Monday, March 21, 2016

WEDDING SHIDA @TUMPAT,KELANTAN & REUNION GENG2 ASSUNTA

No comments :

Kami booked Rayani Air kali ni to Kota Bharu.
Sebulan lepas rasanya siap2 belikan tiket tuk Along & Sal sekali.
Along & Sal just ticket back from KB to KL.
Me & Husband, return ticket.
So  13 Mac our flite schedule at 9.30am.
Tapi petang Sabtu tu(12 Mac), suami dapat sms from Rayani Air.
Inform that our flite had re-scheduled to 2.30pm!
Which is, shida's aqad nikah lepas zuhur.
Bayangkan???
Org dah plan baik2 semua.
Dah la ni 1st try kami dgn Rayani.
I plak tu yg gatal2 nak cuba Rayani.
Time nk book dlu, suami i byk kali suh tgk MAS.
Dia seboleh2nya nk fly dgn MAS je.
So i rasa guilty la juga.
And of cos regret ..sbb tak dpt attend nikah shida.
Masa mula2 dpt news tu, terus kami kalut2 cari flite lain.
MAS, AirAsia, Firefly,Malindo..Semua fully booked ko!!!
Cuti skola kot kan???
So pelan2 kami redha, and yakin...
Allah plan comel dah tuk kami.
Malam tu, terus tak jadi nak pack baju.
Tolak beg tepi, layan tv..
tp bukan fokus sgt pun..lebih pada layan pasaan sbnrnya. hahaha.

Pagi Ahad, rileks2.
Dah leh terima kenyataan. hehehe.
P bfast sampai ke Jenderam sana.
Balik, lek2..pelan2 pack barang.
Dekat2 pukul 11am baru gerak.
Kali ni suami drive to KLIA2.
Parking kete sana.
Tawakkal je lah bapa RM kna parking fees nnt.
Rasa jenuh plak kalau naik ERL.


:: KLIA2...sampai2 terus p check in. Since Rayani ni masih baru. So no online checkin. Kena lah manual checkin. 2hrs before. Que mcmbiasa.... ::

:: Ni lah luggage yg ilang kat HK aritu. Pffftt.. paper beg Jelly Bunny tu i isi hadiah shidah. Usung la bawa naik cabin beg tu... Lepas check in, kami sggah makan kat KFC. Tu je yg paling dekat dgn gate to flite. ::

:: Ni 2nd time kami naik kat KLIA2. Crowded giler manusia! mcm bus station je. Bising. Nowadays, orang naik flite dah rupa orang naik bas je. Byk btol duit diorang kan....  Dah la time ni, nak ke KB gate J15. second last! bapak jawuhhh!! i dah seret2 kaki dah ni. rasa nak suh suami gulingkan i pun ada. fikir mak ayah kat umah nnt malu je i tak buat.. :p ::

:: Waiting for boarding ::



:: Kapal dia, bkn kapal baru. Rasa mcm MAS pnya flite lama ni. Sarung kusyen dia, familiar. So selesa lah juga.. ::

:: Dapat jajan. Muffin, kacang and fruit juice. Comel je put smua dlm box :: 

Rayani Air ni kan flite patuh syariah.
So everything pun dimulai dgn Bismillah.
Then doa perjalanan,selawat.
Alhamdulillah, bagus lah kan??
Flite pun bagus. smooth.
Alhamdulillah selamat sampai Lapangan Terbang Sultan Yahya Petra about 3.30pm.
Bertabah kami menanti kakak2(kwn2 Assunta) datang amek.
Sbb diorang dari Tumpat(rumah shida).
So takpela, dont rush. Kami setia menanti.
I sempat beli cekelat kat airport, buah tangan tuk mokyah.

Dipendekkan cerita, dah jumpa dah salam2 semua...
terus p checkin kat Tunjung Guest House.
Cantik guest house ni. Belakang dia sawah padi menghijau. 
Baru lagi..so lawa elok lagi.
Bilik sorang satu..and ada ruang tamu tuk menyembang. 
Best la rehat2 and I pi mengendeng kat bilik anak2 dara tu menyembang.
Sampaii la mokyah and mokna dtg jemput p dinner.
Then p Wakaf Che yeh.
I kan nak cari baju batik.
Jenuh la kalau jalan dgn kakak2 ni.
Doang fussy! Mebi sbb diorang mahir bab2 batik ni.
Renyah btol.hahahha. I ni lain pesen.. main grab2 je.
So i fikir2, esok je la pi beli kat Pasar Siti Khadijah.
Makanya malam tu i dapat grab 3 helai baju kelawar je. 
Jalan dlm 20minit, masing2 ajak balik!
Malam tu smua tidur awal...letih katanya.
Sbb 1 grup kwn2 i tu dari ari sabtu dah travel ke terengganu... 


