Tuesday, May 31, 2016

SEMUA CERITA KITA KASI TARUK

1 comment :

Assalamualaikum tetamu2 blog saya.. Acececece...
Pahabaq ampa smua???
I Sihat alhamdulillah.
Arini last I puasa ganti.
Btw...  I compile kan terus cete weekend.
Jadi lah 3 chapter in 1 entry.

1ST CHAPTER ; FRIDAY

Last friday became my very2 bff last day at FLK jab farmasi HKL.
She's..my sohabat dunia akhirat..InsyaaAllah..
Ain J... nama dia yg susah betul I nak avoid tiap kali update entry.
So... Berani kata tak kenall????
Dia dapat naik pangkat. Bila dah nek pangkat, silakan lah melangkah pergi.
Membawa diri ke tempat lain...
Walau berat walau pedih..terpaksa ku lepaskan..perkhhh.menanah!!
Ain J  transfer to Hospital Selayang back.
Dulu asal nya memang dia dari situ, minta trsfr HKL.
Sbb dekat dgn SanPeng. Dia dan SanPeng tu jgn dipisah2 dijarakkan...
Now berpatah arang kembali ke sinunn lah(Selayang).
So lunch Jumaat, for the last time... sob sob sob.
Pi lunch dgn dia and Su kat Sunway PutraMall sana.

:: Ni lah my deariest..Ain J.. posing pun gayak nk tikam2 jikmata orang. pembawakan geng2 mafia sanpeng lettew. hahaha. Yang dirai nak makan SR..so jom lah kita.. ::

  
:: Ni lah last pic kami..hmmm..dia teman I punch card..sbb i balik 4.30..dia plak balik kol 5pm. Cemana tah nak kata, sedih sebak mmg bercampur baur, bergaul mesra dalam hati ni. Tapi bila fikir2 balik, ni sbnarnya ujian friendship kami. Tgk sejauh mana kami will keep in touch... kan Ain kan?? And kami yakin 200%,kami tetaplah akan bersahabat baik walau jarak memisahkan. Good Luck Ain J.. Saya tahu kamu ni spesis campak kat mana pun MOJ (Mak Ok Je)... All d best..Smoga pengikut kamu bertambah kat sana.(yes tahun depan ada chance menang PPT Pilihan plak) hahahha. and jgn lupakan daku kat sini.... baru 2 hari kamu tadek, i dah rasa .... *&%$#@!+/ . Tiap kali lintas bilik kamu, tetaplah nak berintai2 mengendap2. Pandang kerusi kamu tadek shawl tergantung..tadek bantal..kosong je meja kamu.. alahaii. nak sedap hati, saya fikir and anggap kamu cuti je..... tapi kamu cuti sampai bila??  bila kamu masuk keje balik??? selalunya saya pendam2 je mcm2 cerita, kumpul nak lambakkan kat kamu, bila kamu naik dari cuti.. laaa ni kat sapa plak i nak hambur kannn?? and... sapa lah pulak kawan yg duk lah rajin tanya saya nak makan apa2 tak?? haaa bab makan kan?? jgn apa?? ye betul..jgn dibuat main!  damn lahhhh! ternanges lagi. bodoh taw.. dah tua2 pun nak nanges. menyampah. Love U Ain..only god knows..how much it meansssssss... take care..Moga Allah permudahkan urusan kamu. Ameen ::

:: Balik dari Sunway Putra,dalam whatsapp family group, Andak(My brother) 4wd pic ni. Dhani n fiya. Dia kata bawa budak2 jalan. Tup2 rupanya dah sampai KL (from Parit Buntaq).. wat surprise lettew! Dapat tau je doang dah sampai KL. tergedik2 lah I n suami balik Ampang teruss..::

:: Bukan takat dpt lepas rindu dendam kat budak2 duorang tu je..sekali pakej dgn abam n auni.. kan depa  balik Alor Setar lama jg aritu..so sekali kita langsaikan hutang lepas rindu... ::

:: Ni lah 4 ketol umat manusia yg menjadi pojaan hati beta...  ::

Malam tu makan ramai2. 
Mak masak ayam gulai cili api panas2.
Seronokkkk bangett!!!
Dah kol 10pm lebih,budak2 pun dah tidur...
Kami balik Kajang.
Nak basuh baju bla bla bla..
Otw balik, i ajak suami makan doyan.
So far, tak pernah lagi dia kata TAK kalau i minta makan apa2.
Dia sayang ke, takut kat I ke...tidak lah I amek taw! kah kah kah. 
Mana lahhh I tak  jadi mcm seladang daging???? kadang2 dah mcm selembu pun ada.. pfffftt..

:: Durian tembaga plak kali ni!! layannnzzz ::

:: kami ni mmg jadik jee... rasa nak makan, zasss.. tak kisah la malam ke pagi ke.. malam tu kami layan sebiji besarr je. sbb isi dia penuh n padat2! terbuntat2... tak salah dlm RM40++ sahaja! hoii viadap btol menetes2 ailio dah ni... puasa ganti terakhir hari ni... konghajo pnya doyan!! :: 

2nd CHAPTER ; SABTU

Rutin sabtu mcmbiasa.
Beside buat keje2 mendobi dan iron2 baju semua...
Kali ni I kutip semua cadar, towel telekung humban kan dlm washing machine. 
Cuaca pun elok molek kemain bersahabat baik lagi.. sonokk lahh kan menjemur.
Lagipun dah gigil2 nak pakai cadar baru yg beli kat Sogo dgn Ain J aritu.
Hahahahha. Kategori jakun mcmmana perangaiii??lalalalala.

:: tak pernah lagi pakai cadar munger2 cenggini.... slalu I bersikap adil... pakai yg geometri, abstrak, plain, stripe ke.. selagi boleh elakkan yg flowery2 . Tapi haritu kenot tahan tgk kemain suwit muwit cadar kaler soft2 mcmni... Elok perangai cadar dia.. 550 threads je pun. tapi soft cotton... boleh p cari lagi neh!! Amacam?? Ok ke idok?? ::

:: Dah settled, p bfast kat Kedai Uncle. Pekena Yee mee kungfu dia yg meletop2 sedap ni haaa! RM7.50.Memang sedapppp weyy! Ahh puasa2 ni nasi kosong pun nmpk kemain menyelerakan! Ni pun jenuh geletar2 tahan diri dari jilat screen... Demmit!! ::

Balik bfast singgah MyDin grocerries barang dapur emak.
And siap2 terus pi  Kenurik kawen staff, Farah kat danau Kota.
Sekalii jem dia Ya Allahhhhh.. dah kenapaaa semuorang buat perangaiii cari pasal dgn I ni??
I dari kajang kol 12.15pm sampai tempat kenurik kol 2.30pm!!
Dah mcm pegi Ho Chi Minh!! Ter-migrain2 kami laki bini.
Panas, lapar segala.. Kalau sampai2 je catering dah bungkus, kau siap!
hahaha..sebaik ada lagi nasik kenurik.. Siap ada air tebu.
Rojak buah pun baik perangaaii sedap..mengikut kata..
Redaa sikit amarah dalam hati... 
Then pelamin kemain tinggi atas stage, nak bergambau. tak kesior i nak memanjat.
Dah la pakai baju bawa pi merket, so sila sedar diri.
Tulis guestbook je la...


:: Tahniah Farah and Zaidy! ::

Habis kenduri, shoot p umah MIL piula.
Time kat umah MIL i dah migrain terok.
Suami bagi makan Panadol.
Rasa nak pitam pun ada... kemain2 panasss.
About 2hrs kat umah MIL, gerak balik umah mak.
Terus hilang migrain... apa mksdnya tu?? hahhaa. Syyyhhhhhh.
Seronottnya semuorang ada berkumpul.
Mak + Ayah.
Kami lapan beradik.
Ipar duai 4 orang.
Anak  buah 4 orang.
Grand total 18 orang.
Petang pokde lanje eskerim naik motor tu..
Malam, tanak kasi mak huru hara masak.
Hangkut p makan kat Banana.....
Amekk..lambakan pic before food sampai.
Food sampai je smua simpan phone. Focusss makan!







:: Oh lupa. tambah sorang lagi anak buah express..si Mia.. anak my BIL... tu pic girl paling depan...depan si embam auni. Budak2 ni jadi kak nam birat masing2 pakai tudung sbb jiran, Cik Ani mamood baru bagi seplastik tudung2 terpakai. Diorang memunggah terus sarung..::

Malam tu lepas send mak ayah jiha(naik kereta kami) balik..kami shoot balik Kajang.
Sekarang kaum kerabat dah ramai, bilik dah tak berapa mencukupi.
Kalau semua berkumpul, mmg tak muat nak berbilik.
Suami I ni reserved sket bab tidur2 ni.
Nak2 kalau my BIL ada sekali, mmg dia perati je I ni pakai tudung ke tak.
Baju elok tutup tak. Jarang ke tak. 
Dah mcm polis pencen.
I sendiri plak rimas and lemas. 
So jom je la balik..... Mentelah laki I tu kan rajinnn drive.
I ok je. i ZZzzz membuta je kat sebelah. Huhu. 

