makan KFC smlm.
Btol2 i teguk air sikit je kat sana.
Balik tu i plan nak makan kari ikan merah mak..slurrrppp!!
:: Kak nam kesayangan I.. abis tudung I dia buat main.. Cantik plak i edit kan dgn littik pink2 cenggini.. ::
:: Amboii merenyam menggedik betull muka.. i syak mmg keturunan lah kot kan..hahhaa ::
:: Masa i dah nak balik lps maghrib, dia ketuk pintu bilik mcm nak roboh! Rupanya nak eksen dgn I kasut fink baru dia ni haaa.. bila pijak kluar lampu! kemain kekwatt!! ::
:: Hahaah takleh blah pose dia. dia cakap kat I "Ciknyah2 cepat2 amek gambar adik tunjuk kasut". hahahaha. Mana lah I tak angau siang merayu malam merindu kat budak2 ni?? ::
:: Di sudahi dengan banana split kat NZ Cafe bangi. Tiba2 tingin nak makan manis2. nampak plak menu ni.. sebatttt..sedapppppp.. RM7.90 sahaja! ::
Wabillahittaufiq walhidaya..wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh...
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment