Thursday, April 07, 2016

HONG KONG DAY 4

1 comment :

Next day...
My 4th day in Hong Kong.
Pagi2 suami dah pegi keje.
I mandi and siap2 turun bfast; alone.
Since forever lah jawabnya i bfast alone kat sini.
Dah kata menumpang kasih ngekor orang bekerja ye dok???
Pandai2 lah kau bawa diri disana.buat apa kau menangis disini?
ek eh...

:: Pagi tu i bfast lite2 cenggini je. Naik bilik i bilas dgn sambal ikan bilis and roti. hahah tekak melayu still!! :: 

Hari ni i plan nak pi jalan sendiri.
Memang i pun tak berani mana, since i bukan sihat sangat.
Kudrat pun limited.
Tapi i bukan ongkaya leh repeat oversea mcmni sesukati kan?
So kesempatan yg ada, i kena struggle lah sikit.
If not, terdampar dalam bilik hotel je lah kan?
Lagipun insyaallah i ni,one kind of survivor jg.
Dari dulu i rajin ikut kakak i course.
Bila dia attnd class, i drive sendiri pi town lah.
Cari makan lah. kang i ctct member2 yg ada kat area situ lah.
I takkan susah n depends sangat dgn kakak I.
Thats why dia suka bawa I p mana2. Sbb i survive!
Mcmtu juga dengan suami I. 
Dia kata, dia senang je bawa I. 
Even i dah sakit pun....
Insyaallah i pandai2 lah bawa diri.
tadek la sekejap2 msg dia, tanya2 dia.
kang nak makan dia kna cari kan ke hantar kan ke...
No No No.
Kau pergi lah keja, pandai lah i buat keje i sendiri. hahahaha.

:: Harini i plan nak jalan sensoang kat town. Nak pi area causeway bay semula. Igt nak tambah souvenir/keychain. Since dah mcm tadek harapan plak nak cari tempat heaven for souvenir kan?? So i plan nak repeat tempat i pegi dgn suami ari ahad aritu(day 2). Atleast dpt keychain byk2 pun jadi la::

:: Kat lobby tggu shuttle ::

:: berani2 cuak juga nak gerak sendiri. tapi i belasah kan aja.. ::

 

:: dalam shuttle. Tak ramai orang naik shuttle time ni. ::

:: Merenung nasib hidup di perantauan.. aceaceace ::


Dah sampai stesen Tsim Sha Tsui by shuttle bus..
I amek MTR to Causeway Bay again.
So merayap2 la i sensoang kat situ.
Terhangak2..terbangang2.
Again, causeway bay ni kan i dah bgtau..
Dia town yg mcm area Sogo, Lot 10, Time square etc.
Kat sini Sogo je rasa mcm ada 2-3 ketol.
Kadang jadi kompius. rasanya dah lalu sogo ni tadi...
Uniqlo lagi laahh..
dah mcm speedmart 99 kat mesia ni ha.. merata hala.
I yg ongkampong ni, mmg suka laaa masuk Uniqlo sini. 
Sebab dia much cheaper than ours.

:: I teruja sgt dgn sweater2 dia. Sbb diorang kan ada musim sejuk. So sweater diorang comel2!! ::

:: Byk giler sweater kat sini! ::

:: Kat sini i dapat rembat 2 helai cardigan ala2 korean. kononn..hahaha ::

:: besarr gilerrr store dia... level2 i layak pi sini je laaa.mana nak masuk mall2 besar, dia tadek jual sepender main ikat2..huhu ::

:: Cobaan selfie di tengah2 laluan orang ramai :: 

:: Cubaan menjadi. sebab tadek sapa pun bagi perhatian kat pompss ni... kesian..huhu :: 


:: Then gagah2 cari tempat yang kami pergi ahad aritu. Giler gamble and tawakkal je ni. I dengan tadek internet nya. hphone i pun off,sbb tadek roaming. tadek bantuan sapa2! I belasah je.... I main recall2 je memory. Alhamdulillah jumper!!!! i tambah beli socks2 comel ni.. 10 pasang = 100HKD. Pastu tambah keychain. pastu cuci2 mata jg kat street2 market tu.. bila fikir balik, seram jg. kat lorong2 sempit. ramai orang mabuk tepi2 jalan. ya allah giler berani haku ! tak bertempat! huarrghh ::
 
:: Lepastu i cari balik kedai makan ahad aritu. kedai indon tu... jumpe ko!!!  ::

:: kali ni sental ayam gulai, sayur sama + telur dadar. I minum air apa tah..cost me HKD65.00. kat tempat2 orang mcmni, kalau dia caj mahal mana pun, dapat makan nasi...apa lagi ko nak kata,kan???? sanggup tak shopping, janji makan,ada duit! igt prinsip hidup onggemok! hahaha::

Dah settled, amek MTR semula ke station Tsim Sha Sui.
Sebab nak tggu shuttle bus balik hotel.
Kat sini laaa i menggagau2 nak cari kat mana lah bus stop tu??
Manalah shuttle bus hotel i tunggu???
dah la dia dtg dlm kol 2.15pm.
Time tu dah dekat nak kol 2pm. Gelabah la juga!
I tekad je tggu kat satu area tu. Sbb i try ingat2 balik tempat dia drop i tadi.
2.15pm berlalu..bas still tadek.
I dah cuak. Abis la kena naik MTR ke sana kesini.
Time tu kaki  i dah sakittt sangat..
Byk jalan + berdiri. Rasa nak pitam pun ada.
Kat HK mmg tadek bangku ke apa ye.
Even kat tpt tggu bas.
Que berdiri sahaja. Mendapatlah!! 
Hphone pun tak fungsi.  
Buatnya i fitam, pengsan..acane???
Ya ampunnn!! i salawat byk2..istighfar..
Then pelan2 i bawa badan nak p MTR station.
Memang sepanjang2 jalan tu tadek bangku ke apa k!!
Tiba2 i nampak shuttle bas tu lalu dpn I.
Huaaaaa gelupur2 i tahan! and naik.
Alhamdulillahhhh sangat!
Selamat sampai hotel tanpa perlu jalan byk to MTR etc.
Syukur2... 

Sampai hotel solat semua, i terus tidor.
Bapakkk laaa letih nya..
Petang suami whatsapp suruh siap mcmbiasa.
Dia kata, kali ni nak jalan dgn kawan2 dia.
Geng2 manager H*BC tu la..
Ada sorang muslim nak joint makan halal food.
So jom laaaa kita cari makan.
Kali ni kami ke area Wan Chai.
Dah mcm Wah Chan(Kedai Emas) pun ada bunyiknya. huhu.
Area Wan Chai ni mcm area Damansara, kellass2 tempatnya. 
Nama tempat makan dia Islamic Center Canteen.
baca review dalam internet, mengiurkan!
Gagah2 mencari belakang2 building bagai.
Dalam kol 8.15pm sampaiii.. I dgn husband berdua je dlu.
Sbb kawan dia p singgah mana tah beli barang.
So kami proceed makan dlu.. 

:: Sedapp gilerrrrr mee dia jah!! tgk pic ni je pun dah gigil2 lapar. dah la arini puasa(6/4) blardihellll btol! hahahah. Portion besar. Makan 2 orang, kenyang! ::

:: Suami kalau makan chinese food, tak pernah failed order beancurd mcm ni.. tak kisah la masak apa. dia bff btol dgn tauhu2 ni.. ::

:: Suami makan beef kueytiaw. Masa food baru nak sampai, kawan dia call bgtau sesat. Kena lahh suami I pi jemput dia.. dah la pompuan.I is jeles taw! kah kah kah. Tadek nya nak jeles wey. tak kesior!. Yg kesiannya, masa kwn dia sampai2 je...kitchen dah katup! sbb kedai ni tutup at 9pm! Sebaik la kueytiaw ni byk lebih. So dia perabih kan kueytiaw ni dgn beancurd tu lah.. makna kata, kami semua makan tak puas gitu! Huaaa.. dah la kat sini food dia sedap2... :: 

:: I nak makan dimsum pure by chinese! tapi malam tu dah abis dimsumnya. tgk review je la..mmg nmpk tempting abiss.. nyampah taw!! ::

:: This restaurant/canteen ada dalam masjid ni... Jgn takut2 masuk. Mmg dia kena lalu area masjid, tempat wudhu'..pastu naik lift..tgkt berapa i tak hengat. tapi kat lift tu dia ada tulis canteen at which floor k! :: 

:: Dimsum menu. yg penting halalan thoiyyiban. ::

Kalau pi Hong Kong, MUST try this restaurant k.
Leh makan dgn selesanya, sbb sah2 halal and food variety dia bykk sangat.
Semua chinese style! 
Bila lagi nak rasa makana china asli tanpa b*bi ye dak? hahaha
Tinggal i tadek rezki nak makan betul2 puas, nak rasa semua..
Mebi next time, kalau ada rezki mai HK lagi...
Masa mai tu nanti, i tggu depan pintu kedai dia..
dia buka kol 10am..kol 9.59am i tggu depan pintu dia!
Awassss dia !!!

Ni address dia :

ISLAMIC CENTER CANTEEN
Address: 5/F, Masjid Ammar And Osman Ramju Sadick Islamic Centre, 
40 Oi Kwan Road, Wan Chai, Yat Sin St, 
Wan Chai, Hong Kong
Hours: Open today · 10AM–9PM

:: Kat HK ni mmg melambak tram mcmni. Tgh2 jalanraya, tiba2 ada rail tram ni ha. So kdg2 kelam kabut juga, mana nk tgk kereta then tiba2 mai plak tram.. sbb rail tram ni bkn tengah2 jalan. dia kat tepi2..jgn tiba2 masuk paper, kau kena lenyek dgn tram. bikin malu kampeni! huh. ::

:: tadek kesempatan pun nak naik.. ::

Dah settled makan, kawan suami pi joint geng2 non muslim depa pi mana tah.
Ala2 berlibur2an juga la.
kaki hoyah2 lah depa ni semua. 
Suami I? dia yg berlebih2 reserved dari I.
I ok je takat nak jalan2 ngn depa. Huhu.
I and suami terus amek MTR to Ladies Market, mongkok. 
Ni harapan terakhir nak cari souvenir.
Ya ampun bapakk heaven tpt dia!!
Segala mak nenek, tok wan, wan chu, tok abah semua ada...
tayah susah2 i pi causeway bay 2-3kali nak cari sejemput souvenir.
Kat sini, u sebut je nak apa. Happening gilaaa!!!
Kalu tau, tiap2 malam i menempel kat sini je. Hahaha

Kali ni i sampai Mongkok lewat sikit.
So rushing juga, since takut MTR katup ke apa.
So 1st nite pegi sini.....
I dapat rembat tshirt tuk semua ahli keluarga..
Dalam 20 helai ada kot.
Dgn baju cheongsam lelaki tuk suami.
Sokati je I cheongsam kan baju tu. apa tah org panggil baju tu. huhu.
baju kebangsaan cina for men tu lah.... 
Lepastu beli sweater ayah.
Fridge magnet.
Lepastu terlari2 balik. 
Kot ada rezki kita datang sini lagi ye bang?? *usap belakang suami lama2 sikit*.

Gitulah our 4th day in Hong Kong.

Tips :

1) Please ensure operation hours of restaurant or kedai. Since malam diorang cepat. macam kat sabah. Kol 9pm diorang dah mcm 10.30pm kita. Bayangkan? So kita pastikan masa operasi k! kalau tak...jadi mcm kes kwn suami I.. dah la datang jauh2 susah2...ujung2 makan asap je! .. huhuh..

2) Kalau nak cari souvenir, tuju ke Ladies Street Market, Mongkok terus. I dah mention aritu kat entry  day 2 kan??Sebab kat situ semua ada! Semuaa ok!! Tayah nak split2 cari sana sini. Kita bkn mahir sangat kan? walau tak semurah mana, but again, situ senang. Semua benda tuju situ je. Kena pandai tawar. tapi jgn dah penat2 tawar, kau blah centu je. Dia lorat2 mcm Petaling street lah juga. Cha ya nun alif kannnnnnn... 

Wait for the next entry of day 5th yeah!!! cau cin cau!!

 

1 comment :

Jepun Mari said...

i know u are survivor punya olang,campk dlm hutan pun bolh hidup
klu duduk hutan comfirm kurus la makan ubi kayu je
hahahha