3rd CHAPTER; AHAD

Pagi2 dah bangun,walaupun it's Sunday guys!!
Ahad ni suami I nak pi office.
Byk gilaa  keje tertangguh,katanya.
So alang2 nak ke KL, i ajak dia g bfast kat Tanglin.
Pekena mee kari, kerang kasi libih!! slurrrppp..
Pheww sebaik tadek pic.
Kalu tak, kali ni mesti dah takleh tahan.
Mamposss leecheeenn screen ni aku jilat. hahhahaha.
Dah send dia p opis, I mencicit la balik Ampang.
Beramassss messreee dgn kesayangan2 I tu...
Lunch mak masak nasi ayam plak. eh dah kena sangat lah tu!! huhu.
Tapi b4 mencekik perut sendiri, kena igt suami yg di perantauan.
Pi jemput dia kat LRT Ampang dlu.... 
Sambil tggu dia terhasillah screen shot ni haaa..hahaha.




Lepas jemput suami, sampai2 umah tgk budak2 tu tadek.
Mak pak depa bawa p shopping.
Alaaaa..frustnyaa!! dah la lps ni tak dapat jmpe dhani n fiya.
Sbb i nak balik dahhh... tsk tsk tsk.
Tapi sebaik nasi ayam mak sedap. K bye. :p

Petang tu, balik Kajang singgah Alamanda kejap.
Suami nk bill dispute kat Maxis.
I sempat telek2 iphone SE snap pic bagi kat pokde.
Dia kan nak pakai hp baru. I saja kasi bakar line.
SE ni kecik lah. tak kena dgn jiwa I (padahal mata kau dh merabun kann??).
I berkenan lagi 6 plus.
Tengok laahh kalau tiba2 ada Santa Claus bagi bufday i nanti ni.. ( 9 JUN)...
*Suami, please read..plisss*. huhuh

:: Tetaplah cunnnnn.. i pong kot kann?? celah mana pun tetap menawan!!!:: 

:: takat besar tapak tangan i ni je? ehh i kenottt lahhh..tak puass memandanggg ::

:: Ni lah iphone 6 plus. *pic from google*. I dlu tertutup hati terus dgn iphone.sbb bagi i ,perangai dia poyo sgt. semua reserved! semua konon tersendiri. charger pun xleh share dgn smartphone2 lain. tapi since keluar iphone 6 tu kan... Menggeletar2 tulang rusuk I.. nak2 dgn warna gold rose ni haaaa.. tertikam2 jantung I! cemana nak buat skrang ni?? harusss rembat ke, harus bawa2 mengucap je?? hahaha ::

:: B4 balik singgah beli subway tapau bawa balik.::

:: Pic makanan lagi???  Jap2 nak jilat screen....slurrp slurrp. dah takleh help!!! kah kah kah. Kurus pahala puasa hakuu!!!  ::

:: Pic konghajauu tawww kemain2 sedap lah konon.. tggu buka puasa jap lagiiiiiii.. tunggu baikk!! ggrr!!::

Hoi dah la..kemain pjgggggg lagi entry,
Dah la keje melambak, terkejar2 update blog.
Puasa lagi.. hydration taww!!
Gagahhhh juga demi peminat i yg 35k ni....

Ingat olss.. LOFA SAYANG U OLSSS.. muahhss ciked! :p


Friday, May 27, 2016

HUKUM MEMAKAI SELUAR PENDEK BAGI LELAKI

No comments :

Soalan

Assalamualaikum ustaz. Saya ada satu soalan. Apakah hukum memakai seluar pendek bagi lelaki dihadapan adik beradik atau mahram?