:: Ok dah ari Isnin. Hahhaa. malas nak bebel2 dah. ::

:: I siap awal. I kan sempoi. Main sarung2 je. Baju pun pilih yg paling mudah. Tadek mix and match bagai. Tudung pun main hauk sarung je...settled! ::

:: Tgh i bz selpie, ada plak secret admirer snap pic i :: 

:: ha ni lahhh secret admirer tu. kemainn baju kotak2.. hehehe ::

:: Ni kat depan guest house tu ::

:: Wakaf a.k.a gazebo ::

:: cakk!! ::

:: Ni lah geng2 Assunta kesayangan I yg joint grup ni. Ada lagi yg dtg by flite pagi2 Isnin. Dari kiri : Sal, Nora Danish, Rini, Along and mokyah ::

:: Sal ::


:: Us. sumbat semua sekali 1 kete. hikhik :: 

Destinasi pertama pagi tu kami ke Pasar Siti Khadijah.
Sampai sana, we split.
Fuhh lega. kakak2 tu takyah ikut kami. heheh.
Bkn tak suka, tapi tak selesa.
Since i mmg tak reti sgt bab batik ni.
Cantik kat mata, cantik lah kan?
Tapi nanti diorang akan bg pendapat yg akan buat I jd serba salah nak pilih.
Mcm malam kat wakaf cheyeh tu la. 
So aritu I dapat grab 2 helai kain batik. 
Yeayy!!! Dapat RM500 = 2 helai.
Malam tadi kat Wakaf Che yeh sehelai sampai RM320 dia tekan,kauu!!!
Kna tgk jenis kain, batu and corak.
Kadang kalau corak dia susah, mahal sikit.
Kalau batu dia lebat pun lain price dia.
Ada je batik yg takde batu RM100++.
Tapi dh alang2 dtg kelantan, cari lah yg puas hati sikit kan?
I ada jg beli baju ela biasa, RM70. Lawo2 batu dia.
Eh mmg rambang jik mata. Kat Jakel kemain RM100 lelong time happy hour.
Baju biasa2 je, tadek batu. Kat sini??
ya ampun!! kalau i org kelantan, baju i msti ngerlip2 lawo2.
Tiap2 bulan i buat baju kot! huhuhu.
Dapat beli tuk mak sehelai. Nak beli tuk MIL, suami i kata tak payah.
Yelaaa, MIL i mana main kain ela siap potong cenggin. Ye dok?? *sigh*
Suami i dapat sampin...dari RM400++ i bargain smpi jadi RM200.
Kena pandai tgk benang.
Yg tenun asli tayah la cete. Ribu riban ye.
I kena gadai gelang dulu kalau nak beli :p.

Lagi i beli brooch. Semua murah2.
Tapi i tgk brooch dia tak bapa quality.
Besi jenis ringan2 je. Still ok la nak beli.
Leh beli byk2..pakai tukar2 ye dak?
I beli sampai RM60.
Sorry sgt ..tak tau la i mention price ni mcm show off ke apa.
Tapi i ikhlas nk bgtau, range harga dia sepatutnya gitu2.
Kalau reader nak beli, atleast leh buat comparison.
Tadek la kena tipu ke apa.
Acceptable kan disclaimer camni??
I nk show off apa je pun kan??
punye melambakkk lagi kain mahal2.
I tak mampu pun nak beli ..... :(


:: Dah sampai kenduri shida @Kg Palekbang,Tumpat Kelantan :: 

:: Kesayangan... ::

:: Seterusnya usyar2 je lah ye pic2 semua.. ::





:: Tak pasal2 kawan2 I yg anak2 dara kena jadi "dulang girl". padahal dah kertu dah tu masing2 hahahhahahampon kakk!! ::



:: Gambo pengantin ::


:: Bagi tips/petua kat pengantin jap. hihihi::

:: I tingin nak pakai bunga kat kepala tu... amacam? mcm ratu rome ke idok?? ::



:: I main tepek je lah ye apa2 pix yg ada. I tak keluar kan lgsg pun my hp... smua ehsan suami and kawan2 I. Lain lah i dah ada iphone 6s nanti. ahakzz ::

Kenduri ni meriah.
Sbb masak rewang by orang kampung.
Lauk2 ulam. Ikan rebus etc.
Air dia plak sampai 5 jenis air batu.
Ada asam boi, jagung, sirap selasih etc.
I mmg tak leh jmpe air cenggitu kan?
bff sgt kan??? haaa sekarang... amekkkk terus sakit tekak smua. 
Kami lepak sampai kol 3 lbh....
Lepastu mokyah hantar kami ke airport. 
Kol 4 lbh sampai airport terus solat zuhur + asar.
Then membunuh masa.................

:: Paparazzi skodeng ::

Flite kol 7.30pm.
Alhamdulillah selamat sampai lebih kurang kol 9pm.
Solat siap2 kat airport.
Amek luggage and terus amek kete.
Along & Sal ikut balik umah...
Singgah Perantau Hill bawa doang dinner.

:: Masing2 dah keletihan. Seharian berbaju kurung. Bantai semua order kueytiaw senang sekali arung.. mata pun dah tak terangkat.. ::

So selesai sudah aktiviti Kelantan kita.
Happyyy sangat2 dapat jmpe kawan2 lama.
Esoknya, suami kerja..i cuti sbb sal and along ada kat umah.
Pagi2 i masakkan dimsum tuk diorang and bancuh air.
Kami sambung nyembang... sambil i mendobi.
Kol 11am keluar g ioi for makan2.

:: Sal nak makan western. NY steaakshack..:: 

:: Along & Sal ::

:: Sal & Nora Danish::

:: Sal punya ::

:: Along's... ::

:: I tadek mood nak layan steak. So chicken sudahh.... ::

Lunch aritu treat by Sal.
Seboleh2 dia nk lanjerrr.
tau i tala kann ke Me'nate. hahahha. 
Dah makan terus send diorang kat Assunta.
Diorang park kete kat situ.
Alahaii rinduu btol kat office lamaaa..
I tak singgah pun. Parking susah.
Drop by and i terus balik Ampang....


No comments :