Jawapan;

Sekiranya seluar pendek itu menutupi hingga keseluruhan paha, haruslah dipakai. Menurut jumhur (majoriti) ulamak; Aurat yang wajib ditutup oleh lelaki sama ada di hadapan wanita-wanita mahramnya atau bukan mahramnya (kecuali isteri) ialah dari pusat hingga lutut, berdalilkan hadis dari Jarhad al-Aslami r.a. yang menceritakan; “Rasulullah duduk bersama kami sedang pahaku ketika itu terbuka. Lalu Rasulullah berkata kepadaku; “Apakah kamu tidak mengetahui bahawa paha adalah aurat?”. (Riwayat Imam Abu Daud, Tirmizi dan Malik. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis ini hasan).

Namun hendaklah dipastikan selamat dari timbulnya fitnah. Maksud fitnah di sini ialah timbulnya syahwat (keinginan) yang mendorong kepada zina sesama mahram. Jika dikhuatiri perkara tersebut, wajiblah lelaki memakai pakain yang lebih sempurna dari seluar pendek itu. Dalam suasana hari ini di mana banyak faktor-faktor pendorong kepada syahwat (melalui TV, internet, majalah dan sebagainya), pergaulan antara lelaki dan perempuan termasuk sesama mahram perlu mengambil sikap dan pendekatan menutup segala ruang yang membawa kepada zina dan maksiat. Hal ini perlu diambil berat oleh ibu-bapa atau penjaga dalam memastikan agama anak-anak sentiasa terjaga.

Wallahu a'lam.

Thursday, May 26, 2016

WATER PURIFIER..

No comments :

SPOT THE DIFFERENCE.
EHEM.





Kesian............orang lain dah berpuluh tahun ada Water Purifier.
I baru nak rasa.. Sob2. Before ni jenuh pujuk suami. 
Tapi dia kata, tinggal berdua ni tak worth-it. Duk umah pun sekejap2. 
But in the end, dia tewas juga.. 
Since dia dah tak larat nak beli/angkut mineral water 10kg every week(refer pic pertama)
haaa kan haku dah kata! Yeayy..i won! tq sayam.. 
*kelecup2 kat pipi*.
Beside keperluan, ni pun tuk healthy juga.
Since pindah sini, i tak pernah minum air masak direct dari paip.
Memang tak meyakinkan! tgk warna air pun dah gerun! 
I mmg pakai Spritzer Water Dispenser yg beli kat MyDin tu je.
Abis air, beli lagi 10kg air. kalau suami lupa beli air??
mendapat lah makan ubat pun dgn air kotak! pfffttt..
Lagipun dua orang manusia dlm umah ni pulak,masing2 tak sihat sangat. 
So mmg nak tanak kena lah juga pasang.
tinggal tengah menabung nak beli water filter kat paip luar.
nak kasi clean air mandian/cucian plak. 

Sorry, story mcm ni pun nk UP. 
It's ok if u  feel  it's  'not necessary' at all.. 
boleh je, close window..and skip read entry ni. i tak majok pun... *cebik2muka*
I pun dah mention earlier,that i trusted setiap rumah skrang pun dah ada.
So no point pun nak show-off ke apa. huhu.
I baru lah terhegeh2 nak pasang. Yg murah2 plak tu.
I kan baru move-in kat rumah ni about setahun lebih.
So dikit2 pelan2 nak lengkapkan barang dalam umah.

SO.....

PISNOWO!!!!




Wednesday, May 25, 2016

WEDDING COUSIN @PURI BUANA AGAIN?

No comments :

SUNDAY STORY.

Pagi2 siap2 terus p Endah Parade, ikut suami bowling tournament.
I mmg slalu je follow dia pi bowling.
Suami i since muda mmg mamat sport.
Apa jenis sp0rt dia tak layan?
Bola? Hoki? Golf? Takraw? Bola Jaring? Ehhhh!!! :p
Tapi since dah jadi remaja purba ni..semua sendi2 pun dah season2...
Dia larat maintain bowling je...
Tu bila stop sport, pelan2 peyut pun start muncit2 sexy. Awwww!
Takpe2 perut bulat = prosperity. 

Ok2 sambung cete..
Sampai sana, kemain2 bz laki i tiba2 jadi kapten kulu kilir dok manage team,reg etc.
Dunwori, his wife mmg pandai bawa diri.
I ok je, cari seat..duk sensoang. Pandang kiri.Pandang kanan.
Main2 handphone. Sapa2 staff2 dia yg i kenal, i pi salam.
If not, i wat muka kerek inesen or muka kekwat sikit2.
hahahha. bkn lorat, tapi sbb kadang malas nak menyembang kan?

:: Apa2hal kita taruk gambar pom2girl dulu.baru bersemangat engkorang nak baca kan kan? bekk ngakuu!! :p ::

:: team suami pakai baju merah... ::

:: Boipren muncit I lepas buat balingan... kemain jalan hayun tangan dah mcm berkawad... ::

:: Kasut bowling dia tu...since tahun 1990's kauuu!! sayangg giler dia nak buang... kasut azimat.. ::

:: 1st game for 9pin game. Suami saya yg H2.. 196..not bad..baru nak panas badan kan... ::

:: Hot drinks and mineral provided ::

Kali ni ada 4 jenis game. Suami joint yg belah pagi.
Burger & 9 pin.
Burger ni kalau pin no. 3,6,9 jatuh..dah kira strike.
9 pin plak, cukup 9 out of 10 pin jatuh dah strike.
Ada mcm2 pesen game lagi.
Team suami team2 otai.
Eh mmg CHAMPION lahh!!!
Game petang pun sapu bersih!
Beza mata dengan yg 1st runner-up sampai 200++. Impressive!
Tak sia2 kak jah turun padang dgn berkebaya bagaiii p tgk boling!
I dulik kan mata2 liar yg memerhati.
I tetap akan hadir memberi sokongan tak berbelah bahagi!
Janji team laki i champion. Dapat medal + Beg pack (Line 7 ok!) 2 ketol!
Jadi laaaaaa.... 

Habis 2 game, kami lari p Bangi plak.
Attending kenduri my cousin, Aminuddin..Cik Bond son's.
Sekali lagi buat kat Puri Buana... Last 2 weeks pun i datang sini .
Suami i sempat salin kemeja.
I teruskan je perjuangan kebaya + jeans.
Sekarang i mmg tak friend dgn baju2 kurung ni semua pi kenduri.
Sbb cuaca kadang kawan dgn I. kadang kemain bergaduh dgn I...
So i mmg tak tahan berkuap2 ni semer. tu baru panass dunia tu.... *Amik Wudhu' terus*.

:: SELAMAT PENGANTIN BARU AMIN & WIFE ::

:: Sweeettt je meja guestbook dia..::

:: Tadek pun pic dgn kepantin. Since majlis ni gabung both side, bride + groom terus..so guest sangatlahhhh ramaii mengemut2! tak kesior teman nak snap pic. Puri Buana ni kan garden wedding...so byk la astaka2 bawah pokok. Kami lepak situ je.. elok pulak dia buh kipas. angin kuat... sapa2 bawa baby..smua pakat lepak situ.  ::

:: Tuan Blog Kedaung, bedah and cik yam(anak sepupu)::

:: Ni kami dapat kat photo booth. Snap2 terus dia print. Best lahh..byk props. Kemain laki haku dgn rambut Mat Poi dia tu.. huhu. leh buat 3 acting... lepastu dia print 3 keping terus. sekeping dia lekat kat guestbook..so bila kita sign guestbook tu , perantin tau laaa sapa yg sign sbb ada pic ni..  ::

:N.A.Z.A with LOVE... ni balance 2 lagi printed pic from photobooth.. :: 

:: Hasil tangkapan 2 hari punya kenurik.. I suka yg bekas telur vintage tu... terus i kawan kan kat almari vintage2 i tu..ehemmm.. Settled dah kenurik kawen b4 puasa ni. Ada 1 je lagi tggal 28hb ni..pastu leh concentrate ibadah puasa. Insyaallah... ::

:: Malam tu dah kenyamm..just saja gatal2 kudap2 yong tau foo kat Kelisa, Bangi... ::

SEKIAN KISAH WEEKEND SAYA.




Tuesday, May 24, 2016

KENDURI SHARIZA @MELAKA & HUSBAND'S BOWLING TRAINING

No comments :

Sabtu lepas pagi2 I dah masakkan suami bfast.
As i updated kat fb, i mmg bercita2 besar..
Berangan2 nak menumis sambal sotong.
Buat nasi lemak... nasi sukat cawan,tangkup kat pinggan.
timun susun tepi. ikan bilis , kacang tabur kemas2..
Food presentation perkhh meletop-letop...
tapi tulah dia..kail pjg ada lahhh setengah jengkal, lautan dalam diduga jangan...
kat umah tu ada beberapa ketul je bawang putih.
ada hati nak bernasi lemak bagaii? hahahhaa.
Maleh hoii nak beli bawang segala.
Semedang bawang sampai tumbuh akar..apa hall???
So i masakkan dia telur tetel, i smash garlic, racik2...tumiss..
buh cili blend(pun beli kat mart je) then perasakan.. kemudian masuk telur.
kacau2...angkat. siap!
Menu peberet dia sepanjang zaman.
Pandai btol dia menjaga hati I. makan sambil pejam2 mata.
Konon orgasma berganda2 la tuuuu !!
perli ke ikhlas pun tak tau lah I...arrghh malas nak pikir! :p

:: I leburkan terus 5 biji telur. habis sapan..leeecheeeenn dia sental. betul lah sedap kot kan?? jgn kat belakang I dia p jolok tekak kluarkan balik,siapppp!!!  .. ::

:: rendamkan half boiled egg..settled bfast suami I.. senang kan nk jaga beliau?? insyaallah moga kekal mudah hingga akhir hayat kami. ameen :: 

Dah kenyam bfast, i mcmbiasa bz meng-iron2 seluar..baju keje kami..
Suami i tlg sidai kan kain baju.
Kemas2 rumah, then about 11am keluar rumah.
Harini nak g Melaka, kenduri Shariza...
Alhamdulillah cuaca bersahabat baik dgn kami, sbb tak panas pun.
Elok je perangai dia mendung2..suam2 kuku gitu.
Sampai2 terus p makan. Sbb perantin p mekap kat tempat lain.
Jmpe la kawan2 farmasi yang datang awal....

:: King/Queen of the day.. SELAMAT PERANTIN BARU SHARIZA & HUSBAND. MOGA KEKAL BAHAGIA KE AKHIRNYA...AMEEN ::

:: Nampak, kami ameen kan doa tadi? hehehe ::

:: Perantin lama.. ::

:: kemain take-over pelamin, bila perantin bz makan biadap beradab!. kita kasiii buat pelamin ni mcm pelamin kita yg funyerr! yihaaa.. ::

:: Posing dgn Ina & baby Shakir ::

:: Fazura & Neelopak kembali bergabong meletoppp.. disisi faz junior yg bad mood :: 

:: Yeahhh gimme 5!! ::

:: tadek idea letteww nak pose cemanaaa.. huhu ::

:: Us with perantin..berseri2 perantin dalam persalinan serba putihhh bersihh... ::

:: Jom main2 snap2 kat photo booth ::

:: The mask of zorro.. eh semuorang ada green la warna baju..i je terkecuali. patutlah i layak jadi ketua pengawas.. huhu ::

:: Sesungguhnya dia isteri saya -by mr.husband. Awwwwww..kembang kuncup organ2 dalaman I taw!!. I melawan balik : Love u till jannah... :p ::

::Try2 action Qu Puteh2 baru lah putih, untung2 dpt LV seketol.. ::

Jmpe perantin,dah.
Serah hadiah,dah.
Makan,dah.
Sembang2,dah.
Posing2,dah.
Dapat goodie bag,dah.
So jom laaa kita kembali ke pangkal jalan.
Terus balik KL. Melaka tu dah jenuh nak berjalan.
Abis ceruk rantau mana semua kami dah pi.
I sepanjang2 jalan tu membuta!!!
Suami i pun dia kata byk kali terlelap.
Astaghfirullah... sbb cuaca mendung,elok je kan??
tu mata merudum melayu agaknyaa...
Alhamdulillah selamat sampai umah.
Mandi2, berlumba2 tidur!
Sampi kol 6.15pm..suami kejut ajak teman dia training bowling.
Esoknya dia ada inter-department tournament. 
I pisat2 mamai2 bgn mandi.
Terbangang2 I mengekor je dia pi Bangi Gateway train boling.

:: Weekend RM8 per-game. Kasut + sock suami I mmg dah ada.. ::

:: Kemain aksi suami i...terjunam ke hapa ni?? hahha ::

:: Gaya tak mengalah ::

:: Suami i mmg bowler bank dia. Kapten bank ::

:: dah setahun tak sentuh bola boling..dpt point mcmni..ok laaaa.. tgk dia buh nama NAZA. NAZA is stand for Nur Aishah Zainal Abidin.::

:: 1st game dia score 175. baru warm-up... bagi dia ni dah cukup jahanam dah ni... takpe sayang, u humban bola tu kuat sikit! biar retak2 lane takpe, i cover u,k! janji u satisfied... dunwori sayang.. hehehe ::  


To be continued....................